Sabtu, 17 Disember 2011

Saat Saya Mengenali Anwar, Dan Kenapa Dia Perlu Di Sokong – Part II.


Saya Ahmad bin Kasim, kini Ahli Parlimen bagi Kawasan Kuala Kedah mewakili Parti Keadilan Rayat (Keadilan) mula mengenali DSAI sejak zaman menuntut di UPM sekitar tahun 80an. Oleh kerana latar belakang saya yang terlibat secara langsung dengan ABIM, maka nama DSAI telah menjadi sinonim dengan gerakan ini. Seingat saya tidak pernah terlepas kami membincangkan isu yang berkaitan dengan DSAI samada dalam usrah, tamrin atau perbincangan tertutup mahupun terbuka. Membicarakan isu DSAI adalah sebahagian daripada tarbiyah siasah yang menjadi model “political experiment” dalam kerajaan pada ketika itu.

Kadang-kadang serangan dari sahabat-sahabat Islam (khususnya PAS) ketika DSAI dalam kerajaan, menjadikan tekanan minda yang sangat sukar untuk dipertahankan segala pendirian atau tindakan beliau semasa dalam kerajaan. Biasanya orang-orang ABIM yang menjadi ‘punching beg’ oleh sahabat PAS. Namum kami cuba mencari jawapan-jawapan yang ‘significant’ atau nas-nas yang ada untuk mempertahankan beliau. Ada kalanya amat memenatkan, namun terus bersangka baik, dengan harapan ijtihad yang beliau buat menyertai kerajaan adalah betul.

Beberapa bulan sebelum peristiwa hitam September 98, ketika belum ada pokok yang bergoyang dari tiupan angin yang belum nampak dari arah mana datangnya. Saya menerima panggilan dari pimpinan kanan ABIM pusat supaya bersiap siaga kerana DSAI akan di tangkap di bawah ISA. Saya binggung, amat binggung, kusut pemikiran, kaku pergerakan, mana mungkin seorang yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri akan di tangkap di bawah ISA. Saya diminta untuk memaklumkan pada Dato’ Ust Fadzil Noor (Presiden PAS) yang berada di Alor Setar dan pimpinan kanan ABIM Kedah. Ini arahan ABIM Pusat, suara itu mengarahkan saya. Demikian watak ABIM dalam isu berkaitan insan yang bernama Anwar bin Ibrahim.

Tanpa melengah masa, saya yang dalam perjalanan satu urusan membuat pusingan U, untuk bertemu dengan Ust Nia’mat Yusof bersama dengan seorang rakan pimpinan ABIM. Hanya air mata sahaja yang membasai pipi Ust Niamat selepas kami menyampaikan maklumat tersebut. Kunjungan ke rumah Ust Fadzil Noor tidak berhasil kerana ia berada di Kuala Lumpur. Plan tindakan seterusnya adalah menunggu ketibaan Ust Fadzil Noor di Lapangan Terbang Kepala Batas. Saya yang menjadi pemandu dan Ust Niamat Yusof dan Ust Fadzil Noor menjadi penumbang mulia saya pada malam itu. Perbincangan hanya dalam kereta, arahan Ust Fadzil Noor saya akur, hampir sejam saya hanya memutar-mutar kereta saya sekitar Bandar Alor Setar, sambil membincangkan maklumat yang di terima siang tadi. Saya nampak Ust Fadzil membisu terlalu lama, saya tidak tahu samada itu ‘stye’ dia, atau dia memikirkan sesuatu untuk memberikan reaksi pada kami berdua. Saya tak berani menyampok walau sepatah, apatah lagi kedua-dua mereka adalah guru yang sering membimbing saya secara langsung.

Akhrnya dia bersuara “ Mat kita kena siap sedia, Dr Mahathir pasti akan menangkap Anwar”, kenyataan itu menyebabkan sendi lutut saya semakin longgar. Saya mengharapkan jawapan yang positif dari Ust Fadzil supaya boleh melegakan perasaan saya namun beliau memberikan jawapan sejujurnya. Perbincangan kami sekitar watak Dr Mahathir dan watak Anwar. Pesan Ust Fadzil pada kami berdua, kita mesti pertahankan Anwar dengan apa cara sekali pun. Selepas itu saya hanya mendengar perbincangan tertutup di buat banyak kali dengan Ust Fadzil dan Anwar dihadiri ramai kenalan ABIM pusat.

Segala-galanya berubah, menjelang 1998, saat gemilang nama beliau yang gah dipersada dunia, menjadi Menteri Kewangan terbaik buat Malaysia diakui seantaro dunia , kemahuan untuk melakukan islah (perubahan) dalam pentadbiran kerajaan, pelbagai dasar-dasar yang pro Islam khususnya dalam sistem perbankkan, dan dasar serta program yang mesra rakyat, selangkah menuju puncak kuasa, namun ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Dia dipecat dari jawatan dan disingkirkan dari tampok kuasa dan parti secara sadis dan amat memilukan.

Kami menjadikan rangkaian ABIM untuk meneruskan perjuangan yang dirintis oleh DSAI. Hajat DSAI untuk mengempur kubu kuat Dr Mahathir di Kedah disampaikan melalui Sdr Saufudin Nasution kepada saya untuk mencari tempat samada di Baling atau Kubang Pasu. Selepas berkubu lama di rumah beliau di Damansara Utama. tidak ada siapa yang berani memberikan tempat pada Anwar pada ketika itu. Namun saya tekad DSAI mesti dibawa ke Kedah. Hanya Pondok Ust Niamat di Derang, Pokok Sena yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan yang berani menawarkan premis buat beliau. Keputusan itu saya buat sendiri tanpa merujuk kepada Ust Niamat, kerana saya tahu Ust Niamat pasti akan setuju. Belum pernah saya mengendalikan majlis yang sebesar itu dalam sejarah umur saya. Kehadiran mencecah puluhan ribu orang dalam tempat yang sangat terhad.

Istiqamah memperjuangkan nasib DSAI oleh Ust Fadzil Noor pada saya amat luar biasa, walaupun pada saat awal beliau di kecam oleh pimpinan PAS di banyak peringkat, namun jawapan politik Ust Fadzil menyebabkan pandangan negatif pada Anwar Ibrahim berjaya di redakan, pada ketika itu. Saya tumpang bersyarah atas kapasiti sebagai Yang Dipertua ABIM Kedah , jawatan rasmi pada masa itu di pentas-pentas parti politik. Sifat ABIM yang ‘non-partisan’ sukar dibezakan bila bersyarah mengenai nasib rakyat dan apa yang menimpa DSAI.

Semasa DSAI dalam penjara, pelbagai versi yang kami terima, sumber-sumber dalaman dan luaran menyebabkan perjuangan kini semakin manis. Penjara bukan segala-galanya. DSAI mengajar kita untuk berjuang walau dari dalam tembok besi. Semasa beliau dalam penjara, sempat saya menghadiahkan sebuah buku yang telah saya khatam bacaannya ‘ Mencapai Maqam Siddiqun dan Rabbaniyyun’ oleh Sheikh Said Hawwa. Sebuah buku dari syarah kitab Hikam (Sheikh Ibnu Atil’llah As-Sakandari) yang saya tekuni membaca dan merasai kelazatan ilmunya. Saya hanya mampu menghantar pada DSAI yang berada di dalam penjara Sg. Buluh pada ketika itu dengan sedikit surat kiriman dari seorang adik kepada abangnya yang sedang menghadapi kesulitan di penjara. Hanya tawakal kepada Allah moga buku itu dapat sampai ketangan beliau.

Menghadiahkan buku itu adalah nazar saya, apabila saya habis membaca maka saya akan menghadiahkan kitab tersebut padanya. Alhamdulilllah, walaupun beliau tak mengenali saya dengan dekat, namun hajat dan hasrat saya termakbul juga akhirnya. Beliau membalas surat saya dengan mengungkapkan cacatan perjuangan bersama-sama rakan-rakan ABIM Kedah. Nama-nama Ust Niamat, Sheikh Azmi, Cikgu Ibrahim, Ust Azizan Hamid diungkapkan dengan sorotan perjuangan mesti diteruskan walau dimana kita ditempatkan.

Reformasi politik yang diketengahkan oleh Anwar sebelum beliau terhumban dalam penjara, digenggam kemas. Pilhanraya 1999 adalah cacatan manis apabila Ust Fadzil Noor Berjaya di bawa ke Parlimen sekaligus menjadi Ketua Pembangkang. Ramai pimpinan ABIM yang dihantar untuk bertanding atas tiket PAS termasuk Ust Nia’mat Yusof yang bertanding di DUN Tanjung Seri. Dato Sheikh Azmi Hj Ahmad bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti Keadilan Nasional pada masa itu. Saya terlibat secara langsung dalam rundingan , mencadangkan nama-nama ABIM bersama pimpinan ABIM Pusat di rumah Ust Fadzil Noor.

