Isnin, 20 Disember 2010

RPK dedah salinan laporan mata lebam yang disorok AG



(SelangorKini) - Portal www.malaysia-today.net hari ini mendedahkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.

Di dalam laporan itu, Gani mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof.

Pengendali laman tersebut yang juga blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK di dalam kolumnya berkata walaupun bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan ditendang keluar daripada jawatannya itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang turut terlibat dalam memalsukan laporan tersebut, masih lagi berada di dalam pejabatnya.

“Beliau terlepas dari semua salah laku yang dilakukannya yang mana ketika ini isu tersebut menarik perhatian umum.

“Lihat bukti di mana Peguam Negara mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri.

Laporan itu ujar RPK kemudiannya disembunyikan dan tidak ditunjukkan kepada Suruhanjaya Di Raja.

“Adakah ini jenis Peguam Negara yang kita mahukan,” soal beliau.

Sebelum ini, bekas pegawai polis kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang kedua mendakwa laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong telah dimanipulasi.

Beliau turut menegaskan Gani turut terlibat dalam menyorokkan dan memalsukan dokumen perubatan tersebut.

Sehingga kini, beliau belum lagi dipanggil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat itu.

Isnin lalu, Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 “sama sekali” dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam jawapan itu, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Mat Zain bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka.

Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.

Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.

Sabtu, 18 Disember 2010

Kerajaan Selangor : Rundingan pengambilalihan air dilakukan secara profesional


SHAH ALAM, 18 Dis – Rundingan baru bagi pengambilalihan bekalan air antara Kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan dilakukan dengan penuh profesional, telus dan beretika walaupun Syabas menfailkan saman RM471 juta terhadap Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan diri terhadap tuntutan Syabas berikutan keengganan kerajaan negeri membenarkan tarif air dinaikkan, tetapi Kerajaan Negeri tidak akan membiar kes ini mempengaruhi rundingan yang akan dijalankan.

“Kami sentiasa profesional, telus dan kami akan terus bersikap begini dalam rundingan yang dijalankan,” katanya.

Namun, beliau kurang yakin Syabas mampu mengambil pendirian yang sama berikutan keengganan syarikat itu mematuhi arahan kerajaan negeri yang tidak membenarkan tarif air dinaikkan sebelum rundingan penstrukturan semula diselesaikan.

Kerajaan Selangor ketika ini sedang menyiapkan dokumen-dokumen tawaran kepada pemegang konsesi air iaitu Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Abass dan SPLASH bagi mengambil alih industri air.

Rundingan air fasa baru ini bermula selepas Kerajaan Persekutuan memberi ‘lampu hijau’ kepada kerajaan negeri untuk mengadakan rundingan secara terus dengan syarikat konsesi.

Dalam isu berkaitan, Besar Menteri mengutuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui berikutan kenyataannya mengkritik tindakan kerajaan Selangor mahu menarik lesen Syabas kerana menubuhkan Tabung Budi yang menggunakan dana air percuma milik kerajaan Selangor untuk membiayai hutang-hutang pelanggan Syabas.

“Kami berharap dapat menyelesaikan rundingan ini tetapi kita tidak boleh menutup mata terhadap kesalahan yang dilakukan Syabas. Jika Syabas takut tindakan kami terhadap Tabung Budi boleh mempengaruhi perundingan pengambilalihan air, bagaimana pula dengan tindakan Syabas menfailkan saman terhadap Kerajaan Selangor,” katanya.

Exco Selangor, Teresa Kok yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat pula berkata, kenyataan Menteri itu menunjukkan Kerajaan Persekutuan berat sebelah dan lebih memihak kepada syarikat konsesi air.

“Beliau seperti hanya mahu mencari kesalahan Kerajaan Selangor tetapi menutup mata bagi setiap kesalahan syarikat konsesi yang sudah terbukti gagal memberi khidmat kepada rakyat,” katanya lagi

Teresa Kok berkata, beliau amat berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan taktik Syabas yang menjadikan diri mereka seolah-olah ‘korban’ dalam isu air ini.

“Yang menjadi korban dalam isu ini adalah rakyat. Syabas dan Puncak Niaga diberikan layanan permaidani merah oleh kerajaan Barisan Nasional ketika mengambil alih pengurusan air dari Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS). Apabila syarikat ini gagal menaikkan tarif air sehingga 37 peratus, mereka menyaman Kerajaan Selangor.

