Rabu, 8 Disember 2010

MENGAPA IKTIRAF ORANG YANG DERHAKA KEPADA ALLAH SEBAGAI TOKOH MAAL HIJRAH?



Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA disebut Maal Hijrah, tentulah berkaitan dengan Islam. Tokoh Maal Hijrah semestinya seorang tokoh yang mengamalkan segala aspek suruhan di dalam Islam di samping mempunyai kehebatan dan menyumbangkan jasa-jasa terhadap pembangunan Islam.

Saya tidak mempertikaikan kehebatan dan ketokohan Gabenor Bank Negara, Zetty Aziz di dalam kerjayanya sebagai Gabenor Bank Negara. Namun, memilih beliau sebagai tokoh Maal Hijrah amat tidak sesuai sekali kerana saya tidak nampak di mana hebatnya Zetty Aziz di dalam membangunkan Islam khususnya di bidang yang beliau ceburi sekarang. Paling tidak melayakkan beliau mendapat anugerah tersebut adalah kerana beliau seorang wanita yang masih kekal membuka auratnya.

Bahkan, sewaktu menerima anugerah tersebut juga beliau tetap tidak menutup auratnya dan perbuatan beliau itu dilihat seolah-olah mempersendakan Maal Hijrah itu sendiri. Bagaimana mungkin beliau boleh mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah, sedangkan beliau sendiri gagal untuk berhijrah dari yang melakukan yang haram (membuka aurat) kepada yang diwajibkan oleh Syarak (menutup Aurat). Apakah aspek yang diutamakan untuk memilih Tokoh Maal Hijrah?

Berbeza dengan di Kelantan, Tokoh Maal Hijrah tahun ini dianugerahkan kepada YAB MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Amat tepat dan sesuai sekali anugerah ini diberikan kepada Tuan Guru tersebut kerana beliau bukan sahaja sentiasa memandu rakyatnya di dunia bahkan di Akhirat juga. Keperibadian MB Kelantan ini juga sudah cukup untuk melayakkan beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah kerana beliau boleh dijadikan contoh dan teladan kepada kita semua.

Dalam aspek kepimpinan, beliau juga berjaya mentadbir Negeri Kelantan dengan baik tanpa berlakunya penyelewengan atau rasuah di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri serta Exco atau Wakil Rakyat di negeri tersebut. Pengenalan mata wang Dinar adalah salah satu usaha beliau yang dapat meningkatkan Syiar Islam.

Pemilihan Tokoh Maal Hijrah sepatutnya dilakukan dengan niat yang baik dan telus agar imej Islam terus terpelihara. Jika mahu juga memberikan anugerah kepada orang seperti Zetty Aziz ini, berikan anugerah di dalam bentuk lain bukannya anugerah Tokoh Maal Hijrah. Jangan persendakan atau meremehkan Maal Hijrah dengan mengiktiraf manusia yang derhaka kepada Allah./wfauzdin.blogspot.com

MENARA 100 TINGKAT ADA DUIT...SUBSIDI RAKYAT TAK CUKUP DUIT!


Kenaikan 4 dalam 1 yang diumumkan oleh kerajaan 1 Malaysia yang diterajui parti kononnya ingin menjadi juara rakyat membuktikan kerajaan yang ada kini cukup nazak dan terdesak.

Saya tak dapat nak bayangkan bagaimana ketika rakyat sedang bergelut kenaikan pelbagai harga barang dan persediaan pembukaan penggal persekolahan baru kerajaan tergamak mengumumkan kenaikan keperluan asas dalam negara. Bayaran bantuan khas RM 500 yang dikreditkan ke akaun pesara dan kakitangan awam baru-baru ini diambil balik oleh kerajaan secara terang-terangan dan tidak bermaruah. Kerajaan 1Malaysia ternyata bersikap buruk siku dengan mengembar-gemburkan pemberian wang bantuan khas berkenaan. Apa yang lebih dikesali,ketika kerajaan Umno/BN kononnya ingin berjimat cermat,kerajaan 1Malaysia masih lagi bernafsu besar meneruskan projek menara Warisan 100 tingkat yang menelan kos RM 5 billion dan dijangka meningkat sekali ganda pada masa akan datang kesan kenaikan kos pada masa akan datang.

