Selasa, 17 Januari 2012

Kisah Anwar di Istana Negara, menteri Umno Pakat Sujud Membodek



catatan oleh: ZUNAR

(Terlebih dulu perlu dijelaskan, orang yang menceritakan peristiwa ini kepada saya minta dirahsiakan, tetapi saya berkata kenapa tidak didedah supaya rakyat tahu hipokrasi pemimpin Umno/BN. Sebagai jalan keluar saya berjanji untuk merahsiakan nama).


Dalam majlis di Istana Negara menyambut Agong yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput sebagai Ketua Pembangkang. Anwar hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah menteri-menteri kabinet, semua ketua-ketua tertinggi jabatan kerajaan, semua ketua-ketua tertinggi institusi pendakwaan serta para hakim.

Sementara Agong belum tiba, seorang ketua jabatan pendakwaan mengaku kepada Anwar bahawa dia tidak terlibat dalam kes baru ini (merujuk pertuduhan liwat). Kata Anwar: "You jangan bohong, menurut Datuk ........, you yang beria-ia sangat nak dakwa saya. "Tidak Datuk Seri, masa kes sampai ke tangan saya, saya nampak ia memang longgar dan tak berasas, tapi saya terima arahan (pihak atasan)."
Seorang menteri kanan kemudian datang menyapa, "Apa khabar adinda ku Anwar?". Kata Anwar, "Apa adinda, hari-hari U bantai I, ....." Dua lagi menteri kanan portfolio penting juga datang menyapa.

Seorang Menteri Besar negeri Umno datang menyapa dan bertanya khabar, Anwar berkata di sini u buat baik, kenapa I pergi ceramah di ........, u padam lampu. Jawabnya, "bukan saya beri arahan, saya tak terlibat."

Isteri Menteri Besar tersebut tegur Anwar, "Datuk Seri, U nampak berseri dan segak, tak seperti dalam TV, surat khabar, nampak sakit dan lemah. Azizah mencelah, "Memang la, surat khabar, TV Umno memang nak tunjukkan Anwar lemah."

Bebarapa ketua jabatan kerajaan meminta untuk bergambar dengan Anwar, termasuk Ketua.......

Seorang hakim kanan berkata kepada Anwar, "Saya sungguh jelak tengok perangai menteri-menteri tersebut, macam-macam mereka lakukan terhadap Datuk Seri, tapi hari ini semua nak tunjuk baik."

Akar umbi pertahan Izzah dari serangan Nong Chik

MALAYSIA KINI



Akar umbi PKR hari ini mempertahankan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar daripada dakwaan tidak melaksanakan tanggungjawab dan hanya menumpang usaha BN membantu penduduk kawasan itu.

Sambil menyangkal dakwaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, naib ketua cabang PKR Lembah Pantai Mohd Amin Mian berkata, menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar bercakap tidak kena tempat.

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 nurul izzah"Sebenarnya beliaulah yang patut lebih risau, kerana ramai yang mengatakan beliau tidak menunaikan tanggungjawab kepada seluruh Wilayah Persekutuan, yang merangkumi 11 kawasan parlimen serta Putrajaya dan Labuan," kata Mohd Amin.

Raja Nong Chik kelmarin dilaporkan berkata PKR hanya tahu mengkritik, tetapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina dibuat, kecuali menumpang BN.

Sebagai contoh, kata Raja Nong Chik, pihaknya mendapatkan peruntukan daripada perdana menteri untuk mengecat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera tetapi PKR mendakwa ia dibuat atas desakan mereka.

NONEDalam serangan balas kepada Raja Nong Chik (kanan), Mohd Amin juga mendakwa pada Ramadan lalu, senator itu menumpukan hampir 85 peratus di satu kawasan parlimen sahaja dan mengabaikan selebihnya.

