Lesen pertaruhan  sukan telah diluluskan  kepada Vincent Tan Chee Yioun pada 13 Januari  tahun ini, dengan syarat  perkhidmatan ini hanya terhad kepada kawasan  majoriti bukan Islam, malah  tiada pertaruhan melalui internet  dibenarkan.
Demikianlah khabar  yang dipetik oleh  The Star, melaporkan bahawa Ascot Sports Sdn  Bhd yang dikuasai  usahawan tempatan Vincent Tan (gambar kanan) telah  memperolehi lesen  pertaruhan sukan sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, lesen ini diluluskan dengan  beberapa syarat,  misalnya hanya 200 daripada 680 pusat pertaruhan BToto  yang terletak  dalam kawasan majoriti bukan Islam dibenarkan menawarkan  perkhidmatan  ini.  Selain itu, pusat pertaruhan wajib memaparkan papan  tanda yang  membenarkan hanya bukan Islam dan orang dewasa untuk masuk  menaruh.   Pada masa yang sama, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk  menawar  perkhidmatan pertaruhan melalui internet.
Malah, sumber  maklumat memaklumkan, selepas memperolehi lesen  pertaruhan sukan pada  13 Januari, Ascot Sports telah mula bersiap sedia  untuk menawarkan  perkhidmatan ini.  Namun, perkhidmatan ini dijangka  akan bermula pada  Ogos atau September.  Jadi, ia mungkin terlepas  peluangnya untuk Piala  Dunia Bola Sepak di Afrika Selatan yang akan  berlangsung dari 11 Jun  hingga 11 Julai tahun ini.Lesen  diberikan semasa zaman  Mahathir
Sebagaimana yang  difahamkan, Kementerian Kewangan telah  meluluskan lesen pertaruhan sukan  kepada Ascot Sports secara tidak  rasmi.  Ini kerana syarikat ini pernah  dua kali memperolehi lesen yang  hampir sama sebelum ini, tetapi  ditamatkan kerajaan pada akhirnya.   Jadi, syarikat ini memiliki  kelebihan untuk memperolehi lesen  seandainya perjudian sukan dihalalkan.
Pada tahun 1987, Ascot Sports telah   memperolehi lesen pertaruhan sukan yang pertama daripada kerajaan   Mahathir Mohamad (gambar kiri).  Walau bagaimanapun, setelah beroperasi   untuk setahun lebih, syarikat tersebut telah memulangkan lesen itu   kepada kerajaan pada tahun 1990 sebagaimana yang diminta.  Kementerian   Kewangan bersetuju untuk mendahulukan Ascot Sports dalam pertimbangannya   jikalau berniat untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan pada masa   depan.Ascot Sports telah  memperolehi  semula lesen pertaruhan sukan pada Jun 2003, semasa  kerajaan masih  diterajui Mahathir Mohamad.  Bagaimanapun, perkhidmatan  ini ditamatkan  oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004  dengan alasan bahawa  pertaruhan sukan adalah haram.
Amaun  pertaruhan haram setinggi RM20  bilion
Bagaimanapun, kerajaan  perlu berdepan dengan satu realiti,  iaitu amaun pertaruhan sukan yang  haram di Malaysia mencecah puluhan  bilion ringgit setiap tahun.   Seandainya kerajaan menghalalkan  pertaruhan sukan dengan mekanismenya,  maka ia akan mengundang pendapatan  cukai yang beratus juta untuk  kerajaan.
Menurut perangkaan yang tidak rasmi,   amaun perjudian haram yang dipertaruhkan orang tempatan melalui bookie   dan sindiket luar negeri mencecah RM 20 bilion setiap tahun.  Menurut   laporan analisis CIMB Research, amaun pertaruhan sukan mencecah RM 8   bilion setahun, setelah ditolak jumlah yang dipertaruhkan oleh mereka   yang diharam untuk berjudi, termasuk golongan belum dewasa dan umat   Islam.Menurut seorang  penganalisa,  kerajaan di seluruh dunia cenderung untuk menyekat  perkembangan  perjudian haram melalui pengawalan, malah mendapat cukai  sampingan  dengan pendekatan sedemikian.  Sejak 20 tahun kebelakangan  ini, negara  Eropah, Afrika dan Asia, termasuk Singapura, masing-masing  mengubahsuai  rangka  undang-undangnya, agar aktiviti perjudian haram  boleh dikawal.
Malah, pengamal  dalam bidang perjudian  tempatan menganggap bahawa kemudahan internet  telah membawa aktiviti  perjudian ke setiap rumah.  Pasaran pertaruhan  sukan tempatan mungkin  boleh terkawal seandainya kerajaan meluluskan  lesen pertaruhan sukan.
Bantahan  masyarakat tempatan
Setelah  Timbalan Menteri Kewangan,  Awang Adek Hussein mengakui bahawa kerajaan  sedang mempertimbangkan  kelulusan lesen pertaruhan sukan, parti  komponen Pakatan Rakyat telah  menyatakan bantahan.  Pertubuhan seperti  JIM Terengganu juga  mengeluarkan kenyataan untuk membantah keputusan  tersebut.
*Neo Chee Hua~MerdekaReview