“Rakyat sepatutnya tidak memberi muka atau bertolak ansur terhadap Syabas yang sombong, angkuh dan gagal menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat,” katanya.

Asri kesal JAIS guna taktik ala-Taliban

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) hari ini, beliau melahirkan rasa bimbang dengan perkembangan terbaru mengenai penahanan beberapa orang Islam berfahaman Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gombak pada awal minggu ini. Asri menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu permulaan ke arah pembentukan budaya Taliban di dalam negara ini yang sangat berbahaya kepada imej kerajaan dan pentadbiran Islam di negara ini.


Beliau menyifatkan pembentukan seperti atau ala-Taliban ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat kerana kerajaan Malaysia hari ini cuba mengenengahkan Islam yang pertengahan di kalangan negara dunia Islam di seluruh dunia. Selain itu, ini menunjukkan Malaysia hanya mengiktiraf satu cabang sahaja Islam di negara ini dan meletakkan cabang-cabang Islam yang lain sebagai ’haram.’

Menurut Asri lagi, walaupun beliau tidak bersetuju dengan ajaran-ajaran di dalam Syiah dan selalu terlibat di dalam perdebatan dengan pihak Syiah, beliau tidak boleh menerima dasar yang digunapakai di dalam kerajaan Malaysia yang didakwa sebagai demokrasi yang menghalang orang ramai menggunakan hak mereka untuk beragama selagi pegangan mereka belum mengganggu ketenteraman awam.

Beliau turut melahirkan rasa kesal di atas sikap ’tidak terbuka’ kerajaan dan memberi amaran kepada kerajaan bahawa keadaan ini boleh membawa kepada pertelingkahan dan kemusnahan sosial sesama penganut Islam.

Walaupun kerajaan mahu mengenengahkan hanya fahaman Sunnah boleh diterimapakai kerana dianggap sebagai fahaman sah di sisi Allah, kerajaan sewajarnya menggunakan perbincangan intelektual di dalam menghadapi isu-isu perbezaan dalam cabang agama seperti ini. Perbahasan sewajarnya dialu-alukan untuk kes seperti ini dan bukannya melaksanakan penguatkuasaan yang mungkin dilakukan dengan cara kejam dan tidak betul.

Sebelum ini seramai 200 orang tempatan dan luar negara yang mengikuti fahaman kumpulan Hauzah Ar Ridha Alaihissalam telah ditahan di sebuah rumah kedai yang dipercayai markas mereka di Taman Sri Gombak pada Rabu lepas kerana disyaki memberi tamparan kepada keselamatan negara.

Kumpulan itu yang diketuai oleh seorang warganegara Iran dikatakan telah beroperasi di situ sejak dua tahun lalu. Antara pengikutnya ialah rakyat Malaysia, Iran, Indonesia, Myanmar dan Pakistan yang kebanyakannya adalah pelajar dan pensyarah di universiti, peguam dan pegawai kerajaan.

Mereka seterusnya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak malam tadi dan kini dibebaskan dengan jaminan. Pihak JAIS memaklumkan kumpulan Syiah tersebut didakwa mengeluarkan ajaran membenarkan mereka membunuh penganut Islam selain dari mazhab Syiah kerana didakwa sebagai kafir.

Penahanan tersebut merupakan penahanan kedua terbesar dilakukan di negeri Selangor yang mengkategorikan ajaran Syiah sebagai ajaran yang menyeleweng. Sebelum ini juga, mufti Perlis Dr. Juanda Jaya juga mengkritik tindakan ala-Taliban oleh pihak berkuasa agama atas dasar pluralisme agama.

Pihak Kedutaan Iran di Malaysia gagal dihubungi untuk memberi komen mengenai tindakan kerajaan Malaysia ke atas fahaman Syiah. Namun begitu, ramai orang berasa hairan dengan hubungan baik kerajaan Malaysia dengan kerajaan Iran dapat dilaksanakan tetapi di negara sendiri, penganut Syiah Islam ini diperlakukan sedemikian rupa. Malah ramai melihat ini akan menggugat hubungan dua hala antara kedua-dua negara di masa hadapan.

