Kereta   Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak   akibat terkenan balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki   yang didakwa sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan   Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.
Menurut Keadilan Daily Online,   ceramah Anwar yang dijadualkan itu juga diganggu dengan penyokong   Pakatan dilempar dengan mercun, telur, botol, Mereka juga dilontarkan   dengan kata-kata kesat.
“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya yang dipetik akhbar rasmi PKR itu.
Namun laporan itu tidak menyebut dengan jelas, jumlah mereka yang terbabit dan di mana Anwar berada semasa kejadian. Bagaimanapun ketua umum PKR itu dilaporkan tidak cedera.
Menurut Keadilan Daily Online,   ceramah Anwar yang dijadualkan itu juga diganggu dengan penyokong   Pakatan dilempar dengan mercun, telur, botol, Mereka juga dilontarkan   dengan kata-kata kesat.“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya yang dipetik akhbar rasmi PKR itu.
Namun laporan itu tidak menyebut dengan jelas, jumlah mereka yang terbabit dan di mana Anwar berada semasa kejadian. Bagaimanapun ketua umum PKR itu dilaporkan tidak cedera.
Ia menyebut pimpinan PKR Johor akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.
Parlimen   Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili   oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.
Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.
Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.
Selain   dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan   samseng itu juga  membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.
Parlimen   Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili   oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.
Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.
Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.
Selain   dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan   samseng itu juga  membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.Ceramah   Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13   Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan   BN.
Pada   kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira   20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu  ceramah  tersebut.
Malah,   sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa   tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera   parti sebagai persiapan ceramah. Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.




