Sabtu, 28 Januari 2012

Anwar Ibrahim: Media UMNO Serang Kita Sebab Nak Tutup Rasuah & Penipuan Mereka

Kenyataan Anwar, Isu Hak Rakyat Palestin dan Israel


Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:


"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM

RAYUAN 'AH JIB GOR'!!! Tiada yang mendengar

Di mana sahaja Najib pergi, beliau akan menegaskan sesuatu yang sama “sangat penting” untuk Umno dan BN diundi semula dalam pilihanraya akan datang supaya parti itu boleh menunaikan janji transformasi mereka.
“Saya sentiasa mengatakan bahawa bukan tidak penting untuk diundi semula. Ia sangat penting untuk diundi semula. Untuk kami menunaikan janji transformasi, kami perlu diundi semula,” ujarnya dalam pelancaran pada “Politics of economics and Social Transformation in the Era of Global Crisis.
Tiada kuasa sebenar dari mula

Adakah beliau mengulang-ulang kata atau sebenarnya merayu kepada rakyat supaya memberi peluang sekali lagi kepada pakatan BN? Apa pun jua, rakyat seperti tidak peduli. Seolah-olah tidak mengendahkan beliau.
Di usia 58, Najib telah menjadi seperti si budak yang melaungkan pertolongan daripada serigala. Beliau sudah menipu dan bercakap kosong terlalu banyak. Mereka yang di kedai kopi sudah memanggil beliau PM yang cakap sampah (ada juga menggunakan perkataan yang lebih teruk).
Mengapa harus rakyat mendengar apa yang beliau cakapkan? Orang ini bukanlah yang mereka pilih sebagai PM tetapi dilantik parti UMNO selepas mereka menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pergolakkan kuasa.
Parti komponen BN sudah berputus asa terhadapnya

Parti komponen BN pun juga tidak lagi mendengar cakap beliau, terutamanya yang dari Sabah dan Sarawak.

Mereka mempunyai masalah dalam parti mereka sendiri. Parti komponen dalam BN yang lain juga sedang mengalami pertelingkahan dalaman dengan ahli mereka yang tidak berpuas hati dan kecewa. Seperti tiada harapan untuk mereka.

Nama BN, suatu ketika dahulu adalah wira sekarang sudah busuk dan merupakan yang paling payah untuk dibawa dalam pilihanraya akan datang. Kekalahan hampir pasti namun begitu, Najib hanya mampu bercakap perkara tidak masuk akal.


Di Semenanjung, Gerakan sudah hampir pupus. PPP sama seperti KITA –tidak relevan! MIC tiada perkembangan dan MCA telah jatuh standad di mata masyarakat Cina.

Di Sarawak, Ketua Menteri Taib Mahmud masih lagi berkuasa sama ada membenarkan PBS kekal dalam BN atau tidak. Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Najib mengenai ini walaupun beliau sering bercakap dengan gahnya.


Di Sabah, LDP masih lagi menghadapi krisis kepimpinan; PBRS dan UPKO tidak mempunyai pengaruh terhadap keputusan PRU 13 kerana sudah ada UMNO di Sabah.

UMNO Sabah juga sedang mengahadapi pergolakan dan tikam menikam dari belakang walaupun Najib sedang berhujah mengenai kepentingan kesederhanaan.
Bukan saja Najib sedang hidup dalam alam fantasi, beliau masih lagi mahu parti komponen BN yang lain mengorbankan kerusi boleh menang mereka untuk kepentingan UMNO!

Tetapi dengan begitu besar yang telah diperjudikan, mengapa harus mereka berbuat demikian? Banyak yang sudahpun menunding jari kepada UMNO sebab sikap pembuli dan mementingkan diri mereka.
Sebagai contoh, Chua Soi Lek, presiden MCA telah pun merayu ahli parti itu untuk tidak melompat parti kepada pembangkang dan menjanjikan jawatan tinggi dan wang berjuta-juta. Tetapi tidak, kerana Najib sekarang berminat untuk mengumpul segala yang beliau rasakan boleh menang. Jadi, bagaimana untuk menghentikan penghijrahan?
Terpaksa guna semula muka lama dalam politik UMNO

Najib sebenarnya sedang mengaut pulangan daripada politik kotor BN ke atas rakyat. Ini adalah hasil daripada budaya yang telah lama dipupok dalam UMNO dan BN untuk sekian lamanya- budaya rasuah, politik wang, tikam belakang, perebutan jawatan tinggi dan wang.

Wang sememangnya segalanya untuk UMNO-BN. Wang bukanlah untuk rakyat dan negara tetapi untuk keluarga mereka dan mereka sendiri. Demokrasi pula adalah perkataan yang tidak wujud dalam kamus hidup mereka.
Jadi inilah sebabnya mengapa tidak ada yang begitu mengendahkan Najib. Si budak yang melaung serigala atau Maharaja yang tidak berpakaian- Najib telah menggunakan taktik licik untuk membersihkan imej dirinya sendiri.

