BUKAN TERPENGARUH DENGAN BUDAYA PAS..TETAPI KERANA ORANG CINA LEBIH CERDIK KERANA BANYAK MEMBACA DAN AKHBAR MEREKA LEBIH BEBAS.ORANG CINA TAK TENGOK TV3 SUKU,TV1 PENIPU.MEREKA TENGOK ASTRO.
                        Jika asalkan menang dijadikan ukuran, majoriti 1,725 undi   diperolehi calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan dianggap memadai.     Namun, jika mahu dijadikan ukuran rakyat  khususnya  pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor mengatakan mereka  sudah kembali  menyokong kerajaan BN, ianya masih jauh lagi.   Pemimpin-pemimpin dan jentera BN boleh berpuashati  hati dapat  merampas semula kerusi Hulu Selangor ekoran kekalahan calon  PKR, Datuk  Zaid Ibrahim.   Ayam sabung Datuk Seri  Anwar Ibrahim itu memperolehi 23,272 undi  berbanding Kamalanathan yang  mendapat 24,997 undi.   Andai diteliti, calon PKR  walaupun tewas tetapi undi diperolehi  meningkat berbanding yang  dimenangi calon parti sama pada pilihanraya  umum lalu, allahyarham  Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sebanyak 23,177  undi.   Ini bererti pengundi-pengundi yang menyokong pembangkang masih   utuh di Hulu Selangor.   Ini juga bermakna,  Kamalanathan diselamatkan oleh peningkatan  jumlah pengundi berdaftar  serta peratus keluar mengundi pada 25 April.   Pada pilihanraya umum lalu, calon BN Datuk G.Palanivel yang  tewas  kepada Dr Zainal memperolehi 22,979 undi tetapi Kamalanathan  dapat  sokongan undi sebanyak 24,997.   Amat jelas  pertambahan 2,018 undi kepada calon BN ini disebabkan  peningkatan  jumlah pengundi serta yang keluar mengundi seramai kira-kira  49,000  berbanding 47,622 pengundi pada pilihanraya 2008.   Meneliti angka-angka di atas, BN tidak boleh selesa dengan   kemenangan di Hulu Selangor.   Kemenangan ini  tidak boleh menutup fakta BN tewas tujuh daripada  sembilan pilihan raya  kecil sebelum ini.   Kejayaan kecil ini juga  tidak boleh dijadukan ukuran Gagasan  1Malaysia “Rakyat Didahulukan –  Pencapaian Diutamakan’ bergerak laju  menuju matlamatnya.   Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya  berusaha  yang terbaik bagi memenuhi tuntutan pembangunan negara dan  kesejahteraan  rakyat tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan  sebagainya.   Apapun, pilihanraya kecil  Parlimen Hulu Selangor memberi banyak  pengajaran kepada Perdana Menteri  untuk menilai sama ada golongan bukan  Melayu mahu terus bersama-sama  kerajaan mencapai matlamat Gagasan  1Malaysia.   Walaupun belum ada angka rasmi tetapi umum sudah mengetahui   sokongan pengundi-pengundi Cina masih ketara belum memihak kepada BN   begitu juga dengan masyarakat India.   Kenapa jadi  begini?   Pasti Najib sebagai  pengerusi BN dan barisan kepimpinan parti  komponen dapat mengesan  masalah-malasah ini dalam ‘post mortem’ terhadap  keputusan pilihanraya  kecil Hulu Selangor.   Bagaimanapun, sekilas  pandang perkara-perkara ini harus diberikan  perhatian.   Pengundi-pengundi Cina nampaknya sudah terpengaruh dengan budaya   PAS dalam membuat keputusan pilihanraya.   Ungkapan  ‘Beri kain pakai, beri gula makan, beri pitih (wang)  ambil’ yang cukup  popular dikalangan PAS boleh dikatakan sudah  dipraktikkan juga oleh  pengundi-pengundi Cina.   Ketika kempen pilihanraya,  walaupun kerajaan memberikan bantuan  dan menyelesaikan masalah-masalah  kaum ini tetapi ternyata hasil undi  Cina kepada calon BN amat  mengecewakan.   Ada pula pendapat mengatakan  undi protes dikalangan ahli-ahli MCA  sendiri yang tidak berpuashati  dengan keputusan pemilihan parti itu  bulan lalu kerana Datuk Seri Chua  Soi Lek bukan dipilih presiden parti  dengan majoriti dua pertiga.    Faktor penyokong-penyokong Timbalan Presiden MIC,  G.Palanivel  yang tidak dicalonkan semula juga turut memberi kesan.Undi  protea  kumpulan ini juga tidak dapat dielakkan.   Satu paktor lain yang perlu dipandang pimpinan BN adalah mesej   jelas bahawa pengundi-pengundi Melayu masih menolak calon MIC bertanding   di kawasan itu.   Ini dapat dilihat dengan  jumlah lebih 6,000 undi yang memenangkan  tiga kawasan Dewan Undangan  Negeri (DUN) dalam parlimen Hulu Selangor  pada 2008 masih ‘belum  kembali’ kepada BN berdasarkan jumlah pengundian  Ahad.   Dalam erti kata lain, lupakan apa sahaja pembangkang akan kata   mengenai punca kekalahan Zaid tetapi sekilas pandang, BN hanya menang   tetapi berhati-hatilah kerana tidak guna menang sorak jika kampong   tergadai pada pilihanraya umum akan datang.   Justru itu, cabaran terbesar adalah memahami sikap   pengundi-pengundi sama ada Melayu. Cina ataupun India pada tempoh   berbaki tidak sampai tiga tahun lagi bagi pilihanraya umum ke 13.    Perlu diingat juga, pilihanraya kecil Parlimen Sibu  Sarawak 16  Mei ini pasti menjanjikan sesuatu lebih sengit dengan  pembangkang  khususnya DAP yang akan meletakkan calonnya sudah tentu  mahu menebus  kekalahan pakatan pembangkang di Hulu Selangor.-26/4/2010   



