| Umno Reform | |
Setelah PRU 12 ramai kepimpinan UMNO sedar  bahawa  masalah kehadiran media alternatif Internet adalah antara punca  UMNO  mengalami kemelesetan dalam pilihan raya tersebut. Kesedaran ini  telah  membangkitkan semangat baru untuk memperluaskan usaha bagi  menangani  media Alternatif dan Internet. Usaha dibuat untuk  memperluaskan  partisipasi penyokong UMNO dalam media Internet dan  diharap menjadi  pemangkin dalam serangan dan monopoli pembangkang  melalui siber. Peningkatan  usaha untuk memperluaskan partisipasi ini  telah memperlihatkan  kemunculan penyokong UMNO dalam usaha untuk terus  menangani perkembangan  laman-laman media siber pihak pembangkang. Satu  usaha yang baik dan  partisipasi ini semakin berkembang. Namun adakah  kehadiran yang semakin  banyak penyokong-penyokong UMNO memberi kesan  yang baik dalam usaha UMNO  untuk menangani media siber dan media  alternatif pembangkang. Adakah  kita pernah membuat penilaian  yang benar-benar terperinci setakat mana  usaha kita ini mendatangkan  kejayaan? Adakah dengan  kemunculan penyokong kita dalam  alam media siber benar-benar memberi  kesan positif dalam usaha kita  untuk menyedarkan rakyat mengenai isu  sebenar dan menerangkan kepada  semua usaha UMNO demi memartabatkan  agama, bangsa dan negara. Adakah kita pernah   memanggil mereka yang tahu, arif dan mempunyai pengalaman luas dalam   media konvensional dan media siber, termasuk mereka dari golongan   intelektual untuk menilai dan membahaskan kejayaan partisipasi kita   dalam media siber ini? Adakah kita pernah berbincang untuk mencari jalan   bagi meningkatkan penerimaan dan memastikan keberkesanan  media   siber UMNO dan membuat perbandingan dengan penerimaan media siber yang   didominasi oleh pembangkang? Kita harus  berhenti sejenak memikirkan apa yang ada hari ini.  Kita akur dengan  kemunculan ramai penyokong UMNO dalam media siber. Kita  sedar  partisipasi penyokong UMNO dalam Internet semakin bertambah  tetapi –  persoalan utamanya adakah partisipasi kita ini mengarahkan  kepada  kejayaan UMNO atau hanya kuantiti tanpa kualiti. Kita sedar  banyak  penulis-penulis siber muncul tetapi kita perlu akur – bahawa ada  yang  berkualiti tetapi banyak yang tidak tahu apa yang mereka sedang   lakukan. Penulis berani memperkatakan bahawa majoriti mereka yang mula   menceburkan diri dalam penulisan siber – akhirnya gagal memberi impak   yang sewajarnya kepada UMNO. Akhirnya sokongan mereka membawa rebah. UMNO dalam usaha untuk  meningkatkan partisipasi  penyokong mereka dalam alam siber perlu juga  melihat kepada impak yang  boleh diperoleh dari kehadiran mereka. Kita  perlu adakah perimbangan –  penulis dan penyokong yang menulis ikut rasa  dan penulisan yang mampu  membentuk idealisme dan yang mampu memberi  hujah berkesan dalam  menangani isu yang dibawa oleh pembangkang. Kita  juga perlu ada  laman-laman berwibawa – penulis yang mahir bukan sahaja  dalam penulisan  tetapi dalam mengatur arah jangka panjang – untuk  membentuk idealisme  serta menyerapkan kematangan dalam berhujah agar  kesan penulisan itu  dapat menjayakan partisipasi yang lebih menyeluruh  dan konklusif. Kita  tidak mahu kuantiti melampaui kualiti dan akhirnya  kehadiran penyokong  UMNO dan ahli UMNO dalam media siber tidak  mendatangkan hasil seperti  yang di mahukan. Kita perlu menyeluruh, ada  penulis yang  hentam kromo, ada yang beremosi, ada yang garang dan  ganas tetapi perlu  wujud laman-laman yang lebih moderat – yang mampu  membuat pembaca  berfikir – mematangkan minda mereka agar mereka tidak  mudah terpengaruh  dengan tuduhan pembangkang. Kita perlu ada media  alternatif siber yang  dipercayai – jelas dan lebih berwibawa. Kehadiran  laman sebegini bukan  sahaja membantu mematangkan politik negara ini  tetapi dapat juga  mematangkan ahli UMNO yang membaca laman ini. Kita  tidak mahu – semuanya  laman pro kerajaan yang akhirnya dianggap sebagai  lidah kerajaan dan  dijadikan alat propaganda untuk UMNO, hanya mencari  sokongan politik  semata-mata demi memenangi pilihan raya sahaja. Kita  mahu pembaca  disedarkan – kerana kesedaran yang cukup, hujah yang tepat  akan  membuatkan rakyat lebih percaya, lebih terpanggil untuk menilai  semula  sokongan mereka pada pembangkang. Penerapan nilai ini akan  membuka mata  mereka semula untuk melihat kejayaan yang telah dicapai  oleh UMNO lantas  memilih wadah ini untuk memastikan perjuangan dan  kejayaan berterusan  untuk orang Melayu. Namun  setakat ini tidak nampak apa yang ada –  partisipasi mereka yang semakin  ramai dapat memberi mutu khidmat yang  berkualiti dan dapat membantu  bagi memulihkan persepsi buruk terhadap  UMNO. Tidak ada penilaian  mengenai kedudukan kita dalam media siber  hari ini dan tidak ada  penilaian mengenai impak partisipasi mereka.  Akhirnya kita terbelenggu  dalam satu keadaan yang hanya menyeronokkan  tetapi tidak ada kesan  mendalam pada pembaca. Mungkin kita perlu  menilai semula partisipasi  kita – supaya kita tidak dikatakan hanya  berseronok dalam media siber  tanpa memberi kesan positif terhadap  keadaan politik UMNO yang semakin  tercabar. Saya  ingin turutkan bagi tujuan penilaian – apa kesan  borak-borak sebegini  dalam Face Book – adakah ia dapat memberi kesan  positif kepada UMNO atau  hanya sekadar bergembira – berborak tanpa  meninggalkan kesan kerana  hujah yang meleset dan tidak berwibawa. Lihat  dan nilai.   ![]() Komen  dalam Face Book penyokong UMNO ![]() ![]() ![]() Komen terhadap Anwar Ibrahim - mampukah komen ini memberi sumbangan kepada UMNO? Apa pendapat anda – adakah  cara ini pasti  akan membawa kejayaan kepada UMNO atau setidak-tidaknya  memberi kesan  positif, dapat memberi keyakinan kepada yang lain untuk  mengundi UMNO  atau ia dinilai sebagai omongan berseronok tanpa  meninggalkan kesan yang  positif pada pembaca. Adakah kita berjaya dalam  mengurangkan dominasi  pembangkang dalam media siber?  | 
Isnin, 21 Jun 2010
Minda Pewaris Umno Semakin Kotor Dalam Ruangan Cyber
Labels:
Kenyataan Blog