Beliau terpaksa menyalahkan orang lain dan mengguna semula ahli politik bereputasi buruk. Pada dasarnya, tiada seorang pun yang mahu mengikut telunjuk beliau lagi.
Contohnya, Najib telah mengangkat Isa Samad sebagai pengerusi FELDA supaya bekas muridnya dan protégé dari Sekolah Dato Abdul Razak

di Seremban yang kini sudah menjadi menteri seperti Shaziman Abu Mansor (Menteri Kewangan II), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Perdaganagn Dalam Negeri) danAbdul LAtiff Ahmad (Timbalan Menteri Pertahanan) akan kekal dalam UMNO.
Begitu juga dengan Trio Datuk T yang mendedahkan sex video yang memfitnah Anwar Ibrahim. Ini juga usaha mengguna semula orang lapuk dalam UMNO – Rahim Thamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka. Ini semua menemui kegagalan dan menjahanamkan terus reputasinya yang sudah sedia teruk itu.
Malaysia di zaman paling gelap dan lemah
Tetapi apa yang Najib telah pelajari? Nampaknya tiada apa-apa kerana sekarang beliau sedang mengharapkan Jamaluddin Jarjis, bekas menteri yang menjadi diplomat ke AS. JJ bukan sahaja terkenal dengan rasuah tetapi juga seorang playboy seperti Najib.
Sungguhpun begitu, Najib hanya mahu mereka ini bekerja untuk mengembalikan kuasa beliau. Tidak hairanlah jika tidak lama lagi Najib juga akan memanggil semula Muhammad Muhammad Taib, bekas MB Selangor yang tidak kurang keji masa silamnya.

Untuk semua ini Najib mahu parti komponen BN mengorbankan semua kerusi boleh menang kepadanya pada PRU 13. Mungkin beliau boleh saja buli MCA, MIC,

Gerakan dan semua yang kecil-kecil dalam BN. Namun begitu, pertelingkahan sudah wujud dalam UMNO dengan mereka-mereka yang tidak berpuas hati memikirkan mengapa mereka tidak singkir saja Najib?

Sebenarnya, mereka tidak salah. Yang sepatutnya beliau memulihkan situasi selepas Abdullah Badawi disingkirnya tetapi beliau telah menolak Malaysia untuk jatuh ke zaman paling gelap dan lemah.
Pemimpin UMNO kini begitu juga dengan calon yang dijangka boleh menang sudah tidak lagi mendengar kata Najib kerana tiada sesiapa pun yang dapat menjamin Najib akan kekal berkuasa selepas PRU 13.
Paling memalukan -Ah Jib Gor!
Najib juga berusaha untuk mendekati beliau dengan mengadakan Facebook “fan empire”.Beliau telah mendirikan beberapa buah laman dan anda boleh sahaja keliru dengan ketulenannya.

Hasilnya, usaha menaikkan nama sediri beliau itu gagal. Yang melucukan adalah laman “Ah Jib Gor” atau “Abang Najib”.
Beliau sememangnya dicurigai orang Cina. Najib sudah pun dimalukan oleh beliau kaum Cina dan ada yang menulis di laman itu “DIAM LAH”.
Jadi tiada yang mendengar cakap beliau lagi.

Bagaimana dengan orang kampung? Adakah mereka mendengar cakap Najib? Ada juga ya dan kebanyakkannya tidak.
Mereka mempunyai anak dan anak mereka menasihatkan agar jangan mendengar atau percaya pada UMNO terutamanya Najib. “ Ada yang tidak kena pada UMNO mungkin kerana Najib atau Mahathir.

Tetapi UMNO sudah tidak boleh dipercayai”, inilah yang dikatakan kepada mak dan ayah mereka apabila ditanya mengapa banyak sangat kekacauan kini?
Kepada negara dan dunia luar, Najib adalah pembohong bersiri. Beliau bukanlah seorang lelaki yang mengawal masa depannya sendiri dan tidak juga dapat mengawal isterinya Rosmah dari berbelanja besar. Apa lagi masa depan negara dan kemakmurannya?
Malaysia Chronicle

Jumaat, 27 Januari 2012

Hasan Ali Bersekongkol Denagn ISMA ProUmno

Oleh PAS Gong Pauh

Assalamualaikum...

Tindakan Datuk Hasan Ali (DHA) menyerang PAS adalah sesuatu yang menghairankan. Apa tujuannya? Apa matlamatnya? Apakah kerana dendam atau memang dia ikhlas dan jujur dalam usahanya mendedahkan parasit dalam PAS.

Kalau dia jujur, kita alu alukan kerana kita juga tidak senang dengan kejadian-kejadian yang sedang melanda PAS.

Mahasiswa yang baru sahaja bercakap kepada para jemaah dan orang ramai di Dungun, tiba tiba berdemo di Pejabat PAS kerana isu KUIN yang melibatkan MB Kedah yang kita sayangi. Tetapi yang agak kurang menyenangkan ialah munculnya kelibat beberapa pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ketika sidang akhbar DHA dan kemudian ketika berforum tentang PAS.

Kenapa DHA melibatkan ISMA dalam urusan PAS?Inilah persoalan yang tidak menyenangkan kerana ISMA sejak dulu lagi memang disedari tidak senang dengan PAS dan sentiasa memberi sumbangan kepada UMNO dalam setiap program dan aktivitinya.

