Jumaat, 10 Disember 2010

Mata lebam Anwar: Jangan gadai maruah PDRM macam nasib Pulau Batu Putih



TMI | KUALA LUMPUR, 10 Dis — Bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zin Ibrahim menulis surat terbuka kedua kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar menjalankan siasatan terperinci berhubung isu keterangan palsu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya tidak mahu melihat “nasib Pulau Batu Putih” berulang lagi.

Dalam surat terbuka kedua yang diserahkan kepada Ismail, Mat Zin berkata, pemalsuan tersebut dilakukan dengan terperinci bagi memenuhi motif-motif tertentu.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan bahawa Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam Anwar, yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider, beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad”.

Sehubungan itu, Mat Zin mengingatkan Ismail sekiranya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) boleh memalsukan dokumen-dokumen itu ia akan memberikan impak yang besar terhadap sistem keadilan jenayah negara.

“Tan Sri masih ingat, bila mana satu helai surat sahaja, bertarikh 21 September 1953 yang ditandatangani oleh seorang Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama, maruah dan kedaulatan negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

“Bayangkanlah apa yang boleh 65 muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara boleh lakukan terhadap sistem keadilan jenayah kita,” katanya.

Menurut Mat Zin, setiap pemalsuan yang dilakukan itu dibuat secara “deliberate”.

“Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan ‘case laws’ berkaitan pemalsuan. Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara “deliberate”. Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja.

“Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan pelaksanaannya dilakukan secara ‘deliberate’ bagi memenuhi motif-motif yang jelas. Diari penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenal pasti pemalsuan-pemalsuan ini.

“Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan, mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias. Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian, apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan ahli suruhanjaya diraja yang terlibat,” katanya.

Mat Zin turut mendakwa pendirian Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini lebih cenderung untuk melindungi individu-individu tertentu, bukan mencari jalan penyelesaian.

“Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza, malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998.

“Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan ‘tanpa pilih kasih dan mendapatkan maklumat secepat mungkin’ dan tidak ada sebarang ‘cover-up’ untuk sesiapa pun. Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderung kepada melindungi orang-orang tertentu,” katanya.

Tambah Mat Zin, beliau tidak akan terkejut sekiranya Gani terlibat dalam pemalsuan dokumen yang membabitkan isu mata lebam Anwar.

“Untuk berlaku adil kepada beliau (Gani), saya tiada maklumat mengatakan yang beliau ada peranan sehingga menyebabkan laporan yang beliau arahkan itu digugurkan daripada laporan suruhanjaya diraja.

“Bagaimanapun saya tidak akan terkejut jika beliau terlibat, oleh kerana orang lain tidak mempunyai kepentingan berkaitan laporan ini.

“Pun begitu saya tidak bimbang dengan ketiadaan dokumen tersebut dalam laporan suruhanjaya, oleh kerana salinan-salinanya adalah dalam kawalan dan rakaman mengenai pembikinan laporan ini, dalam diari penyiasatan saya adalah lengkap dan jelas,” katanya.

Oleh yang demikian, Mat Zin meminta Ismail supaya menimbangkan semula pendirian yang diambil PDRM dalam isu ini.

“Apa yang patut dibimbangkan ialah jika laporan penting sepertimana rekod prosiding suruhanjaya diraja ini, yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pun boleh dimanipulasikan, maka bayangkan apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.

“Apa pun, saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk PDRM dan adil untuk semua pihak.

“Bagaimanpun saya memelihara hak saya, untuk menyambung atau menghentikan setakat ini sahaja, persuratan berkaitan perkara dalam persoalan ini atau perkara yang berkaitan dengannya,” katanya.

Pada 22 November lalu, Mat Zin telah menghantar surat terbuka pertama kepada Ismail yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.

“Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.

“Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan,” kata Mat Zain.

Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.

Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

“Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.

“Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.

“Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri,” katanya,

Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.

Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.

Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.

Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.

Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.

Kes Mata Lebam Anwar: Surat Kedua Mat Zain Ibrahim




10 DIS — Assalamualaikum wbt, Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.

Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; “Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998.

Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut”. Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998.

Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan “without fear or favour; leaving no stone unturned; and to get it over with as soon as possible” dan tidak ada sebarang “cover-up” untuk sesiapa pun. Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.

Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut.

Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.

Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah “dihilangkan” sementara, selama lebih kurang 3 minggu diantara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.

Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini, izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat “as and when the events unfolded”, sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan.

Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, “you see... you recognise; you read... you will know; if you write… you will remember forever.” Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini.

Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan, kepada Peguam Negara.

Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar, sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, “Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini”, persoalan yang muncul secara spontan ialah; bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga(3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut?.

Malah dua(2) daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat insiden mata-lebam ini pada tahun 1999,dan laporan Suruhanjaya diistiharkan dokumen public.

Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puloh lima(65) muka surat kesemuanya. Selain itu ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada;

1. YAB Perdana Menteri sendiri pada 19.2.2009.

2. YA Bhg Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15.4.2009 dan 7.5.2009.

3. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7.5.2009.

4. Peguam Cara Negara menerusi salinan laporan 15.4.2009 dan 7.5.2009.

Saya percaya Tan Sri masih ingat, bilamana satu helai surat sahaja, bertarikh 21.9.1953 yang ditanda tangani oleh seorang Pemangku Setia Usaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama, maruah dan kedaulatan negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

Bayangkanlah apa yang boleh enam puloh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara-Peguam Negara, boleh lakukan terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan.Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara “deliberate”. Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja.

Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas.

Diari penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenalpasti sequence of events pemalsuan-pemalsuan ini.

Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan,mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias.

Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian, apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Di-Raja Tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1,PART TWO,Item 2 “OVERVIEW” perenggan 2.1.

Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang ditanda tangan sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham TSMA) khususnya muka surat 5 Press Statement tersebut:

Quote:( 6 baris terakhir muka surat 5 “Overview”)

“Quite simply, this passage meant that Dato Seri Anwar Ibrahim (DSA) had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved, to the satisfaction of the Honourable the Attorney-General, that more than one police officer was involved in causing other injuries on certain parts of DSA’s body”. Unquote.

Perkara dalam 2nd limb, quotation diatas yang menyebabkan pertembungan “head-on” antara Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) dengan saya. Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi Polis dan berapa jumlahnya yang TSGP katakan beliau ada kuasa untuk menuduh dan atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini, mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api.

Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini. Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri, pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan July 2008 itu, saya disoal juga mengenai “sikap tidak sopan” saya ini. Mungkin ianya tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan.

Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut yang diadakan diantara 22.2.1999 dan 4.3.1999, dua laporan pakar dalam persoalan ini, yang disediakan oleh Dr Rahman Yusof masing-masing yang diarahkan oleh TSGP pada 26.10.1998 dan satu lagi yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA, yang dipercayai disediakan diantara 14.12.1998 dan 21.12.1998 (Ekshibit A9) telah dikemukakan dan diteliti oleh Suruhanjaya. Perkara ini dirakamkan dalam Volume 1, PART FOUR, Item 4(B) The Medical Evidence, perenggan 4.11 dan 4.12.

Saya mendapat faham pendedahan dalam prosiding ini telah membuat Allahyarham TSMA merasa cemas. Diberitakan beliau tidak tahu TSGP telah lebih awal melantik Dr Rahman menyediakan laporan pada 26.10.1998.

Allahyarham juga dikatakan tidak diberitahu mengenai latar belakang Dr Rahman sepertimana yang saya telah jelaskan kepada TSGP. Saya turut percaya sekiranya Allahyarham TSMA diberitahu mengenai kedua perkara ini, tidak mungkin beliau akan melantik Dr Rahman buat kali kedua oleh kerana sebarang pemalsuan yang dilakukan akan mudah dikesan kerana semua aktibiti siasatan ini dirakamkan secara ketat oleh Pasukan Penyiasat.

Saya kemudiannya diberitahu, TSGP telah memainkan peranannya dibelakang tabir untuk cuba “membetulkan” keadaan.

Apa yang boleh saya sahkan ialah Dr Rahman sendiri memohon, malah merayu kepada pembantu-pembantu saya untuk mendapat kerjasama saya memasukkan laporan ketiga pula untuk “neutralise” laporan pertama bertarikh 26.10.1998 dan laporan kedua sepertimana Ekshibit 9, yang saya tolak.

Perkara yang sangat penting yang saya harapkan Tan Sri mengambil perhatian ialah;

Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut, dua laporan Dr Rahman yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA dan TSGP telah dikemukakan; sepertimana disebut dalam perenggan 9 diatas.

