Jumaat, 4 Mac 2011

Ummi! tak takut azab neraka ke? tanya Azwan


KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.


Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.

keadilandaily

Kes Fitnah 2 : Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Arah Tahan Anwar


Mahkamah didedahkan dengan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut pada 16 Julai 2008 atas arahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin.

Superintenden Ahmad Taufik Abdullah yang memberi keterangan berkata arahan langsung dari Bakri untuk menahan Anwar dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar sekiranya beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pergi ke IPK dari Putrajaya," kata Ahmad Taufik.

Beliau turut mengesahkan waran tangkap dikeluarkan sehari sebelum penangkapan iaitu 15 Julai 2008 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Taufik berkata waran tangkap tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Namun Karpal kemudian menyoal sekiranya waran tersebut dibaca kepada Anwar ketika sekatan jalan raya di Segambut, ini jawapan beliau:

"Ketika penangkapan tiada waran, tapi penyempurnaan tangkapan di IPKKL," jelas Taufik lagi.

Sebelum itu mahkamah diberitahu bahawa DSP Jude Blacious Periere membuat keputusan sendiri untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Julai 2008.

Turut didedahkan, Jude adalah individu yang membuat permohonan untuk mendapatkan sampel darah Anwar ketika berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama.

Sivarasa Rasiah yang dipanggil sebagai saksi hari kedua perbicaraan dalam perbicaraan menjelaskan tujuan Jude menahan Anwar semalaman dengan alasan kenyataan yang diberikan masih belum lengkap.

"Jude kata ini adalah arahan saya untuk menahan Datuk Seri Anwar.

Beliau masih belum lengkap memberi kenyataan," kata Sivarasa di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Beliau ketika itu bersama Anwar di IPK Kuala Lumpur.

Sebelum itu mahkamah turut dikelirukan apabila salinan laporan rakaman lisan Anwar yang ditunjukkan tidak konsisten dengan salinan asal.

Anwar yang mengambil tempat di kandang saksi berkata, salinan dokumen yang diserahkan pada beliau oleh pihak pendakwaraya tidak mempunyai cop sulit dan tandatangan dibandingkan dengan salinan asal.

Anwar berkata ketika bersama Jude (kiri) di IPK Kuala Lumpur, beliau memberi kerjasama sepenuhnya dengan harapan untuk pulang setelah selesai.

"Yang Arif, saya beri penjelasan, menyangkal dakwaan dan kerjasama sepenuhnya.

Kemudian saya tanya sekiranya sudah 'selesai' dan DSP Jude cakap, ya," ujar Anwar.

Tambahnya, polis tidak memberi alasan untuk menahan beliau semalaman.

"Tiada asalan penahanan diberikan termasuk laporan polis. Sepatutnya polis perlu mengemukakan asas dalam penahanan itu," katanya lagi.

Hakim Zabidin kemudian memanggil peguambela ke kamar hakim apabila Karpal memberitahu ingin membawa Datuk Seri Syed Hamid Alba, Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Bakri Zinin sebagai saksi.

Awal pagi tadi menyaksikan Ketua Pambangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil semula ke kandang saksi untuk disoal balas pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden.

Yusof kemudian mengemukakan beberapa keping salinan kertas yang didakwa sebagai borang rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan dan waran tangkap yang ditandatangani Anwar ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008 .

Anwar menjelaskan beliau ada menandatangani borang yang diserah oleh DSP Jude Blacious Pereire di tingkat 7 bangunan yang sama.

"Saya memang tidak menafikan tuduhan, tapi yang saya tanya adalah alasan penahanan," kata Anwar selepas meneliti salinan dokumen berkenaan.

Karpal mencelah memohon hakim agar peguambela dibenarkan untuk mendapatkan salinan kedua-dua dokumen tersebut.

Mahkamah berehat sementara memberi laluan peguambela untuk meneliti dokumen-dokumen tersebut.

Dalam keterangan Anwar di mahkamah semalam, beliau menjelaskan tindakan sekumpulan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ala komando menahan 200 meter dari kediamannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.

Beliau turut mendakwa polis menggunakan tipu helah untuk mendapatkan DNAnya ketika ditahan di dalam sel D9 semalaman.

Selain itu beliau turut mendakwa dimalukan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila kemaluan dan duburnya diukur dan diperiksa namun tidak diketengahkan dalam mahkamah.

Prosiding bersambung Isnin ini jam 8.30 pagi.

Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali Bersilat Di Kerdau

Ceramah sulung melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali - saksi penting kes liwat 1998 - di Kerdau pada Khamis malam dicemari ejek-mengejek, sindir-menyindir dan jerit-menjerit antara penceramah dan penonton yang hadir.

