SHAH  ALAM, 28 MAC: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali akan  mengambil tindakan undang- undang terhadap polis kerana menyerbu dan  mencetuskan provokasi di majlis pelancaran kempen “Datuk Najib-  Altantuya (DNA) di Gombak Sabtu lalu. Awal  pagi tadi, Azmin, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves,  Amiruddin Saari diberikan notis untuk hadir di Balai Polis Ampang bagi  memberi kenyataan bersabit majlis itu. 
Azmin  berkata pencerobohan polis pada majlis itu menyalahi undang- undang  kerana ia diadakan di perkarangan pejabat beliau dan justeru itu tidak  memerlukan permit sebagaimana yang dituntut oleh polis. 
Pada  majlis itu, Anwar dilarang meneruskan ucapan, malah dilaporkan dikasari  oleh anggota Polis Simpanan Persekutuan yang cuba memaksa beliau untuk  meninggalkan majlis berkenaan. Anwar berkata beliau tidak menyalahkan  polis kerana mereka hanya mengikut arahan tetapi mempersoalkan tindakan  Perdana Menteri Najib Razak yang begitu khuatir terhadap pendedahan  hubung kait antara beliau dan Altantuya Sharibuu yang mati dibom pada  tahun 2006. 
Azmin memberitahu pemberita,  polis bertindak diluar batas kuasa dalam keghairahan untuk menyuraikan  pelancarkan kempen DNA itu. "Saya telah mengarahkan peguam untuk  memulakan tindakan undang- undang kepada polis yang menganggu dan  mencetuskan provokasi dalam ceramah di pusat Khidmat Rakyat Parlimen  Gombak pada tiga malam lalu,” kata Azmin. 
“Kekecohan  itu hanya timbul apabila pihak polis menyerbu masuk (ceramah) dengan  ganas dan tidak berperikemanusiaan untuk menggangu program kami pada  malam itu. Ini adalah satu tempat persendirian. Mereka tidak ada hak  untuk memasuki kawasan berkenaan,” tambah beliau. 
Azmin  berkata tindakan polis memberikan notis kepada beliau dan dua pemimpin  PKR yang lain untuk hadir member kenyataan juga menunjukkan niat jahat  badan itu. “Cara penyerahan itu seolah- olah saya dan teman- teman  seperti penjenayah. Saari Sungib menerima notis jam 2 pagi. Amiruddin  Saari menerima notis jam 2.30 pagi. 
Mengapa  mereka dalam keadaan tergesa- gesa untuk menyerahkan notis ini. Seolah  kami ini pengganas dan kami tidak dimaklumkan apa tujuan notis ini dan  apakah keterangan yang hendak diambil daripada kami," kata Azmin. “Saya  telah menghubungi OCPD Ampang, ACp Amiruddin sebaik notis diterima dan  beliau tidak memaklumkan tujuan keterangan diambil namun mendesak saya  untuk hadir hari ini,” kata Azmin. 
Azmin  berkata penguamnya telah memaklumkan polis bahawa beliau hanya akan  hadir pada Rabu ini untuk member kenyataan yang dikehendaki. - tvsnews- 