Ketika penubuhan Parti Keadilan Nasional, oleh kerana Dato’ Sheikh Azmi menjadi pimpinan kanan di pusat dan Pengerusi Perhubungan Keadilan Kedah , selepas meletakkan jawatan 24 jam dari jawatan Ketua Hakim Syare’ Malaysia, kerana tidak setuju dengan pentadbiran Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim. Saya menjadi ‘budak suruhan’ Sheikh Azmi. Beberapa penubuhan Bahagian Keadilan di Kedah , saya terlibat dengan aktif dan agresifnya. Meminta rakan-rakan ABIM memegang jawatan atau menganggotai Jawatankuasa penaja, atau menjadi ahli parti. Saya sendiri menjadi ahli di Bahagian Langkawi.

Tahun 2008, ketika DSAI akan memimpin pilihanraya yang beliau tidak boleh bertanding, beberapa nama sahabat, dan pimpinan ABIM di ketengahkan. Saya turut di pinang pada ketika itu, Namun jawatan saya dalam pertubuhan menyebabkan keputusan perlu dirujuk pada Majlis Syura Negeri. Walaupun telah ada rundingan yang telah berlaku dengan DSAI untuk bertanding pada ketika itu. Namun keputusan Majlis Syura Negeri menolak cadangan saya. Saya terpaksa membuat rayuan pada Pimpinan Pusat yang lebih atas (Macam mahkamah rayuan pula), Alhamdulillah permohonan saya diterima, Pimpinan pusat merestui hasrat saya dan akan memaklumkan pada pimpinan Kedah untuk membantu saya sedaya mungkin.

Kini setelah bergelar ahli parlimen dan ahli majlis pimpinan pusat parti, saya berkesempatan mendampingi DSAI secara lebih dekat. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari daripada beliau. Jauh pemikiran beliau dalam semua bab termasuk agama, politik, pentadbiran, kewangan, falsafah, siasah syare’yah, hubungan antarabangsa, bahasa, komunikasi, kebudayaan dan lain-lain. Menjadikan saya insan kerdil disisinya. Apa yang saya milik hanyalah kudrat tulang empat kerat bagi membantu beliau sedaya mungkin. Kita masih berhutang pada Anwar Ibrahim, demikian kata-kata Dato’ Dr Siddiq Fadhil pada satu majis anjuran ABIM. Pada saya menjadi ahli parlimen pun belum terbayar hutangnya yang telah mengagaskan perjuangan dan fikrah murni Islam yang sedang kita nikmati ini.

Berhadapan dengan kes fitnah liwat siri I dan II, serta fitnah jahat video sex, sedikitpun tidak menggugat kepercayaan, penghormatan saya pada DSAI. Saya amat yakin berdasarkan tarbiyyah dalam perjuangan ABIM yang di asaskan oleh beliau bersama rakan-rakan pimpinan, bahawa hakikat perjuangan mesti menempuh mehnah, ujian dan cubaan. Kitab Ust Mustaffa Mashyur mengenai ‘Tribulasi Perjuangan’ yang dijadikan teks usrah dahulu masih relevan kini. Allah swt akan menempatkan kita pada posisi yang sesuai dengan tahap keimanan kita kepada Allah swt. Prinsip agama yang saya pegang menolak bulat-bulat fitnah jahat pada beliau.

Pada Allah juga saya berserah, padaNya juga saya mohon kekuatan, ketabahan, kesabaran untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku pada 9 Januari 2012 nanti. Di hadapan kita ada bahtera negara Malaysia yang perlu dikemudi dengan keperibadian unggul, pemikiran tinggi, akhlaq yang terpuji, kegigihan usaha, keyakinan diri dan memiliki integriti serta sejumlah ciri-ciri kepimpinan yang tiada tolok bandingnya untuk membawa Malaysia kemercu kejayaan. Siapa lagi yang perlu kita sokong dan kita tolong, kalau bukan insan itu bernama Anwar bin Ibrahim.

Catatan sanubari :

Ahmad bin Kasim,
(Ahli Parlimen Kuala Kedah)
.

Penyenaraian Felda Global Ventures: 'Durian runtuh' hanya sekali, rugi RM2b setahun

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Jaminan Perdana Menteri untuk memberikan "durian runtuh" kepada para peneroka dari usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham ternyata hanyalah sebagai "gula-gula" kerana pemberian itu hanyalah dalam bentuk "one off", berbanding kerugian yang akan dialami Felda sebanyak RM1.5 hingga RM2 bilion setahun.

Sehubungan itu, Felda pasti akan mengalami masa depan yang cukup gelap selepas itu kerana pasti gagal melaksanakan pelbagai kebajikannya kepada para peneroka ekoran kerugian seteruk itu setiap tahun.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali berkata, sebaliknya janji tersebut hanyalah dibuat sebagai langkah bagi memudahkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012.

Menurutnya, dalam masa yang sama, jaminan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad bahawa Felda bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan.

Katanya, kesangsian itu mempunyai asas yang cukup kuat kerana tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Ventures.

"Rekod buruk Felda Global Ventures itu sendiri pun sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai. Felda Global Ventures bukanlah sebuah syarikat yang diurus dengan baik.

"Syarikat itu telah mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit dalam pelaburan luar negara seperti pelaburan dalam Twin Rivers Technologies dan pembelian apartment di Mekah," katanya ketika dihubungi.

Ketua Eksekutif syarikat itu pula, menurut beliau, pernah disyaki terlibat dalam salah laku yang mengakibatkan kerugian RM120 juta di Syarikat Golden Hope Plantation Bhd.

"Setelah disiasat oleh KPMG Forensics, Ketua Eksekutif syarikat itu akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Penasihat Intergrasi Kumpulan Sime Darby, seperti dilaporkan dalam Straits Times bertarikh 11 Jun 2008 lalu," jelasnya.

Sehingga kini, tambahnya, Felda Global Ventures hanya memiliki 42,000 hektar tanah di Kalimantan yang masih dalam peringkat penanaman dan semaian.

"Jadi, untuk tujuan penyenaraian ini, Felda berhasrat untuk memajakkan 350,000 hektar tanahnya kepada Global Ventures. Memajakkan tanah Felda dengan tujuan penyenaraian ini adalah bertentangan dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Razak," ujarnya.

Di peringkat ini, tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi perlu meneruskan segala perancangan yang telah dibuat ke arah penyenaraian itu, sebaliknya perlu dengan telus memberikan penjelasan yang lengkap kenapa Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab diarahkan untuk mengambil cuti belajar selama lapan bulan?

"Sebelum ini, semasa Datuk Dzulkifli sedang melakukan umrah, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Permodalan Felda dengan melanggar Akta Koperasi melalui Agenda Khas Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda. Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," katanya.

Beliau difahamkan tujuan perubahan itu dilakukan adalah untuk memungkinkan Isa mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangangan ekuiti Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holdings dan merombak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli koperasi.

Ia juga, tambahnya, untuk menutup mata kakitangan Felda yang menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda dari mengetahui bahawa mereka bakal kehilangan majoriti 55 peratus dalam saham Felda Holdings Bhd.

"Struktur selepas penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Anak-anak Syarikat Felda susut kepada 30 peratus sahaja dan baki 70 peratus lagi ditawarkan kepada pelabur luar," jelasnya.

‘Kamu boleh hina Anwar di Malaysia, tidak di dunia"

TEMERLOH, 17 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.

Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.


“Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.



“Gaji minima kakitangan kerajaan dan swasta akan ditetapkan sebanyak RM1,100 dan kita lihat kerajaan yang ada tidka berani menetapkan gaji minima,” katanya ketika berucap dalam majlis Minum & Sembang Petang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shakira Cafe, Batu 1, dekat sini petang semalam.

Lebih 500 hadir mendengar ucapannya yang singgah dalam perjalanan untuk berceramah di Kuantan.

Anwar berkata, kerajaan PR akan memecahkan monopoli kroni untuk mengembalikan hak rakyat seperti kilang gula dan permit teksi.

“Dulu apabila Robert Kuok memegang konsesi gula, bahan itu tidak ketara sangat naik tetapi apabila diserah kepada kroni Umno, gula sampai empat kali naik.

“Kita tengok pemandu teksi berhempas pulas mencari rezeki, tetapi sesetengah Ketua Umno bahagian ada beratus-ratus permit teksi. Jadi salah guna kuasa dan kronisme yang telah berakar umbi seperti inilah yang akan kita ubah,” katanya.

Anwar berkata, perkara seperti ini kadang-kadang gagal dilihat oleh orang Melayu di kampung-kampung apabila propaganda Umno setiap hari dimainkan kononnya Cina memonopoli kekayaan dalam negara.

“Kenapa disalahkan Cina? Wakil rakyat Melayu, pegawai daerah Melayu, Menteri Besar Melayu. Jadi kenapa orang Melayu semakin miskin?

“Negeri Pahang ini sendiri kaya, tengok balak dah hampir 50 tahun terus dikeluarkan. tetapi kenapa kekayaan itu tidak melimpah kepada rakyat?” soalnya.

Mengenai kesnya yang akan diputuskan pada 9 Januari nanti, beliau yakin akan dibebaskan jika tanpa campur tangan politik.

“Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India.

“Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia,” katanya merujuk kepada Umno.