NONESejak awal lagi, perkara itu dijangka berlaku apabila Ummi Hafilda yang juga adik kepada Azmin - timbalan presiden PKR - mengadakan ceramah di Felcra Rumpun Makmur, di tempat yang sama dengan Anwar bagi "merungkai segala rahsia" ketua pembangkang itu.

Suasana panas seawal jam 9 malam lagi apabila pengerusi majlis juga saling cabar-mencabar antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila tempat ceramah cuma dipisahkan sebatang jalan raya.

Ketika ceramah bermula, daripada 1,000 penonton - 700 di pihak Pakatan Rakyat dan 300 di pihak BN - ratusan orang masih berdiri di bahu jalan untuk menjerit, menyorak, mengejek dan mengebu lawan mereka.

NONEBagaimanapun, suara penyokong Pakatan Rakyat nyata menenggelamkan sorakan lawan mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan tua.

Ummi Hafilda mula berucap kira-kira jam 10 malam diikuti Anwar sepuluh minit kemudiannya yang disambut suara takbir dan pelbagai laungan seperti "hidup rakyat", "reformasi", "hidup Anwar" dan "sokong Anwar".

'Peliwat, penipu, perogol bersiri'

Memulakan ceramahnya dengan menegaskan soal akhlak Islam, Anwar nampaknya tidak berminat menjawab segala dakwaan dan pelbagai label yang dilontarkan padanya seperti "peliwat", "penipu", "agen Yahudi" dan "perogol bersiri" oleh Ummi Hafilda.

Bagaimanapun sesekali beliau mencelah dan meminta hadirin ceramah tidak melayan wanita tersebut.

NONE"Jangan layan dia. Lagi dilayan harganya makin naik, daripada upah RM500 jadi RM600," sindir Anwar sesekali.

Ummi Hafilda bagaimanapun dilihat terus mengasak Anwar dan mengulang-ulang hujah dan melontarkan label terhadap ketua umum PKR itu sambil meminta jawapan diberikan.

Dalam ucapannya, beliau juga memuji pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana Tun Dr Mahathir - tindakan yang menyebabkan Anwar secara berjenaka menyindir sekali lagi.

"Ada lagi ke Mahathir (dalam kerajaan)?" tanyanya sambil disambut gelak ketawa.

Sukar beri tumpuan

Suasana begitu bingit apabila pembesar suara daripada kedua-dua pihak boleh didengar daripada tempat masing-masing sehingga hadirin sukar memberikan tumpuan kepada butiran ceramah.

Anwar menamatkan ceramahnya dan diikuti Ummi Hafilda kira-kira 10 minit selepas itu.

Sepanjang ceramah, kira-kira 200 penyokong kedua-dua belah pihak terus berdiri di sepanjang jalan raya seakan-akan menanti sebarang kemungkinan berlakunya insiden atau pergaduhan.

Bagaimanapun, kawalan jalan raya oleh Unit Amal PAS, termasuk pihak polis di hujung ceramah berjaya melancarkan keadaan sekitar kawasan itu.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Malam Rabu lalu, Ummi Hafilda turut berkongsi pentas dengan penceramah BN di Merlimau, tetapi dengan penampilan berbeza dengan suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, calon PAS Hassanuddin Salim akan menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Khamis, 3 Mac 2011

Anwar: Amat malu, zakar dan dubur saya diperiksa


           
Bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman antara 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - boleh dikemukakan sebagai barangan bukti bersambung petang ini.

NONEAnwar yang tampil sebagai saksi pertama hari ini berkata pada 16 Julai kira-kira jam 1 petang, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut terlihat sebuah kenderaan dengan kira-kira 10 hingga 15 anggota UTK yang bersenjata memintas keretanya.

"Kami terpaksa berhenti serta-merta.

Katanya ketika itu beliau berada di belakang kereta manakala peguambelanya, Sankara Nair di bahagian depan.
"Sudah tentu kita terpaksa berhenti. Sankara keluar dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta.

"Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar."
Katanya, Sankara juga menghalangnya daripada keluar.

Menurutnya lagi, anggota polis itu mengarahkan beliau ke kenderaan mereka.

"Apahal buat saya macam ini lagi," kata Anwar ketika menceritakan peristiwa tangkapannya itu kepada hakim Mahkamh Tinggi, Datuk Mohd Zbidin Mohd Diah.

