Kita  mahu ucapkan tahniah kepada Mat Sabu. Kerana telah berjaya  menggelabahkan orang UMNO dengan versi persejarahan Malaysia. Versi  sejarah yang di nyatakan oleh Mat Sabu dalam suatu ucapan ialah bahawa  bukan orang UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka berjuang menentang  penjajahan. Mat Indera yang mengepalai serangan keatas balai polis di  Bukit Kepong Muar pun adalah wira. Mat Indera pun menentang pendukung  pemerintahan penjajahan. 
 Pilihan  contoh yang di gunakan Mat Sabu untuk menyampaikan mesej nya, adalah  unfortunate. Sebab yang mati dalam serangan tersebut ialah polis Melayu.  Yang menyerang pula ialah pengganas bangsa Cina. Ia adalah resipi  perbalahan kaum yang cukup enak. Resipi ini kegemaran parti politik  seperti UMNO. 
 Pengunaan  serangan Bukit Kepong sebagai contoh dengan segera di gunakan sebagai  bukti bahwa Mat Sabu menyanjung komunis. Orang UMNO dan orang Melayu  semua tahu, Mat Sabu tidak melakukan demikian. Tapi ia mesti di  politikkan sebagai suatu yang besar  kerana inilah peluang  UMNO menunjukkan ia merwirai dan menjuarai bangsa Melayu. Yang mati  ialah Melayu. Yang membunuh ialah Cina. Saya percaya, jika polis yang  mati itu berbangsa cina, mana Mat Sabu akan di biarkan. 
 Bagaimana  penentang2 Mat Sabu react? Mereka telah melakukan overkill. A series of  overkill bahkan. Versi persejarahan Malaysia oleh Mat Sabu di nyatakan  dalam suatu ucapan. Ucapan bukanlah suatu perlakuan akademik yang  teknikal. Jadi kenapa suatu ucapan mahu di beri layanan yang luar biasa?  
 Jawapan  nya ialah, ucapan Mat Sabu itu membawa implikasi politik kepada UMNO  sendiri. Ia nya akan menyebabkan KAJIAN SEMULA keatas peranan UMNO dalam  menuntut dan berjuang untuk kemerdekaan. Apa yang sebenarnya UMNO  lakukan? Tidak ada orang UMNO di tangkap British. Tidak ada orang UMNO  yang di penjarakan. UMNO menyudahkan larian yang di mulakan oleh parti2  lain.Pusingan terakhir yang UMNO sudahkan ialah sabsidi dari parti  politik lain. 
 Namun  oleh sebab sejarah di tulis oleh mereka yang menang, maka hanya peranan  UMNO yang di perbesarkan. Tapi UMNO lupa, bahawa di mana mana negara,  pengulang-kajian sejarah atau historial revision di lakukan. Pembukaan  dan perjumpaan Amerika sekarang di lihat sebagai proses penaklukan  keatas suatu bangsa yang di bunuh dengan penyakit, pencabulan, rogol,  rompakan dan keganasan. Mereka yang dahulu di lihat sebagai mangsa yang  tewas, hari ini di hidupkan kembali dan di beri tempat yang  wajar dalam sejarah. Mat Sabu melakukan ulangkaji persejarahan nya  sendiri. Mat Indera jangan di lihat sebagai CT. 
 UMNO  tidak boleh mengambil risiko peranan nya di sangsikan. Ini lah modal  politik mereka yang terbesar. Selagi UMNO dapat memonopoli peranan dan  kedudukan sebagai satu satu nya pejuang kemerdekaan, kesetiaan orang  Melayu keatas UMNO tidak akan goyah. Musnahkan monopoli tersebut, modal  terakhir UMNO mengekalkan legitimacy sebagai wkail mutlak orang Melayu  turut musnah. 
 Apa  perlu di lakukan? Celakakan Mat Sabu- itu misi baru penyokong UMNO.  Namun, dalam zaman ini dengan ujudnya kebebasan bersuara dan memberi  pendapat di laman web, mencelakakan Mat Sabu tidak semudah  ABC.Permintaan meminta Mat Sabu mohon maaf, akan di 'pantatkan'. 
 Dengan  membayangkan bahawa bukan UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka  sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan, asas kesasihan UMNO menuntut  kesetiaan mutlak dari terutama nya orang Melayu, akan musnah.  Bangsa  lain sudah sejak 2008, mempersetankan UMNO. Jika kesetiaan mutlak UMNO  itu retak, dan kita tahu bahawa survival UMNO hari ini bergantung semata  mata keatas keupayaan nya ‘mengikat’ fikiran orang Melayu, masa depan  UMNO itu sendiri amat muram. Menyedari perkara ini, UMNO sudah bertindak  dengan overkill. 
