Jumaat, 4 November 2011

PKFZ: Pak Lah Badawi Akan Dipanggil Ke Mahkamah?

Bekas menteri pengangkutan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dipanggil sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes tipu bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang akan bermula 2 April tahun depan di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan setelah Chan mengaku tidak bersalah kepada tiga pertuduhan pindaan yang dibacakan kepada beliau hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memaklumkan bahawa terdapat pindaan dalam ketiga-tiga pertuduhan iaitu dengan meminda perkataan “kerajaan Malaysia” kepada “sokongan kamu (Chan) sebagai menteri pengangkutan”.

Oleh itu mengikut pertuduhan pindaan itu Chan didakwa menipu bekas perdana menteri itu dengan memperdayakan beliau (Abdullah) bagi meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk menjalankan pembangunan projek hab penghantaran di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja-kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.

Menyembunyikan fakta kos

Chan, 55, didakwa dengan curangnya menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan akan dibiayai melalui bon oleh KDSB melalui Transshipment Megahub Berhad dengan sokongannya sebagai menteri pengangkutan.

Bekas menteri itu dituduh melakukan kesalahan itu di tingkat empat blok utama di pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Chan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Hakim Zamani menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula dari 2 April sehingga bulan Ogos, sambil mengingatkan kedua-dua pihak untuk bersikap profesional bagi memastikan perbicaraan berjalan lancar.

“Ini adalah kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian ramai jadi saya bercadang untuk memulakan perbicaraannya seawal Januari tetapi mahkamah membenarkan kes ini bermula April selepas mempertimbangkan permohonan pihak pembelaan yang memerlukan lebih masa untuk memperolehi semua dokumen berkaitan daripada pendakwaan,” katanya.

`Kertas kabinet’

Hakim Zamani merupakan salah seorang hakim di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan ditugaskan mengendalikan perbicaraan ini.

Di awal prosiding hari ini, peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Chan berkata walaupun pihaknya ada menerima dokumen-dokumen daripada pihak pendakwaan, tetapi memerlukan lebih banyak lagi dokumen berkaitan ‘kertas kabinet’ khususnya berkaitan isu bon.

“Kami memerlukan dokumen-dokumen berkenaan secepat mungkin dan berharap pihak pendakwaan akan memberikan kerjasama dan kami tidak berniat sama sekali untuk melengah-lengahkan perbicaraan,” kata Tan.

Nordin memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telahpun menyerahkan ‘kertas kabinet’ dan bersedia menyerahkan dokumen-dokumen lain sekiranya pihak pembelaan menyatakan secara spesifik apakah dokumen-dokumen tambahan yang lain.

Selepas prosiding hari ini, Nordin memberitahu pemberita selain Abdullah, pihak pendakwaan akan memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu.Bernama

Malaysia lahir golongan ‘cendawan’ bukan cendekiawan - Prof Madya Zaharom

Ahli akademik Malaysia menyifatkan kebebasan akademik hanya mitos sedangkan realitinya para pensyarah dan pelajar dihimpit dengan pelbagai sekatan yang dikenakan terhadap mereka.



Pensyarah di Universiti of Nottingham, Prof Madya Zaharom Naim berkata disebabkan sekatan itu juga mewujudkan perkembangan golongan ‘cendawan’ dan bukannya ‘cendikiawan’.

“Malah lebih malang, ia mewujudkan golongan akademik yang kurang sensitif terhadap isu terkini sehingga boleh diklasifikasikan sebagai minda kelas ketiga,” katanya selepas ditemui dalam Forum ’Kebebasan Akademik di Malaysia’ di Kuala Lumpur semalam.

Zaharom berkata, kebebasan akademik hanya mitos seperti kebebasan media. Ahli akademik tidak fikir tentang ini malah jauh sekali untuk pertahankan. Sekatan rasmi seperti akur janji di universiti oleh pensyarah dan pelajar hanya untuk menekan.

“Sistem penghargaan melalui kenaikan pangkat hanya mewujudkan golongan yang mementingkan diri dan tidak ambil tahu,” terang beliau. Golongan cendawan berkembang dan bukannya cendikiawan kerana melihat kerja mereka sebagai pekerjaan biasa dan bukannya satu profesion.

Ujar beliau, “peranan utama ahli akademik adalah untuk mengekalkan kuasa sedia ada dalam masyarakat tanpa mempersoalkannya.

Bagi mereka soal-mempersoal adalah kerja orang lain.

“Inilah minda tahap ketiga dan mungkin ia akan jadi lebih teruk,” katanya, merujuk kepada tindakan disiplin terhadap pensyarah undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini.

