| Bob Lokman | 
Selesai   solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang  sahabat  kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami  sambil  jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.
Tiba2   Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob  Lokman  telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan  beliau  diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku  terus  menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak  berita  tersebut.
Selang   5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...".  perkataan  pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa  bang....zaman sekarang  kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr  citer nie bang....cer  citer cer citer...". gurau aku.
Bob   pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja   menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat   Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut   merah katanya).
seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.
seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.
"Encik  didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah  sultan". ujar Pegawai tersebut.
Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku   sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak   mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana   apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.
ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.
Adegan   seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya"   sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik   kerumahnya.
"Esok   (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak,   ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan   aku". ujar bob di akhir perbualan.
Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!Teratakkampungku