Apabila laporan Suruhanjaya tersebut lengkap dicetak dan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, dan kemudiannya diistiharkan sebagai dokumen public, didapati laporan Dr Rahman yang diarahkan oleh TSGP tidak ada dalam laporan tersebut. Bagaimanapun laporan yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA ada sepertimana Ekshibit A9.

Untuk berlaku adil kepada TSGP, saya tiada maklumat mengatakan yang beliau ada peranan sehingga menyebabkan laporan yang beliau arahkan itu digugurkan daripada laporan Suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun saya tidak akan terkejut jika beliau terlibat, oleh kerana orang lain tiada mempunyai kepentingan berkaitan laporan ini. Pun begitu saya tidak bimbang dengan ketiadaan dokumen tersebut dalam laporan Suruhanjaya, oleh kerana salinan-salinanya adalah dalam kawalan dan rakaman mengenai pembikinan laporan ini, dalam diari penyiasatan saya adalah lengkap dan jelas.

Apa yang patut dibimbangkan ialah; jika laporan penting sepertimana rekod prosiding Suruhanjaya Di-Raja ini, yang akan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, pun boleh dimanipulasikan, maka bayangkan apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.

Saya berharap Tan Sri akan menimbangkan semula pendirian yang PDRM ambil dalam isu ini. Perkara mantan IGP,TSRN mengaku bersalah dan mengambil tanggung-jawab dan melalui hukuman yang dikenakan keatasnya, TIDAK sepatutnya diungkit lagi.

Perkara yang patut dititikberatkan ialah mengenai pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan dalam penyiasatan mata-lebam ini, dan pemalsuan-pemalsuan serta penipuan-penipuan yang dilakukan susulan dari itu dan/atau yang berkaitan dengannya dan mengenalpasti siapa pemain-pemain utamanya.

Keterangan mengenainya baik keterangan direct mahupun circumstancial adalah jelas. Saya percaya Tan Sri turut sedar bahawa tidak ada pihak yang mempunyai kuasa untuk indemnify mana-mana individu daripada criminal liability.

Tidak salah untuk saya membawa ingatan Tan Sri kepada Januari 1999, dimana kesan daripada pemalsuan dan penipuan yang terkandung dalam press statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 telah membawa PDRM to the brink of collapse.

Betapa masyarakat memandang rendah dan hinanya kita ketika itu, sehinggakan timbul cakap-cakap yang orang luar dari kalangan PTD pula akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara, seolah-olah dalam PDRM tidak ada orang yang layak atau mampu memimpin pasukan.

Saya percaya Tan Sri juga ingat situasi ini dan tentunya tahu orang-orang yang terlibat dan bersubahat membawa kita kepada situasi itu. Saya berharap sejarah ini tidak berulang.

Apa pun, saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk PDRM dan adil untuk semua pihak. Bagaimanpun saya memelihara hak saya, untuk menyambung atau menghentikan setakat ini sahaja, persuratan berkaitan perkara dalam persoalan ini atau perkara yang berkaitan dengannya.

Salam sejahtera dan selamat maju jaya.

Wassalam.

* SAC II G/5776 (Retired) Mat Zain Ibrahim adalah bekas penyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim

Protes Naik Harga Di Putrajaya, Tiga Siswa Ditahan

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

student protest arrestMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti “Kuasa Mahasiswa” ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

students protest against price hike in putrajaya another arrestSeorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Diarahkan bersurai

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

students protest against price hike in putrajaya pm's department

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditangkap di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Mstudents protest against price hike in putrajaya policeemorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Jaminan polis

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

students protest against price hike in putrajaya crowdPada jam 6.15 petang tadi, peguam ketiga-tiga mahasiswa yang ditangkap itu, Puspawati Rosman memberitahuMalaysiakini, semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis setelah disoal-siasat hampir empat jam.

“Mereka diminta melaporkan diri semula ke IPD Putrajaya pada 23 Disember ini,” katanya.

Puspawati berkata setakat ini belum ada dakwaan khusus dikenakan ke atas ketiga-tiga anak guamannya.

Selain Puspawati, ketiga-tiga mahasiswa itu juga diwakili oleh seorang lagi peguam mereka, Haijan Omar.