Golongan intelektual jadi pak turut

Katanya, kejadian yang menimpa Aziz Bari akan mewujudkan kaki bodek dan penakut yang dihasilkan melalui sistem ahli politik dalam golongan tertentu. Peristiwa malang ini diwarisi dalam sistem pendidikan Malaysia dan implikasinya menghasilkan intelektual yang rendah daya inteleknya.

“Wujud hamba Allah Aziz Bari yang ditekan akan mewujudkan 10 kaki bodek dan 10 kaki penakut. Ini dihasilkan melalui sistem sosialisasi oleh ahli politik untuk golongan tertentu. Implikasinya nilai intelektual akademik rendah sehingga menghasilkan hujah bodoh yang tidak dicabar.

“Wujud pejuang hak asasi disifatkan seperti golongan komunis. Golongan intelektual enggan beri pendapat dan hanya tunggu arahan orang atas. Mereka tiada pendirian langsung dan hanya jadi pak turut,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Denison Jayasooria dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kredibiliti ahli akademik akan dipertikaikan apabila menyuarakan pandangan mereka kepada umum.

“Apabila mereka (ahli akademik) bersuara atau mengkritik secara terbuka kepada umum mereka akan dikatakan sebagai pembangkang, NGO,” katanya.

Forum ‘Kebebasan Akademik di Malaysia’ dianjurkan Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia dan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM).

Ahli panel terdiri daripada Profesor Wan Manan Wan Muda dari Universiti Sains Malaysia, Dr Denison Jayasooria, Profesor Zaharom (Universiti of Nottingham) dan Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) Mohd Zaki Sukery. Turut hadir Aziz Bari dan kira-kira 30 ahli akademik lain.

Khamis, 3 November 2011

Apa Dia "Seksualiti Merdeka" ?

Marina Mahathir, antara perempuan yang menjadi pendokong kuat aktiviti songsang anjuran Seksualiti Merdeka.
 
Festival Seksualiti Merdeka merupakan acara tahunan yang diadakan pada 1 hingga 13 November 2011 bertempat di Annexe Gallery, KL. Tema pada thun ini adalah "Queer without fear" atau lebih kurang maksudnya  "Jangan takut menjadi janggal" atau "Kejanggalan tanpa rasa takut". Festival pada tahun ini dilancarkan oleh Datuk Ambiga Srineevasan.

Berikut kenyataan resmi mereka terhadap pergerakan tersebut di dalam portal rasmi mereka seksualitimerdeka.com:

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka'untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.

Antara mereka yang mengecam pergerakan tersebut dengan lantang adalah PERKASA yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali. Ramai lagi yang mengecam pergerakan tersebut yang mana ianya tidaklah menghairankan memandangkan persepsi masyarakat Melayu dan Islam terutamanya yang menolak budaya bebas menjamu selera seks mengikut kehendak nafsu.


Walaupun jurucakapnya yang juga merupakan salah seorang pengasas pergerakan tersebut menafikan tujuan mereka mahu menggalakkan budaya homoseks di Malaysia namun hakikatnya adalah sama sahaja iaitu mereka mahukan masyarakat kita menerima mereka yang mempunyai selera homoseks.

Mereka menegaskan bahawa mereka tidak bertujuan untuk membuatkan orang marah sebaliknya mereka hanya mahu hidup gembira dan menerima diri mereka seadanya.

Walau apapun alasannya, kita tetap perlu menolak budaya songsang seperti itu yang mahu masyarakat menerima sesuatu yang berpenyakit. Seperti sakit kencing manis, tidak ada sesiapa menolak bahawa ia tetap ada dan dihidapi oleh ramai orang di negara kita, tetapi kita sering membuat kempen agar orang ramai berusaha mengelakkan tabiat atau perkara-perkara yang menyebabkan kencing manis, kerana ia bukanlah sesuatu yang perlu disukai atau diraikan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah adanya perkumpulan manusia yang berhimpun untuk meraikan sakit kencing manis sekalipun ramai yang menghidap penyakit tersebut. Tidak pernah ada kumpulan yang menjadikan temasya yang mahu agar masyarakat menerima budaya kencing manis.

Walaupun begitu masyarakat tidak pernah menolak jika ada anggota keluarganya mengidap kencing manis. Kita tidak pernah memulau pengidap kencing manis. Malah mereka yang mengidapnya dibantu untuk menjalani kehidupan agar sihat dengan mengubah cara hidupnya agar menjadi normal seperti biasa.

Begitulah juga dengan masalah mereka yang menghidapi kecelaruan selera seks yang sonsang. Semua tahu ia wujud dan masyarakat berusaha agar kita mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam perangai atau tabiaat seperti itu.

