10.14pagi: Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.
Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.
10.06pagi: Peguamcara  Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin  berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya  tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu  "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.
Mohd Yusof berkata beliau  tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.
Menurutnya  lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak  siapakah saksi-saksi berkenaan.
Karpal, bagaimanapun, berkata  beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun  Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.
Karpal  juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.
9.57pagi: Peguambela  Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi  sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau  berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut  ada dalam senarai saksi pendakwa.
-malaysiakini-