Malaysiakini

Rupa Paras Ibu Cantik Sandaran Kepada Pembeli Bayi


HMetro | “Jika rupa paras si ibu cantik, pasti ramai datang ke rumah ini untuk mengambil bayinya sebagai anak angkat,” kata isteri pengasas Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Ruzitah Baharum, 42.

Beliau berkata, melalui pengalamannya, kebanyakan pasangan suami isteri yang datang ke rumah itu untuk mengambil anak angkat akan memilih dan menempah terlebih dulu anak dalam kandungan selepas melihat rupa paras si ibu.

“Bagaimanapun, kami tidak membenarkan cara itu (tempahan) kerana sini bukan tempat untuk membeli bayi, sebaliknya rumah amal untuk menjaga kebajikan ibu serta bayi yang baru dilahirkan,” katanya ketika ditemui di pusat itu, semalam.

Kewaja memberi perlindungan kepada gadis dan wanita bermasalah, terutama mereka yang menghadapi masalah serius akibat pergaulan terlampau atau terjebak dalam aktiviti tidak bermoral sehingga hamil di luar nikah. Penghuninya akan dilindungi, dibimbing dan dipulih sebelum kembali ke pangkuan keluarga.

Mengenai kes Suzie yang dilaporkan Harian Metro semalam, Ruzitah berkata, setakat ini dia menerima lima khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan bayi dikandung gadis berkenaan.


Katanya, Suzie sudah mula menyesuaikan diri dengan pusat itu dan menjalani proses mendalami Islam dan sudah mahu bersolat.

Dua wartawan Harian Metro berjaya memujuk Suzie, 22, supaya tidak menjual bayi dikandungnya kepada satu pasangan bukan Islam, sebaliknya dihantar ke Kewaja.

Pelayan pelanggan (GRO) itu nekad mahu menjual bayinya kerana mendakwa tidak mampu menjaganya sebaik lahir kelak.

Dalam pada itu, Ruzitah berkata, hampir 500 pasangan dalam senarai menunggu untuk mengambil anak angkat dari rumah berkenaan dan jumlah itu meningkat dari semasa ke semasa.

“Kami memberi keutamaan kepada pasangan yang berkahwin lima hingga enam tahun tapi masih tidak mempunyai zuriat,” katanya yang dipanggil mama di kalangan penghuni.

Pihaknya juga, katanya, tidak menggalakkan individu yang belum berkahwin untuk memohon kerana memikirkan nasib kebanyakan bayi terbabit dilahirkan tanpa bapa, jadi biarlah mereka dijaga keluarga yang dapat memberi didikan agama yang sempurna.

Menurutnya, kini terdapat 50 wanita berusia lingkungan 20-an menunggu masa di rumah itu untuk melahirkan anak masing-masing.

“Sebaik bayi dilahirkan di klinik panel terpilih, anak itu bersama ibunya akan dijaga sehingga habis tempoh berpantang. Jika si ibu mahu menjaga sendiri bayinya, kami akan meminta pihak keluarga mengambil mereka.

“Bagi yang tidak mahu menjaga bayinya pula, kami akan mengurus urusan berkaitan pengambilan anak angkat mengikut prosedur yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Ruzitah berkata, pihaknya juga akan menyaring setiap pasangan yang mahu mengambil anak angkat dari rumah itu bagi mengelak kejadian yang tidak diingini pada masa depan.

“Sejak Kewaja ditubuhkan 20 tahun lalu, sudah lebih 3,000 bayi dilahirkan di sini diserahkan kepada keluarga angkat,” katanya.

TV AlHijrah


Stesen televisyen berkonsep keislaman, AlHijrah, yang memulakan siaran pada 1 November lalu akan memperluaskan lagi siarannya pada 7 Disember ini apabila ia dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada sidang media mengenai pengumuman pelancaran stesen berkenaan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut memaklumkan pengurusan stesen berkenaan kini dalam perbincangan dengan Astro untuk membolehkan AlHijrah turut disenaraikan dalam perkhidmatannya.

Katanya, jika perbincangan itu berjalan lancar, pelanggan Astro boleh menikmati program siaran saluran AlHijrah pada selewat-lewatnya tahun depan. Bagaimanapun, AlHijrah sedang memohon supaya disegerakan proses berkenaan berikutan permintaan tinggi daripada penonton.

“Kami menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ternanti-nantikan saluran AlHijrah di Astro. Kami memang sedang memohon daripada pihak terbabit supaya perkhidmatan itu disegerakan, memandangkan Astro berkata ia hanya akan dimulakan tahun depan,” katanya.

