Jumaat, 18 Februari 2011

Dolak-dalik saksi kelebihan untuk peguam saya – Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran pakar DNA bebas dari luar negara di dalam pasukan pembelaannya membantu menangkis cubaan pendakwa untuk memberikan gambaran tidak tepat terhadap dirinya.
 
“Apabila diminta peguam (bela) untuk ajukan (kenyataan), dia (Dr Seah Lay Hoong) cuba selindung untuk beri gambaran buruk kepada media.
“Jadi nasib baik kita bawa pakar DNA dan forensik kita sendiri. Ini akan membantu isu-isu yang agak banyak teknikaliti,” kata Anwar.
Beliau menambah, kenyataan saksi pendakwa serta penyerahan barang kes yang tidak konsisten dalam perbicaraan Fitnah II merupakan satu kelebihan buat pasukan peguam pembela.
“Apabila peguam tanya, nampak dia (Dr Seah) berdolak-dalik dan ini akan memperkukuhkan kita,” kata Anwar.
Semalam dan hari ini, peguam Anwar berjaya menimbulkan beberapa keraguan kes yang dibentangkan pasukan pendakwa raya.
Pertama, calitan kapas B5 yang diambil daripada kawasan dubur Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) semalam mengandungi DNA tiga lelaki termasuk DNA Saiful sendiri.
Kedua, pendakwa raya mengemukakan laporan kimia yang mengandungi sampel B12 sedangkan sebelum ini laporan kimia yang diserah kepada peguam Anwar dinomborkan B sehingga B11 sahaja.
Dan hari ini, kombinasi DNA yang diambil daripada tubuh Saiful kemungkinan datang daripada sepuluh orang lelaki, dan bukannya tiga orang lelaki sebagaimana dakwaan Dr Seah semalam.

Pembantu Menteri Disoalsiasat Setelah Ditangkap Tidur Berpelukan Dgn Pasangannya

Kota Kinabalu: Kelmarin blog GB ada menyiarkan kisah mengenai seorang pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam.

Gambar yang dilampir ketika itu adalah gambar fail. Namun semalam Borneo Post ada menyiarkan gambar sebenar sewaktu pembantu menteri tersebut sedang ditanya pegawai agama. Pasangannya di atas katil dalam keadaan berkemban sedang berselubung dengan selimut. Lihat gambar di atas.

Berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

“Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

“Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya.

K'jaan P.Pinang & MAIPP Sumbang RM2,000 Untuk Pelajar Pulau Pinang Pulang Ke Mesir

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memberi sumbangan RM2,000 kepada setiap pelajar dari negeri itu untuk kembali menyambungkan pelajaran mereka di Mesir.
 
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, terdapat 318 pelajar yang akan menerima bantuan tersebut. 
 
“Kerajaan Negeri akan menyumbang RM1,000 seorang manakala MAIPP akan menambah RM1,000 lagi," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyeru kerajaan persekutuan agar menghulur bantuan yang serupa kepada pelajar-pelajar yang terlibat.
 
Mengenai pembentukan jawatan exco baru untuk mengetuai potfolio hal ehwal agama lain, Lim berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk meletakkan hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoist dan Hindu di bawah satu potfolion kerana menghormati Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
 
“Mungkin sesetengah orang yang berfikiran rasis akan cuba menjadikan ini sebagai satu isu tetapi hakikatnya tidak ada isu pun yang perlu dibangkitkan dalam hal ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Khamis.
 
Potfolio baru itu akan diketuai oleh Lim sendiri dengan Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy akan membantunya.
 
Berhubung tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan gerai-gerai haram di Taman Pelangi, Juru, sehingga mencetuskan isu hangat baru-baru ini, Lim berkata, ia adalah isu pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan tidak wajar dijadikan isu perkauman.
 
“Hanya 18 peratus daripada keseluruhan 22 gerai yang dirobohkan itu adalah milik peniaga Melayu selebihnya diusahakan oleh pendatang asing. Oleh itu dakwaan yang mengatakan kesemua gerai tersebut milik peniaga Melayu adalah tidak benar," ujarnya lagi. Bagaimanapun kata Lim, kerajaan negeri sedang mengenalpasti loksi yang sesuai untuk menempatkan semula mereka tetapi hanya untuk peniaga-peniaga tempatan sahaja.
 
