Adakah ini berkaitan dengan tuduhan liwat No 2.
Ramai yang menghubungi saya bertanya berkaitan pandangan tentang perlantikan Ezam Mohd Nor sebagai Senator. Sebagai sahabat, saya ucapkan tahniah kepada beliau. Semoga agenda Integriti dan Anti Rasuah mampu dibawa dengan baik termasuk mengambil tindakan terhadap Pak Menteri UMNO/BN yang korup. Ini saya tunggu keberanian Ezam jika dia benar mahu membawa agenda ini.Namun persoalannya, apakah 'jasa' besar Ezam  terhadap  Najib? Apakah ini ada kaitan dengan tuduhan liwat kedua yang   melibatkan Anwar Ibrahim? Ezam dan Najib ada jawapannya. Jarang sekali   seseorang dilantik menjadi Senator tanpa ada jasa baiknya. Ada juga   kalangan pembesar PR dan UMNO yang juga bersetuju bahawa 'jasa' besar   Ezam kepada Najib itu adalah mungkin termasuk dalam kes tuduhan fitnah   liwat kedua ini.
Pelantikan  Ezam ke  jawatan Senator Dewan Negara ini tidak mengejutkan saya kerana  sejak  tahun lepas 2009 bahkan di permulaan kemasukan Ezam menyertai UMNO  pada  Mei 2008 juga, saya telah pun diberikan signal berkaitan peluang  Ezam  ini yang akan diberikan oleh Najib Tun Razak. Rupanya perkara besar   yang dinyatakan oleh orang kuat Ezam kepada saya tatkala memberi kata   dua kepada saya agar tidak menyertai PKR adalah berkenaan perlantikan   Senator Ezam. Mereka mahu saya membantu Ezam dalam UMNO. Saya menolak   tawaran itu. Ada lagi beberapa jawatan lain Ezam yang akan bakal   menyusul kemudian selepas dilantik Senator. Inilah mungkin harga yang   dibayar oleh Perdana Menteri Najib kepada Ezam.
Namun bagi saya, secara prinsipnya jawatan  bukanlah  yang pertama. Perjuangan berasaskan prinsip itu adalah  keutamaannya.  Kita harus berada di landasan kebenaran berasaskan fakta  dan petunjuk  Al-Quran As-Sunnah. Sebab itu saya menolak sanggahan pihak  terbabit  yang mahu agar saya tidak menyertai PKR/PR. Saya mengambil  keputusan  untuk tidak sama sekali bersama Ezam Mohd Nor di dalam UMNO/BN  kerana  saya tidak melihat besarnya nilai integriti melalui landasan  itu. Jika  yang kita cari adalah persoalan integriti, amanah dan  tanggungjawab,  maka itu ada pada Pakatan Rakyat & PKR.
Ayuh anak muda kita gembleng tenaga, kita  bina  kerajaan beramanah dan berkebajikan untuk rakyat!