 

Dicatat Oleh jeebond

Jumaat, 16 Disember 2011

Laporan 3 Pakar HKL, Bukti Muktamad Saiful Tidak Diliwat





1. Laporan pemeriksaan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat merangkumi bukti DNA yang mencurigakan di samping mengesahkan secara rasmi bahawa tidak ada bukti klinikal menunjukkan bekas pembantu Anwar Ibrahim itu diliwat.

2. Pemeriksaan mendapati wujudnya dua sampel DNA lelaki berlainan pada tubuh Saiful, namun pemeriksaan klinikal tidak menyokong dakwaan Saiful bahawa beliau diliwat

3. Laporan forensik klinikal itu yang disahkan oleh tiga pakar HKL daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan Forensik membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti konklusif menunjukkan tusukan atau kesan luka pada dubur Saiful

4. Laporan perubatan itu disediakan oleh tiga pakar berkenaan berasaskan pemeriksaan komprehensif terhadap Saiful merangkumi penelitian fizikal dan ujian makmal.

5. Pemerikasaan fizikal meliputi bahagian kepala dan tengkok, dada, belakang badan, perut, bahagian luar kemaluan, bahagian luar dan dalam dubur

6. Pemeriksaan kemaluan dan bahagian dubur: sekeliling dubur lembab, bahagian luar dubur tidak menunjukkan kesan parut, melecet atau luka baru, kelembapan normal, kemutan baik, tidak ada lendir, tidak ada kesan koyak atau luka, sedikit buasir tahap pertama pada sebelah kanan," laporan itu membuat penemuan.

7. Pakar-pakar HKL juga membuat ujian makmal ke atas sampel swab yang diperolehi daripada Mohd Saiful. Ini termasuk daripada bahagian tonsil, bawah lidah, bahagian keliling dubur, bahagian atas dan bawah dubur untuk tujuan analisis air mani serta kanan dan kiri puting dan sekelilingnya, badan, kemaluan bagi analisis air liur.

8. Ujian juga dijalankan ke atas sampel darah bagi profil DNA, alkohol serta toksikologi.

9. Semua spesimen dilabel dan ditutup rapat oleh pakar dari Jabatan Perubatan Forensik dan diberi kepada DSP Judy Blacious a/l A.F. Pereira pada 29 Jun 2008 pada pukul 12.35 pagi untuk analisis makmal.

10. Menurut seorang pakar perubatan hospital swasta yang tidak mahu dikenali laporan tersebut jelas menunjukkan Mohd Saiful tidak diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.

11. Ini berdasarkan kepada pemeriksaan fizikal pada bahagian-bahagian sulit beliau yang tidak mempunyai petanda atau kesan beliau diliwat.

12. Beliau kata kali terakhir beliau diliwat adalah pada 26 Jun tetapi sampel hanya diperolehi pihak hospital pada 29 Jun iaitu tiga hari kemudian.

13.Dalam tempoh tiga hari tersebut bermacam perkara boleh berlaku. Saiful sudah tentu mandi dan membersihkan badan beliau dan tidak mustahil juga melakukan persetubuhan.

14.Hanya ini sahaja boleh menjelaskan mengapa ada kesan air mani pada beberapa swab yang diambil doktor, kecualilah air mani itu diletakkan kemudian

15.Pakar itu berkata lazimnya jika seseorang yang mengalami buasir diliwat, beliau akan menunjukkan tanda-tanda kecederaan namun HKL tidak menemui kesan luka seumpama itu pada Saiful. Laporan berkenaan ditandatangani ketiga-tiga pakar HKL pada 13 Julai 2008.

Sekian.

Dr Khairul Nizam Bin Hassan
Dr Mohd Razali Ibrahim
Dr Siew Shieu Feng

Asalkan Bukan Umno bergema lagi

Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi.
Sebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi.
Ceramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk "Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN" ini.
Program ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.

Bekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu "semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno."

NONE"Ia bukan milik sesiapa," katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.
Antara pemimpin politik yang ditampilkan dalam ceramah berkenaan ialah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan juga wakil SAPP, Benny Loh.

Mahfuz dalam ucapannya di ceramah berkenaan berkata, kempen ABU itu membawa semangat sama yang menghumbankan parti Liberal Democratic Party di Jepun pada pilihan raya di negara berkenaan dua tahun lalu.

ABU seperti di Jepun
Katanya, LDP tidak ubah seperti Umno yang membentuk kerajaan secara berterusan di negara berkenaan selama 54 tahun.

Anehnya, ramai yang memilih untuk tidak menyokong LDP pada pilihan raya 1999 berbuat demikian tanpa mengetahui dasar dan juga tawaran oleh parti alternatif – Democratic Party yang baru dibentuk setahun sebelum itu.

NONE"Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata 'oh asalkan bukan LDP," kata Mahfuz lagi.
Beliau turut menyeru supaya para hadirin berkenaan tidak termakan dengan kebimbangan yang ditimbulkan Umno bahawa Malaysia akan hilang kemajuan sekiranya kerajaan berubah.

Katanya, ekonomi Jepun yang jauh lebih maju daripada Malaysia tidak terjejas walau kuasa politik itu berubah kepada parti baru.

"Takkanlah mereka tidak terfikir bahawa mereka akan hilang kemajuan jika buat perubahan," soalnya lagi.

Bagaimanapun, fokus utama program itu ialah luahan perasaan daripada rakyat biasa yang diangkat ke pentas ceramah berkenaan, kata Badrul Hisham.

Antaranya ialah seorang pekerja kilang, Zuraidi Abdullah yang membangkitkan mengenai masalah yang dialami oleh pekerja industri yang tidak dilindungi gaji minimum dan juga manipulasi oleh majikan dalam kontrak kerja.

"Gaji RM600 memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup hingga pekerja terpaksa kerja lebih masa. Mereka akan berada lebih 12 jam di tempat kerja," katanya pemuda dari Melaka itu lagi.
'Akta tak bermaruah'

Isu berkenaan turut diulas oleh seorang aktivis pekerja, Jaafar Malik yang mempertikaikan langkah kerajaan untuk membiarkan majikan menetapkan gaji pekerja mengikut harga pasaran.

NONE"Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?," katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir.

Setidak-tidaknya kerajaan perlu merangka dasar gaji minimum sekiranya tidak mampu untuk membuat akta khusus, kata Jaafar (foto kiri).

"Tapi ini dasar pun tak boleh diwujudkan," tambahnya yang memuji langkah Selangor berhubung penetapan takah RM1,500 untuk gaji minimum kakitangan kerajaan negeri itu.

Anggota exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia itu juga menyamakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem kontraktor tenaga kerja melalui pindaan Akta Kerja 1955 dengan sistem dalam industri seks.

"Strukturnya mudah. Ada bapa ayam dan ada anak ayam, itulah dia kontraktor pekerja.
"Anak ayam yang kerja dan bapa ayam dapat hasil, jadi memanglah akta ini tak bermaruah," katanya lagi yang mahu pekerja mengadakan demonstrasi besar pada Februari depan untuk membantah pindaan berkenaan.
'Hancurkan Umno'

Turut mencuri perhatian ialah seorang kontraktor binaan, Yusof Tapa, yang mendakwa telah menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak apabila tidak lagi bersama Umno.

NONE"Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang," katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu.

Namun, beliau tetap berjaya mendapatkan dua projek melalui lesen kontraktor rakan-rakannya dan akan menyelia projek di jalan-jalan berkenan.

Perkara itulah yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang menimbulkan pertanyaan: "Apa pasal Yusof Tapa duduk tepi jalan, dia dapat kerja ke?"

Sedangkan, beliau mendapat projek berkenaan melalui saluran yang betul, kata bekas pemimpin di satu bahagian Umno Negeri Sembilan itu.

Perkara itu menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan Umno, yang juga menjawat jawatan dalam  perbadanan negeri, bukanlah berjuang untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan kroni mereka sendiri, kata Yusof.

"Jadi kalau ada yang masih dengan Umno kita tinggalkanlah. Kita sertai Pakatan Rakyat, kita kempen untuk hancurkan Umno," katanya lagi.

Jangan sokong penyenaraian FGVH membuta tuli - Anak

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menyokong secara membuta tuli penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).

Presidennya, Mazlan Aliman sebaliknya berkata, semua pihak harus berhujah secara berilmu dan mengkaji baik buruk penyenaraian FGVH terhadap peneroka Felda.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas memorandum Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kepada Felda semalam yang menyokong penyenaraian FGVH.

Memorandum tersebut juga dilaporkan mengutuk campur tangan Anak yang didakwa telah "menghasut" golongan peneroka untuk "menolak usaha murni kerajaan."

"Anak tak ada masalah, kita terima semua respons daripada pelbagai pihak (mengenai penyenaraian FGVH) cuma kita bukan nak beradu kekuatan.

"Isu yang paling penting ialah penyenaraian yang akan menyebabkan tanah peneroka dicagar. Sebab itu saya nasihatkan semua pihak berhujah atas ilmu, bukan atas sebab sentimen," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai "sokongan terhadap individu" iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, tanpa memahami duduk perkara sebenar.

"Sekali pun mereka nak sokong Isa Samad, biarlah bersandarkan hujah.

