Rabu, 6 April 2011

Lynas Kekal Operasi, Hanya Ditutup Jika Langgar Had Radiokatif


KUANTAN 6 APRIL : Lynas Corporation akan kekal di kawasan perindustrian Gebeng melainkan loji pemprosesan RM700 juta itu gagal memenuhi keperluan keselamatan, kata Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

AELB merupakan antara beberapa agensi pusat dipelawa oleh kerajaan Pahang untuk meredakan kebimbangan penduduk berhubung operasi loji itu yang akan bermula suku ketiga tahun ini.

Lojinya sedang dalam proses pembinaan.

Malam tadi, Ketua Pengarah AELB Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan mengakui tiada satu keperluan keselamatan tetap berhubung aspek radiasi.

Sebaliknya kata beliau, paras torium dalam bahan mentah yang akan digunakan untuk tujuan pemprosesan akan dijadikan sebagai petunjuk.

“Perkara utama menjadi perhatian ialah sisa buangan,” kata beliau merujuk kepada elemen radioaktif yang ditemui dalam semua lapisan nadir bumi.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas dialog awam dengan penduduk tempatan, kata beliau, kelulusan AELB, membabitkan lima anggota, adalah berdasarkan penilaian kes demi kes.

Bagaimanapun tegas beliau, Lynas bertanggungjawab kepada standard yang ia janjikan.

“Jika kadar torium dalam bahan mentah melebihi 0.16 peratus, kami akan menarik balik lesen,” kata beliau kepada 300 orang yang menghadiri dialog semalam.

Raja Aziz juga memberitahu pemberita bahawa Lynas harus berpegang kepada 500 ppm torium dalam bahan buangan dan jika tidak akan diminta menutup operasinya.

Pertemuan malam tadi dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Negeri Pahang selepas penduduk Kuantan, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat-wakil rakyat membantah operasi loji atas alasan bimbang dengan risiko bahaya radiasi.

Kebimbangan itu meningkat selepas krisis loji tenaga nuklear ekoran bencana berganda tsunami dan gempa bumi di Jepun bulan lalu.

Raja Aziz juga berkata sementara tiada standard radiasi yang tetap, mengurangkan kadar yang boleh diterima berbanding dengan apa yang dijanjikan oleh Lynas bermakna industri berat lain di Pahang seperti kilang kenderaan dan loji penapisan minyak juga perlu ditutup.

Bagaimanapun katanya, pengajaran dari krisis Bukit Merah di Perak dan asas kes-kes kanser yang dibangkitkan akan diambil kira.

Data-data yang diperoleh akan digunakan sebagai tanda aras, katanya.

Lynas secara berulang kali mengatakan bahawa nadir bumi yang pihaknya gunakan hanya mempunyai 1,600 ppm torium iaitu 50 kali lebih rendah berbanding bahan mentah yang digunakan di Bukit Merah.-malaysianinsider

Kerajaan Pusat Umpama ‘Beruk panjat pokok nyok’

ALOR SETAR - Ungkapan ‘Beruk panjat pokok nyok’ yang diucapkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika menggambarkan tindakan Kerajaan Pusat membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir dalam Ops Piramid, mencetuskan kemarahan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Azizan bagaimana pun, pada sidang media selepas Sidang DUN berakhir, memperjelaskan maksud sebenar ungkapan itu.

“Itu hanya istilah orang tua yang bermaksud buat kerja tak habis. Macam kita upah orang naik pokok kelapa, tetapi kita tak bayar upah turun. Maksud saya ialah Kerajaan Pusat bawa pelajar pulang dengan pembiayaan ditaja, tetapi tidak biaya perjalanan pulang,” katanya.

Menurutnya, wakil rakyat BN tidak perlu melenting dengan ungkapan itu kerana ia bukannya sesuatu yang salah, malah digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk menggambarkan sesuatu keadaan.

Azizan berkata, tindakan Kerajaan Pusat yang tidak berunding dengan Kerajaan Negeri terlebih dahulu menyebabkan timbulnya banyak masalah lain, termasuk setiap negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan bagi kos penghantaran pulang pelajar.

“Syukur Kerajaan Negeri ada peruntukan untuk membiayai perjalanan pulang pelajar dengan menyewa tiga pesawat Egypt Air penerbangan terus KLIA ke Mesir. Perumpamaan itu sekadar gambaran Kerajaan Pusat lepas tangan dalam penghantaran pulang pelajar,” katanya.

Menurutnya, kenyataan pemimpin BN sebelum ini yang mahu negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat (PR) mengurus sendiri penghantaran pulang pelajar terbabit diibaratkan sebagai sikap tidak bertanggung jawab.

“Kedah juga sebahagian daripada Malaysia, kenapa pula diberi layanan seperti itu. Lainlah jika negeri bawah BN dan bawah PR adalah dua buah negara berasingan,” katanya.[SH]

Fitnah : Kesilapan/kelemahan datang dari Anwar sendiri

anak muar | Serangan fitnah dasyat terhadap Anwar Ibrahim yang bertali arus entah bila agaknya akan terhenti, namun hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui mengapa ujian dasyat dan teruk ini terus menimpa Anwar. Apapun Anwar selaku seorang yang teraniaya tidak boleh terus membiarkan mahupun mendedahkan diri beliau dari sebarang tuduhan-tuduhan jahat terhadap dirinya.