Kita difahamkan ISMA ialah serpihan JIM dan dalam banyak usrahnya sebelum ini banyak memperlekehkan PAS sehingga ada ahli ahli jemaah yang awalnya mahu menyertai ISMA menarik diri kerana keceluparan mereka menghentam PAS. Memang perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ada antara ahli jemaah yang mendengar sendiri bagaimana ISMA menghentam PAS.

Kita tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini sebelum ini kerana yakin perjuangan ini bukan kerana manusia tetapi kerana ALLAH. Kita yakin dengan itu dan kita yakin bahawa seandainya benar ujudnya parasit dalam PAS yang cuba merencanakan pelan tindakan mengambil alih kepimpinanan PAS seperti didakwa dan kalau perancangan mengambilalih ini bukan kerana fisabillah, insyaalah satu hari ALLAH akan mendedahkan mereka seperti ALLAH mendedahkan siapa DHA sebenarnya.

Oleh itu kita tidak bimbang dengan ugutan DHA untuk mendedahkan parasit tetapi kita hairan kenapa DHA mengambil ISMA sebagai pembantunya?

ISMA yang menolak PAS tiba tiba mahu menjadi juara kepada usaha DHA mendedahkan parasit. ISMA sudah galak sewaktu DHA kemaruk dengan TV dan Akhbar UMNO sehingga muncul kenyataan bahawa PAS sudah hilang hala tuju. Satu kenyataan yang sudah lama dipendam mereka(yang dilaporkan banyak diperkatakan dalam usrah mereka), Seolah-olah mereka mendapat peluang untuk menyerang PAS ketika kemelut DHA.

Kita bimbang kerana dendam mereka kepada JIM dan kebanyakan ahli JIM sekarang ini sudah bersama PAS maka mereka juga mahu merosakkan PAS. Tetapi sebagai satu jemaah yang istiqamah dan yakin dengan pertolongan ALLAH, kita tidaklah terlalu bimbang dengan tindak tanduk mereka kerana kita yakin dengan pertolongan ALLAH.

Perjuangan ini bukanlah mudah. Bukannya mudah juga untuk memperolehi pertolongan ALLAH kalau semua pergolakan yang berlaku tidak ditangani dengan betul. Malah yang bakal menjadi hijab kepada pertolongan ALLAH ialah sikap ahli jemaah sendiri yang tidak kisah dengan apa yang berlaku, membiarkan ISMA berleluasa memasukkan jarum mereka dengan menggunakan DHA dan UMNO, merupakan antara perkara yang boleh menjadi hijab pertolongan ALLAH itu. Tetapi dalam masa yang sama,ahli jemaah tidak boleh mengambil tindakan melulu terhadap mereka.

Dengan memberi ruang untuk mendengar siapakah parasit yang berada dalam PAS dan meneliti bukti-bukti yang diberikan(setakat ini masih belum ada), para ahli jemaah juga seharusnya mengikuti jadual dan panduan beribadat dan bermunajat serta sentiasa mengikhlaskan diri kepada perjuangan.Petunjuk ALLAH yang kita perlukan dan petunjuk itulah yang mesti dicari.

Ingatlah sebarang pemikiran muktazillah yang boleh merosakkan usaha mendapat pertolongan ALLAH harus dijauhi dan dalam masa yang sama kita ingin menasihati ISMA agar menjauhi DHA dan menjauhi percubaan untuk memporak perandakan PAS. Teruskan kerjasama anda dengan UMNO untuk meneruskan kebathilan dan kesengsaraan kepada rakyat tetapi jangan sesekali cuba merosakkan PAS.

Gaji : Kakitangan TNB Bakal Berpiket. Kenapa?

kakitangan tnb Gaji : Kakitangan TNB Bakal Berpiket. Kenapa?
Kalau ikutkan kali terakhir kesatuan TNB berpiket adalah pada 1996. Dan sekarang ini, sekali lagi kesatuan dan persatuan terdiri daripada Kesatuan Pegawai-pegawai Rendah TNB, Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB dan Persatuan Eksekutif TNB yang dianggotai sekitar 25,000 pekerja memberikan tempoh sehingga 24 Februari ini, kalau tidak mereka akan akan mengadakan piket :

