Sabtu, 12 Februari 2011

PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir

PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.
PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.
“Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir,” ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.
Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.
Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.
“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim
Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.
Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.
“Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,” ujarnya.
Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.
Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.
Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Rakyat Mesir Berjaya Gulingkan Hosni Mubarak

KAHERAH - Jutaan rakyat Mesir larut dalam kegembiraan merayakan kemenangan mereka atas Presiden Hosni Mubarak yang pada hari kelapan-belas akhirnya menyatakan perletakan jawatannya setelah berkuasa selama 30 tahun.

Rakyat anti Mubarak yang berkumpul di jalan-jalan Tahrir di pusat kota Kaherah saling berpelukan, berteriak-teriak, melambai-lambaikan bendera Mesir dan melaunglaungkan kemenangan sebaik saja Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan tentang perletakan jawatan Mubarak tersebut.


"Kita telah menggulingkan rejim, kita telah menggulingkan rejim. Allahu Akbar... Allahu Akbar," demikian laungan-laungan yang diteriakkan demonstran di jalan-jalan Tahrir seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (11/2/2011) waktu tempatan.

Para penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mendirikan solat syukur di atas pemergian Mubarak.

Suasana bertambah meriah dan bising ketika ribuan orang yang lain membunyikan hon kendaraan sementara para pejalan kaki berteriak histeria meluapkan kegembiraan.


"Saya adalah salah seorang yang menolong menggulingkan dia. Saya sudah di sini selama 17 hari. Masa depan Mesir sekarang berada di tangan rakyat," kata penyanyi Hani Sobhy, dalam perayaan di Tahrir.

Demonstran lainnya, Mohammed Abu Bakar mengaku tak percaya dengan yang didengarnya. "Ini adalah kesudahannya dari ketidakadilan," ujarnya.

Di luar stesyen TV nasional Mesir, demonstran berjabat tangan dengan para tentara yang ditugaskan menjaga stesyen tersebut. Beberapa dari mereka bahkan melompat ke atas tank.

"Saya tak percaya, saya akan melihat presiden yang lain dalam masa hidup saya," kata Sherif el-Husseiny, seorang pengacara. "Tak ada lagi yang bisa menghentikan rakyat Mesir. Ini adalah era baru bagi Mesir," tambahnya.




Popout

Hosni Mubarak letak jawatan Presiden
KAHERAH - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.

Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.


Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.

Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.


Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.

Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.

Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.

"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.


Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.

Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan. - Agensi

Jumaat, 11 Februari 2011

Gambar Lim Guan Eng Pakai Kopiah: Propaganda Jahat Umno Jatuhkan Kerajaan P.Pinang


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan gambar beliau memakai kopiah sebagai satu lagi propanganda jahat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Ditemui dalam sidang media beliau mahu masyarakat umum tidak terpedaya akan risalah ini dan sebarang tindakan akan dipertimbangkan kemudian.

Risalah ’warta berita dari anak pendatang’ yang mengandungi gambar palsu itu memperlihatkan Lim Guan Eng bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Datuk Abdul Halim memakai kopiah dalam satu acara.

”Apa yang tersurat dan tersirat sudah terserlah” kata Guan Eng.


Ulas beliau lagi, isu ini sama seperti saat gambar beliau yang ditukar kepalanya dengan Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika majlis penyembelihan lembu di mana asalnya ia adalah Nizar yang melakukan penyembelihan tersebut.

SOT :
”Saya tak pernah pakai kopiah. Topi lain ada iaitu ’sikh’ ada dan yang lain-lain pun ada tapi yang ini untuk orang Islam kita tak buat kerana hormat orang Islam.

”Kopiah ialah untuk orang Islam saja. Songkok boleh tapi kopiah saya tak pernah pakai. Jadi ini adalah satu fitnah lagi. Kalau terima risalah ini jangan percaya. Ini semua bohong.

”Yang sebenarnya saya teman Dato Seri Anwar atas satu acara. Baju yang dilihat juga adalah serupa tapi tak pakai kopiah. Yang buat gambar ini betul-betul profesional,” ujarnya.

Gambar asalnya adalah mereka bertiga tidak memakai kopiah dalam satu majlis pembukaan rasmi bagi surau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 6 Jun tahun lalu dan kini digunakan dalam teknik ’super impose’ bagi memfitnah beliau. - tvs

Ops Lalang : Najiblah orang pertama yang sepatut ditahan - Datuk Johari

KUALA LUMPUR: Jika benar polis bertanggungjawab terhadap Operasi Lalang 1987, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya turut sama ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika itu.

Ini kerana Najib yang merupakan Ketua Pemuda Umno pada masa tersebut merupakan orang pertama yang membuat hasutan mengapi-apikan kebencian sesama kaum.
 

“Najib adalah orang pertama yang harus kena (ditahan). Dia orang pertama yang mengapi-apikan kebencian sesama kaum sewaktu berucap di perhimpunan di Stadium TPCA Kampung Baru,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad bahawa polis bertindak tanpa arahan beliau semasa Operasi Lalang 1987.

Mahathir berkata demikian di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’.

Johari juga berpendapat kenyataan Mahathir bahawa beliau tidak mengarahkan penahanan tersebut merupakan sandiwara dan lawak terbaik Mahathir pada tahun ini.

“Mahathir ini cuba buat lawak. Ketua Polis Negara tidak akan bertindak tanpa arahan daripada Menteri Dalam Negeri pada masa itu yang dijawat oleh beliau sendiri. Lebih-lebih lagi dalam hal politik yang memerlukan kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri sendiri,” katanya.

Beliau turut meminta agar Mahathir berhenti mencemar nama baik serta menjadikan polis sebagai kambing hitam bagi menulis semula sejarah lampaunya sendiri.

“Mahathir tak boleh cemar nama polis dan Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri pada masa itu,” kata Johari - Keadilan Daily

Khamis, 10 Februari 2011

Pembantu Nor Mohamed Yokcop didakwa hari ini


MKini | Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yokcop hari ini didakwa dengan penggubahan wang haram, setahun selepas beliau didapti memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Hasbie Satar didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth petang tadi tetapi dibebaskan dengan jaminan RM60,000.


Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Empat hari selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbi telah meletakkan jawatan.

Setiausaha politik berusia dalam lingkungan 30an itu disiasat oleh SPRM berhubung pemilikan beberapa juta ringgit dalam hartanah, termasuk empat kereta mewah dan empat rumah di Lembah Klang.

Hasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua.

Nor Mohamed, yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor. Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009.

Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan.
Related Posts with Thumbnails