Stesen yang dilancarkan pada 1 November lalu dengan kos permulaan sebanyak RM30 juta akan dilancarkan secara rasmi oleh Najib di Pusat Penyiaran Digital TV Alhijrah, jam 8 malam. Tarikh berkenaan dipilih bersempena dengan sambutan Maal Hijrah yang mempunyai kaitan dengan nama saluran itu sendiri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV berkenaan, Bukhari Che Muda, menangkis tanggapan stesen itu meniru konsep sebuah lagi saluran keislaman, Oasis, yang terlebih dulu menemui penonton tanah air.
Beliau sebaliknya berkata, AlHijrah mempunyai konsepnya yang tersendiri, di samping menawarkan kepelbagaian kepada penontonnya.

“Kami tidak melihat AlHijrah mempunyai persamaan dengan mana-mana stesen yang ada sekarang termasuklah stesen milik Astro. AlHijrah mempunyai konsepnya yang tersendiri kerana kami mengemukakan program berbentuk Islam sepenuhnya.

“Kandungan yang ditawarkan juga jelas sekali berbeza, tidak terhad kepada ceramah, kapsul, azan ataupun zikir semata-mata. Sebaliknya konsep Islam diterapkan kepada pelbagai jenis program yang kami tawarkan, termasuklah program masakan dan tidak ketinggalan animasi," katanya.

Menurut Bukhari, animasi ialah segmen penting yang perlu ada pada setiap stesen televisyen. Cuma bezanya, animasi yang diketengahkan oleh AlHijrah berkonsep keislaman. Antara animasi yang akan diperkenalkan pula berjudul Pada Suatu Masa terbitan Les Copaque. Selain itu mereka juga akan membeli beberapa animasi daripada negara Arab.

“Tidak ketinggalan juga program hiburan berkonsepkan keislaman, yang akan turut diperkenalkan di stesen kami,” kata Bukhari.

Beberapa program terbitan dalaman yang akan diperkenalkan bermula bulan ini dibahagikan kepada beberapa kategori. Rancangan berbentuk majalah akan mengetengahkan program Majalah Islam yang memaparkan kisah mengenai masyarakat Islam, alam persekitaran, lokasi dan isu semasa dari perspektif Islam.

Nota Al Zahra pula akan menonjolkan topik kewanitaan sama ada secara perseorangan atau kumpulan yang memperkatakan mengenai kejayaan serta kepakaran yang dikuasai golongan wanita.

Menu Alam pula akan membawa penonton ke seluruh pelusuk negara, dalam mencari masakan Melayu. Rancangan ini akan menyajikan banyak hidangan masyarakat Melayu, di samping menyingkap destinasi tarikan pelancong.

Manakala Ejen Halal ialah sebuah program kerjasama dengan bahagian halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan memberi informasi kepada penonton mengenai produk halal serta syarat untuk mendapatkan sijil pengesahan daripada pihak berkuasa.

AlHijrah juga akan memaparkan rancangan berbentuk bual bicara seperti Bicara dan Assalamualaikum. Tidak ketinggalan, penonton akan disajikan dengan berita semasa menerusi Berita AlHijrah.

- BERITA HARIAN

Bilik rahsia WikiLeaks seperti filem James Bond

BEBERAPA orang bekerja di bilik bawah tanah WikiLeaks di Stockholm, Sweden.


Kosmo | STOCKHOLM, Sweden – Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia.

Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.

Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin.

Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams.


PINTU masuk ke bilik bawah tanah laman WikiLeaks di Stockholm, Sweden.


Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm.

Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal.

Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan.

Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan.

Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa.

Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam.

Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita. – Agensi

Khamis, 9 Disember 2010

Anak Kecil yang Kena Asap Rokok Berisiko Gangguan Mental

img
London, Anak-anak seringkali menjadi korban dari asap rokok yang dihisap ayah atau anggota keluarganya yang lain. Studi besar terbaru menunjukkan bahwa sering terkena asap rokok membuat anak-anak lebih berjuang dengan masalah kesehatan mental.

"Temuan ini semakin mendesak orangtua untuk dapat berhenti merokok atau paling tidak merokok di luar rumah, agar asap rokok yang dihisapnya tidak berdampak buruk pada orang lain terutama anak-anak," jelas ketua peneliti Mark Hamer dari University College London, dilansir Reuters, Kamis (9/12/2010).