Antara Isu Yang Menjadi Pertikaian & Desakan Kalangan Kesatuan TNB Menggesa

  1. Menggesa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh supaya berundur dan turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyambung kontrak beliau, yang dijangka akan tamat Jun ini.
  2. Antara isu yang menjadi pertikaian ialah penyumberan keluar dan penswastaan perkhidmatan, pengambilan eksekutif baru tidak mematuhi Perjanjian Bersama (CA), pemangkuan sementara untuk kenaikan pangkat melebihi tujuh bulan seperti yang dimaktubkan dalam CA.
  3. Peletakan jawatan tertakluk kepada kelulusan Naib Presiden Sumber Manusia tanpa berunding dengan Persatuan Eksekutif TNB
  4. Pengagihan bonus muktamad tahun kewangan 2010/2011 ditolak dari bonus syarikat
Inilah tujuannya ada kesatuan, tugasnya untuk menjaga kebajikan pekerja bawahan. Dalam keadaan TNB sekarang yang kerap ditimpa kerugian, orang atas masih lagi menerima kesemua elaun yang disediakan daripada kereta, rumah, bil elektrik, ex-gratia, manakala orang bawah?
Bagi kami berpiket tiada salahnya apatah lagi mereka sekarang berjuang berkenaan hak-hak yang sepatutnya mereka perolehi. Dan berpiket juga memang termaktub di dalam akta kesatuan.
Kesatuan ditubuhkan untuk melindungi hak pekerja daripada ditindas oleh pihak majikan
Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap diambil oleh para pekerja. Seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan seorang atau lebih pekerja, hadir berdiri atau berarak di hadapan premis perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk bantahan secara aman.
Sekarang ini kami dimaklumkan sedikit sebanyak masalah yang berlaku di dalam TNB itu sendiri iaitu :
  • banyak aset TNB yang sudah dijual termasuklah rumah-rumah percutian untuk kakitangan TNB sudah banyak yang sudah dijual.
  • tak cukup dengan itu, kesatuan TNB dilihat telah dihalang untuk turun berjumpa dengan “anak-anak buahnya”
  • Jawatan kosong TNB sepatutnya banyak, tetapi malangnya TNB gagal mengisi kekosongan jawatan dek kerana persaraannya kakitangan sebelumnya yang mana bilangan kakitangan TNB tidak selari dengan pengingkatan pengguna
  • Banyak kerja yang sepatutnya kalangan kakitangan TNB yang lakukannya, tetapi akhirnya dikontrakkan dan diambilalih oleh kalangan kontraktor
  • Pelaksanaan bacaan secara By Monthly Reading yang diperkenalkan oleh pengurusan Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Nor dilihat membebankan pengguna. Sepatutnya dah elok-elok bacaan meter dilakukan setiap bulan, tetapi ditukarkan secara berselang seli dengan bil anggaran yang dihantar melalui Syarikat Pos Malaysia.
Termasuk juga pembatalan usahasama pemilikan lombong arang batu di Indonesia turut menjejaskan prestasi TNB ketika ini :
  • TNB pernah memegang 92.5% dari TNB Coal International Limited yang mempunyai hak perlombongan arangbatu di Kalimantan, Indonesia.
  • Setakat Februari 2009, TNB menggunakan 15.7% arangbatu untuk menjana tenaga dan terpaksa membayar pada harga pasaran yang tinggi bila kenaikan harga arangbatu yang berlaku sekarang.
  • Kesan dari penjualan lombong arangbatu di Kalimantan, Indonesia pada tahun 2006 juga telah menyebabkan TNB mengalami kerugian yang banyak dari segi perniagaan, tiada sesiapapun dari pihak pengurusan tertinggi yang mengambil tanggungjawab terhadap kerugian tersebut.
  • Mengambilkira kenaikan harga pasaran arangbatu semasa, maka jumlah kerugian yang ditanggung oleh TNB dengan menggunakan gas kini berlipat ganda kepada RM300 – 350 juta setiap bulan.
pelantar minya terbakar Gaji : Kakitangan TNB Bakal Berpiket. Kenapa?
Masih ingat kebakaran pelantar gas Bekok C yang menyebabkan bekalan gas TNB terjejas teruk? Krisis kekurangan bekalan gas telah berlarutan dari bulan Januari 2011 hingga awal tahun 2012. Akhirnya TNB terus mengalami kerugian berbilion ringgit. Yang lebih dikesalkan adalah  pengurusan TNB di bawah kepimpinan CEO TNB yang menerima gaji RM600,000 setiap bulan iaitu Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Nor dilihat tidak cekap dalam
  • pengurusan bahan api
  • dan telah gagal menyediakan plan tindakan jangkamasa panjang dan jangkamasa pendek yang sesuai bagi mengatasi masalah kekurangan gas.
Dalam keadaan yang sebegini, adalah kalangan pelabur akan “berdiam diri”. Akhirnya nanti jika TNB tidak melakukan tindakan yang drastik bukan sahaja kalangan kakitangan TNB yang akan menerima masalah, tetapi rakyat juga turut sama akan sama-sama “menangggung kos peningkatan bahan api dan kehilangan keyakinan pelabur” dengan cara menaikkan tarif elektrik.
Mungkin kalangan anda di sini yang merupakan kakitangan TNB, boleh berkongsi situasi sebenarnya yang berlaku sekarang ini kepada TNB ?

Sara Rakyat 1M, AS1M and national debt?

The latest BN flagship roll out in election year is the attention grabbing Sara Rakyat 1Malaysia which is already very well explained in this post.  
Kudos to the analyst for such an insightful piece of writing!
A responsible and proper government should be giving its people an environment where they can get good employment and business opportunity, clean and efficient governance. A responsible government should not be telling the deprived segment of population to borrow money and engage in equity investments.
The key selling point by BN administration is guaranteed return. No unit trust or investment manager in the world would dare to guarantee returns on investment.
Besides, if one is earning between RM500 to RM3,000, how much surplus that individual or family can afford to borrow and invest? They probably need a job and a fixed salary more, not some investments which pays a token RM50 a month but not immediately usable for buying household goods
Anyway, intrigued by the promise of “guaranteed return” I decided to find out more about this matter.
First stop, I looked up the Bernama news flash, which according to Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Group CEO of PNB, the scheme operates by way of investing into and getting paid in additional Amanah Saham 1Malaysia units.