Mulai saat ini Anwar perlu menilai semula tindak tanduk beliau dalam menghadapi UMNO yang begitu memusuhinya serta sanggup melakukan apa sahaja demi menghalang kebangkitan Anwar dalam dunia politik. Mungkin Anwar seorang yang berani dan terlalu berani menghadapi gergasi yang bernama UMNO. Mungkin juga keberanian Anwar ini membuatkan UMNO lagi menjadi lebih berani dalam mencipta pelbagai fitnah jahat untuk dihamburkan kepada Anwar. Dalam hal ini Anwar rasanya sudah arif akan tindakan UMNO dalam berhadapan musuh politik mereka apa tidaknya dalam masa 13 tahun ini UMNO berterusan menyerang Anwar dengan pelbagai tuduhan dari pelbagai sudut. Namun Anwar nampaknya semakin degil dengan keberaniannya sehingga terlupa akan lubang-lubang kecil yang telah terdedah tentang gerak-gerinya dari segi masa, tempat dan keadaan.

Pihak musuh telah berjaya menyelinap masuk lubang-lubang kecil gerak geri Anwar melalui ejen-ejen atau pejuangan berani mati bagi pihak mereka dalam mengenakan Anwar. Itulah kelemahan yang dihidu oleh musuh dalam memerangkap Anwar untuk dikaitkan dengan sesuatu tuduhan. Itu jelas.

Jika kita perhalusi seperti isu tuduhan kes liwat 2 pihak musuh berjaya melakukan memanipulasi dari sudut masa, tempat dan keadaan Anwar bagi menjadikan kejadian liwat itu benar-benar berlaku. Walaupun Anwar telah mula menunjukkan alibi beliau namun pihak musuh telah berjaya mewujudkan keadaan prejudis umum terhadap Anwar dan itulah matlamat sebenarnya. Soal benar atau salah sudut tidak menjadi perkara penting. Kerana prejudis telah berjaya diwujudkan dalam mengelirukan rakyat akan kesahihan dakwaan tersebut. Dalam kes ini jelas bahawa segala pergerakan Anwar telah berjaya diketahui 100% oleh ejen yang dihantar. Jelas bahawa segala maklumat rahsia mengenai pergerakan Anwar dan PKR telah bocor sama sekali. Di sini Anwar kelihatan gagal dalam memastikan perancangan beliau adalah rahsia dan bahaya jika diketahui umum atau pihak musuh. Dalam kes liwat 2 ini Anwar mula membuktikan alibi beliau pada keadaan pembuktian tersebut sudah lemah kerana kekeliruan telah berjaya dicipta.

Dalam dakwaan yang terbaru iaitu isu rakaman video seks yang didakwa bahawa Anwar adalah pelakunya ini sekali lagi Anwar diperangkap dalam keadaan yang sama malah lebih teruk dari kes liwat 2. Ini kerana walaupun tuduhan tersebut tidak masuk akal dan banyak yang lemah namun waktu tuduhan perlakuan itu berlaku kebetulan Anwar berada di rumah bersama keluarga. Tetapi jika waktu tersebut Anwar berada di luar negara atau pergi berceramah sudah tentunya Anwar mempunyai alibi yang cukup kuat dan dikira menang tanpa berperang dan tidak perlu bersusah payah untuk melakukan penafian yang dilihat berjaya diragukan oleh UMNO melalui media mereka dalam memanipulasi keadaan bagi membingungkan rakyat mengenai tuduhan tersebut.

Pihak Anwar telah membuktikan bahawa masa tersebut Anwar juga sedang bertweeter di internet. Tetapi UMNO melalui akhbar mereka berjaya sekali lagi melakukan kekeliruan umum dalam membentuk prejudis  terhadap Anwar. Cabaran pihak Datuk T supaya mewujudkan suruhanjaya Di Raja menunjukkan mereka yakin mereka akan selamat dan telah berjaya memerangkap Anwar. Nah sekarang rakaman video tersebut telah tersebar luas  dalam internet dan begitu bijak pihak musuh hanya post babak yang jelas memperlihatkan individu tersebut berwajah Anwar Ibrahim walaupun susuk tubuhnya jauh berbeza sekali selain faktor lain yang meragukan. Dalam isu rakaman vidoe seks ini jelas sekali lagi pihak musuh mengetahui Anwar sememangnya berada di rumah dan masa tersebut adalah sesuai untuk melakukan tuduhan bahawa Anwar telah melakukan hubungan seks kerana dakwaan Anwar bahawa beliau memang di rumah adalah amat lemah kerana sukar untuk meyakinkan pihak umum yang sememangnya menjadi sasaran UMNO dalam mewujudkan kekeliruan dan prejudis kepada rakyat terhadap Anwar dalam kes terbaru ini.