"Mereka kena faham kesan terhadap peneroka apabila penyenaraian ini berlaku. Jangan sampai sokong membawa rebah," kata beliau sambil menegaskan, Anak bukan orang luar yang cuba campur tangan urusan dalaman Felda seperti yang didakwa Perkasa.

Ini kerana, beliau sendiri adalah anak peneroka tetapi Datuk Abdul Rahman Bakar pemimpin Perkasa itu bukan ada apa-apa kaitan dengan peneroka pun.

Mazlan juga menyelar tindakan Perkasa yang menyifatkan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai "duri dalam daging".

Sebaliknya beliau berkata, Dzukifli telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang berada dalam Felda sehinggalah kehadiran Isa yang mencetuskan huru hara termasuk mencadangkan Dzulkifli bercuti dan mengambil kursus pengurusan.

"Itu satu tuduhan yang jahat kepada Datuk Dzul dan menidakkan pengorbananannya selama 30 tahun.

"Mereka buat sokongan membuta tuli terhadap Isa Samad sedangkan Isa datang tak sampai setahun ke Felda. Isa sebenarnya merupakan liabiliti kepada Felda," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Menurut laporan, KPF yang dipimpin Datuk Dzulkifli sebelum ia diambhil secara paksa oleh Isa berjaya memberikan fividen 15 peratus kepada semua ahli yang jarang-jarang dibuat oleh pemimpin sebelum ini.

Harakah Daily

RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan “ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.

Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal “lembu dan kondo” RM250 juta NFC, “komisyen” setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos “overrun” atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.

"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.

Harakah Daily

Kemelut Felda usaha BN untuk dapatkan wang

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Kemelut yang berlaku dalam Felda memberikan bukti jelas bahawa Kerajaan BN kini ketiadaan wang, walaupun cuba disembunyikan oleh para pemimpin Umno.

Untuk mendapatkan wang terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Kerajaan BN terpaksa memanfaatkan Felda dengan pelbagai tindakan, sehingga sanggup mengenakan pelbagai tekanan kepada para peneroka dan pemimpin-pemimpin badan itu yang bertanggungjawab.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, arahan bercuti keluar negara ke atas Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jelas merupakan campur tangan politik terhadap badan tersebut yang tidak seharusnya berlaku.

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan disebabkan motif tertentu bagi membolehkan pihak kerajaan melaksanakan perancangannya bagi mendapatkan wang melalui badan itu tanpa halangan daripada para pemimpin Felda.

Katanya, realiti itu lebih terserlah apabila diteliti alasan arahan bercuti ke atas Dzulkifli selama lapan bulan ke London sejak 25 November lalu, bagi membolehkan beliau mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan untuk meningkatkan prestasi bagi melakukan tranformasi Felda.

"Tindakan ke atas Datuk Duzulkfli itu adalah cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Datuk Seri Najib bertarikh 21 November, manakala arahan bercuti pula dikeluarkan menerusi surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri bertarikh 25 November lalu.

"Prestasi Datuk Dzulkifli sudah diakui oleh pelbagai pihak. Orangnya diketahui umum cukup bertanggungjawab, berwibawa dan berintegriti. Alasan yang diberikan itu ternyata tidak masuk akal dan memang boleh dibaca dengan mudah mesej di sebaliknya oleh orang ramai," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam.

Kemelut yang berlaku dalam Felda berpunca dari perancangan Isa dengan sokongan para pemimpin Umno BN untuk memetrai perjanjian pajakan tanah selama 99 tahun antara Felda dan Felda Global Vantures Sdn Bhd.

Tindakan tersebut ternyata akan menggelapkan masa depan Felda dan para peneroka, apatah lagi akan disusuli dengan perancangan Isa selanjutnya untuk menyenaraikan Felda ke dalam Bursa Saham Malaysia yang ternyata akan mendatangkan kesan buruk amat besar terhadap badan itu sendiri.

Katanya, namun Perdana Menteri, Isa dan para pemimpin Umno BN tidak mempedulikan itu semua. Perkara yang penting bagi mereka adalah untuk membolehkan mereka mendapatkan wang, walaupun akan mengorbankan kepentingan rakyat khususnya masa depan para peneroka di seluruh negara.

"Untuk membolehkan perancangan mereka itu berjalan lancar, Perdana Menteri juga bukan sekadar bertindak sedemikian terhadap Datuk Dzulkifli, tetapi juga ternyata tidak langsung menghormati Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsuddin Othman.

"Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Umno sanggup mengenepikan begitu sahaja segala pandangan Pak Sham yang begitu dihormati oleh para peneroka, sesuai dengan kebolehan dan kedudukan Pak Sham sebagai orang yang bertanggungjawab, berwibawa dan cukup faham dengan segala perjalanan Felda," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Lebih jauh dari itu, tegasnya, Perdana Menteri turut melakukan tindakan yang sama terhadap para peneroka lain di seluruh negara, dengan mengenepikan segala pandangan dan desakan mereka agar menarik balik arahan bercuti ke atas Dzulkifli dan menggugurkan jawatan Isa bagi kepentingan Felda.

"Saya yakin, untuk mengambil hati para peneroka, Kerajaan BN pasti akan memberikan wang kepada peneroka dengan jumlah yang besar nanti atas nama tertentu, kononnya dengan alasan keuntungan awal Felda terutama atas tindakan terkininya," katanya.

Sekiranya benar pemberian itu atas keuntungan Felda ekoran langkah-langkah terkini yang dilakukan, tambah beliau, semua itu sebenarnya hanyalah keuntungan untuk jangka masa pendek sahaja.

"Untuk jangka masa panjang, segala langkah yang ingin dilakukan itu pasti akan merugikan badan itu sendiri. Ini termasuklah cadangan untuk pajakan tanah dan penyenaraian Felda ke dalam Bursa Saham Malaysia.

"Kalau langkah penyenaraian itu menguntungkan, ia diyakini hanya untuk peringkat awal bagi jangka masa pendek sahaja, tetapi untuk jangka masa panjang, ia pasti akan menyebabkan Felda punah-ranah nanti," tegas beliau.

Zac Diamond takut peminat kritik bacaan doa dan zikirnya dalam filem terbaru

WarkahDaily – Industri seni tanahair mungkin dilanda kontroversi sekali lagi dengan kehadiran sebuah filem terbaru arahan Ernie Chin iaitu ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ yang bakal akan ditayangkan pada 22 Disember ini.

Filem bergenre komedi seram itu mengisahkan tiga sahabat (lakonan dari kampung dan seorang kawan dari bandar yang baru sahaja dikenali, Mie (lakonan Zac Diamond) yang mengalami kerosakan kereta di kampung mereka.

Tindakan Zac atau nama sebenarnya Zachery Francis, 34, yang melakonkan watak lelaki Melayu sedang membaca doa dan zikir ketika diganggu hantu dalam perjalanan ke kampung bakal dilanda kontroversi.

Bagi Zac, lakonan memegang watak itu tidak memberi masalah besar buat dirinya walaupun beliau merupakan penganut agama Kristian.

Namun beliau merasa bimbang dengan peminatnya yang mungkin akan mempersoalkan tindakannya membaca doa dan berzikir dalam filem berkenaan tapi beliau berharap perkara itu tidak menjadi kontroversi.

“Bagi saya, watak yang saya lakonkan adalah fitrah orang Melayu atau orang Islam apabila melihat hantu secara spontan akan mengucapkan kalimah-kalimah suci untuk menangani rasa takut mereka.

"Saya bukan berniat untuk mempersendakan kalimah suci itu, kerana saya lakukan dengan seikhlas hati. Lagi pun ramai berpendapat saya adalah orang Melayu.

"Jadi saya harap ia tidak akan diperbesar-besarkan dan penonton akan terhibur menonton filem ini,” katanya semasa pratonton Suatu Malam Kubur Berasap di e@Curve, Damansara.

Sebelum ini, sebuah filem bergenre sama, komedi seram, ‘Hantu Bonceng’ arahan pengarah Ahmad Idham telah mendapat kritian hebat dari peminat dan ahli agama kerana didakwa mempersendakan agama Islam.

-- WARKAHDAILY

ETP Najib: Pertambahan rakyat miskin seramai 8.3 juta menjelang 2020

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memusnahkan' Program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dengan memberikan amaran, lebih daripada 8.3 juta rakyat Malaysia akan tergolong sebagai miskin menjelang 2020 jika ETP berterusan.
(Anwar menunjukkan 3 dari empat orang miskin di Malaysia adalah Melayu dan Bumiputra)

Anwar menyatakan bahawa tanggapan ETP bahawa pendapatan rakyat Malaysia akan berkembang pada 3.6 peratus dan inflasi akan berada pada tahap 2.8 peratus setahun untuk satu dekad akan datang (2010-2020) adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana berdasarkan statistik satu dekad yang lepas (2001-2010), pendapatan rakyat Malaysia hanyalah sekadar 2.6 peratus berdasarkan data Kementerian Sumber Manusia dan inflasi adalah jauh lebih tinggi, 4.4 peratus pada 2001-2005 dan 6.6 peratus pada 2005-2009.