Mohd Amin juga membangkitkan beberapa dakwaan yang dikaitkan dengan Raja Nong Chik:
  • Menteri itu didakwa menggunakan dana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kepentingan politik sendiri.
  • Membangkitkan sama ada tender kerja-kerja mengecat bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberi secara terbuka atau kepada kroni.
  • Menyatakan kekecewaan penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru.
NONESelain itu, Mohd Amin berkata, sekiranya terdapat masalah melibatkan longkang, sampah, jalan atau nyamuk, ia bermakna Raja Nong Chik yang tidak bekerja kerana semua itu tugas bawah DBKL.

"Maka sekali lagi saya ingin ingatkan Raja Nong Chik, beringat-ingatlah. Penduduk Wilayah Persekutuan melihat setiap perkara yang anda lakukan," katanya.

Guru bimbang ugutan bunuh


ALOR SETAR - Bimbang nyawa terancam dengan ugutan bunuh oleh suami sendiri, seorang guru merayu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat meluluskan permohonannya untuk bertukar tempat bertugas.

Siti Muniroh Mohd Shukri, 31, berkata, suaminya, Aldin Osdam, 31, mengugut untuk menyembelihnya jika terserempak dan akan membuat sesuatu kepada keluarga mertuanya (emak suami) di Tawau, Sabah kerana menyembunyikan mereka dua beranak.

Sebelum ini iaitu 22 Julai tahun lalu, beliau bersama anaknya, Muhammad Al-Mustaqim yang berusia sembilan bulan bertindak melarikan diri kerana tidak tahan didera akibat cemburu keterlaluan suaminya itu.


“Kami berkawan sejak di alam universiti. Namun sejak berkahwin dua tahun lalu dia mula menunjukkan belang sebenar apabila sering mendera dengan memukul kepala saya serta pernah menyimbah ‘klorox’ gara-gara cemburu.

“Sikapnya semakin menjadi-jadi apabila kami berpindah ke Sabah apabila saya ditempatkan di salah sebuah sekolah rendah. Saya hanya dibenarkan keluar untuk mengajar,” katanya ketika ditemui media di Kampung Alor Buluh, di sini, semalam.

Siti Muniroh berkata, walaupun sudah beberapa kali diperlakukan sedemikian rupa namun tidak berupaya melarikan diri kerana semua dokumen penting dipegang suami termasuk kad pengenalan.

“Mujurlah pada hari kejadian, suami membenarkan saya memegang dokumen itu untuk urusan pemeriksaan kesihatan anak dan saya mengambil peluang lari ketika dia pergi menunaikan solat Jumaat.

“Selain sering didera, saya hidup dalam ketakutan akibat sering diburu Along kerana suami pernah membuat pinjaman dan masih belum dapat melunaskannya,” katanya.

Ketika ini, suaminya yang juga penganggur masih ditahan di penjara Sabah selama tiga bulan bermula 18 November 2011 hingga 18 Januari 2012 atas kesalahan dadah.

“Saya bimbang dia akan mengotakan kata-katanya jika masih berada di Sabah kerana dia pernah cakap akan pukul…memang dia pukul…dia cakap nak potong rambut saya..dia memang potong dan kini dia ugut nak sembelih….

“Setakat ini saya buat empat laporan polis, dua sewaktu di Lahad Datu dan dua di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar. Dalam masa yang sama saya juga akan menuntut cerai daripada suami,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu KPM menerima permohonannya untuk bertukar tempat mengajar dari Lahad Datu, Sabah ke kampung halamannya di Kedah kerana bimbang dengan ancaman keselamatan diri dan keluarga.

“Kali pertama permohonan dibuat pada ketua pengarah KPM pada 27 Julai 2011, bulan Ogos tahun sama kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta permohonan dalam talian tetapi ditolak pada 10 November 2011.

“Saya kembali merayu pada 12 November namun tetap ditolak dan terakhir pada 11 Januari lalu untuk kali keempat saya pergi sendiri ke kementerian di Putrajaya,” katanya.

