Isnin, 10 Mei 2010

Noh Omar: Menteri Bodoh Macam Tong Ikan, Bacul & Penakut



Pelik bin ajaib si Noh Omar sorang ni. Beliau seolah-olah beriya-ia sangat supaya hasrat Datuk Zaid Ibrahim untuk mengadap Sultan Selangor tidak dilayan oleh sultan.

Adakah Noh takut sekiranya Zaid akan mendedahkan bahawa umnolah yang sebenarnya melanggar perintah sultan dengan menggunakan masjid untuk kepentingan politik sempit mereka. Buktinya sila klik di sini.

Bagi rakyat, tindakan Zaid itu adalah cara yang terbaik. Kalau Sultan menjelaskan bahawa tindakan beliau salah, saya rasa Zaid dengan berlapang dada memohon ampun kepada sultan.

[BERNAMA] KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tidak perlu melayan permintaan Datuk Zaid Ibrahim untuk bertemu dan menjelaskan mengenai kenyataan terbuka terhadap titah Sultan berhubung penggunaan masjid untuk berpolitik.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebagai pengamal undang-undang, Ketua Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, sepatutnya menghormati enakmen negeri, termasuk Enakmen Negeri Selangor yang jelas menyatakan titah Sultan adalah arahan.

“Saya hendak cabar pendirian kerajaan negeri Selangor, mengapa kerajaan negeri diam? Adakah kerana kerajaan takut atau hormat kepada Sultan atau takut atau pentingkan kepentingan politik atau tekanan daripada rakan-rakan mereka seperti DAP?” katanya kepada media ketika lawatan kerja ke pasar tani Pekan Batu 14, Hulu Langat di sini, semalam.

Beliau turut meminta Kerajaan Negeri menyatakan pendirian berhubung kenyataan Zaid yang disifatkan sebagai biadab terhadap Sultan.

Liwat II: Karpal tuntut senarai saksi

Perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan, dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.

10.14pagi: Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

10.06pagi: Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.

Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.

Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.

Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.

Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.

9.57pagi: Peguambela Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa.

-malaysiakini-

PRK Sibu : Anwar Turun Padang Temui Masyarakat Iban

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim melanjutkan kempen Sibu Memimpin Perubahan Sarawak ke kampung-kampung Iban di serata Sibu. Mantan Timbalan Perdana Menteri itu, bersama-sama calon Pakatan Rakyat Wong Ho Leng hari ini melawat rumah panjang Bawang Assan dan menikmati makan tengahari bersama penduduk setempat.

Bawang Assan terletak di barat bandar Sibu, berhampiran perkampungan Cina Sungai Bidut. Perjalanan sejauh 30 kilometer jika berkereta dari pusat bandar merentasi Jambatan Igan. Tarikan utama Bawang Assan adalah 8 rumah panjang Iban, yang tertua darinya berusia 100 tahun. Beberapa rumah panjang terletak di tebing Sungai Bawang Assan yang mengalir ke Sungai Rajang.

Sebahagian besar penduduk bekerja di bandar Sibu atau di luar bandar. Sebahagian lainnya menjana pendapatan tambahan sebagai nelayan kecil-kecilan - menangkap udang sebesar ibu jari dan ikan di sungai yang teruk dicemari.
Ketibaan Anwar Ibrahim dan krew TV Selangor disambut dengan kemesraan oleh penduduk setempat.

"Saya datang untuk satu tujuan, merayu saudara semua supaya mengundi untuk calon yang berani bersuara untuk kepentingan masyarkat Iban. Pilih calon yang tidak berundur bila ditekan, yang tidak tunduk bila diancam, yang tidak membisu bila hak saudara dirampas. Calon itu adalah calon kita, Wong Ho Leng," kata Anwar disambut dengan tepukan gemuruh warga rumah panjang.

Anwar meyampaikan mesej yang jelas, bahawa Pakatan Rakyat membawa politik baru untuk Malaysia, dimana kepentingan rakyat mengatasi politik indidivu dan keluarga-keluarga kaya.

Iban, Melayu, Cina, India dan Kadazan mendapat keadilan dan layanan yang sama. Tanah-tanah yang mereka diami akan dihormati sebagai hak mutlak mereka.
Beliau dukacita melihat masih ramai masyarakat Iban yang hidup dalam kepayahan. Sungai yang menjadi nadi kepada kehidupan mereka teruk tercemar. Peluang pendidikan sempit. Elektrik dan air terbengkalai.

"Kekayaaan negeri harus kita bagi pihak Iban, pihak Cina, pihak Melayu-Melanau, India dan Orang Asli, bukan untuk diserahkan pada orang-orang kaya. Kontrak, tanah, balak, minyak habis semua sudah diambil kerajaan BN," kata Anwar lagi, dengan anggukan tanda setuju dari semua yang mendengarnya.