This brings me to the next stop: the latest annual report and accounts issued by PNB on Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

There are approximately 271,000 Malaysians that invested RM5.5 billion into AS1Malaysia.

Now normally a complete set of financial statements should comprise a profit and loss account (or income statement), balance sheet and cashflow statement at a minimum.
Income statement would show you the income or loss for the year; the balance sheet would show how much asset and liability a company has while cashflow statement shows how the company’s money was used during the year. If you buy shares in Bursa Malaysia, you will get an annual accounts and reports from the listed company which runs into hundred of pages, even though you own 1,000 shares only.
But the report for this RM5.5billion trust money for Malaysians is very scarce. There is merely a Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan and Penyata Pendapatan Komprehensif that is squeezed into 1 page plus a single page of Penyata Aliran Wang. The notes to the above ran from page 18 to 28 only. The scarcity of information could lead to difficulty in fully understanding what is actually going on with the funds.




The accounts tell you that AS1M made RM205.9 million and RM165.5 million over the 2 financial periods buying and selling shares, with only a minimal RM7.5 million diminution in value of shares purchased.
Normal accounting process requires shares purchased for buying and selling purpose to be “marked to market” e.g. if you buy 1,000 shares at RM5.00 in June and its price dropped to RM4.50 at 31 December when you close the accounts for reporting, then you have to report unrealised loss of (RM0.50 X 1,000) = RM500.
And with such volatile share price movements, how come for a RM5.5billion worth of trust money investment, the unrealized loss is barely 0.14% (RM7.5million over RM5.5 billion).
In addition, notice how small the operating expenses is to run a  RM5.5 billion trust fund. Not counting the yuran pengurusan which goes to the fund managers, administration support only runs up to RM447,186 and RM420,540; about RM30K to RM37K a month.
The audit fee of RM20,000 is absurdly low. Low fees mean low quality audit – ask any auditors and they will tell you the same thing. RM20,000 audit fee is likely for a medium size company, not for a RM5.5 billion trust fund of rakyat’s money being invested in risky and volatile equity market.
It is amazing to see how AS1M make such great profits. Normal unit trust companies would not be able to match them. My personal experience with unit trusts tells me that making losses over a few years is normal.
There is no balance sheet hence we cannot tell what is the asset and liability of the funds. Now for the fund to make consistent above market gains, I would very much like to know to whom they sold the shares (i.e. their trade debtor assets).


It seems that for the first year in operation, they sold more than half of the shares back to PNB. Is this a right pocket to left pocket thing only?
In my previous blog post on national debts, I am intrigued by the rapid raise of a component in Hutang Dalam Negeri Persekutan called “Lain-lain”. This nugget shot up from RM39,781 million to  RM111,856 million in 2011! Increase of around 2.8 times over 4 years. It has taken over from EPF as the biggest amount owing to.


Now according to Bank Negara's definition, it includes “trust companies” and “unclassified items”


AS1M is a trustee as it invests billions of rakyat moneys around. The AS1M report does not have a balance sheet so I cannot confirm whether that part of national debt has anything to do with a debt arising as a result of buying shares from AS1M but I definitely DO NOT WANT TO BE A GUARANTOR FOR SHARE MARKET SHORTFALL. Guaranteeing the profit of toll concessionaires is already taxing enough.
 Perhaps the finance minister should come out and clarify who we are owing to and what for.

Gambar Ceramah Anwar Di Stadium Mini Sabak Bernam

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/401131_10150508855691510_153563841509_9189037_258109871_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/419392_10150508820131510_153563841509_9188982_1257497688_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/428264_10150508805526510_153563841509_9188967_1110753514_n.jpg

Setelah berlakunya peristiwa merusuh dan mengganas di Jalan Kebun jam lebih kurang 9.30 malam 21hb Januari 2012 yang lalu oleh sekumpulan pemuda berjiwa dan berdarah pekat UMNO, kini sambutan terhadap perjumpaan dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Selangor, terutamanya jika penceramah itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ternyata dan terbukti sudah tidak mendapat sambutan lagi...terkini dilubuk kuat UMNO sendiri di Sabak Bernam...satu-satu kawasan Parlimen di Selangor yang gagal dirampas oleh Pakatan Rakyat, ceramah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup hambar sekali...kehadiran penduduk setempat hanya disekitar 10 orang sahaja....DSAI pada malam tadi berceramah didepan makhluk-makhluk halus termasuk bunian....CUKUP MENGHAMPAKAN PARA PEJUANG PAKATAN RAKYAT.

Juruterbang didenda khalwat isteri orang



SUBANG - Seorang juruterbang dan seorang suri rumah dihukum denda masing-masing RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Tropicana Golf Resort di sini, Mei lalu.

Juruterbang, Mohd Zafrie Mohd Jasbir Khan, 30, dan pasangannya, Nur Sarah Euzen Petrus, seorang suri rumah yang berstatus isteri orang semasa kejadian turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama dua bulan, sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohamad turut menasihatkan kedua-dua pasangan itu supaya insaf dan tidak mengulangi kesilapan sama.