“Jika pendapatan turut naik pada kadar 3.6 peratus setiap tahun seperti jangkaan ETP, menjelang 2020, masih terdapat 7.6 juta orang yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 setahun,” kata Anwar dalam satu ucapan di Westin Hotel semalam bertajuk ‘Debunking ETP: Widening Income Gap’.

Analisa tersebut, kata Anwar diperkuatkan lagi dengan data daripada National Employment Return Study 2009 (Penyelidikan Guna Tenaga Kebangsaan 2009) yang melibatkan sampel 24,000 pekerja dan 1.3 juta pekerja di mana ia mendapati sebanyak 33.8 peratus pekerja mendapat gaji di bawah RM700 sebulan.

“Jika ini diekstrapolasikan di peringkat nasional, ia menjangkakan 34 peratus tenaga kerja negara kita berada di bawah paras kemiskinan (RM700),” kata beliau.
(Anwar menunjuk inflasi tinggi antra 4.8 - 6.6 peratus dari tahun 2001 tetapi 2009 tetapi disasarkan ETP 2.8 peratus dari 2009 - 2020 yang sudah pasti tidak munasabah)

ETP sebelum ini menjangkakan bahawa lebih daripada 2.8 juta rakyat Malaysia akan mempunyai pendapatan RM4,000 sebulan menjelang 2020. Namun, kata Anwar, semua angka di atas telah membongkar dakwaan Najib bahawa Malaysia bakal menikmati jumlah pendapatan kasar berkapita (GNI) RM48,000 setahun adalah palsu.

“Jika inflasi, sebagaimana yang kita lihat pada tahun-tahun kebelakangan yang lepas, bertambah lebih daripada 2.8 peratus untuk tahun-tahun akan datang, pendapatan akan berkurangan dan sasaran GNI RM48,000 setahun hanya sekadar angka penyeri di atas risalah ETP,” kata Anwar, yang juga bekas menteri kewangan.

Mengenai tahap kemiskinan negara yang masih berada di paras RM700, Anwar berkata angka tersebut adalah ketinggalan zaman kerana rakyat kini yang berpendapatan RM1,500 sebulan sudah menghadapi kesusahan hidup yang perit.

“Rakyat Malaysia inginkan pendapatan lebih tinggi. Tapi ETP memberikan mereka nilai ekonomi yang semakin kecil. Dalam analisis terakhir, ETP hanyalah satu unjuran kepada model ekonomi yang gagal dan dicemari rasuah dan budaya cepat kaya yang mengkayakan pemerintahan dengan mengorbankan majoriti,” kata Anwar.

Anwar turut menambah ETP hanya mengkayakan golongan yang sedia kaya dan keuntungan ekonomi hanya akan menguntungkan syarikat-syarikat di bawah ETP.

“Jadi, janji ETP membawa Malaysia ke negara berpendapatan tinggi adalah palsu,” tegas Anwar.

Dapatkan Proton Exora Bold dan Exora Prime awal januari 2012


SUBANG JAYA, 15 DISEMBER - Proton Holding Berhad pada hari ini mengumumkan penjualan varian baru MPV pertama Malaysia iaitu Exora yang dilengkapi enjin 1.6 liter Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) dengan prestasi yang boleh dibandingkan dengan enjin 2 liter.
Enjin CFE tersebut didatangkan pada varian Exora Bold Premium dan Exora Prime yang turut disertakan dengan transmisi CVT.
“Kombinasi enjin Campro CFE dengan transmisi CVT mejadikan kedua varian itu lebih efisyen dan ekonomikal,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Grup Proton Holding Berhad.
Exora Bold turut ditawarkan dengan varian executive dengan enjin 1.6 liter Campro CPS dengan transmisi manual dan automatik. Turut ditawarkan ialah varian standard dengan enjin dan transmisi yang sama.
Exora Prime pula lebih eksklusif dengan hanya enam tempat duduk dan beberapa perkakasan standard lain seperti cermin sisi elektrik boleh lipat, brek cakera belakang, roda aloi 16 inci dan warna baru iaitu Absolute Brown.

Bahagian interior pula didominasi dengan balutan kulit dan dimewahkan lagi dengan panel tengah, panel gear dan corong penyaman udara berwana kayu (walnut). Exora Prime turut dilengkapkan dengan kerusi kapten pada barisan kedua, dua monitor pada perehat kepala dan sistem audio dengan navigasi dan kamera undur.

Sejak dilancarkan pada April 2009, sebanyak 65,049 unit Exora telah terjual dengan 82,854 unit tempahan. Purata jualan sebulan Exora pula ialah sebanyak 1,800 unit dan Proton optimistik untuk mencapai jualan sebanyak 2,000 unit dengan pengenalan varian baru itu.

Exora Bold Premium dan Exora Prime akan mula didaftarkan pada minggu kedua Januari 2012 dan pelanggan yang memandu uji pada 16 – 18 Disember akan menerima cenderamata sempena kempen Proton 4 U Day. Walau bagaimanapun, Exora Prime hanya boleh dilihat dan dipandu uji di Bilik Pameran Kristal di Juru, Plentong dan Mutiara Damansara.

http://geartinggi.com/wp-content/uploads/2011/12/Proton-Exora-Prime-2011.07.jpghttp://geartinggi.com/wp-content/uploads/2011/12/Proton-Exora-Prime-2011.06.jpg
http://geartinggi.com/wp-content/uploads/2011/12/Proton-Exora-Prime-2011.05.jpghttp://geartinggi.com/wp-content/uploads/2011/12/Proton-Exora-Prime-2011.04.jpg
http://geartinggi.com/wp-content/uploads/2011/12/Proton-Exora-Bold-2011.04.jpghttp://geartinggi.com/wp-content/uploads/2011/12/Proton-Exora-Bold-2011.05.jpg


Variant
Tentative OTR
1.6 Standard MT
RM 59,998
Bold 1.6 Executive MT
RM 70,998
Bold 1.6 Executive AT
RM 74,998
Bold 1.6 Premium CVT
RM 79,998
Prime 1.6 Premium
RM 88,998

Mengapa PAS saman PM, kerajaan?

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjijZf8IWR8CVT94O3EuJGs8uZBgMuHlgtLvTxUGhR_sDMDa1ciCNulb7yykntoWsQl5Zb89jLGXOfBIGS8YdjmW7fpeDOM1cxHzuqLdIRvpMOquIt1FdgAJwbVNxsiIUY4yy3KB_OiG2w/s1600/mahkamah.jpgPAS melalui Mohamad Sabu, Dr Hatta Ramli dan Dr Dzulkefly Ahmad memfailkan semakan kehakiman di mahkamah bagi mendapatkan perintah Perintah La rangan (Prohibition) bagi melarang PM Najib Razak dan Kerajaan Malaysia daripada meneruskan pro ses pembentangan Rang Undang- Undang Perhimpunan Aman 2011 DR 42/2011 (RUU) di Parlimen bagi tujuan meluluskan RUU tersebut sebagai akta.

PAS juga memohon perintah deklarasi untuk mahkamah mengisytiharkan Najib dan Kerajaan Malaysia telah bertindak melebihi kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan RUU tersebut. Dan akhirnya secara alternatif, PAS juga memohon perintah mandamus bagi memaksa (compel) Najib dan Kerajaan Ma laysia mengambil langkahlangkah yang perlu dan wajar untuk meminda RUU tersebut agar selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sebe lum RUU tersebut dijadikan undang-undang atau akta yang boleh dikuatkuasakan.

Mengapa PAS mengatakan kerajaan telah bertindak melebihi kuasnya dengan memperkenalkan RUU tersebut?

Tindakan kerajaan melampaui kuasanya secara jelas boleh dilihat di dalam mukadimah (preamble) RUU tersebut. Mukadimah secara jelas menyatakan bahawa RUU tersebut “adalah suatu akta yang berhubungan dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan untuk memperuntukkan sekatan-sekatan yang didapati perlu dan sesuai manfaat yang berhubungan dengan hak itu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau kenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain dan untuk memperuntukkan perkaraperkara yang berkaitan.”

Meskipun Perkara 10(2)(b) membenarkan Parlimen melalui undang- undang mengenakan sekatan ke atas hak kebebasan berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(1)(b) namun sekatan yang boleh dikenakan adalah terhad kepada sekatan yang perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam sahaja.

Bagaimanapun RUU tersebut secara jelas memberi kuasa kepada Parlimen untuk bukan sekadar mengenakan sekatan yang perlu demi kepentingan keselamatan Per sekutuan atau mana-mana ba hagiannya atau ketenteraman awam sebaliknya RUU tersebut juga membenarkan Parlimen meng adakan sekatan yang perlu bagi melindungi hak dan kebebasan orang lain di mana frasa “termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain” yang tidak wujud dalam Perkara 10(2)(b) telah dimasukkan dalam mukadimah RUU tersebut.

Frasa “termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain” yang tidak wujud dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan juga telah dimasukkan sekali lagi dalam fasal 2(b) RUU tersebut.

Meskipun hak berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(1)( b) masih boleh disekat (restricted) oleh Parlimen melalui undang- undang namun kuasa Parlimen tersebut tidak mencakupi sehingga ke tahap melenyapkan terus atau melarang secara mutlak (total denial) hak berhimpun secara aman dan tidak bersenjata.

