Pendahuluan
Islam  telah lama sampai ke Malaysia. Ini merujuk kepada beberapa faktor  sejarah sama ada bentuk lapuran, catatan atau prasasti yang ditemui.  Pengislaman di Malaysia telah berlaku sejak kurun ke 9 masihi dan  selewat-lewatnya kurun ke 12 atau 13 masihi dan bukannya kurun ke 15  seperti yang didakwa oleh sejarawan Barat. Iaitu ia bermula dari Melaka  dengan pengislaman Parameswara. Dengan kedatangan Islam ke Malaysia ini  banyak perubahan yang telah dibuat dari segi corak kehidupan,  pemerintahan dan juga ekonomi. Bukan itu sahaja Malaysia yang dahulunya  dikenali sebagai Tanah Melayu telah menjadi tumpuan penduduk seluruh  Nusantara kerana kegiatan agama yang ada di negara itu.
Tetapi  keamanan yang dirasai ini telah diganggu gugat oleh kedatangan British.  British mula menjajah Tanah Melayu sejak kejatuhan Melaka lagi iaitu  1511. Dimana pada mulanya Portugis menjajah Melaka kemudian diambil alih  oleh Belanda pada 1641. Dan yang terkemudian adalah British. British  mula-mula datang ke Tanah Melayu dan telah mengambil Pulau Pinang  daripada tangan Sultan Kedah pada 1786, menduduki Melaka untuk sementara  waktu 1795 - 1818. Melalui langkah-langkah ini British telah berjaya  menguasai dan menjajah tanahair kita sepenuhnya. Dengan penjajahan  British ini telah banyak perubahan berlaku terutama dari segi  pentadbiran, pendidikan dan cara hidup masyarakat Islam. Walaupun  penjajahan ini banyak mengubah wajah Islam di Malaysia tetapi tidak  sepenuhnya kerana ketebalan keimanan sesetengah golongan masih kuat. 
ISLAM SELEPAS PENJAJAHAN
Penjajahan  Barat telah membawa berbagai kesan terhadap umat Islam. Terutamanya  berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinan  orang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat yang beragama  Kristian.1 Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct  rule ) ataupun tidak langsung ( indirect rule ) apabila mereka  memerintah melalui penguasa-penguasa tradisional yang hanya dijadikan  sebagai boneka sahaja. Sebelum kedatangan British, agama Islam tidak  dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-undang Melayu Lama  atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih digunakan  seperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat  atau rotan untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh  Hakim-hakim Lord Action dan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 )2  yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang  asal negeri ini bukan undang-undang asing.
Bagaimanapun  dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistem  pentadbiran sekular, bahawa antara agama dengan politik terdapat jarak  yang tidak mungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam  Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran  diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan  maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepada pembentukkan  Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corak  pemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung  dengan sesebuah negeri Melayu bahkan dapat menantukan kedudukan  seseorang raja yang dilantik memerintah negeri.3 Ini telah menunjukkan  bagaimana British telah berjaya mengubah wajah Islam di Malaysia dalam  pentadbiran dengan perkenalkan pentadbiran serta undang-undang sekular.  Dimana lebih pentingkan keduniaan tidak berkaitan dengan agama4 dan ia  juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam.5 Kita  dapat lihat dalam kes, dimana Residen-residen yang memberi  nasihat-nasihat di Majlis-majlis Negeri telah campurtangan kerja-kerja  para kadi. Kerana bagi mereka urusan nikah dan cerai libatkan hal  keselamatan dalam negeri. Sebab itu British telah tentukan perlantikan,  pendapatan, pengantungan dan pemecataan kadi-kadi. Tindak tanduk kadi  juga telah diawasi dan kadang-kadang penyelesaian masalah dipindahkan  kepada Majistret-majistret.6 Ini menunjukkan pentadbiran undang-unddang  Islam yang tadinya bebas tidak bererti lagi. Walaupun begitu hakikatnya  undang-undang British yang diperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya  kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia.
Selain  penjajahan dalam pentadbiran, British juga telah mengubah wajah Islam  di Malaysia dalam bidang pendidikan. Dimana hasrat sebenar penjajah  British ke Malaysia adalah untuk mengubah corak pegangan hidup  masyarakat Melayu dan juga pemikiran mereka agar menyanjungi kehebatan  Barat. Satu sistem pendidikan telah diadakan, keseluruhan aspek dan  sistem nilai serta kebudayaan penduduk tempatan dibentuk dan  diindoktrinasikan dengan pengaruh kebudayaan, sikap dan pandangan Barat.  7 Pada peringkat awal sistem pendidikan British yang berbentuk formal  diperkenalkan di negeri-negeri lain sebagai cawangannya.
Penubuhan  sekolah-sekolah ini dibawah budi bicara, daya usaha dan pengawasan  badan pengembangan agama Kristian.8 Oleh itu sambutan rakyat tempatan  sangat dingin. Ini kerana pada peringkat awal pendidikan bagi masyarakat  tempatan masih di institusi masjid, rumah dan surau yang terkenal  sebagai Sekolah Quran atau Sekolah Agama9 dan mereka sanggup lagi untuk  melanjutkan pendidikan tentang agama ke peringkat lebih tinggi di hantar  ke Patani, Makkah dan Mesir. Selain itu ibu bapa masyarakat tempatan  juga takut untuk menghantar anak ke Sekolah British sebab dikhuatiri  anak-anak mereka nantti akan masuk Kristian. Denngan kegagalan awal ini,  British telah mencuba taktik yang baru iaitu dengan mencampuri serta  mengambil alih pentadbiran Sekolah Quran untuk diletakkan dibawah  pengawalan mereka.