Sinar

Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari berhadapan Saman RM10 juat




Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

"Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya.

Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.

Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya.

"Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto.

Bukan kali pertama

Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia.

"Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu.

"Tetapi dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku," katanya.

Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu.

"Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya.

Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.

Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal minggu depan.

Papagomo sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar.

malaysiakini/-

Bapa Adam Adli tolak tawaran "mohon maaf kepada PM"

Di sebalik ugutan "menampar dan meludah pada muka Adam", yang disampaikan melalui video di Youtube oleh sekumpulan anggota UMNO, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican telah menelefon bapa Adam Adli, menawarkan agar anaknya memohon maaf kepada Presiden UMNO, berikutan perbuatan Adam menurunkan bendera berwajah Najib Razak.Reezal Merican (gambar kanan) cuba menjelaskan kepada bapa Adam Adli, tentang perbuatan "biadap" yang telah dilakukan Adam.  Namun, menurut Adam Adli, "Ayah saya jawab, 'saya adafacebook, saya pun ada internet.  Saya tahu'."  Reezal Merican dikatakan menyusul dengan tawaran pertolongan, agar Adam diaturkan untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, tetapi dibalas oleh bapa Adam, "Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan."

Demikianlah kisah yang dikongsikan Adam Adli, aktivis mahasiswa yang mencetuskan kontroversi setelah menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO, dan kemudian menaikkan panji kebebasan akademik.  Beliau digantung tiga semester oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lantaran perbuatannya pada 17 Disember 2011 itu.

Ketika ditanya keadaan keluarganya, setelah insiden-insiden ini berlaku, Adam menjawab, "Family saya sangat okay.  Mereka juga berjuang."  Jawapannya disambut dengan tepukan, sebelum beliau meneruskan, "Mereka yang lahirkan saya.  Kerana mereka yang lahirkan saya, mereka lebih kenal saya, dan saya ikut mereka."

Adam Adli berucap dalam satu forum berjudul "Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa", bersama Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan aktivis seni Fahmi Reza.  Forum anjuran Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL di auditorim bangunannya itu, semalam, telah menarik kehadiran lebih 150 orang, yang kebanyakannya terdiri daripada siswa-siswa.

Ada tawaran dari parti politik

Adam Adli, 22, kini menjadi tumpuan setelah digantung tiga semester pelajarannya di UPSI.  Ketika ditanya oleh seorang hadirin sama ada beliau akan melibatkan diri dalam politik partisan, secara jujur beliau mengakui bahawa memang ada tawaran dari parti politik setelah dirinya terlibat dalam insiden tersebut.
Beliau mengisahkan pengalaman bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Abdul Aziz Bari yang sudah hampir pasti akan menyertai parti politik, meluahkan keresahan mereka terhadap pakar perlembagaan tersebut. 【Baca: Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam

Adam (gambar kiri) berkata kepada Aziz Bari, "Kalau prof masuk politik, prof boleh berjasa kepada satu parlimen sahaja.  Prof tak boleh berjasa kepada satu negara.  Pandangan prof akan dikecilkan.  Prof tidak lagi stand untuk akademik.  Tidak lagi dipandang sebagai seorang akademia kerana apa-apa pun pandangan prof, orang akan anggap prof pro ke mana-mana parti politik."

Beliau menyatakan bahawa dirinya tidak berhasrat untuk mengambil pendirian partisan, dan kalau dirinya benar-benar berjuang untuk memenangkan satu parti politik sahaja sebagaimana yang didakwa, maka beliau tidak akan turun untuk terlibat dalam satu demonstrasi di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), yang menyasarkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah.