Tidak perlu berpesta dan mendesak orang ramai agar menerima penyakit seperti itu dan mendesak masyarakat berhenti dari berkempen menolak dan mengelakkan diri kita dari masalah itu. Seperti mana kes kencing manis tadi, pengidapnya tidak pernah terlintas untuk mendesak masyarakat berhenti dari mengingatkan orang ramai agar menjauhi kencing manis.

Mohon Allah jauhkan akal fikiran fikiran yang bercelaru dari masyarakat kita...amin.

Ikan Kerapu Gergasi Berharga RM16,000



SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam.


IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.
Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.
Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.
Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.

TalentCorp: Memang patut gaji PM dipotong

Abdul Aziz Mustafa



KUALA LUMPUR: Sekadar meyakinkan 450 orang untuk kembali dan bekerja di negara ini masih tidak sepadan peruntukan besar kepada Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Memang patut ada usul potong gaji Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Dialah dahulu yang cakap berdegar-degar tentang TalentCorp," katanya merujuk kepada cadangan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk mengemukana usul untuk memotong gaji Perdana Menteri ekoran 'masalah dan kepincangan' yang berlaku sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan itu pada April 2009.

Malah, kata Salahuddin lagi, dalam Bajet 2011 yang dibentangkan tahun lalu, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan memperuntukan sejumlah yang begitu besar kepada TalentCorp dan kemampuan meyakinkan 450 orang dalam tempoh setahun untuk kembali dan berkerja di negara ini amat tidak sepadan dengan peruntukan yang sangat besar itu.

"Malah, dakwaan itu pun masih boleh dipertikaikan. Adakah yang dibawa balik itu benar-benar diperlukan oleh negara ini atau adakah yang pulang itu terdiri dari golongan yang sudah tidak ada peluang lagi berkerja di luar negara?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu ketika mempertikaikan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala semalam mengenai apa yang disifatkan sebagai kejayaan TalentCorp.

Menurut Salahuddin, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai tenaga kerja professional termasuk para jurutera yang berkerja di negara-negara Eropah yang terpaksa pulang ke negara ini akibat kemelesetan ekonomi yang sedang melanda negara-negara itu kini.

"Sebab itulah kita tidak yakin bahawa yang bersetuju pulang untuk berkerja di Malaysia itu benar-benar pakar yang diperlukan kepakaran mereka oleh negara ini walaupun Idris mendakwa mereka akan pulang di bawah REP (Program Kepulangan Pakar)," kata beliau.

Lebih menghairankan, kata Salahuddin, mengapa perkara itu tidak dinyatakan oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk S K Devamany dalam jawapan kepada soalan beliau di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

"Adakah Idris seorang sahaja yang tahu angka itu sehingga perkara itu tidak dinyatakan dalam jawapan Devamany kepada soalan saya? Hanya menteri sahaja yang tahu dan timbalan menteri tidak tahu walaupun sama-sama di JPM?

"Saya benar-benar berharap Idris tidak memetik angka itu dari langit!" kata beliau.

Dalam jawapannya itu, Devamany berkata, dianggarkan 800,000 hingga 1.4 juta rakyat Malaysia bekerja di luar negara sehingga April tahun ini berdasarkan angka yang dikeluarkan Bank Dunia berikutan kajian bersama dengan Unit Perancang Ekonomi, JPM.

"Jumlah tersebut amat besar dan TalentCorp yang ditubuhkan kononnya untuk memujuk mereka pulang juga terus dikecam, mendapat liputan buruk, dipersoalkan di mana blueprint yang siap untuk dilaksanakan malah ada taklimat TalentCorp di luar negara yang menjadi bahan ketawa dan diperlekehkan habis-habisan sehingga TalentCorp digelar Talent Corpse (corpse maknanya mayat).

"Malangnya, bila saya tanya mengenai TalentCorp, jawapan yang saya terima tidak memuaskan malah dianggap sambil lewa oleh penyokong kerajaan sendiri," kata Salahuddin.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyifatkan Devamany tidak menjawab soalan.

"Seronok kita dengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi TalentCorp ini berupaya atau tidak sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjawab soalan," katanya.

Ahli Parlimen Barisan Nasional itu juga menuntut supaya diberitahu mengapa rakyat Malaysia yang berkerja di luar negara itu tidak mahu pulang dan berkerja di Malaysia sedangkan ada di antara mereka yang menerima biasiswa.

"Ini soalan yang kita mahu tahu kalau setakat sambil lewa memang kita tidak akan mendapat soalan yang betul. Jadi tambahan soalan ini daripada JPA, dibagi biasiswa JPA kemudian berapa banyak dan kenapa mereka tidak mahu balik?" kata Abdul Ghapur.
Related Posts with Thumbnails