Penantian satu penyeksaan terutama bagi peminat Proton Waja Lancer yang bakal dilancarkan tidak  lama lagi. Dikhabarkan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai  yang mana pra-pelancarannya bagi Proton Waja Lancer bakal jatuh pada  tarikh, 16 Oktober 2010. Kalau muktamad tarikh tersebut, maka   pra-pelancaran Proton Waja Lancer diadakan pada hari Sabtu minggu  hadapan. Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi daripada Proton  sedikit masa sahaja lagi.

Koleksi  yang anda lihat gambar yang berjaya ditangkap ketika Proton Waja Lancer  ini berada di sekitar Genting Highland. Pastinya mereka menggunakan  kesempatan yang ada terutamanya lokasi di Genting Highland untuk memandu  uji buat kali-kali yang terakhir sebelum Proton Waja Lancer ini mula  dilancarkan tidak lama lagi. Setakat ini, berdasarkan gambar-gambar  Proton Waja Lancer yang berjaya hanya terdapat dua warna sahaja yang  mungkin ditawarkan ketika ini iaitu warna merah dan putih. Mungkin…….

Berdasarkan  cakap-cakap kakitangan Proton yang selesai memandu uji di sekitar  lokasi tersebut, Proton Waja Lancer ini mempunyai dua varian (1.8 dan  2.0). Paling menarik adalah model 2.0, mempunyai paddle-shift, auto  cruise dan spoiler kecil yang sporty seperti model Persona. Versi 2.0  juga mempunyai kusyen berbalut kulit. Proton mengambil model Mitsubishi  Lancer EX untuk menggantikan Waja, dengan enjinnya masih sama cuma  mereka menggantikannya dengan suspensi baru dan rim bersaiz 16 inci.

Tambahan  info terbaru datang dari kakitangan Proton sendiri yang mana division  permotoran Proton iaitu R3 juga sedang membina model Waja Lancer R3.  Mungkin sebab-sebab untuk memastikan pelancaran Proton Waja Lancer ini  berada dalam keadaan terbaik dan sempurnan sebelum dibuka untuk jualan,  akhirnya berlaku penangguhan Proton Waja baru ini.

Dijangka  Proton Waja Lancer yang dikilangkan di Shah Alam dan akan mula dijual  bermula Disember 2010. Harganya dalam lingkungan RM60,000-RM70,000 untuk  versi 1.8 dan versi 2.0 berharga antara RM80,000-RM90,000. Ini maklumat  terbaru berkenaan dengan harga Proton Waja Lancer baru ini. Tetapi  kalau mereka sendiri yang terdiri daripada kakitangan Proton berkata  begitu, ada asasnya. Walaubagaimanapun, kepada peminat Proton Waja  Lancer yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, nanti tarikhnya.....
sungguhka