“Insaf bukan terletak kepada pakaian sahaja. Datang mahkamah pakai tutup aurat, pakai kopiah tapi kalau dalam hati tak insaf tak guna juga.

“Tertuduh kedua (Nur Sarah), kamu masih ada suami yang sepatutnya kamu taati. Tetapi kamu telah menderhaka kepada suami. Sepatutnya kamu wajar dipenjarakan, tetapi atas ehsan mahkamah, kamu dijatuhi hukuman denda,” katanya.

Pasangan itu didakwa berkhalwat di sebuah rumah di Blok K, Kondo Riana Green, Jalan PJU 3/1C, Tropicana Golf Resort di sini, kira-kira jam 4 pagi, 16 Mei lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan Pendakwa Syarie, Shafezan Rosli mengikut Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shafezan ketika mengemukakan fakta kes berkata, pasangan itu ditangkap penguat kuasa yang membuat pemeriksaan ke rumah itu selepas mendapat maklumat awam.

Penguat kuasa mengambil masa lebih 40 minit untuk mendapatkan kerjasama penghuni sehingga memaksa mereka memecahkan pintu hadapan.

Pasangan itu ditemui dalam rumah berkenaan yang tidak memasang lampu.

Sinar Harian

Lupus pinjaman PTPTN, bukan sekadar tawaran politik namun tanggunjawab yang telah dinafikan.


3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Perkembangan mutakhir menunjuk tawaran yang disebutkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebelum PRU ke 13 terus dipertikai oleh pemimpin BN. Realitinya serangan ini bagi saya merupakan bukti betapa tawaran yang dilakukan PR adalah berasas dan membimbangkan musuh politik PR.

Bagi saya tawaran PR bukan sekadar tawaran politik namun satu tanggung jawab kerajaan yang telah dinafikan sekian lama. Selepas 54 tahun negara merdeka ternyata BN masih gagal memperkenal dan meneruskan dasar membela rakyat seperti yang diwar-warkan.

Kerana itulah mereka sangat bimbang bila mendengar tawaran PR yang mahu membela rakyat dan mula menyerang tawaran PR dengan alasan yang lapuk dan tidak masuk akal.

Terkini saya merujuk kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat mahu melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bila berkuasa di Putrajaya diulas oleh pemimpin BN dengan katanya lebih bersifat janji politik semata-mata dalam usaha mereka untuk meraih sokongan generasi muda. Demikian kenyataan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said.

Beliau juga berkata, rakyat perlu sedar bahawa pihak Pakatan Rakyat kini akan menabur pelbagai janji dalam usaha mereka meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji itu sebenarnya tidak berpijak di bumi nyata." Katanya juga Ahli Parlimen Kuala Krau selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada 233 penduduk Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau di sini kelmarin.

Ucapan Ismail nampaknya menampakkan sosok tubuh dirinya sendiri yang membuktikan bahawa Ahli parlimen BN tidak mengikuti perkembangan semasa atau beliau sengaja memejamkan mata kepada realiti yang ada dengan tidak peka dengan pelbagai dasar Kerajaan BN yang telah di tiru dari cadangan asal yang dibuat oleh Pakatan Rakyat termasuk dalam Buku Jingga.

Begitu juga kenyataan yang berlaku kepada pelbagai dasar Kerajaan Pusat yang terlebih dahulu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS dan dilaksanakan untuk peringkat kebangsaan.

Dasar cuti 2 hari seminggu dan Cuti bersalin adalah antara dasar Kerajaan Kelantan yang telah ditiru oleh BN. Walaupun Kelantan di label dengan berbagai tomahan namun akhirnya dasar itu diguna pakai di peringkat Pusat.

Saya kira golongan muda termasuk mereka yang meminjam dengan PTPTN sangat faham dengan kemampuan kerajaan untuk melupuskan pinjaman mereka bila PR berkuasa . Demikianlah hasrat sebenar PR kerana itu adalah tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Mereka sangat faham dengan ucapan Ismail yang semacam menggelabah bagi mempertahankan kuasa BN yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.

Sebenarnya BN lah yang sepatutnya bercakap mengenai pelupusan pinjaman PTPTN kerana mereka sendiri yang bercakap mengenai kononnya dengan slogan rakyat didahulukan.

Namun kenyataan Ismail membuktikan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mengembalikan dasar pendidikan percuma yang pernah satu masa dulu mampu dilakukan oleh Kerajaan BN.

Oleh itu PR menawar sesuatu untuk menjadi pilihan kepada rakyat , semuga PR terus menjadi harapan rakyat Malaysia untuk keluar dari kepompong politik sempit BN yang telah sekian lama mengkhianati amanah yang diberikan selama ini.

DRS. KHALIL IDHAM LIM

Ghani Othman jual ekuiti orang Melayu kepada Yahudi?


Entah apa yang telah merasuki pemikiran Menteri Besar Johor sehingga sanggup mengadai hak bumiputera kepada bangsa asing apatah lagi bangsa yang memang dicurigai oleh umat Islam yakni ‘Yahudi’.