 Suatu  cara yang mudah ialah mengkomuniskan Mat Sabu. Overkill yang di lakukan  ialah melibatkan PAS bersekali dengan Mat Sabu. Jadi kita lihat  percubaan meluaskan pendirian Mat Sabu sebagai juga pendirian PAS.  Disini lah kebodohan penentang Mat Sabu. Ianya meletakkan PAS, yang hdup  mati politik mereka ialah Islam sebagai penyokong komunisme? Mana lah  ada kebodohan yang melebihi ketongongan yang mahu meletakkan PAS yang  bergerak atas landasan Islam sebagai penyokong komunisme?  Adakah  UMNO mempunyai cukup bekalan mempertahan dakwaan mereka bahawa Mat Sabu  dan PAS itu penyokong komunisme? Kepada saya ini overkill yang UMNO  tidak akan menang. 
 Kemudian  kita ada cara muslihat yang menjadi kesukaan pihak lawan yang kehabisan  modal penghujjahan. Discredit keperibadian lawan mereka. Maka kes moral  Mat Sabu yang lama, di siarkan kembali. Nyonya mercenary Jocelyn Tan  dari akhbar star mengungkit kembali kes khalwat Mat Sabu seolah olah kes  tersebut akan menghapus kontroversi dan ancaman keatas golongan  berkuasa. Apa pun yang boleh di fahami dan di terjemah dari kes khlawat  Mat Sabu itu tidak bermakna Mat Sabu tidak mampu memberi kredibiliti  keatas versi sejarah Malaysia nya. Mat Sabu’s morality issue does not  destroy the possible legitimacy and validity of his version of history.  Ertinya, walaupun kita cuba mendiskreditkan peribadi Mat Sabu, ianya  tidak akan menyekat kesangsian umum keatas monopoli puak UMNO keatas  sejarah Malaysia. Tambahan pula, membawa isiu moral kedalam perbincangan  politik akan mendedahkan pimpinan UMNO kepada isiu yang serupa. Dalam  keadaan ini, pemimpin UMNO harus menyedari signifikens perpatah  Inggeris- mereka yang mendiami rumah kaca, jangan membaling batu. Cerita  moral pimpinan UMNO lebih dari 30 juzu’.
 Masuk  pula Dr Mahathir ke dalam gelanggang. Dr Mahathir telah hentam PAS  kerana menghina Tunku Abdul Rahman. Kita sedia maklum, dalam soal  menghentam Tunku Abdul Rahman, bidang ini di kuasai oleh Dr Mahathir. Dr  Mahathir lebih dahulu menghentam Tunku Abdul Rahman dan biasa nya  condemnations keatas Tunku di lakukan oleh Dr Mahathir diatas pentas  PAS. Ketika itu , Dr Mahathir senditi tidak laku dalam UMNO. Hari ini Dr  Mahathir membela Tunku dan kondem PAS kerana mengangkat martabat  pejuang kemerdekaan yang bukan dari UMNO. 
 Tapi  bila Dr Mahathir menyetujui bahawa Malaysia tidak pernah di jajah,  sekali lagi, Dr Mahathir sebenarnya kondem Tunku. Sebab jika negara kita  tidak pernah di jajah, maka peranan Tunku dalam mencapai kemerdekaan  negara tidak ujud.  Jadi perdana menteri kita yang pertama  sebetulnya tidak ada peranan apa apa dalam ‘kemerdekaan’ negara kita.  Oleh yang demikian, bagaimana Tunku Abdul Rahman boleh bergelar  kemerdekaan sedangkan ‘peristiwa merdeka’ itu sendiri tidak ujud.  Bagaimana Tunku jadi bapa kepada sesuatu yang tidak ujud?  Bila  Dr Mahathir kata kita tidak pernah di jajah, dengan sendiri Merdekah!  UMNO itu suatu pembohongan dan helah UMNO untuk terus menghamba-abdikan  minda orang Melayu. 
 Hanya  untuk menundukkan pendapat Mat Sabu, kita sanggup menggadaikan maruah  dan prinsip? Kita jadi politikus dan professor pelacur? Kita sanggup  mengatakan bahawa negara kita tidak pernah di jajah dan kerana itu,  sesiapa dan mereka yang berkorban nyawa mempertahankan sebuah negara  yang tidak pernah di jajah itu apa? Kita menipu untuk membolehkan kita  berkata mereka adalah loyal subjects negara dan yang membunuh mereka  adalah petualang? 