Kerajaan Najib telah bertindak melebihi kuasanya apabila memperkenalkan dan membentang RUU tersebut yang secara jelas memberi kuasa kepada Parlimen untuk menafikan sama sekali hak berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang dijamin oleh Perkara 10(1)(b).

Sebagai contoh Fasal 4(1)(c) (d) dan (e) RUU tersebut adalah secara jelas bertentangan dengan Perkara 10(1)(b) dan Perkara 10(2) (b). Fasal 4(1)(c) secara jelas melarang sama sekali protes jalanan yang ditafsirkan di bawah fasal 3 RUU tersebut sebagai “suatu perhimpunan terbuka yang bermula dengan suatu perhimpunan di tempat yang ditentukan dan melibatkan perarakan atau perhimpunan beramai-ramai bagi maksud membantah atau memajukan sesuatu tujuan atau tujuan-tujuan tertentu.”

Fasal 4(1)(c) adalah satu peruntukkan yang bersifat satu larangan mutlak (absolute denial) dan bukan sekadar satu sekatan yang dibenarkan oleh Perkara 10(2)(b) kepada satu perhimpunan tanpa me ngira sesuatu perhimpunan itu aman dan tanpa senjata atau sebaliknya dan tanpa juga mengira tujuan dan matlamat perhimpunan tersebut.

Fasal 4(1)(d) yang melarang sama sekali seseorang yang di bawah umur 21 tahun daripada menganjurkan perhimpunan adalah 'unconstitutional' kerana larangan secara mutlak tersebut gagal mengambil kira sama ada orang tersebut adalah warganegara Malaysia atau perhimpunan yang ingin dianjurkan oleh orang tersebut adalah himpunan yang aman dan tanpa senjata atau tempat di mana perhimpunan yang ingin dianjurkan oleh orang tersebut dibenarkan oleh RUU tersebut.

Fasal 4(1)(e) yang melarang sama sekali seseorang kanakkanak yang ditafsirkan oleh Fasal 3 RUU adalah “seseorang yang berumur kurang dari 15 tahun” daripada menyertai perhimpunan selain daripada perhimpunan yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua adalah 'unconstitutional' kerana larangan secara mutlak tersebut gagal mengambil kira sama ada kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia atau perhimpunan yang kanak-kanak tersebut sertai adalah himpunan yang aman dan tanpa senjata.

Fasal-Fasal 9, 10, 11, 12, 13 dan 14 RUU tersebut juga adalah bercanggah dengan Perkara 10(1)(b) dan 10(2)(b) Perlembagaan. Fasalfasal tersebut secara jelas terkeluar daripada ruang lingkup had/sekatan (restrictions) yang dibenarkan oleh Perkara 10(2)(b) kerana fasal-fasal tersebut tidak termasuk dalam ruang lingkup sekatan yang perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau kenteraman awam sebaliknya fasal-fasal tersebut diwujudkan dalam ruang lingkup frasa “termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain” yang tidak wujud dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan tetapi telah dimasukkan dalam mukadimah RUU tersebut.

Akhirnya Fasal 15 RUU tersebut juga adalah bercanggah dengan Perkara 10 (1)(b) Perlembagaan kerana fasal tersebut memberikan kuasa yang terlalu luas kepada Pegawai Polis Yang Menjaga Daerah Polis (OCPD) untuk mengenakan sekatan-sekatan dan syaratsyarat yang mana kesan daripada sekatan-sekatan dan syarat-syarat tersebut telah menjadikan hak kebebasan berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang dijamin ke atas warganegara seperti pemohon- pemohon tidak lagi bermakna (meningless) dan hanya sekadar khayalan (illusory).

Rabu, 14 Disember 2011

Projek pembaziran Umnobn Kedah selama 28tahun..!!


KEDAH: Plaza terbengkalai 28 tahun dimaju semula,

projek hasil peninggalan menteri besar umno osman aroff

ALOR SETAR: Selepas 28 tahun terbengkalai, Plaza Tunku Yaakob di Lebuh Raya Darulaman di sini akan dibangunkan semula dengan pelan pembinaan strategik untuk menjadikannya pusat komersial terulung di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pembangunan akan dibahagi kepada dua fasa untuk menempatkan pelbagai kemudahan dan ruang niaga bertaraf antarabangsa sekali gus menaikkan imej bandar raya itu di mata dunia.

"Ia akan menempatkan pusat membeli belah, ruang pejabat dan hotel bertaraf lima bintang yang bakal memangkin ekonomi Kedah dan tempoh pembinaannya mengambil masa tiga tahun.

"projek ini akan memberi peluang kepada peniaga kecil Bumiputera dan tempatan yang ingin menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan, termasuk medan selera di kompleks ini.

“Ia akan membantu menggalak dan merancakkan aktiviti ekonomi yang akan memberi pulangan kepada kerajaan Kedah," katanya pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama Projek Pembangunan Semula Plaza Tunku Yaakob antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan Bellview Group Sdn Bhd di sini, semalam.
wajah bangunan tengku yaacop yg di rancang oleh kepimpinan umno kedah zaman menteri besar osman aroff

sewaktu dalm pembinaan siap 70% pembinaan ..tetapi pembinaan terhenti sehingga kini th 2011.

banggunan yg hampir siap 80%.terhenti sehingga kini,megapa..??? mungkin ianya terhenti di sebab kan kerisis MB osaman Arooff yg sewaktu itu dalam delima dalam percaturan cantas mencatas dalam pemilihan menteri besar ..?? atau pergolakan umno kedah yg semakin meruncing dan peralihan kuasa Mb kedah..??maka projek yg di bina dulu tak menberi apa-apa sumber kepada pucuk pimpinan yg di ganti...?/itulah umno dulu kini dan selamanya...??
bangunan tengku yaacok yg ada berdiri megah di tengah-tengah bandaraya alor setar tunggu hari nak menyembah bumi...??projek yg menelan belanja jutaan ringgit ini menjadi usang tidak boleh di guna pakai lagi ...
projek pembaziran wang dana rakyat kedah hilang begitu sahaja....inilah lambang kesombongan pemimpin-pemimpin umno dulu kini dan selamanya.....


surau yg terletak bersebelahan banggunan tengku yaacop sedang inilah yg dimainkan isu oleh umno kedah ,utk menberi gambaran buruk kepada kerajaan pas kedah, banggunan tengku yaacop bernilai jutaan ringgit tidak lansung di ambik peduli oleh penyokong2 umno walau ia merugikan dana rakyat jutaan ringgit,tetapi surau yg lama di ganti dengan surau yg lebih cangih menjadi isu kebodohan mereka sendiri...?? megapa..sebab isu surau mereka mengangap sebagai isu umat islam nak marah.....???

pemimpin umno dan penyokong mereka sedang meludah air liur kelangit,air liur itu sedang gugur terkena ke muka mereka sendiri......ingatlah Allah itu maha mengetahui keburukan yg telah umno lakukan kepada rakyat kedah,saban hari umno kedah hilang haluan hala tuju...???

http://www.kedahkita.com/2011/12/projek-28th-hasil-peninggalan-mb-osman.html

Selasa, 13 Disember 2011

Saat saya mula-mula menyokong Anwar dan kenapa dia perlu disokong - zunar

Pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya "Utusan Meloya" serta TV3 menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat.  Kebanyakan penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat pada ketika itu tidak mengenali Anwar, begitu juga dengan saya.  Semua dalam kekeliruan.

Tetapi, saya mula menyoal kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini peribadinya.  Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan manusia.  Sebagai manusia berakal, saya perlu mencari kepastian.  Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah.


Pada satu malam, saya berkesempatan untuk kali pertama mendengar ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di rumahnya di Bukit Damansara.  Siang itu, penulis ucapan beliau Dr. Munawar Anees ditangkap.

Ceramah beliau pada malam itu mematikan keraguan saya termasuk satu baris pidato yang sangat penting dan signifikan.  Kata Anwar, merujuk penangkapan Dr.Munawar, lebih kurang begini, "Kenapa tangkap orang-orang saya?  Tangkap saya.  Saya pemimpin!!!".

Hanya mereka yang "berani kerana benar" boleh berbicara seperti itu.  Kata-kata seperti ini tidak mampu lahir dari mulut seorang yang bersalah.  Atas kebenaran ini, dia berdiri tegak dan mencabar para rangkaian konspirator.  Atas kebenaran ini, dia menerjang segala risiko demi membela orang yang dipimpin.

Saya percaya kalaulah situasi ini dihadapi oleh Dr.Mahathir, sejak awal beliau sudah lari ke kandang kuda di Argentina dan membiarkan pengikut-pengikutnya menghadapi segala risiko.  Dan kalau Najib mungkin sudah lama lari ke Mongolia.

Sejak saat itu saya pasti semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah fitnah dan hanya untuk membunuh karier politik beliau dan menyelamatkan perasuah.  Betapa besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, pentokong dan orang yang berdiam serta merelakannya.