Dalam banyak perkara kerajaan 1Malaysia masih bersikap terang-terangan membazirkan duit rakyat dengan tujuan memancing undi dalam pilihanraya akan datang. Saya beri contoh projek komputer 1 Malaysia yang menelan kos lebih RM 2 bilion bagi isi rumah berpendapatan bawah RM 3000. Saya mempunyai banyak maklumat pemberian komputer 1Malaysia telah disalah guna dan diberi kepada mereka yang tidak berkelayakan.Lebih malang lagi pemberian komputer 1 Malaysia telah dijadikan rasuah politik sempit Umno. Tetapi yang bagusnya pemberian komputer 1Malaysia ini telah melahirkan ramai usahawan komputer di kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah kerana dapat mencari duit saku sendiri dengan menjual kembali komputer berkenaan serendah RM 200 ! Hebatkan? Kerajaan umno/BN sewenang-wenangnya membazirkan duit rakyat tanpa mengambil iktibar kegagalan projek PPSMI yang meleburkan lebih RM 5 bilion duit pembayar cukai sebelum ini.

Di samping itu kroni mereka terus dibela dan dipertahankan untuk menghisap darah rakyat. Lihatlah apa yang ingin dilakukan oleh Syabas yang ingin menaikkan tarif air di Lembah Kelang? Tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang bersuara menyatakan bantahan. Saya yakin hari ini ada rakyat yang akan ditangkap dan dibelasah dengan bertopengkan polis dan undang-undang untuk menyuarakan hak dan membela nasib rakyat miskin akan terkesan dan makin terhimpit.

Itu belum lagi termasuk pembaziran lain yang ketara seperti pembayaran RM 77 juta setahun kepada firma Yahudi APCO Worlwide untuk menjual jenama 1Malaysia. Kalau nak senaraikan satu persatu kita pun dah tak tersenarai segala projek dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN setelah lebih setengah abad memerintah negara. Malah kita pun sudah cukup meluat dengan pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia.

Hanya mereka yang tidak waras dan normal serta mempunyai kepentingan politik sempit atau yang terlalu taksub kepada Umno/BN sahaja yang akan terus memberi undi kepada mereka dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang. Adakah kita nak biarkan anak cucu dan generasi kita akan hidup merempat pada masa akan depan? Fikir-fikirkanlah...perubahan boleh dilakukan dengan sebatang pensil sahaja...Buatlah pilihan yang tepat dan bijak.

PENGASAS WIKILEAKS DI REMAN-KINI HADAPI TUDUHAN MEROGOL

Hacker yang ditakuti masa kini


Ini lah dia mamat pengasas WikiLeaks, Julian Assange. Nama nya tiba tiba menjadi sebutan selepas webnya itu berjaya membongkar hampir 90,000 dokumen-dokumen rahsia tentera berkaitan peperangan di Afganistan.

Antara pembongkaran terkini adalah beberapa bukti termasuk,

- Beberapa Insiden pembunuhan rakyat Afghanistan oleh tentera Amerika;
- Keujudan Unit Rahsia tentera Amerika bertanggung-jawab menangkap ketua-ketua tertinggi Al Qaeda dan Taliban.
- dan banyak lagi...

Mamat ni lahir di utara AUstralia pad atahun 1971 dan hidup berpindah randah ketika kanak kanak.


Melalui laporan The New Yorker, dia dan ibunya berpindah randah sebanyak 37 kali sebelum umurnya menjangkau 15 tahun. Dengan sistem pelajaran yang berbentuk konventiional, Assange yang belajar secara bersendirian di perpustakaan telah mempelajari sendiri program sejak keujudan awal komputer melalui buku yang dibaca.

Dia menjadi 'hacker' pada awal keujudan internet dan kemudian menceroboh masuk jaringan kerajaan dan bank. DIa di tahan pada tahun 1991 dengan 30 lebih pertuduhan. Menghadapi hukuman 10 tahun penjara sebelum keluar dengan rayuan.

Dia di tangkap lagi semalam. DI katakan terlibat dengan kes rogol.

Selat Melaka dalam senarai terbaru WikiLeaks



GAMBAR menunjukkan beberapa buah kapal di Selat Melaka berhampiran Singapura pada 23 Mac 2008.