 Kita lakukan ini semua, hanya untuk membuktikan perkara ini?  Dimana moraliti pimpinan UMNO? Dimana sense of self respect kita sebagai orang Melayu?  Tokoh2 pejuang kebangsaan Melayu yang kita agung2kan dan kita politikkan ketika masa runcing dan genting sebetulnya petualang? 
 Jika  Malaya tidak pernah di jajah dan zaman pemerintahan Inggeris sehingga  1957 menjadikan Malaya sebuah protectorate, maka semenjak tahun 1946,  yang di perjuangkan UMNO itu apa sebenarnya?  Apa peranan UMNO sebetulnya jika demikian? Running dog atau anjing lumba untuk imperialism Inggeris?   
 Politikus UMNO dan professor penyokong nampak nya menggali lubang yang lebih besar untuk UMNO. 
 UMNO  itu dan UMNO ini. UMNO memperjuangkan kemerdekaan. Demikian bunyinya  fakta yang di tanam dalam benak kita. Buku sejarah pula membenarkan  fakta tersebut. Professor pula mempertahankan fakta tersebut. 
 Tetapi  tiba tiba, kita di beritahu, Malaysia , Malaya dan Tanah Melayu  sebetulnya tidak pernah di jajah. Perkara ini di nyatakan oleh seorang  bekas professor UM. Pendapat tersebut turut di sokong oleh Dr Mahathir  yang di anggap sesetengah orang, masih lagi PM Malaysia. Kepada saya,  kenyataan mutakhir Dr Mahathir mengenai kemerdekaan kita, mengonfirmkan  tanggapan saya, bahawa sesungguhnya Dr Mahathir sememangnya, boleh  berjalan di atas permukaan air. Like Jesus, he can walk on water. 
 Ini  menyebabkan semua orang berfikir. Adakah UMNO menipu kita selama ini  dan deskripsi bahawa kita di jajah sebenarnya suatu pembohongan UMNO  yang di perpanjangkan oleh UMNO untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu? 
 Tidak  ada perkara yang lebih menyatupadukan orang Melayu selain daripada  meyakinkan mereka, bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan. Tapi UMNO  kata kita tidak pernah di jajah. What does that make UMNO? UMNO adalah  Don Quixote yang menjadikan penjajahan kincir angin yang di khayalkan  sebagai seekor naga zalim. 
 Jika  British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan  sebagai sheriff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa  selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri negeri  yang sovereign. Jika ini pendirian UMNO yakni selama ini, semenjak  British datang ke Tanah Melayu , negeri Melayu semua adalah sovereign  states, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri  negeri tersebut adalah pendukung negeri negeri yang sovereign. They were  loyal subjects dan sesiapa yang membunuh loyal subjects adalah  pengkhianat. 
 Maka  demikian, celaka sungguh lah UMNO. Tok nenek saya dari Tembeling dan  Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua  adalah pengkhianat rupa rupa nya. Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok  Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah  pengkhianat? 
 Jika  demikian, apa sebenarnya peranan UMNO dalam sejarah orang Melayu? Jika  ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di  jajah dan para pemimpin nya memperakui hal demikian, maka UMNO  sebenarnya tali barut imperialism Inggeris. 
 UMNO  merupakan the biggest apologist keatas penaklukan Inggeris keatas  negara kita. Ini juga bererti UMNO itu pembelot bangsa Melayu yang  membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa  imperialis seperti Inggeris. 
 Ianya  membuat saya berfikir adakah Dr Mahathir juga pembhong besar- sebab  untuk beberapa tahun ketika saya hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, Dr  Mahathir sebagai presiden akan menyebut dalam ucapan dasar nya, umat Melayu telah di jajah selama 400 tahun lebih.  Sekarang Dr Mahathir kata, kita tidak pernah di jajah. Adakah perlakuan  demikian menjadikan Dr Mahatihir running dog and greatest apologist for  modern day imperialism? 
 Adakah  kita rela menjadi intellectual hypocrites semata mata mahu disprove dan  discredit Mat Sabu dan deny Mat Indera kedudukan yang respectable dalam  sejarah Malaya? Ini intellectual dishonesty yang paling tinggi. Gelaran  professor kepada mereka yang sanggup melakukan silap mata seperti ini  harus di tarik balik. 
 Kekeliruan  yang terbit dari kontriversi cetusan fikiran Mat Sabu telahpun  menyebabkan kesan yang saya khuatir akan terjadi- yakni ia menyebebakan  wholesale review keatas peranan dan sumbangan UMNO di dalam merdeka  tahun 1957. Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di  tubuhkan, tahun tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya Penjajahan dalam  bentuk yang abstrak yang di cipta oleh pimpinan UMNO. Adakah UMNO penipu  terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita di JAJAH?  Tujuan UMNO tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu  bergantung kepada nya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu.