"Saya seorang mahasiswa, kalau saya berapat, memang saya ada kawan dalam parti politik.  Saya tak boleh buat macam tu, kerana itu akan menghina perjuangan rakan-rakan saya.  Itu pendirian saya," kata Adam, yang masih ditawarkan pentas parti politik sehingga hari ini.  Beliau tahu ramai yang akan kecewa seandainya beliau menyertai parti politik.
Sebelum ini, beliau menjelaskan, "Saya tertanya-tanya, siapa musuh saya?  Adakah saya bermusuh dengan UMNO, atau bermusuh dengan kerajaan?  Adakah saya cari lawan parti politik, atau saya lawan sang penguasa?  Orang menganggap saya melawan UMNO, kerana itu adalah Presiden UMNO, itu adalah bangunan UMNO."

"Tapi aku boleh buat apa dengan acedemic freedom?  No, aku tak boleh buat apa-apa.  Yang boleh adalah kerajaan.  The government.  Sebab itu saya anggap lawan saya bukannya UMNO.  Lawan saya adalah kerajaan.  Kerana saya adalah rakyat, bukan parti politik.  Lawan UMNO adalah parti politik lain.  Saya rakyat, saya lawan dengan penguasa.  Itu saja."

Sungguhpun UPSI menyediakan beliau untuk menjadi seorang guru setelah tamat pengajiannya, namun beliau mempersoalkan, "Tapi siapa kata saya hanya boleh jadi seorang guru?  Saya boleh jadi sesiapa saja saya mahu, asalkan ada iltizam, saya mahu, saya boleh jadi!"  Malah beliau berkongsi impian dirinya, jikapun beliau menjadi seorang guru akhirnya, beliau akan memilih untuk bertugas di kampung orang asli yang tidak bersekolah.

Fahmi: Aku sibuk sebab kau tak sibuk!


Aktivis seni dan pengarah filem, Fahmi Reza pula mengkritik sikap khalayak ramai yang tidak mengambil berat isu mahasiswa.  "Isu wanita ada NGO wanita, isu kanak-kanak, ada NGO kanak-kanak.  Isu orang asli, ada NGO orang asli.  Ada tak NGO untuk mahasiswa?  Tak ada, kan?"
"Ke mana kita?  Kenapa kita (sebagai) rakyat, tak sokong dia orang ni?"  Sambil menyindir diri sebagai "penyibuk", Fahmi (gambar kiri) berkata dirinya bukan mahasiswa tetapi sibuk nak pertahankan mahasiswa, "Mengapa saya sibuk?  Sebab kau orang (hadirin) tak sibuk!"

Bagaimanapun, Fahmi mengingatkan bahawa mahasiswa hanya memerlukan sokongan kita, tetapi bukan "pimpinan" kita.  Fahmi menambah, sering kali parti politik menganggap mahasiswa perlu dipimpin, namun untuk Fahmi, "Biar mereka (siswa) pimpin dia orang sendiri, kita support dia dari belakang."  Malah beliau berkata, siswa mudah terlibat dalam parti politik kerana parti politik memberi sokongan kepada mereka, sesungguhnya dengan harapan untuk menarik mahasiswa ke dalam parti mereka.

Safwan: Kita tak nak tumpang populariti

Sementara itu, Muhammad Safwan Anang turut mencuit sesetengah pemimpin parti politik yang cuba mengambil kesempatan ke atas gerakan yang telah dibina siswa.  Mengambil contoh insiden pada awal pagi 1 Januari 2012, sesetengah ahli politik "menghulurkan bantuan tanpa diminta", namun apabila siswa memperjuangkan isu yang beri kepentingan kepada rakyat dan bukan kepada parti tertentu, "di mana mereka?", Safwan mempersoalkan.
"Kita tak nak pun menumpang populariti-populariti yang hanya mencari di awal waktu, yang kemudian ditinggalkan, bayang-bayang pun tak nampak."  Safwan (gambar kanan) berkata, beliau tidak menafikan peranan pemimpin politik, "tapi jangan ambil kesempatan, jangan ambil peluang di atas gerakan yang kita bina!" ~merdekareview

Related Posts with Thumbnails