WASHINGTON - Laman web WikiLeaks semalam mendedahkan satu senarai rahsia Washington mengenai lokasi-lokasi infrastruktur di seluruh dunia yang boleh mengancam keselamatan Amerika Syarikat (AS) sekiranya diserang pengganas.
Semua prasarana itu melibatkan sejumlah kabel dasar laut, pos komunikasi, pelabuhan, sumber galian firma strategik, laluan perkapalan dan lombong di negara-negara bermula dari Britain hingga ke New Zealand dan merentasi rantau Afrika, Asia Barat serta China.
Senarai itu bermula dengan sebuah janakuasa hidroelektrik di Quebec, Kanada yang dianggap sumber kuasa utama rantau timur laut AS manakala sebuah kilang Siemens di Jerman penting kerana menjadi pembekal bahan kimia utama bagi AS.
Turut dianggap penting oleh Washington dalam senarai WikiLeaks itu termasuk beberapa kilang vaksin penyakit cacar dan anjing gila di Eropah, sebuah kilang penawar bagi bisa ular di Itali dan sebuah firma Jerman yang menghasilkan produk rawatan untuk keracunan plutonium.
Selain itu, AS mengawasi kabel bawah laut, sistem satelit dan loji pertahanan di Britain yang dianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara kuasa besar itu sekiranya ia diserang.
Tidak ketinggalan dalam senarai berkenaan adalah beberapa lombong kobalt di Congo, transformer elektrik besar Hitachi di Korea Selatan di samping laluan perkapalan utama dunia seperti Selat Melaka dan Selat Gibraltar.
Pentadbiran AS menyifatkan Persimpangan Paip Gas Nadym di Rusia yang merupakan kemudahan gas paling utama di dunia dan Pusat Industri Ras Laffan di Qatar sebagai kritikal dan tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan pengganas.
Menjelang 2012, Qatar merupakan import terbesar gas petroleum cecair AS.
Pendedahan terbaru itu dijangka meningkatkan lagi tekanan politik ke atas WikiLeaks dan pengasasnya yang berusia 39 tahun, Julian Assange.
Pada Jumaat lepas, Assange mengumumkan di Internet bahawa dia telah meningkatkan kawalan keselamatan dirinya selepas menerima beberapa ugutan bunuh.

Pelajar kolej swasta terbunuh kereta langgar tiang lampu



KEADAAN kereta mangsa selepas melanggar tiang lampu berhampiran susur keluar ke Dengkil dari Cyberjaya dalam kejadian di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di Sunway, Selangor yang dalam perjalanan pulang selepas selesai syif malam kerja sambilan, maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu di susur keluar dari Cyberjaya ke pekan Dengkil dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Dengkil.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala manakala kenderaan yang dinaikinya hampir terputus dua akibat melanggar tiang lampu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, yang mengesahkan kejadian itu, berkata siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan apabila tiba di tempat kejadian, sebelum terbabas ke dalam longkang dan melanggar tiang lampu jalan.

“Kami percaya mangsa letih dan mengantuk selepas bekerja sepanjang malam sebelum pulang ke rumahnya di Dengkil,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. -BH

Media utama dibidas enggan iklan kandungan memo air


SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Sistem keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ternyata tidak diterima oleh media-media cetak utama tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau merujuk kepada tawaran untuk mengiklankan isi kandungan memorandum kembalikan hak air kepada rakyat yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong semalam yang ditolak tanpa memberi penjelasan yang munasabah walaupun kerajaan negeri sanggup membayarnya.

Tawaran itu dibuat supaya rakyat diberi peluang untuk membuat pilihan dalam menilai isi kandungan memorandum tersebut disamping memahami tujuan kerajaan membuat memorandum tersebut yang untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan bukan demi kepentingan politik.

“Kita rasa memorandum itu perlu difahami oleh rakyat dan kita cuba supaya tidak membebankan surat-surat khabar, kita cuba membeli ruang iklan untuk menerbitkan memorandum tersebut, malangnya dia tidak diterima oleh syarikat-syarikat surat khabar utama atas alasan yang tidak diberikan,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan perlu ada kebebasan maklumat dalam sesebuah negara dan memberi peluang kepada kerajaan negeri dalam menyalurkan maklumat-maklumat kepada rakyat

Related Posts with Thumbnails