Khamis, 8 Mac 2012

Penduduk rumah panjang belum dapat RM500

Jofri Jaraiee berkata, maklumat tersebut diperolehi berdasarkan kunjungan PAS ke Rh Duat Sg Kelitang, Peninjau dalam kawasan Lambir di sini.


MIRI: Masih ramai penduduk miskin yang mendiami rumah panjang di daerah ini yang belum mendapat wang dari Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), dakwa PAS Miri.

Ketuanya Jofri Jaraiee berkata, maklumat tersebut diperolehi berdasarkan kunjungan PAS ke Rh Duat Sg Kelitang, Peninjau dalam kawasan Lambir di sini baru-baru ini.

“Penduduk memberitahu rombongan kami wang BR1M sebanyak RM500 belum diberi sepenuhnya kepada penduduk rumah panjang.

“Edmund Silla anak Unchi mendakwa permohonannya ditolak, ” kata beliau.

Menurut Josri, penduduk mengatakan mereka terpaksa berulang-alik ke pekan Bekenu semata-mata untuk memeriksa nama sebelum mengambil wang BR1M,.

Bagaimanapun, apabila sampai ke situ, mereka pula disuruh turun ke bandaraya Miri untuk mengambil wang tersebut.

Apabila sampai ke bandaraya Miri, nama mereka tidak ada dalam senarai jadi terpaksalah mereka pulang semula ke kampung.

Tidak dapat apa-apa
“Mereka kecewa kerana tidak mendapat apa-apa dari BR1M, ” tambah pemimpin PAS itu.
Menurut Josri, sudahlah segala kos perjalanan, makan minum hampir beratus ringgit habis dibelanjakan, wang sebanyak RM500 BR1M yang dijanjikan belum tentu dapat.

Katanya, penduduk mencadangkan agar pihak kerajaan menyalurkan wang tersebut terus ke rumah panjang tanpa perlu melalui wakil rakyat atau orang tengah.

Apa yang penting, tambah Josri Tuai Rumah (ketua kampung) di rumah panjang boleh terus membahagikan wang tersebut ke setiap pintu dalam rumah panjang tersebut.

Setiap rumah panjang mempunyai satu pintu bagi setiap keluarga dan ini dipisahkan daripada satu sama lain oleh dinding sendiri dan mengandungi ruang tamu dan bilik tidur.

Apa yang berlaku sekarang, dakwa Josri lagi, ramai yang mengadu di mana ada sesetengah keluarga dalam satu pintu mendapat lebih BR1M.

Manakala ada pula keluarga dalam rumah panjang yang sama langsung tidak dapat menerima BR1M tersebut.

“Ada beberapa buah pintu dalam rumah panjang Jeli, di Kampung Kelitang pemohonan mereka untuk mendapatkan BR1M ditolak,” tambah beliau.

Bekas isteri Sultan Brunei dakwa ditipu


15 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

LONDON - Mariam Aziz yang merupakan bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei mendakwa seorang bekas pengawal peribadinya mencuri dan menjual barangan kemas bernilai £12 juta (RM57.2 juta), lapor akhbar MailOnline semalam.

Mariam, 55, turut mendakwa pengawal peribadinya itu, Fatimah Kumin Lim telah menggantikan berlian yang dicuri dengan replika tidak berharga.

Menurutnya, Fatimah, 34, mencuri seutas gelang berlian bernilai £3.5 juta (RM16.6 juta) dan dua bentuk cincin berlian bernilai £8.7 juta (RM41.5 juta) pada 2008 dan 2009.

Wanita berkenaan didakwa mencuri barang kemas tersebut bagi membayar hutang judinya.

Peguam Mariam, Max Mallin memberitahu Mahkamah Tinggi Britain bahawa Fatimah mengaku mengambil semua berlian itu ketika ia disimpan di kediaman majikannya yang berharga £1.7 juta (RM8.1 juta) di Kesington.

Mallin berkata, Fatimah membuat pengakuan itu apabila dia disoal siasat polis di Brunei.

Namun, Mallin berkata, Fatimah kini mendakwa pengakuan tersebut diperoleh secara paksaan.

Jelasnya, dia telah diarahkan oleh Mariam supaya menjual berlian-berlian itu bagi membayar hutang judi Mariam.

Fatimah berkata, bekas keluarga diraja itu menggunakan namanya untuk berjudi.

