Aidila Razak
Adakah judi sukan akan dibenarkan di negara ini? Persoalan itu timbul lagi apabila jawapan daripada perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak menimbulkan pelbagai andaian.
Menjawap soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Najib berkata kerajaan masih belum memberikan sebarang lesen bagi perkhidmatan pertaruhan yang berkaitan dengan Piala Dunia Fifa 2010.
'Kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan (tidak termasuk Piala dunia 2010) kerana syarikat ini telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti itu,” kata Najib.
"Oleh demikian, kerajaan berpendapat jika lesen pertaruhan sukan dipertimbangkan, Ascot Sports akan mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman mereka.”
Syarat dan peraturan pemberian lesen itu juga dinyatakan dalam jawapan itu berserta dengan justifikasinya - bagi mengawal dan membanteras kegiatan judi haram di negara ini.
Bulan lalu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan judi sukan diteruskan berikutan bantahan meluas daripada pelbagai kalangan rakyat. Ia diumumkan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno.
Mahfuz yang keliru dengan jawapan yang diberikan kemudian menyoal “jadi, akhirnya, kerajaan akan membenarkan judi sukan untuk kejohanan atau liga lain seperti Liga Perdana Inggeris?”
“Jawapan itu bercanggah dengan apa (Najib) umumkan sebelum ini. Sekarang, beliau perlu memberikan penjelasan lanjut.”
Menurut Mahfuz keputusan itu juga meletakan status judi sukan kini tergantung kerana sepatutnya kabinet yang bertanggungjawab membuat keputusan berkenaan.
Beliau yang juga naib presiden PAS berkata Najib perlu mengaku jika beliau membuat kesilapan dan tidak mempersalahkan orang lain seperti yang dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, baru-baru ini.
Nazri menyalahkan seorang pegawainya berhubung sumber tidak tepat mengenai rancangan memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya.
“Kita tidak sepatutnya menyalahkan kepada pegawai kerajaan semata-mata kerana jawapan bertulis sepatutnya diperiksa terlebih dahulu oleh menteri berkenaan,” kata Mahfuz di lobi parlimen.
Khamis, 8 Julai 2010
208 Orang Awam Mati Di Tembak Polis Sejak 2005
IPOH 8 Julai - Sejumlah 208 rakyat Malaysia yang disyaki penjenanyah di tembak mati oleh anggota polis antara tahun 2005 dan 2009 dan statistik menunjukkan trend polis memenbak orang awa sesuka hati meningkat dari tahun ke tahun.
Melahirkan kebimbangkannya, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata beliau amat risau mengenai peningkatan tindakan hukuman-tanpa-perbicaraan yang diamalkan oleh pihak polis sejak lima tahun lalu.
Dalam satu kenyataan semalam, Dr Lee berkata berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada soalan lisan beliau di parlimen, jumlah orang awam yang ditembak mati oleh anggota meningkat daripada 9 orang pada tahun dan melonjak kepada 88 orang pada tahun lalu.
Statistiknya adalah seperti berikut:
2005 - 9
2006 - 16
2007 - 13
2008 - 82
2009 - 88
"Statistik ini jelas menunjukkan peningkatan trend tindakan polis menembak sesuka hati semasa menjalankan tugas. Insiden terbaru melibatkan empat "perompak" yang ditembak mati dalam kejadian di kediaman Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat.
"Keempat-empat mangsa tidak sedikitpun mendapat peluang menjalani proses undang-undang yang sewajarnya.
"'Rakyat mengimbau insiden yang serupa di mana remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah dari Shah Alam ditembak mati oleh polis pada 26 April 2010 dan juga kejadian di mana remaja 18 tahun, Mohd Afdam Arin dari Taman Johor Jaya ditembak mati pada 20 October 2009 atas dakwaan kes ragut," jelas Dr Lee.
Dr Lee yang juga Naib Presiden KEADILAN mendesak inkuiri terbuka diadakan ke atas kesemua kes terbabit bagi memastikan kebenaran terbongkar dan keadilan ditegakkan seperti dalam kes Aminulrasyid.
Beliau berkata sudah tiba masanya cadangan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Polis pada 2005 berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) dilaksanakan segera.

