
KERDAU  27 FEB : Tindakan  Jabatan Agama Islam Pahang 'mengambil alih secara  sementara' kesemua  22 masjid di DUN Kerdau sebaik sahaja proses penamaan  calon bagi  pilihanraya kecil itu disifatkan sebagai penyalahgunaan  jentera  kerajaan yang serius.
Pengarah  Pilihanraya PAS PRK Kerdau,  Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keghairahan  Umno- Barisan Nasional  memanipulasikan kuasa ditangan mereka  memperlihatkan tindakan terdesak  meneruskan kelangsungan politik  mereka.
Malah  apa yang lebih penting, tindakan  Jabatan Agama Islam Pahang seolah-  olah menunjukkan badan itu hilang  keyakinan kepada Jawatankuasa Tadbir  Masjid Daerah Kerdau.
"Jadi  ini adalah penyalahgunaan jentera  kerajaan yang melampau berlaku di  DUN Kerdau,Jabatan agama juga hilang  keyakinan terhadap kemampuan  jawatakuasa tadbir masjid DUN Kerdau,"  katanya.
Tambahnya  lagi, tindakan jabatan agama  itu juga telah mengheret pegawai-pegawai  agama daerah untuk turut sama  menjaga masjid di daerah Kerdau sepanjang  kempen pilihanraya sekaligus  meninggalkan amanah sedia ada yang  dipertanggungjawabkan kepada mereka.
"Implikasi  ini juga mengambarkan bahawa  pegawai-pegawai agama daerah yang  terpaksa meninggalkan tugas di daerah  masing-masing untuk menjaga  masjid, kita boleh bayangkan bagaimana  pegawai agama daerah terpaksa  meninggalkan tugas asasi untuk datang ke  Kerdau untuk jaga satu masjid,  perkara ini tidak sepatutnya berlaku,"  katanya.
Menjawap  persoalan yang sering dimainkan  media arus perdana, parti politik  menggunakan masjid sebagai medan  berkempen, Tuan Ibrahim menjelaskan  ianya tidak berlaku di dalam kawasan  Kerdau dan berharap jabatan agama  memberi kepercayaan penuh kepada  Jawatankuasa Takbir Masjid yang  dilantik ahli qariah.
"Dari  maklumat yang kami terima, seorang  pengurus terpaksa menjaga satu blok  di kawasan felda, satu blok satu  pengurus, ini bermaksa seorang  pengurus yang sepatutnya menjaga satu  felda, datang ke Kerdau dengan  meninggalkan tugas asasi semata-mata  untuk menjaga satu blok yang ada  20 buah rumah pengundi," katanya. 