Sejak  1854, Sekolah Quran pentadbirannya telah diambiil alih dengan dibiayai  pengajian dan diberi bantuan penuh. Kurikulumnya diubah, pentadbiran dan  perjalanan sekolah berubah corak. Masa persekolahan dibahagikan dua,  pagi untuk pelajaran akademik iaitu Sekolah Melayu dan petang untuk  pelajaran agama iaitu Sekolah Quran. Ini telah menunjukkan satu doktrin  yang cuba memisahkan antara ilmu agama dan akademik. Manakala pula  Sekolah Quran sangat diabaikan berbanding Sekolah Melayu yang banyak  pembaharuan serta bantuan diberikan. Dengan memisahkan kedua-dua jenis  sekolah ini boleh melahirkan individu-individu atau masyarakat yang  tempang atau tidak seimbang.10
Kemudian  penjajah British makin kuat dan mereka menguasai pendidikan serta  pelajaran. Strategis melalui sektor pendidikan ini menjalarlah  idea-idea, pandangan-pandangan hidup Barat itu ke dalam jiwa dan  pemikiran rakyat umum tanpa disedari sehingga terjadilah revolusi  kebudayaan. Akibatnya dongkollah aqidah agama dan padamlah semangat  keagamaan, bertukarlah semangat kelombaan yang merupakan pendorong  terbesar kemajuan, dari jiwa agama berkuranglah kemauan memperdalamkan  pengetahuan agama.11 Begitu juga dengan konsep kekeluargaan yang mana  penjajah British telah mengubah kedudukan suami di dalam keluarga iaitu  isteri lebh dipentingkan berbanding suami. Sedangkan di dalam Islam  suami mempunyai kedudukan tinggi sebagai ketua keluarga dan dia boleh  membuat sebarang keputusan tanpa menganiayai isteri dan ahli  keluarganya. Tapi British telah mengubah dengan isteri turut sama boleh  berkuasa dalam keluarga itu dan ada kalanya isteri-isteri yang telah  meninggikan suara apabila berkata dengan suaminya. Sedangkan ajaran  Islam tidak membenarkan ini.
Perubahan  yang paling nyata telah dilakukan oleh British di Malaysia adalah corak  pergaulan. Yang mana ia telah mengamalkan corak pergaulan bebas  diantara masyarakat ataupun jantina, sedangkan dalam Islam hal pergaulan  amat sensitif. Ini kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan  antara lelaki atau perempuan yang bukan muhrim. Tetapi ini telah  diketepikan setelah Malaysia dijajaah oleh British.
Dengan  teknologi moden yang dibawa masa penjajahan British menyebabkan anggota  masyarakat, termasuk Pak Lebai dan Pak Haji begitu mudah terseret untuk  jadi penonton pertunjukkan fesyen di Paris dan Pertandingan Ratu Cantik  di New York melalui televesyen. Penumpahan dan pengaliran maklumat yang  bersumberkan ideologi luar, yang didasari oleh kebudayaan asing dan  ditentukan oleh kepentingan nasional negara penyedia berita dan cerita  juga boleh mengakibatkan penjajahan fikiran yang boleh merosakkan aqidah  dan kehidupan Islamiyah.12 
Apabila  penganut Islam sendiri menolak sistem hidup Islam dan menganggapnya  sebagai satu cara hidup kurun ke 7, maka penolakkan itu merangkumi semua  aspek samada nilai-nilai unik ataupun universalnya. Ini termasuklah  keadilan sosial menerusi sistem zakat. Ertinya pembangunan ekonomi yang  tidak berteraskan tauhid telah membawa kepada devolusi kedudukan akhlak -  moral Islam sehingga ia hanya berkembang dalam lingkungan, pegangan dan  pembabitan perbadi sahaja.13 Dalam bidang ekonomi, penjajahan British  juga ttelah berjaya mengubah pegangan Islam yang pernah digunakan.  Antaranya di dalam sukatan dan juga aktiviti perniagaan serta jual beli  yang diperkenalkan. Jikalau dahulu Islam mengharamkan riba' atau bunga  ataupun faedah semasa menjalankan aktiviti perdagangan tapi setelah  penjajahan aktiviti inni adalah penting untuk mendapatkan keuntungan  yang berlipat kali ganda. Aktiviti ini kekal hingga sekarang.
KESIMPULAN
Islam  dapat hidup di Malaysia dan tentang segala percubaan yang hendak  melemahkannya. Walaupun demilian usaha-usaha musuh Islam itu telah  berjaya juga melemahkan keimanan dan roh keislaman dalam hati sebilangan  besar dari generasi yang mendapat pendidikan pada zaman penjajahan  British.
BIBLIOGRAFI
1. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987.
2. Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Pemikiran Islam, Penerbitan Pena Sdn Bhd, Selangor, 1981.
3. Abdullah Ishak, Islam Di Nusantara, Al - Rahmaniah, Malaysia, 1990.
4. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975.
5. Khoo Kay Kim, Tamadun Islam Di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980.
6. Muhamad Abu Bakar, Delima Dakwah : Pengislaman Dalam Era Pensejagatan, Pemikir (bil 10), 1997.
7.  Muhamad Abu Bakar, Selepas Kebangkitan Semula Islam ? Pengislaman dan  Pensejagatan Masa Kini Satu Overview, Ilmu Masyarakat XVl. 
8. Zubeir Ahmad, Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur, Media Da'wah, Jakarta Pusat, 1983. 
9. Kamus Dewan (edisi 3), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994.