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)Mokhtar Jait berkata, sejak tahun 2004, mereka telah menerima 66 aduan daripada orang ramai khususnya penduduk kawasan berkenaan berkaitan aktiviti perniagaan di kawasan yang dirobohkan itu.
 
“Ada orang sampai mengelar kawasan itu sebagai ‘Hadyai Kecil’. MPSP bertindak berdasarkan aduan orang awam termasuklah parti-parti politik yang mendesak kami bertindak segera dan tegas ke atas pendatang asing yang menjalankan perniagaan di situ," katanya.

10 DNA ditemui pada Bukhari Azlan


 

Hari ini, perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dan pastinya hangat dengan pertanyaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin. Semalam, Seah yang merupakan doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel yang diklasifikasikan sebagai “DNA Y” yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki – Saiful, “Lelaki Y” dan seorang lagi yang tidak dikenali.

Selain itu, DNA Y  juga telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful. Dengan penemuan ini, lelaki misteri ini akan menjadi perhatian yang dinanti-nantikan untuk perkembangan perbicaraa ini.

Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila  digemparkan dengan pengakuan Dr.Seah bahawa sampel DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

Pada awal pagi tadi, pihak pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti. Namun, tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh yang mewakili defendan.

Karpal membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yang dijalankan Seah sebagai bukti. Ini adalah kerana alasan Karpal ialah carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

Ketika ditanya oleh Karpal, Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik. Karpal juga bertanya lebih lanjut mengenai spesimen yang diambil daripada anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah.

Selain perisian Applied Biosystem Genetic Analysis, Seah berkata peralatan untuk melihat DNA digunakan untuk membuat analisis statistik.

Seah berkata, beliau mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan mempunyai sijil untuk mengendalikannya.

Seah bersetuju dengan Ram bahawa beliau tidak melakukan ujian kebarangkalian untuk swab B5.
Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Rabu, 16 Februari 2011

Tiada Bukti Wujudnya Kemasukan Pada Dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan


HarakahDaidy | Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan hari ini mengaku tidak menemui bukti wujudnya kemasukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan peguambela Karpal Singh dalam perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini, lapor TV Selangor.

Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful yang juga pengadu kes tersebut.

Beliau mengaku tidak mengisi borang pro-forma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat.

Beliau juga turut mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

Menurut Khairul konklusi laporan pro-forma hanya dibuat berdasarkan laporan jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng.

Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.


Liwat 2: Terbukti Dakwaan Direka, Anwar mahu kes digugur

KeadilanDaily | Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah meliwat bekas pembantunya hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menggugur pertuduhan yang sengaja direka ke atas nya.

Menurutnya, Peguam Negara mempunyai asas yang kukuh untuk menggugurkan kes tersebut kerana kesimpulan yang dibuat doktor pakar Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada berlaku liwat selepas meneliti laporan kimia.

“Seperti yang ditanya oleh Karpal kepada Dr Khairul, sewaktu mereka membuat keputusan akhir bahawa tiada bukti klinikal adanya penetrasi, ia dibuat selepas mengkaji laporan ahli kimia,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan peguamnya Karpal Singh yang menggesa Peguam Negara agar menggugurkan dakwaan itu secepat mungkin.

Anwar seterusnya mengingatkan Gani Patail supaya tidak membiarkan institusi perundangan negara ini terus diperalat seperti berlaku di Mesir, apabila mahkamah dikawal sesuka hati oleh bekas Presidennya, Hosni Mubarak.

“Jadi saya rasa apa yang Karpal cadangkan, Ghani perlu buat perkara yang betul. Jangan jadi seperti Mubarak yang mengawal kehakiman di negaranya,” kata Anwar.

Kesemua bukti perbicaraan setakat ini, kata Anwar mengesahkan bahawa tuduhan ke atas beliau merupakan satu rekayasa semata-mata.

“Ia terdapat dalam laporan proforma, disahkan lagi sekali oleh Dr Khairul, bahawa tidak ada asas untuk dakwaan walaupun pendakwa masih cuba membuat dakwaan. Dari awal perbicaraan lagi kita sudah katakan ia dakwaan yang direka-reka,” kata Anwar.
Related Posts with Thumbnails