Menurut Hamer, sudah banyak diketahui bahwa asap rokok terkait dengan banyak masalah kesehatan fisik pada anak-anak. Tapi selama ini sisi kesehatan mental belum dieksplorasi.

Dari data US Department of Health and Human Services yang digunakan dalam penelitian, diketahui bahwa terdapat 2 dari 3 anak berusia antara 3 hingga 11 tahun yang sudah terkena asap rokok di AS.

Sementara itu pada anak usia 9 sampai 17 tahun, 1 dari 5 orang telah terdiagnosis dengan beberapa jenis gangguan mental atau kecanduan.

Untuk melihat apakah data statistik tersebut terkait, Hamer dan koleganya mempelajari 901 anak-anak tidak merokok usia 4-8 tahun. Peneliti mengukur tingkat produk sampingan dari asap rokok pada air liur anak-anak untuk mengukur paparan asap dan juga meminta orangtua mengisi kuesioner tentang emosi anak, masalah perilaku dan sosial.

Berdasarkan hasil studi yang telah dilaporkan dalam Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine, menunjukkan bahwa semakin banyak anak terkena asap rokok, maka kesehatan mentalnya akan semakin buruk, terutama anak menjadi hiperaktif dan berkelakuan buruk.

"Belum jelas bagaimana asap rokok akan memicu masalah mental. Tapi ini bisa juga berhubungan dengan efek asap pada bahan kimia di otak seperti dopamin. Faktor genetika juga bisa bermain. Yang jelas, jangan paksa anak-anak bernapas dengan asap rokok setiap hari," tegas Hamer.

Selain penelitian Hamer, Dr. Michael Weitzman dari New York University Medical Center, yang tidak terlibat dalam penelitian, juga memperkuat bukti bahwa asap rokok sekunder (perokok pasif) dapat menyebabkan masalah kesehatan mental pada anak-anak, apalagi yang sudah mulai terpapar sejak dalam kandungan.

"Banyak orang sekarang menyadari bahwa paparan asap meningkatkan risiko bayi mengalami Sudden Infant Death Syndrome atau sindrom kematian bayi mendadak, infeksi telinga dan asma. Asap rokok juga menimbulkan beban besar pada kualitas hidup anak-anak, keluarga dan masyarakat, karena meningkatkan masalah kesehatan mental anak-anak," kata Dr. Weitzman.

Rabu, 8 Disember 2010

Khir Toyo Bawa Sial Sampai Ke Generasi Kedua


INILAH rumah bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir yang terletak di hujung jalan mati di Seksyen 7, Shah Alam.


SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang?
Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.

Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.

“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.

“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hisham dakwa ramai kecewa pendirian Soi Lek di konvensyen BN

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menyinggung sejumlah pemimpin hujung minggu lalu ekoran kenyataan agar ungkapan-ungkapan tertentu antaranya “Ketuanan Melayu” dilarang daripada digunakan manakala Umno pula tidak lagi meluluskan dasar-dasar kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya.

Naib Presiden Umno ini (gambar) berkata banyak pihak telah melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap Presiden MCA itu menggunakan konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lalu sebagai platform untuk melahirkan keluhan dan rintihan terhadap parti pemerintah ini.

“Saya dengar ramai yang tidak gembira dengan apa yang dikatakan oleh Soi Lek termasuk pemimpin-pemimpin MCA sendiri, dalam konteks konvensyen BN,” kata Hishammuddin pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Kenyataan Hishammuddin hari ini kelihatan satu persekitaran menghidupkan balik ‘perang’ antara dua komponen BN ini, selepas kedua-dua berbalas pandangan berhubung saranan MCA mengenai pemansuhan tindakan afirmatif dan sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera.

Bagaimanapun Hishammuddin jelaskan, meskipun kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Dr Chua, apa yang lebih penting ialah konvensyen Ahad lalu menunjukkan BN adalah satu perikatan yang benar-benar bersatu.

“Kesemua presiden parti dalam BN telah diberi peluang untuk memberikan ucapan tetapi sudah pasti, isu sensasi ini (yang) dipetik,” kata beliau.

Hishammuddin menambah, jika beliau respons ke atas kenyataan keras Dr Chua terhadap parti pemerintah, isu itu kemungkinan akan berterusan sewenang-wenangnya.

