Oleh Faizal Ezzany
SIBU 9 Mei - Pakatan Rakyat yang memasuki hari  kedua kempen pilihan raya kecil Sibu melancarkan manifesto yang akan  memberi penjelasan mengenai pelbagai isu dan program yang bakal  dilaksanakan begi memenhi kebajikan dan pembangunan penduduk Sibu.
Manifesto  yang bertemkan 'Sibu, Jom Ubah' melakarkan agenda yang bakal  dilaksanakan oleh calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng sekiranya beliau  dipilih mewakili rakyat Sibu di Parlimen 16 Mei depan.
"Saya hari  ini melancarkan menifesto ataupun agenda pada PRK kali ini, temanya  adalah amat bertepatan dengan kehendak rakyat sekarang.
"Pemerintahan  Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah lebih tiga puluh tahun dan sekarang  sudah tiba masanya untuk kita mengambil alih mandat daripada Taib dan  keluarganya serta kita mulakan era baru reformasi dan pemulihan semula.
"DAP  dan Pakatan Rakyat berjuang untuk pentadbiran yang lebik baik, rekod  pemerintahan Taib dan Barisan Nasional menunjukkan pentadbiran yang  buruk. Keluarga Taib melalui Cahaya Mata Sarawak (CMS) menguasai  kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan  manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil  menghadapi kesukaran.
"Sarawak adalah negeri yang sangat kaya,  dengan mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan  dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua  rakyat Sarawak akan hidup dengan lebih senang sekurang-kurangnya  bertambah separuh daripada apa yang dinikmati sekarang tapi ini tidak  kerana Taib mengambil semus hak rakyst untuk kekayaan diri dan  keluarganya," jelas Wong pada pelancaran manifesto beliau yang turut  dihadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.
Wong berkata  manifesto yang jelas dengan agenda diyakini dapat menarik perhatian  pengundi di Sibu.
Ia berteraskan kepada tujuh perkara asas dalam  memperkasakan hak rakyat Sibu.
1. Masa depan Sibu - Apabila DAP  dan Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, kami  berjanji akan menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam tempoh dua  tahun, disamping melaburkan dalam modal insan dan prasarana untuk  menjadikan Sibu sebagai pusat antarabangsa bagi industri perkapalan,  kejuruteraan marin dan pelancongan.
2. Warga Emas - Semua rakyat  Sarawak yang berumur lebih 60 tahun akan menerima bayaran minimum RM100  setahun sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi  Sarawak.
3. Gaji Minima - Kami akan menetapkan gaji minimum RM750  sebulan kepada semua pekerja di Semenanjung dan RM830 sebulan di  Sarawak.
4. Pendidikan - Semua sekolah akan diberi peruntukan  mengikut keperluan sebagaimana yang dilaksanakan sekarang di Pulau  Pinang, Selangor dan Kelantan untuk memastikan anak-anak kita mempunyai  masa depan yang cerah.
5. Royalti Minyak - Sarawak akan menerima  royalti minyak sebanyak 20 peratus dari Petronas, iaitu meningkat dari  lima peratus yang diberikan oleh Petronas sekarang.
6. Reformasi  Tanah - Semua tanah hak adat Bumiputra (NCR) akan diukur nilai dan  diberi hak milik manakala pajakan yang akan luput akan dilanjutkan  tempoh tanpa syarat. Ini akan membuka peluang ekonomi besar di Sarawak.
7.  Pentadbiran CAT dan Demokrasi - Kami akan mengamalkan pentadbiran  Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) serta melaksanakan sistem tender  terbukan, membenarkan kebebasan bersuara dan mengadakan pilihan raya  tempatan.
Sekitar kempen Jentera Pilihanraya  Pakatan Rakyat di kawasan Rumah Panjang Kg Bungan Kechil pagi  09 May  2010.
DAP diketuai oleh  Lim Guan Eng manakala PAS pula diketuai oleh Mahfuz..