Anwar berkata kekayaan pemimpin BN seperti keluarga Taib Mahmud diketahui ramai. Kekayaan hasil bumi Sarawak juga diketahui di seluruh dunia. Begitu juga kemiskinan rakyat Sarawak, khususnya masyarakat Iban.

"Bagi orang Iban, tanah ini adalah nyawa. Kalau ikut BN, kita punya nyawa (tanah) pun dia sudah angkat bagi pada orang kaya," kata Anwar.
Bagi pemimpin reformasi ini, masa perubahan sudah tiba, dan penentu samada Sarawak berubah atau tidak kini dalam tangan masyarakat Iban di Sibu.

"Tengok apa yang kita ada sekarang ini. Tanya berapa BN bayar kita, tanya anak ada kerja atau tidak. Di kempen sebelum ini, orang Iban kata Pakatan Rakyat belum tahu memerintah. Sekarang kita sudah perintah beberapa negeri. Di Sarawak, BN sudah perintah berpuluh tahun. Di Selangor, kita perintah dua tahun, kita sudah bagi air percuma. Di sini, yang percuma adalah air sungai di tepi itu (sambil tunjukkan pada sungai di tebing rumah panjang)," kata Anwar disambut gelak tawa hadirin.

~TVselangor

Polis Tembak Perut Remaja di N9: Konstabel direman

SEREMBAN: Anggota polis berpangkat konstabel yang melepaskan tembakan sehingga terkena perut seorang remaja berusia 17 tahun ketika mengejarnya di Jalan Seremban-Jelebu di sini, awal pagi kelmarin, direman seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata anggotanya itu direman sejak kelmarin dan pihaknya juga menyiasat dakwaan bapa remaja terbabit anaknya turut dipukul.

“Kita sudah mengambil keterangan anggota yang melepaskan tembakan itu, tetapi belum merekodkan keterangan mangsa kerana masih lemah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Azizi Aziz, 17, cedera di perut ditembak polis apabila mangsa enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda polis.

Terdahulu, mangsa bersama sekumpulan 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Datuk Siamang Gagap di sini dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak kereta peronda polis, manakala mangsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

Mohd Azizi Aziz, 17, sudah menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Berikutan itu, konstabel terbabit digantung tugas serta-merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepadanya, seperti ditetapkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

Bapa mangsa, Aziz Omar, 42, berkata anaknya mendakwa ditumbuk polis dan beliau tidak menolak kemungkinan melantik peguam dan melapor polis berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada polis akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu, Osman berkata tiada keperluan

Jimat: Menteri kena bikin seperti cakap

LanH

Sesekali saya membeli juga akhbar arus perdana. Bukan apa, mahu tahu perkembangan di tanah air dan luar negara termasuk sukan. Tidak lama dulu ketika membaca ruangan surat pembaca sebuah akhbar perdana, saya tertarik dengan sepucuk surat. Nama penulisnya, Wan Fariz Izudin Wan Yaacob, dari Shah Alam. Tajuk suratnya 'Menteri kena tunjuk teladan berjimat'.

Di sini saya siarkan suratnya untuk renungan bersama: "Saya tertarik dengan saranan Salahuddin Ayub (kini Nabi Presiden PAS) supaya menteri dipotong elaun sebagai antara langkah penjimatan wang kerajaan.

"Sebenarnya, saya kurang bersetuju saranan sesetengah menteri yang mahukan rakyat mengubah gaya hidup demi memenuhi tuntutan kenaikan harga minyak di pasaran sekarang sedangkan mereka masih mengamalkan cara hidup mewah.

"Ulasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad (kini bekas menteri) yang menyatakan pemotongan elaun menteri tidak rasional sama sekali, tidak boleh diterima.

"Ini bertentangan dengan saranan Perdana Menteri yang mahu rakyat keseluruhannya berjimat cermat. Walaupun pemotongan elaun menteri tidak membabitkan wang berbilion ringgit, saya pasti kerajaan dapat menjimatkan jutaan ringgit.

"Saya berasakan teladan dan contoh patut datang daripada menteri Kabinet. Jangan hanya pandai menasihati rakyat supaya berjimat cermat dan mengubah cara hidup, tetapi pada masa sama, mereka tetap hidup mewah dengan petrol kenderaan diberikan percuma.

"Ini bermakna menteri tidak berasakan apa rakyat rasakan. Mereka hanya pandai berkata-kata, namun hakikatnya mereka tidak berani menyahut cabaran kini yang sudah pun disahut rakyat."

Renungan

Daripada Ali bin Abi Talib r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu;

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sebaliknya dia berbaik-baik dengan kawan-kawannya.

7. Suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai orang lelaki.

13. Para artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir zaman ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan dibinasakan, menjadi makhluk lain.

Related Posts with Thumbnails