“Sebaliknya, saya mahu melihat ke depan. Apa yang dikatakan (oleh Dr Chua) mungkin terjadi ke atas kesemua pemimpin, kesemua parti, tetapi apa yang penting ialah rumusan konvensyen, dalam ucapan pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak), kata-kata beliau dan aspirasi beliau untuk mentransform BN, itu yang lebih penting,” kata beliau.

Berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi yang secara terbuka membidas Dr Chua dalam rencana disiarkan hari ini berkenaan dengan isu “Ketuanan Melayu” dan kenyataan mengenai sistem “abang, adik” yang wujud dalam BN, Hishammuddin berkata:
“Kemungkinan ada sedikit kekecewaan dirasakan oleh beberapa pemimpin tetapi ia tidak bermakna BN bersetuju secara total dengan Soi Lek atau BN bersetuju dengan timbalan menteri.”

SPR jadikan golongan profesional pengundi pos

Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos — tambahan kepada sistem yang ada sekarang dan dipertikaikan Pakatan Rakyat.

Sayap PAS itu berpendapat menggunakan sistem undi pos terhadap golongan profesional terbabit menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menegaskan undi pos adalah talian hayat kerajaan Umno-BN.

“Cadangan SPR seakan mahu menambah jangka hayat pemimpin Umno-BN terutama di kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti komponen BN dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan Umno-BN dalam PRU ke-13?” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sambil menegaskan sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat, pemimpin muda ini mempersoalkan apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan mereka.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar semalam dipetik berkata, pihaknya sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa pilihan raya dalam kategori pengundi pos. Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan.

Kata beliau, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian.

Mengikut Akta Pilihan Raya, hanya empat kategori rakyat layak membuang undi pos iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang bertugas di luar negara, pelajar sepenuh masa dan keluarga kumpulan berkenaan.

“Dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, daftar pemilih SPR tidak sama dengan daftar pemilih tentera, serta kertas undi boleh dserahkan di mana-mana termasuk di kompleks beli-belah.

“Bagaimana kertas undi yang dipos dua hari sebelum mengundi mampu dipulangkan balik tepat pada masanya tanpa berlau kesilapan,” kata Fadhil sambil menambah, hampir setiap pilihan raya kecil atau umum, kemenangan besar calon BN diraih melalui undi pos dan terlalu sedikit yang mengundi calon pembangkang.

“Mungkinkah semua anggota tentera adalah ahli BN atau pengundi tegar BN di mana-mana kawasan?” katanya lagi.

Dalam kes anggota tentera, kata beliau, pihaknya mempersoalkan keperluan SPR menjadikan golongan ini sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang tidak mendesak sedemikian.

“Dalam keadaan aman dan tenteram sebeginilah, ruang demokrasi perlu dibuka seluas-luasnya dengan memberi peluang anggota tentera mengundi sebagaimana pengundi yang lain,” katanya.

Menurut Fadhil, alasan SPR mahu menjadikan kumpulan profesional sebagai pengundi pos hanya semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk mengundi kerana terlalu sibuk bekerja adalah alasan yang tidak boleh diterima.

“Golongan ini bekerja mengikut jadual dan syif.

“Dewan Pemuda tidak fikir sekiranya mereka turun mengundi mengikut jadual sepertimana golongan profesional yang lain, menyebabkan operasi kerja mereka terjejas.

“Kalaulah mereka tidak berpeluang mengundi kerana sedang bekerja, mereka tidaklah mewakili golongan majoriti yang perlu dijadikan sebagai pengundi pos,” katanya lagi.

Dalam hal ini, kata beliau, SPR perlu mengelak hari bekerja sebagai hari mengundi sepertimana yang dibuat ketika beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini.

“Ini lebih menyukarkan semua golongan bekerja untuk turun mengundi,” kata beliau lagi.

Jelas beliau, sekiranya SPR berkeras juga mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos, Dewan Pemuda PAS mengesyorkan agar menjadikan semua golongan profesional sebagai pengundi pos.

“Bukan setakat itu, mahasiswa yang layak mengundi, penoreh getah, pekebun, pemandu teksi dan bas, nelayan, peniaga dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai pengundi pos memandangkan semua golongan ini sibuk bekerja dan tidak mampu meninggalkan tempat kerja mereka untuk turun mengundi.

