Mursyidul  am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa   terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang   membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal   dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.
“Saya kira Perdana Menteri Malaysia   sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan   tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan   tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.
“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.
“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.
Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online   di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan   keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni   Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and   extremism).Bukan Islam
Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.
Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”
Secara   panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu   mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak   setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.
“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!
“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.
“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.
Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.
“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?
“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”
Menurut   Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun   dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat   kemenangan hampir 99.99 peratus.
“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.
Palitkan getah kepada Ikhwan
“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”
Menurut   Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan,   tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan   perlakuan zalim ke atas diri mereka. 
“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.
“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.
Neraca senget
“Apabila   rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka   sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,”   kata Nik Aziz.
Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.
Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.
“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. 
“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.
“Saya kira Perdana Menteri Malaysia   sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan   tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan   tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.
“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.
Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online   di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan   keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni   Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and   extremism).Bukan IslamSelain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.
Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”
Secara   panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu   mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak   setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!
“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.
“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.
“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?
“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”
Menurut   Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun   dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat   kemenangan hampir 99.99 peratus.“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.
Palitkan getah kepada Ikhwan
“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”
Menurut   Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan,   tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan   perlakuan zalim ke atas diri mereka. “Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.
“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.
Neraca senget
“Apabila   rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka   sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,”   kata Nik Aziz.Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.
Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.
“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. “Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.