Mahkamah tinggi berkenaan turut diberitahu bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya supaya meminjamkan sebentuk cincin berlian biru dan sebentuk cincin berlian kuning yang kemudian tidak pernah dipulangkan.

Menurutnya, Fatimah meminta untuk meminjam kedua-dua cincin itu dua kali iaitu pada November dan Disember 2009.

Fatimah yang tidak menghadiri perbicaraan tersebut, turut didakwa mengambil seutas gelang tangan berlian daripada majikannya pada 2008 dan menjual barang kemas itu.

Mariam menuntut ganti rugi nilai keseluruhan gelang tangan tersebut dan membuat satu lagi tuntutan mahkamah supaya cincin berlian biru dan kuning itu dipulangkan kepadanya.

Kedua-dua cincin tersebut kini berada dalam tangan seorang peniaga yang dipercayai membeli barang kemas berkenaan di Geneva, Switzerland.

Mariam bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 2003.

- Agensi

RM10 juta untuk tabung pendidikan anak syarikat Selangor

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor menyediakan Tabung Pendidikan untuk Anak-anak syarikat dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor, berjumlah RM10 juta.

Tabung berkenaan bertujuan untuk memberi biasiswa, dermasiswa dan sebarang bentuk bantuan kepada warga kerja anak syarikat kerajaan negeri dan anak mereka yang berkelayakan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor merakyatkan ekonomi dan menjadi sebuah negeri maju, sejahtera dan berkebajikan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dana permulaan tabung ini disumbangkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad/Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini berkuatkuasa pada November tahun lalu dan akan dirasmikan DYMM Sultan Selangor pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata beliau.

Muhyiddin: Projek lebuhraya RM2.2b diberi atas merit sebab peguam dah selamatkan umnobn

Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

NONEProjek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

"Ia berdasarkan penilaian yang sewajarnya berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan," kata Muhyiddin ketika ditanya wartawan.
Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek itu dan dipercayai projek Lebuhraya Kinrara-Damansara itu adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Namun Hafarizam ketika dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender.
Katanya, pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira dan mereka menang atas merit.
Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Hambat penagih tegar rasuah mendekati perbendaharaan negeri Selangor


Selangor menjadi negeri idaman BN khususnya UMNO. Setiap malam dan siang negeri Selangor menjadi bahan umpatan dan kritikan BN yang menggunakan TV3 mencaci dan menghina kepimpinan Selangor. Ini memang tidak menjadi kehairanan kerana UMNO dan BN sedar yang Selangor merupakan negeri yang terkaya dinegara ini

Kekayaan negeri Selangor itu lah yang menyebabkan UMNO tidak kering peluh mencari jalan dan berusaha untuk merampas kembali negeri ini. Memang sifat pemimpin UMNO begitu. Dimana ada wang disitu mereka menyerang, seolah-olah kita hidup dizaman lampau; di mana negeri yang kaya, negeri itu akan diperangi mereka untuk mendapatkan harta rampasan jika menang peperangan itu.

Barulah tiga empat tahun ini rakyat Selangor hendak merasakan pentadbiran yang baik dan transperan, rasuah yang minima dan kecurian wang dan harta rakyat yang berbillion oleh pimpinan BN dahulu. Rakyat Selangor baru sahaja hendak merasakan situasi dalam mana Menteri Besarnya tidak membina rumah yang berharga RM25 juta walaupun MB semasa itu hanya dari keluarga yang biasa.

Baru tiga empat tahun inilah rakyat Selangor terhindar dari kecurian harta benda mereka yang berbillion ringgit seperti apa yang berlaku dalam kes PKFZ. Baru sekaranglah rakyat Selangor tahu bagaimana wang Yayasan Selangor kehilangan setengah billion ringgit semasa pentadbiran UMNO dahulu.

Barulah sekarang rakyat dan kerajaan Selangor hendak merasakan sebuah kerajaan yang mempunyai bajet yang ‘surplus’ sebanyak RM1.5 billion. UMNO pernah saya labelkan sebagai sebuah parti ‘vandalism’ yang tegar. Apa yang baik hendak dirosakkannya. Mana yang berduit dan banyak wang disitulah mereka berhempas pulas untuk merampasnya. MAS yang pernah menjadi sebuah syarikat penerbangan yang premium sekarang sudah diletakkan dibawah ketiak Air Asia.

