“Jangan   bila parti terima banyak tekanan, kita sebagai orang lama  ambil   kesempatan tunjuk kehebatan kita. Pemimpin seperti itu tidak layak  jadi   ahli Umno,” katanya hari ini Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Kadir yang memutuskan untuk keluar sebagai anggota Umno berkuat kuasa, Isnin.
Menurut   Syed Ali, tindakan tersebut menunjukkan sikap sebenar bekas  Ahli  Majlis  Tertinggi Umno itu selepas tidak lagi memegang apa-apa  jawatan.
“Mungkin   dia ingat pakatan pembangkang boleh menang pada pilihan raya  akan   datang…jadi dia tinggalkan Umno setelah mendapat segala-galanya  bersama   Umno sebelum ini,” katanya.
Syed Ali berkata, Abdul Kadir sepatutnya bersyukur dan menghargai jasa baik parti terhadap beliau selama ini.
“Macam   dulu, kita sentiasa beri sokongan kepada beliau. Sepatutnya  pada  waktu  begini, dia pula yang patut bantu parti bukannya bersikap  ego,”   katanya.
Sementara   itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan  turut memuji   tindakan berani Abdul Kadir yang keluar daripada Umno  selepas secara   terang-terangan mengkritik parti tersebut.
“Dengan keputusan itu, segala teka-teki telah terjawab. Jadi saya berpendapat, tindakan keluar parti amat tepat,” katanya.
Abdul   Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata,  Abdul  Kadir  tidak perlu berselindung dan bersikap hipokrit selepas ini  jika  beliau  ingin mengkritik Umno memandangkan dia bukan lagi ahli  parti.
“Lepas ini senang dia nak kritik parti. Tindakannya itu memberikan kita gambaran sebenar siapa kawan dan siapa lawan,” katanya.
 
Baru-baru ini, Abdul Kadir dikritik ramai kerana enggan menyatakan pendiriannya sama ada menyokong BN atau pembangkang berikutan kenyataannya pada Januari lepas yang mendakwa BN memberi antara RM200 dan RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum lepas.
Baru-baru ini, Abdul Kadir dikritik ramai kerana enggan menyatakan pendiriannya sama ada menyokong BN atau pembangkang berikutan kenyataannya pada Januari lepas yang mendakwa BN memberi antara RM200 dan RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum lepas.
Pada  Ahad,  Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku  Mansor  berkata  Abdul Kadir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh   menjejaskan  imej parti.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Abdul Kadir tidak keluar parti sekiranya merasakan Umno tidak betul.
Dan hari ini (Isnin) Kadir telah bertindak keluar dari Umno.
Sepanjang   kerjayanya bersama Umno, Kadir telah menyandang pelbagai  jawatan –   daripada setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan  menteri dan   menteri penuh.