Bagi saya Anwar layak membawa Malaysia keluar dari kemelut dan dia perlu disokong.  Kepada dia, rakyat boleh sandarkan harapan.  Di bawah ini beberapa insiden yang diberitahu kepada saya kemudiannya yang mengukuhkan menyerlahkan perwatakannya sebagai seorang pemimpin.

Dalam peristiwa demonstrasi membela petani miskin Baling pada tahun 1974, Anwar pada asalnya tidak ditangkap dan sudah berada di rumah bapanya (Datuk Ibrahim) di Petaling Jaya.  Tapi apabila mendengar berita penangkapan teman-temannya (termasuk Fadzil Noor), beliau segera ke balai polis Jalan Stadium untuk membela, yang akhirnya menyebabkan dia terus ditangkap di bawah ISA selama dua tahun.

Insiden kedua, apabila menghadapi tuduhan, sehari sebelum dipecat, dia diberi kata oleh oleh Dr.Mahathir - "dipecat atau menghadapi tuduhan yang memalukan".  Dan ini diiringi tawaran lumayan untuk bertugas di Bank Dunia sekiranya beliau memilih untuk meletak jawatan.  Jawab Anwar, "Kenapa saya harus meletak jawatan, saya tidak bersalah."  Kita percaya semua pemimpin UMNO/BN dalam situasi ini akan memlilih jawatan di Bank Dunia.

Satu kriteria penting bagi seseorang pemimpin berwibawa.  "Apabila berhadapan dengan pilihan laba, beliau memilih untuk mempertahankan prinsip walaupun risikonya penjara."

Malah prinsip beliau jelas dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 di mana dia bertanding.  Dalam kempen, taktik bersumpah atas nama agama dilakukan oleh Najib Razak dan Saiful demi mendapat undi.

Kerana tingkah lalu para sesumpah ini disiarkan oleh Meloya dan TV3, sokongan pengundi Melayu merosot mendadak, maka ada teman-teman yang menasihati Anwar untuk ikut bersumpah.  Beliau menolak kerana amalan sumpah dilarang dalam Islam. Persoalan jenayah wajib di bawa ke mahkamah adil.

Beliau berpendirian tidak akan mengorbankan prinsip agama untuk tujuan politik kalaupun sekiranya ditakdir beliau kalah dalam pilihanraya itu.

Akhir kalam, rencana ini tidak membicarakan soal politik kepartian, tetapi keperluan membawa Malaysia keluar dari kebobrokan rasuah, penjarahan harta negara, perompakan wang rakyat yang menghalang kemajuan negara.  UMNO/BN terjebak dalam lubuk keji ini dan mereka sendiri tidak mampu mencari jalan keluar, apa lagi membawa rakyat keluar.

Sebagai alternatif, kita punya seorang pemimpin yang berani, bertanggungjawab, berprinsip dan mempunyai jiwa pembela rakyat.  Hanya seorang pemimpin tanpa rasuah seperti Anwar dengan gagasan Pakatan Rakyat mampu mengemudi Malaysia kembali berdaulat dengan rakyat yang berjati diri.
*Nota Zunar: Rencana khusus kepada golongan muda, terutama generasi selepas September 1998.
**Zunar (nama asal: Zulkiflee Anwar Ulhaque, gambar kiri) ialah kartunis politik.

Rasuah, Ketirisan, Salah Urus Punca Negara Ketinggalan

KUALA LUMPUR 12 DIS: Amalan rasuah yang keterlaluan, ketirisan dalam pemberian kontrak serta salah pengurusan pihak kerajaan menjadi punca utama negara ini masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara yang setarafnya.

Senator, Dr Syed Husin Ali dalam ucapan ketika membahaskan bajet 2012 di Dewan Negara berkata pada sekitar tahun 1960 an, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan mempunyai taraf pendapatan perkapita yang setaraf dengan negara ini tetapi kini negara-negara tersebut jauh lebih maju jika berbanding dengan Malaysia.

Menurut beliau peruntukan Perbelanjaan Pembangunan 2012 sebanyak RM51.25 bilion (22%) berbanding Perbelanjaan Mengurus RM232.83 bilion (78%) semakin mengecil sejak 2000.

"Perbelanjaan untuk Pembangunan menurun daripada 31.6 peratus (tahun 2000), ke 28.4 peratus (tahun 2004) dan 27.2 peratus (tahun 2008) hinggalah 22.0 peratus (tahun2012). Penurunan ini tentu menjejaskan kadar pembangunan negara." kata beliau.

Jelas beliau, kesan dari kelemahan struktur ekonomi negara dan pergantungan kepada Pelaburan langsung asing (FDI) akan mendedahkan negara kepada kejatuhan ekonomi yang tenat.

Ini memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pengekspot barangan pengilangan, pembuatan dan perkhidmatan yang akan menerima kesan secara langsung dari kejatuhan ekonomi di Amerika, eropah dan Jepun.

Hutang isi Rumah

Menurut Dr Syed Husin jurang perbezaan ekonomi rakyat telah memaksa kerajaan BN terpaksa melaksanakan cukai barangan (GST) yang akan dibebankan kepada rakyat.

Katanya di Malaysia hanya lima peratus rakyat berpendapatan tinggi manakala 95 peratus lahi golongan sederhana dan kecil.

Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77 peratus dari KDNK.

Disamping itu ketidakpekaan kerajaan terhadap nasib kaum pekerja juga menggalakkan berlakunya tiada pembelaan terhadap nasib kaum pekerja secara mutlak.

Manakala tindakan Kementerian Sumber Manusia sedang meminta kelulusan untuk membuat pindaan tertentu ke atas Akta Pekerjaan 1955 membebankan lagi kaum pekerja. Pindaan ini meminta supaya dibenarkan dari segi undang-undang proses pengambilan pekerja dilakukan oleh pihak luar atau di"outsource". Dengan pindaan pekerja tidak berpeluang menubuhkan persatuan sekerja untuk membela nasib mereka

Tiada jaminan nasib petani

Belanjauan yang di Umumkan Najib lau menurut Dr Syed Husin tidak menyentuh langsung berhubung usaha menjamin masa depan para petani terutamanya dalam sektor kelapa sawit dan getah.

Beliau menyarankan supaya stok penimbal bagi dua komuniti ini diwujudkan supaya harga bahan mentah tersebut dapat dikawal dan bukannya di dedahkan dengan pasaran global yang tidak menentu.

Hak milik peneroka Felda di gadai

Tindakan pihak pengurusan Felda yang memperjudi 350,000 tanah peneroka kepada Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) untuk disenaraikan di busar saham pada tahun depan dengan agihan keuntungan 60% FGVH : 40% Felda dianggap sebagai usaha yang menekan para peneroka.

Manakala tindakan kerajaan dan FGVH bahawa FELDA bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan. Ini ialah kerana difahamkan tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan.

Ketirisan dalam Kementerian Pertahanan

"Satu lagi pendedahan oleh Ketua Audit Negara ialah mengenai pembelian 257 kenderaan berperisai dari Turki oleh Kementrian Pertahanan. Kerajaan Malaysia tidak melakukan kaji selidik apabila membayar syarikat Deftech Malaysia sebanyak RM29.4 juta bagi setiap kenderaan, pada hal Deftech Malaysia membayar hanya RM6.6 juta kepada FNSS Turki.

"Ertinya, perbezaan atau ketirisan sebanyak Rm23 juta sebuah. Sekiranya Kerajaan memberi secara langsung (Kerajaan dengan Kerajaan), harganya tidak melebihi RM4.5 juta sebuah. Bezanya bagi 257 kenderaan melebiki RM6 bilion. Siapakah yang mendapat laba daripada trasaksi ini? Sekali lagi saya ingin bertanya: salah urus atau rasuah?." kata beliau yang juga bekas Timbalan Presiden PKR.

Pelbagai penyelewengan dan Jambatan di bina di atas daratan

Menurut Dr Syed Husin lagi pembinaan Jambatan Sungai Bagus, Bandar Baru Ketereh, Daerah Kemaman. Paling aneh, jambatan ini dibina atas daratan dan tidak melintasi Sungai.

"Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa sudah meningkat RM210 juta. Tambahan RM70 juta untuk membentung anak Sungai Bagus. Nama kontraktor jambatan atas darat ini ialah: TSR Construction Sdn Bhd. Khabarnya kontraktor seorang AJK Umno Bahagian Ulu Trengganu."

Kata beliau wujudnya negara yang lemah, tidak cekap tidak telus serta tidak akauntabel, dan luasnya institusi yang korup seperti polis, kehakiman, birokrasi,Suruhanjaya Pilihanraya dan SPRM. Ini membawa kepada bertambah kurangnya keyakinan terhadap tata kelola baik (good governance) secara keseluruhannya.

Sehubungan itu menurut Dr Syed Husin masih terdapat banyak
penyelewengan wang rakyat yang berlaku.

"Dewan Rakyat pernah diberitahu oleh seorang Menteri apabila menjawab soalan, bahawa sebanyak kira-kira RM52 wang ekuiti Bumiputera telah hilang. Bagaimanakah wang sebayak ini boleh lesap? Siapakah yang secara langsung bertanggungjawab atas kelesapan ini?