Dalam kenyataan akhbar 4 Januari yang lalu, ternyata secara umunya Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman juga selaku pengerusi Johor Corporation (JCorp) seperti membuang tabiat ingin menjual sebahagian besar saham QSR Brands dan KFC Holdings (KFCH) yakni anak syarikat JCorp kepada sebuah syarikat yang mendapat sokongan kuat Yahudi.

Dengan beralasan untuk melunaskan hutang, Abdul Ghani seperti rasa tidak bersalah telah mengadaikan sebanyak empat puluh sembilan peratus saham bumiputera JCorp kepada bangsa asing.

Seperti perancangan yang terancang, saham tersebut dijual kepada sebuah syarikat bernama CVC Capital Partners yang ditubuhkan di London pada tahun 1981.

Syarikat tersebut dipercayai adalah sebuah syarikat milik Yahudi.

Apakah Abdul Ghani sengaja mencabar kredibiliti bumiputera dengan menjual saham JCorp kepada golongan Yahudi tidak kepada golongan sasaran bumiputera?

Memang ternyata Abdul Ghani sudah hilang arah haluan dalam menangani isu permasalahan hutang JCorp.

Penjualan ini secara langsung menghilangkan penguasaan bumiputera dalam saham anak syarikat tersebut.

Mengikut kajian yang telah dilakukan, lebihan saham sebanyak lima puluh satu peratus milik JCorp (selepas penjualan empat puluh sembilan peratus saham kepada CVC) kebarangkalian juga akan terjual.

Ini kerana hutang yang dibebani oleh JCorp masih belum terlunas dengan penjualan harga saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu.

Perkara ini dikhuatiri akan meruntuhkan dan secara langsung melenyapkan terus suara bumiputera di dalam syarikat QSR dan KFCH.

Permasalahan yang pasti timbul adalah berkenaan status ‘halal’ ke atas restoran serta produk yang dikeluarkan oleh QSR dan KFCH.

Sebelum ini, status halal ke atas restoran KFC boleh dipertimbangkan dengan positif kerana selain dari pemiliknya adalah orang Islam (JCorp), pembekal-pembekal yang dilantik membekal ayam sembelihan adalah dari golongan pembekal yang beragama Islam.

Tetapi jika perkara penjualan saham JCorp pada bulan April ini berjaya dilakukan, maka status halal di restoran serta produk QSR dan KFCH pasti diragui.

Perkara inilah yang membimbangkan seluruh pengemar-pengemar makanan segera seperti produk KFC, Ayamas dan Rasamas.

Saham kedua-dua anak syarikat JCorp ini perlu diselamatkan bagi memastikan penggunaan status halal dalam produk QSR dan KFCH terjamin serta menyelamatkan secara langsung saham milik bumiputera di bawah seliaan JCorp.

Maklumat ini harus disedari oleh semua lapisan masyarakat khususnya orang melayu yang beragama Islam selaku pelanggan majoriti ke restoran KFC serta pembeli majoriti produk Ayamas dan Rasamas.

Ternyata Abdul Ghani sudah mula merasakan dirinya diancam.

Kegagalan menangani isu permasalahan hutang JCorp memang secara terang mencacat dan mengudiskan kredibilitinya sebagai seorang pengerusi sebuah syarikat dan juga Menteri Besar Johor.

Mengapa saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu tidak dijualkan kepada syarikat mega bumiputera yang lain seperti saranan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)?

Presiden DPPM Syed Ali Alattas berpendapat pihaknya bersedia menjemput FELDA dan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi membincangkan mengenai pembelian saham JCorp tersebut demi menyelamatkan hak bumiputera dari jatuh ke tangan ‘yahudi’.

Jelas dan nyata, semangat cintakan bangsa yang diwar-warkan serta digembar-gemburkan hanyalah mainan politik semata dan ia tidak dijadikan sebagai manifestasi bagi menyelamatkan hak orang melayu.

Usah mengaku sebagai ‘pejuang bangsa’ jika bangsa sendiri hendak dibunuh haknya.

Memang sudah lama pembohongan ini dilakukan namun kali ini ‘agenda tersembunyi’ mereka seperti jelas kelihatan.

Kurap jika disembunyikan masih tetap berbau busuk.

Begitulah pesan orang-orang tua dahulu.

Ternyata tanggungjawab mempertahankan bangsa ini bukan terletak kepada sebahagian golongan sahaja malah tanggungjawab ini harus disedari oleh seluruh masyarakat.

Ternyata Abdul Ghani serta partinya tidak lagi berjaya mengendalikan negeri Johor dan Malaysia ini dengan baik sehingga sanggup mengadaikan hak bumiputera kepada yahudi. Bangsa melayu harus sedar akan ketelanjuran ini.

Jangan sudah tergadai baru hendak mengasah parang.

Rabu, 25 Januari 2012

DEBAT!!! antara Najib dan Anwar, siapa yang pengecut?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, demikian menurut firma kajian pendapat awam, Merdeka Center.


Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.


"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.



"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim kepada Sinar Harian Online.


Kedua-dua Anwar dan Najib sudah memasuki gelanggang politik negara lebih empat dekad lalu.


Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada awal 2009 dan akan mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pertamanya dalam waktu terdekat. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, mengetuai Pakatan Rakyat (PR) awal 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada Ogos tahun yang sama.


Permintaan dan undangan agar kedua-dua pemimpin itu berdebat bukan perkara baru. Ia pernah menjadi perhatian tahun lalu.


Dan, pada pertengahan bulan ini, Anwar yang juga Ketua Umum PR mengulangi cabarannya kepada Najib, yang juga Pengerusi BN untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya.


Anwar berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan BN serta PR.


Pelawaan itu dibuat kira-kira seminggu selepas Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.


"Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pemimpin pada Konvensyen PR pada 14 Januari lalu.


Anwar berkata, PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali.


Mengulas lanjut isu debat ini, Ibrahim juga berkata, keinginan itu dilahirkan selepas wujud pandangan dan hebahan mengenai perkara itu baru-baru ini, lebih-lebih lagi ketika negara bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum.


"Saya pun berpandangan bahawa kita perlu bergerak ke arah itu. Saya berharap akan ada pihak yang akan menganjurkan debat-debat melibatkan pemimpin negara supaya rakyat dapat menilai kemampuan dan kebolehan pemimpin menawarkan dasar dan pendekatan pengurusan dan pentadbiran terbaik kepada negara," katanya lagi.

Ahad, 22 Januari 2012

Pengasas Yahoo! letak jawatan secara mengejut

SAN FRANCISCO — Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang memutuskan untuk meninggalkan syarikat itu, di tengah-tengah kemelut, selepas hampir dua dekad menerajuinya.

Keputusan mengejutkan itu diumumkan semalam, kira-kira dua minggu selepas Yahoo Inc melantik bekas eksekutif PayPal, Scott Thomson sebagai ketua pegawai eksekutifnya.

Washington Post memetik laporan media berkata, Yang melahirkan sokongan ke atas Thompson dalam keputusannya meninggalkan lembaga pengarah Yahoo.




Beliau menganggotai lembaga pengarah sejak ia ditubuhkan pada 1995.

Yang juga meletakkan jawatan dari lembaga Alibaba Group dan Yahoo Japan. Yahoo sedang mengadakan perundingan untuk menjual pegangan di kedua-dua syarikat itu.

Selain itu, Yang juga akan melepaskan gelatan sebagai "ketua Yahoo”.

sumber asal : Sinar Harian

Pejabat Megaupload.com diserbu


SEBUAH pelayan komputer milik Megaupload ditemui di sebuah bilik hotel di Hong Kong kelmarin.


HONG KONG - Sepasukan anggota kastam Hong Kong menyerbu beberapa pejabat, premis tempatan dan suit hotel mewah di sini dalam siasatan ke atas laman perkongsian fail Internet, Megaupload.com.
Siasatan berkenaan yang dilakukan di seluruh dunia dikendalikan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Seramai 100 anggota kastam menyertai serbuan di sini kelmarin dan merampas sebahagian besar bukti digital selain aset haram mencecah HK$330 juta (RM130.4 juta).
"Semua aset ini dibeku kan di bawah undang-undang Hong Kong. Operasi kami masih diteruskan," kata pihak kastam Hong Kong dalam satu kenyataan.
Dalam operasi berkenaan, pihak berkuasa turut menyerbu beberapa suit hotel mewah yang kadar sewanya HK$100,000 (RM40,010) sehari dan menemui beberapa pelayan berkelajuan tinggi dan skrin televisyen yang disyaki memiliki kaitan dengan kes berkenaan.
Serbuan dibuat susulan penutupan Megaupload.com oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) Khamis lalu selepas laman web itu didakwa terbabit dalam aktiviti cetak rompak dan pelanggaran hak cipta.
Pengasas laman Megaupload.com, Kim Dotcom yang juga dikenali sebagai Kim Schmitz kini ditahan di New Zealand selepas polis menyerbu kediamannya di negara itu.
KIM DOTCOM


Warga Jerman berusia 37 tahun itu yang memiliki status penduduk tetap New Zealand dan Hong Kong dinafikan ikat jamin bersama tiga lelaki lain semasa mereka dihadapkan di sebuah mahkamah daerah di Auckland kelmarin.
Dalam serbuan di banglo mewah yang diduduki oleh Dotcom di Auckland, polis New Zealand turut merampas beberapa kereta mewah berharga AS$4.8 juta (RM14.9 juta) termasuk sebuah Cadillac merah jambu keluaran 1959 dan sebuah kereta Rolls Royce Phantom.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kehakiman AS dan FBI telah mendakwa tujuh individu yang dituduh "bertanggungjawab melakukan aktiviti cetak rompak besar-besaran secara atas talian menerusi Megaupload.com dan beberapa laman web berkaitan".
Megaupload menyebabkan kerugian lebih AS$500 juta (RM1.55 bilion) kepada pemilik-pemilik hak cipta dengan menawarkan salinan cetak rompak filem, program televisyen dan kandungan lain.
Ia adalah antara laman web perkongsian fail paling popular di dunia dengan mencatatkan sekitar 50 juta pengguna setiap hari. - AFP
Related Posts with Thumbnails