Sememangnya tuduhan terbaru ini amat berat untuk dihadapi oleh Anwar. Pada mulanya ia berpihak kepada si penuduh selepas itu kepada Anwar setelah Johari Abdul membuat pengakuan di sebalik pendedahan video tersebut namun setelah suku daripada sedutan babak rakaman aski seks tersebut mula tersebar luas maka ia sudah mula tidak berpihak kepada Anwar kerana babak yang ditunjukkan adalah babak muka pelaku yang mirip wajah Anwar. Sekarang ini adalah masa bagi Anwar berfikir panjang lagi bijaksana dalam menghadapi fitnah baru yang maha  dasyat ini. Cukuplah jangan tersilap langkah lagi. Adalah jelas bahawa dalam PKR masih ada musuh dalam selimut yang menjadi ejen dalam memerhati segala pergerakan Anwar selama 24 jam. Anwar perlu bersikap trust no one mulai sangat ini. Dalam PKR masih ramai yang menjadi talibarut dalam usaha menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Selasa, 5 April 2011

Jam Omega Ada Pada Saya - Wan Azizah



TVS | KUALA LUMPUR 5 APRIL : Sidang akhbar Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Dr Ismail hari ini digunakan oleh wartawan tertentu untuk sengaja memberi tekanan kepada beliau namun isteri Ketua Pembangkang tenang menangani keadaan itu.

Seorang wartawan sebuah portal berita bertanya sama ada beliau menyimpan jam tangan Omega seperti didakwa Sharzyl Eskay ditinggalkan oleh Anwar namun kini berada dalam simpanan ahli perniagaan itu.


Wan Azizah mengesahkan “kami ada jam itu dan tidak ada (kehilangan jam).’tegasnya. Namun jawapan itu tidak memuaskan wartawan berkenaan yang seterusnya mendesak supaya ditunjukkan jam tersebut.

Wan Azizah secara tenang membalas bahawa ... Ya, ia ada (dengan kami). Kami ada jam tangan tersebut,” berada dalam simpanannya.

Tidak puas hati dengan jawapan itu, wartawan berkenaan meminta jam tangan itu ditunjukkan kepada media.

Ahli keluarga Anwar hanya menggeleng kepala kepada persoalan yang ditanya secara biadap itu.

“Adakah awak serius? Mengapa kami didakwa? Adakah awak pendakwaraya?” kata anak sulung Anwar, yang juga ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencelah dengan menyifatkan permintaan wartawan tersebut sebagai sesuatu yang “menjijikkan” .

"Saya rasa soalan anda juga membayangkan anda tidak menghormati keadilan. Saya duduk di sini untuk lihat media bersekongkol untuk jatuhkan Anwar,Saya tidak boleh terima sebagai rakyat Malaysia tentang situasi sempit ini di mana kita mempunyai banyak lagi perkara untuk dilakukan. Orang yang pakai seluar atau tidak menjadi isu utama negara ini. Saya rasa banyak perkara lain yang kita perlu buat," kata Khalid.

Media Harus Fokus 'Datuk T' Bukan Individu Yang Belum Dikenalpasti








KUALA LUMPUR 5 APRIL : Walaupun polis mendakwa ia hampir selesai menyiasat laporan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rakaman video seks yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara minggu lalu, ketiga-tiga individu bergelar "Datuk T" masih bebas tanpa sebarang dakwaan.
Justeru anggota keluarga Anwar hari ini kecewa dengan sikap media kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) yang cuba mengalih perhatian terhadap identiti lelaki yang masih belum dipastikan dalam rakaman video tersebut.
Bercakap pada sidang media di kediamannya pagi tadi, anak Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata pengamal media seharusnya mendesak polis menahan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl dan Bendahari Perkasa, Shuib Lazim ditangkap dengan segera.
Itu tidak dilakukan sebaliknya sesetengah media mengajukan soalan dengan agenda untuk "memerangkap" mereka sekeluarga, kata Nurul.
"Saya berasa kecewa kerana kami "dipaksa" untuk mengikut kehendak skrip. Namun tiada seorang pun bertanya mengapa orang-orang ini tidak ditahan. Anda ada dua undang-undang berlainan di mana orang membuat demostrasi di rapat umum dan tiga orang ini mengaku dan menyebarkan bahan lucah tapi mereka masih bebas.
"Saya rasa tidak mengapa untuk ditanya soalan lain tapi asasnya masih jelas mengapa mereka (Datuk T) tidak diambil tindakan oleh polis. Marilah kita kembali kepada soalan pokok," jelas Nurul Izzah.
Seterusnya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ditanya samada wajar video tersebut ditayangkan di parlimen, Nurul Izzah menjelaskan tindakan itu relevan jika klip tersebut masih belum tersebar luas di internet.
"Sekarang kita berhadapan dengan situasi di mana klip aksi adegan awal sudah dipaparkan kepada umum. Jadi mahu cakap tentang minta ahli parlimen untuk lihat saya fikir tidak berbangkit," ujarnya lagi.
Rata-rata anggota keluarga yang berada di kediaman Anwar sebentar tadi menyatakan kekesalan terhadap fitnah terbaru yang disebarkan kepada umum mengaitkan Anwar termasuk bapa Ketua Umum itu sendiri.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.
Related Posts with Thumbnails