"Jikalau RM52 bilion boleh hilang tanpa penjelasan, apalah perlunya mengambil tindakan ke atas jumlah RM210 atau RM250 juta. Keadaan sudah parah. Ia tidak boleh didiamkan lagi," kata beliau lagi.

Isnin, 12 Disember 2011

Negara Berkebajikan: PAS tawar hapus cukai dan tol

Perbezaan Ketara Antara Negara Berkebajikan Umno & PAS

Presiden PAS sejak dari mula-mula menggagaskan Konsep Negara Berkebajikan PAS telah menyatakan bahawa Negara BERKEBAJIKAN PAS jauh bezanya dengan negara kebajikan BN yang diwar-warkan oleh Umno/BN. 


Jelasnya, kerajaan negara kebajikan (Umno/BN) menyediakan bantuan dan kemudahan, tetapi rakyat masih dibebani dengan cukai yang tinggi, bayaran tol lebuh raya dan bayaran-bayaran lain.

Sebaliknya, kata Abdul Hadi Negara BERKEBAJIKAN PAS akan menangani keperluan-keperluan asas rakyat tanpa membebankan mereka. 



“Mengikut ajaran Islam, kerajaan akan mengenakan cukai kepada orang yang mampu, yang tak mampu (kita) tidak akan mengenakan cukai.


Kerajaan Berkebajikan akan menjalankan program kebajikan kepada rakyat seperti menanggung kos perubatan, pendidikan, program-program kesejahteraan rakyat dan pada masa yang sama tidak menekan rakyat dengan cukai yang tinggi, harga minyak dan barangan yang semakin naik, tol, cukai hanya kepada yang layak bukan semua,  

Kerajaan Berkebajikan juga akan memastikan pemimpinnya beramanah, tidak rasuah, telus, adil dan tidak menutup segala kesalahan pemimpin seperti yang ada pada kerajaan 'kebajikan' Umno/BN sekarang.

Felda Global Venture: TANAH TERGADAI JIKA SAHAM DIAPUNGKAN








BANDAR TUN RAZAK JENGKA-Program pelancaran membantah pengapungan tanah milik peneroka felda yang dilancarkan baru-baru ini, memberikan penerangan jelas kepada tanah pemilik peneroka yang sedang menerima ancaman jika diapungkan di Bursa Malaysia,demikian jelas Saudara Mazlan Aliman pegerusi ANAK kepada hampir 5000 peneroka yang hadir bagi mendengar penerangan yang disampaikan.Turut hadir ialah ketua penerangan Pas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,dan juga Dr Rosli Yaakob yang juga merupakan bekas timbalan Gabenor Bank Negara.


Menurut beliau hampir 40 tahun lebih sejak 1956 , Allahyarham Tun Abdul Razak ,para peneroka membanting tulang dengan berbagai kepayahan dan kesusahan ,datang dari perlbagai pelosok Negara .Tanah Felda adalah yang terbesar dan keluasan tanah Felda ialah sebanyak 880 ribu hektar , dimana 550 ribu hektar adalah tanah para peneroka dan selebihnya ialah tanah Felda Plantation.

Felda yang mula berkembang iaitu Felda Endau yang dibangunkan peneroka sejak 1959 kemudian diikuti Felda Taib Andak yang ditubuhkan tahun 1961 yang pertama ditanam dengan kelapa sawit.Terdapat 313 tanah rancangan Felda dengan 112622 warga peneroka pada mulanya dan kini berkembang kepada 1.6 juta warga felda di 54 kawasan Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri.Barisan nasional disokong oleh para peneroka sebanyak 85%.


Sebelum sistem blok diperkenalkan yang masuk ke felda dalam tahun 60an dan 70an ,tiada bekalan letrik dan mengunakan generator.Dengan pendapatan ketika itu sehari RM2.90 sehari.anak-anak membantu ibubapa membangunkan tanah felda.hutang berpuluh ribu,selepas ditolak,dan jika harga sawit harga stabil dan dapatlah para peneroka makan sedap sikit dengan ikan kembong,ibubapa berendam air mata dan kita menyahut cabaran dari kerajaan dan inilah tanah tumpah kelahiran para peneroka dan kerana para peneroka dijanjikan mendapat hak milik setiap seorang 10 ekar dan kerana syaratnya menjadi ahli Umno, maka para peneroka bersetuju dan ikut perintah, maka kerana itu lah hampir semua peneroka adalah ahli Umno.


Kini dengan mudahnya pengerusi Felda,Isa Samad,Dato Sri Najib,Dato Ahmad Mazlan yang merupakan menteri Felda pertama yang mahu tidor dirumah peneroka dan sudah tentulah beliau tidak mampu melakukannya .Maka sekarang orang yang tak pernah ada tanah seinci pun tanah iaitu Isa Samad mahu membangunkan fekda dan mahu mengajak orang felda mengembangkan saham ,malah dia mencemik,memandang rendah warga peneroka dan juga mahu mengajar para peneroka bermain saham. dengan mudah pula mahu mengapungkan dan mengadaikan tanah para peneroka kononnya untuk menambahkan pendapatan para peneroka.Beliau nak ajar para peneroka bermain saham.












“Jika kerajaan mahu membantu para peneroka,dengan asset dan nilai sebanyak rm5 billion% yang ada sudah mampu untuk membantu para peneroka.Namun apakan daya dengan 47 buah anak syarikat,pendapatan tahunan berbillion kini . kita mahu mengadaikan semua kesusahan dan kepayahan kita kepada penyangak seperti Isa Samad ini”, demikian jelas Sdr Mazlan yang juga merupakan anak kepada peneroka


“Jangan biarkan mereka menjahanamkan usaha kita ini dan kita akan halang usaha yang jahat ini.Saya mendapat maklumat Perdana Menteri Dato Sri Najib,Dato Ahmad Mazlan, Tan Sri Isa Samad, Dato Sabri Ahmad,DatoHafanizam Harun peguam Umno sedang merangka dan bagi menjadikan kenyataan penyenaraian saham ini, malah telah melobi Menteri-Menteri Besar negeri lain kerana hak milik tanah Felda adalah dibawah kerajan negeri .Sebanyak 143,00 hektar tanah peneroka di Pahang sedang dilobi,malah Dato Adnan Yaakob bersetuju dengan usaha kerajaan ini.” jelas beliau lagi.



“Melalui BUKU JINGA Pakatan Rakyat akan memberikan hak milik kepada anak-anak tuan-tuan semua.malah kita cetak hampir 70,00 borang, jika kita menang,tanah-tanah ini akan kita berikan kepada anak cucu peneroka yang susah ini.Tanah inilah yang akan di pajak kepada Felda Global Venture.Harapan anak cucu para peneroka untuk memiliki tanah ini akan hanya tingal harapan.”



Menurut pelan penyenaraian ini sebanyak 360,000 hektar tanah Felda Palantation dipajak kepada Felda Global Venture selama 99 tahun.Unjuran keluasan tanah ini memberi manfaat kepada peneroka sebanyak beribu juta ringit dan bayangkan perjanjian yang dimenterai pada januari akan datang 2012 dengan Felda Global Venture ini pendapatannya akan menurun dan hanya sebanyak rm251 juta sahaja keuntungan yang akan diperolehi.

















Ini lah harga yang perlu dibayar melalui penyenaraian dibawah Felda Holding , Felda Global Venture hanya menjanjikan 15 % keuntungan setahun seperti yang dijanjikan dibawah penyenaraian semua anak syarikat Felda Holding termasuk KPF .Bayangkan jika 51% ekuti dalam KPF diserah dalam Felda Global ,



Terdapat 23,000 kakitangan KPF dan yang masuk saham maksimum 100,000 dianggar seramai 2000 orang , saham KPF Felda hanya akan mendapat keuntungan sebanyak RM257 juta dicampur RM251 juta pendapatan Felda hanya mendapat RM508 juta sahaja sedangkan pada tahun 2010 pendapatan Felda adalah sebanyak RM2.3 billion selepas menandatangani bersama Felda Global Venture , hanya RM508 juta sahaja keuntungan diperolehi .Felda kehilangan RM1.3 Bllion.




“Dimana Felda nak cari duit untuk RM1.8 billion untuk kos pembanggunan Felda,gaji kakitangan ,keceriaannya,jalan,pembangunan usahawannya ,jika pendapatan hanya RM508 juta bagaimana Felda akan mencari sumber bagi menampung perbelanjaan pengurusannya jika jumlah pendapatnnya telah menurun.


Melalui koperasi KPF juga , terdapat kakitangan Felda yang membeli saham KPF sebanyak 200 ribu seorang dan jika 51 peratus ekuiti KPF diserahkan kepada Felda Global venture ,mereka bukan sahaja kehilangan pegangan saham,malahan hutang pinjaman mereka juga belum tentu selamat malah boleh diistiharkan muflis jika nilai harga saham ini jatuh, sebagaimana yang berlaku dalam amanah-amanah saham negeri seperti Amanah Saham Johor,Amanah Saham Kedah dan negeri-negeri lain yang telah lingkup dibawah pentadbiran Umno.
Related Posts with Thumbnails