Malah hubungan Malaysia dan Arab Saudi turut akan terjejas di atas sikap bermuka-muka badan agama Islam di Malaysia yang menekan penganut fahaman Wahabi di negara ini sedangkan di persada antarabangsa, Malaysia menghulurkan tanda persahabatan Islam dengan kerajaan Arab Saudi yang ratanya penganut Wahabbi.

Kerajaan Malaysia juga bukan sahaja bertindak begini pada fahaman Syiah dan Wahabbi tetapi juga sesama mazhab yang ada yang mengamalkan Sunnah seperti orang Melayu yang percayakan fahaman Hanafi, Hambali dan Maliki.

Anwar Bertemu Rakyat Pahang

Pada sebelah pagi 17 Disember DS Anwar Ibrahim berada di Bera Pahang bersama ANAK melancarkan PROGRAM LAPORAN KES PENEROKA FELDA KE MAHKAMAH.Manakala pada sebelah malamnya pula Anwar berada di Negeri Sembilan dan kemudiannya pula di Melaka..

Hari ini pula 8.30 malam tadi Makan Malam di Dewan Cina, Juru dan 10.00 malam ceramah di Balik Pulau, Pulau Pinang pula..esok di konvensyen pula..

Hah!! Korang gantung lah lagi.. habis dia jelajah 1Malaysia..

di Pahang





Ini pula di N9





Segala laporan tentang Anwar di Pahang sila lihat di SINI

Kenapa Ketua Pembangkang Tidak Dibenar Memberi Keterangan?





TV Selangor | Antara persoalan utama mengenai hukuman ke atas Datuk Seri Anwar ialah kenapa Ketua Pembangkang itu tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Begitu juga persoalan mengapa jawatankuasa itu tidak mengambil keterangan wakil Apco walaupun beliau mendakwa hadir di negara untuk berbuat demikian.

Persoalan ini dijawab oleh Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa yang menggangotai jawatankuasa berkenaan. Sivarasa dan Karpal Singh adalah dua daripada enam ahli jawatankuasa itu.

Mereka enggan menyertai siasatan itu selepas ahli parlimen Umno-BN menggunakan kelebihan majoriti untuk menghukum Anwar tanpa mengambil keterangan beliau.

Jawatankuasa itu juga tidak mengambil keterangan lisan daripada wakil Apco Brad Staples, Ketua Eksekutif Apco untuk rantau Eropah, timur Tengah dan Africa.

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar amin Mulia hanya menerima surat penjelasan dari Staples.

Surat ini kemudian digunakan oleh jawatankuasa berkenaan sebagai asas utama untuk menggantung Anwar selama enam bulan.

Sivarasa berkata apa yang jelas ialah jawatankuasa tidak mahu menerima bukti-bukti yang diketengahkan oleh Anwar.

Lebih penting, jawatankuasa itu tidak mahu wakil Apco di soal balas oleh Sivarasa dan Karpal, justeru hanya surat penjelasan dari beliau yang diperlukan.

Sivarasa berkata sekiranya beliau dan Karpal diberi peluang untuk menyoal Staples, sudah tentu lebih banyak maklumat mengenai aktiviti syarikat pro-zionis itu di Malaysia akan didedahkan.

Sebaliknya surat Apco digunakan oleh Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim untuk mengemukakan usul supaya jawatankuasa itu sudah mempunyai bukti cukup untuk menghukum Anwar.

Justeru jawatankuasa itu secara mendadak membatalkan keputusan untuk untuk memanggil Anwar untuk memberi keterangan.

Sivarasa dan Karpal menerbitkan laporan minoriti memperincikan perjalanan dalam jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu, untuk diedarkan di Parlimen. Namun usaha itu dihalang Speaker Pandikar Amin Mulia.

“Kami menanyakan secara rasmi kepada speaker surat bertarikh 14 Disember,laporan minoriti daripada kami ini akan diusulkan kepada semua Ahli Parlimen namun Speaker menolaknya permintaan ini pada hari kemudiannya,” katanya.

-----------------------------

Ini adalah gambar surat perjanjian antara BN UMKO dengan GOMEN ISRAEL (Umno iktiraf) AOCO WORLDWIDE... korang teliti lah satu persatu... kahkahkah

1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd


Related Posts with Thumbnails