"Saya bagi tahunya (pegawai polis itu) saya mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepadanya. Mengapa saya dilayan seperti ini?”
Mahkamah kemudiannya memangil pegawai yang menahan Anwar, Supt Ahmad Taufik is called into the courtroom to be identified by Anwar.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau kemudian diarahkan ke bilik mesyuarat IPK KL (Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur).

Sankara dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah datang kemudiannya.

"Saya bertanya mengapa mereka melakukan saya sedemikian tetapi mereka berkata mereka mahu kerjasama saya dalam hal ini meskipun saya nyatakan saya mahu jumpa Jude.”

Seterusnya, Anwar berkata kenyataannya dirakamkan sekitar jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan selepas itu sekali lagi diarahkan ke bilik mesyuarat.

"Saya tanya mereka, 'awak minta saya beri keterangan, apa lagi mahu?' Mereka sepatutnya membebaskan saya.”

"Sebaliknya mereka bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008."

Anwar berkata kemudiannya dua doktor memeriksa zakar dan duburnya.

"Ini amat memalukan.”

NONEPerkara itu dilakukan setelah pegawai penyiasat Pereira, peguamnya dan jururawat diminta beredar.

"Doktor-doktor kemudian bertanyakan tentang dakwaan meliwat itu.”
Anwar berkata, beliau dibawa semula ke IPK pada jam 11 malam.

"Saya tanya polis dan Jude, 'bila mahu bebaskan saya?
"Dan kata mereka, 'Awak akan pulang sebentar lagi'. Sebaliknya mereka bawa saya ke lokap.”
Anwar juga mendakwa Superintendent Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan air minuman berbotol, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun.

Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen.

"Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih.

Selasa, 1 Mac 2011

Bulu antara barang dirampas dari lokap D9

Hafiz Yatim
Seorang bekas pegawai polis memberitahu dia dan pasukannya telah merampas beberapa barang kes di lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONESupritendan Amidon Anan, 60, saksi ke-15 pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini antara yang dirampasnya adalah sehelai rambut, sehelai tuala 'good morning' dan sebatang berus gigi.

Amidon adalah bekas ketua bahagian siasatan tempat kejadian (CSI) Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur daripada tahun 2005. Beliau bersara pada Ogos 2008.

Katanya, pemeriksaan di lokap berkenaan dilakukan berikutan arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah.

Katanya, di D9, terdapat satu lokap dan satu sel.

NONE"Ia dikunci dan dikawal oleh dua polis. Apabila saya tiba konstabel Adnan Safril membuka lokap itu dan saya masuk ke dalam sel itu yang juga dikunci.”

Amidon berkata beliau memerhatikan keadaan sekitar dan menjumpai sehelai bulu, botol air minuman Cactus, berus gigi dan tuala 'Good Morning'.

Semua barangan itu ditanda dan Amidon berkata jurugambar dipanggil merakamkannya.

Apabila ditunjukkan gambar itu, hari ini Amidon: "Inilah bulu yang saya rampas.”

NONEPeguam bela, Karpal Singh membantah apabila barangan tersebut ditandakan sebagai barangan bukti dan memohon perbicaraan dalam perbicaraan.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bertanya asas permohonan Karpal dan memutuskan bulu itu akan ditanda sebagai ID57 (identifikasi).

Amidon kemudian mengenal-pasti berus gigi dan tuala 'Good Morning' dan ia ditanda sebagai eksibit ID58 (berus gigi) dan ID59 (tuala).
Sebelum itu, Amidon berkata dia dihubungi pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Perera yang meminta bantuannya untuk membuat siasatan forensik terhadap barang kes ke atas dua buah unit di kondo berkenaan.

Amidon berkata dia telah mengambil gambar sebelum merampas sehelai bulu, sebidang permaidani dan sehelai selimut untuk dibawa menjalani proses 'profiling' DNA.

Mahkamah kemudian ditunjukkan barang kes yang dirampas di unit 11-5-1 dan 11-5-2 kondo berkenaan pada hari yang sama.
'Lelaki Y'
Perbicaraan kes hari ini juga dijangka hangat dengan usaha pihak pendakwaan mengaitkan sampel DNA yang diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala dengan 'Lelaki Y' berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini.

NONESetakat ini, pihak pendakwaan belum mendedahkan daripada mana mereka memperolehi barangan itu yang secara positif dikenalpasti oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon mengandungi DNA 'Lelaki Y'.

Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada sampel berkenaan diperolehi secara sah ataupun tidak.

Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat.

Bagi pihak pembelaan, mereka masih belum selesai menyoal-balas,ASP Fauziah Che Mat, yang menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau diminta mengenal-pasti dan mencetak imej tujuh orang yang tidak disebutkan nama mereka.
Related Posts with Thumbnails