Berbillion billion ringgit kerugian MAS semasa syarikat penerbangan itu diswastakan kepada Tajudin dahulu, dan kerajaan telah mengambilalih syarikat itu dengan harga yang sama semasa pengswastaan syarikat itu kepada Tajuddin dahulu. Semua punah ranah oleh kepimpinan UMNO semasa itu yang kini dianggap sebagai negarawan pula.

Proton diambilalih oleh kroni pemimpin yang sama kerana aset Proton yang berbelas billion nilainya bukan kerana hendak memperbaiki prestasi Proton. Harga belian kepada pegangan Khazanah sebanyak 42 peratus itu hanya dibayar dengan harga RM1.4 billion sahaja.

Peneroka Felda sedang diambang penipuan pimpinan kerana Felda itu kaya raya. Dimana-mana UMNO hanya pandai merosakkan yang baik. Sekarang kerajaan negeri Selangor pula menjadi sasarannya, juga kerana Selangor mempunyai kekayaan yang paling besar dinegara ini.

UMNO ini ibarat semut, dimana gula berada disitulah mereka berkerumun. Itulah sebabnya saya pernah memberikan cadangan supaya kita memilih parti yang pemimpinnya mempunyai air liur yang pekat sedikit. Kalau air liur pemimpin itu telalu cair seperti pemimpin UMNO air liur itu akan senang meleleh jika nampak wang dan harta yang banyak.

BN sedang menggunakan media perdana seperti TV3 untuk melakukan segala kempen kotor mereka. Kalau mereka benar-benar dari pimpinan yang baik masakan rakyat Selangor menolak mereka dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang ini pemimpin-pemimpin yang sama yang mencari kesalahan TS Khalid seperti orang mencari kutu didalam rambut.

Satu sahaja formula untuk memberikan penilaian untuk mengambil keputusan dalam pilihanraya yang akan datang; iaitu kita nilai berapa billion yang dirugikan wang rakyat oleh kerajaan BN dahulu. Bagi mereka yang berfikir ambil hanya satu isu sahaja, iaitu PKFZ yang melibatkan skandal yang sampai ketahap RM12 billion.

Bagi saya rakyat Selangor supaya tidak lagi mendekati pimpinan parti yang telah terbukti memporak perandakan rakyat Selangor dahulu. Tindakan rakyat Selangor memberikan mandat kepada kerajaan sekarang yang dipimpin oleh TS Khalid itu merupakan tindakan yang betul dan berpadanan.

Kesempatan ini saya memohon agar rakyat Selangor tidak lagi melakukan kesilapan dengan mengembalikan mandat kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang ini. Malahan seluruh rakyat dinegeri-negeri lain yang dipimpin oleh BN mengikuti jejak langkah rakyat Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat dalam pilihanraya yang lalu.

Apabila sudah membuat keputusan yang betul rakyat Selangor seharusnya menjaga mandat yang telah diberikan kepada kerajaan pimpinan TS Khalid ini dengan baik dan beramai-ramailah memberikan perlindungan dari diperah oleh pimpinan UMNO yang rakus itu.

Menjaga harta benda kita adalah menjadi kewajipan kita semua dan itu adalah kerja yang sangat dituntut oleh agama dan adat kita. Sesungguhnya rakyat Selangor telah membuatkan pimpinan UMNO meroyan dan tidak tahu hendak mengambilalih kuasa selain dari menggunakan ugutan, membeli undi melalui BRIM, menggunakan samseng dan berbagai-bagai lagi cara yang amat membosankan rakyat ramai.

Obsession UMNO untuk mengambilalih Selangor ibarat penagih dadah yang sedang gian kerana dadah yang selalu diambilnya dahulu sudah tidak dapat diperolehi mereka lagi. Maka UMNO sedang merasuk kesana kemari untuk mendapatkan ‘supply’ yang sudah empat tahun tidak diperolehi mereka.

Kesinambungan mandat terhadap kerajaan PR sekarang ini merupakan kemestian supaya kita tidak lagi didekati oleh kumpulan yang sentiasa terintai-intai untuk memerah keringat rakyat negara dan Selangor khususnya.

Apabila sudah mendapat kebenaran jangan disia-siakan lagi. Apa yang rakyat Selangor perlu lakukan, ialah untuk membulatkan tekad untuk menjaga kepentingan negeri Selangor yang berdaulat ini.Dengan pengekalan mandat kepada kerajaan PR sekarang ini setidak-tidaknya dapat menghambat penagih tegar rasuah ini dari mendekati katung kerajaan negeri Selangor.
Related Posts with Thumbnails