“Dengan demikian, mudahlah BN meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 akan datang,” katanya lagi.

Khir Toyo serah surat peletakan jawatan

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah menghantar faks kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim untuk memaklumkan peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang pada jam 11.20 pagi tadi.

NONESurat yang sama difaks kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Isnin lalu, bekas Menteri Besar Selangor itu memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan ketua pembangkang berikutan pendakwaannya di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.

Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.

khir toyo mansion 060709 06Khir ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

-malaysiakini

Tok Guru sakit tenat tu tak betul

Khabar angin yang mendakwa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sakit tenat dan dikejarkan ke hospital adalah tidak benar.

Perkara tersebut disahkan oleh setiausaha akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

"Dakwaan yang menyatakan beliau sakit tenat dan dikejarkan ke hospital itu tidak betul," katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan.

NONEBercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Fadhli bagaimanapun berkata petang semalam Nik Aziz (kanan) ada mengadu sakit pinggang.

"Beliau solat subuh pagi ini. Hari ini beliau cuti rehat kerana ada sedikit keuzuran," katanya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai desas desus tersebut malam semalam dan akan menziarahi Nik Aziz untuk mendapatkan perkembangan berhubung kesihatan tokoh PAS itu tengah hari ini.

Sementara itu, penulis blog Merah Tinta, Mohd Sayuti Omar turut menulis perbualannya dengan salah seorang anggota keluarga Nik Aziz yang memberitahu bahawa "Tok Guru sakit tenat tu tak betul".

"Semalam ayah ada mengurut dengan tukang urut baru. Entah guana (macam mana) dia urut kuat ba'kali (barangkali) mungkin kerana tak serasi tangan, ayah sakit urut.

"Dia jadi tidak boleh bergerak... tetapi Alhamdulilah pagi tadi sudah solat Subuh tetapi tak jadi tok imam," coret Mohd Sayuti dalam blognya hari ini. ~Mkini

Dewan Kecoh: Enam MP digantung

Usul tergempar untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri, ditolak hari ini.

Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa terganggu apabila Azmin Ali (PKR-Gombak) bangkit dan membentangkan usul tergempar mengikut Peraturan Dewan 18(1).

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata keputusan jawatankuasa itu belum dibentangkan di Dewan rakyat, justeru usul itu tidak perlu disegerakan.

Berikutan penolakkan usul itu, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan dewan dalam protes.

Azmin sebelum itu membidas Pandikar Amin kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.

"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin ketika meminta penjelasan dari mengapa usulnya berhubung tindakan jawatankuasa itu ditolak.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan.

Kenyataan Pandikar bagaimanapun mengundang kritikan keras.

"Bagaimana jawatankuasa boleh mengatakan bukti dan saksi yang akan dipanggil tidak berkaitan tanpa melihat atau mendengarnya terlebih dahulu?" soal Azmin.

Dalam perkembangan yang sama, speaker sekali lagi dibidas kerana enggan berundur dan memberi laluan kepada timbalannya untuk mendengar hujah Azmin.

Karpal Singh berkata Pandikar Amin tidak layak kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

"Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," kata Karpal.

Pandikar bagaimanapun enggan berbuat demikian.

azlanMinggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, diodakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

Pada 3 Disember lalu, ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh - yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.

Berikutan itu, beliau dan seorang lagi anggota - ahli parlimen PKR Subang Jaya bertindak meninggalkan mesyuarat dalam protes. ~Mkini

GAMBAR DEMONTRASI AIR SELANGOR: POLIS DAKWA TIDAK BERLAKU KEKASARAN

APA SALAHNYA JIKA DI BENARKAN RAKYAT BERARAK MENUJU KE ISTANA??
ADAKAH IANYA SATU ANCAMAN TERHADAP NEGARA?BAGAIMANA JIKA PIHAK POLIS TIDAK MENYEKAT DAN HANYA DENGAN MENGAWAL LALULINTAS DAN KITA PERCAYA IANYA AKAN BERJALAN DENGAN AMAN.

DARI GAMBAR-GAMBAR YANG DIRAKAMKAN...KITA SEMUA DAPAT MENILAI BAHAWA IANYA ADALAH KERANA TIDAK MAHU RAKYAT MENGADAP DYMM TUANKU.





Dis 8, 10 10:10AM
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.








































Sumber
Related Posts with Thumbnails