Labels:
Kenyataan Blog
Anak Luar Nikah - Natijah Sistem Sekular
IPOH 29 Jun - Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan. Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat. Menurutnya, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai 'gila Internet' dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas. ''Perkenalan melalui Facebook dan laman sosial lain akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas sehingga membawa kepada keterlanjuran dan sebagainya. ''Ini berlaku jika kita tidak memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini,'' katanya pada Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Sektor Sosio Budaya IIM, Hamilye Sham Harun. Seminar sehari tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim. Menurut Mohd. Tap, penyaluran maklumat secara berleluasa menyebabkan masyarakat terutama golongan muda lebih terdedah kepada budaya yang bertentangan dengan amalan masyarakat di negara ini dan tanpa disedari ia meresap ke dalam diri mereka. Dalam hal itu, katanya, semua pemimpin masyarakat perlu memberi tumpuan dalam melaksanakan usaha pengukuhan integriti golongan belia yang merangkumi 11.8 juta atau 42 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Sementara itu Abdul Rahman berkata, pemimpin masyarakat perlu mempamerkan nilai-nilai integriti yang tinggi terlebih dahulu agar mereka dapat menjadi contoh kepada masyarakat. ''Sebagai 'duta integriti' dalam masyarakat, mereka harus terlebih dahulu menanamkan nilai-nilai terpuji dalam kehidupan seharian seperti mengamalkan budi bahasa yang baik, berakhlak mulia, amanah dan tinggi tahap akauntabiliti masing-masing,'' katanya.
Sumber: Utusan Malaysia 30/06/10
81,000 Anak Zina Bersepah Di Malaysia. Apakah Para Pemimpin Umat Islam Hari Ini Bisu, Beku Dan Memiliki Hati Yang Keras Seperti Batu?
Apa lagi yang boleh kita perkatakan mengenai statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jakim di atas? Inilah kesan dan akibatnya apabila sistem Islam tidak diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Bukannya 81 orang atau 810 orang tetapi 81,000 orang anak zina bersepah di Malaysia ini!!! Suatu angka yang cukup mengerikan. Jumlah ini mengambarkan betapa parahnya institusi masyarakat kita hari ini. Sewajarnya jumlah yang cukup tinggi ini menyedarkan para pemimpin umat Islam hari ini akan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu mereka pikul untuk kembali menerapkan Islam termasuklah sistem sosial Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Yakinlah bahawa inilah satu-satunya jalan penyelesaiannya. Tidak ada yang lain. Ketahuilah bahawa selagi para pemimpin umat Islam ini berpaling dari kewajiban untuk menerapkan sistem kehidupan Islam maka selama itulah kita akan menuai dan mengutip buah-buah busuk hasil dari guguran pokok Kapitalisme yang berakar umbi di dalam kehidupan umat hari ini. Firman Allah SWT: “Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”. [TMQ Al Baqarah (2) : 85]. FirmanNya lagi: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Taha (20) : 124].
Dulu Mahathir dan Pak Lah berkuasa. Dan kini Najib. Apakah mereka rasa tidak bersalah dengan jumlah anak haram yang bersepah ini? Ataupun hati mereka telah keras seperti batu melihat jumlah angka anak haram ini? Ketahuilah bahawa di tangan pemimpin yang berkuasa saat inilah sebenarnya tanggungjawab untuk menerapkan Islam dalam kehidupan bernegara. Wahai Najib! Seruan 1Malaysia itu tidak ada nilainya di sisi Allah SWT. Hanya seruan mengajak manusia kepada Islamlah yang bernilai dan yang paling utama di sisi Allah SWT. “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [TMQ Fussilat (41) : 33].

Parti Seks Uitm: 2 Mengaku Bersalah
SHAH ALAM 7 Julai - Dua daripada 39 individu yang didakwa berkhalwat sehingga menimbulkan syak di dua buah bilik hotel pada November tahun lalu, hari ini menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 12 orang mengaku bersalah bagi kesalahan tersebut.
Hakim Syarie, Saharuddin Selamat memerintahkan Muhamad Uzair Bharudin membayar denda RM2,500 manakala Muhamad Khairil Izwan Mohamad Jamil pula didenda RM2,000.
Beliau turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara masing-masing 60 hari dan 30 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Muhamad Uzair dan Muhamad Khairil Izwan bagaimanapun menjelaskan denda itu.
Pada prosiding hari ini, Saharuddin turut memerintahkan salah seorang tertuduh, Noor Maria Mohammad Jamil didenda RM200 kerana gagal hadir pada prosiding yang lalu tanpa alasan.
Mengikut pertuduhan, 39 tertuduh yang sebahagian besarnya merupakan pelajar yang berusia antara 17 dan 30 tahun didakwa berkhalwat di bilik hotel Blok 4, Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7 di sini pada pukul 2.10 pagi, 15 November 2009.
Mereka didakwa berada bersama-sama dengan bukan muhrim sehingga boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)((b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Sebanyak 27 lagi individu yang masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah termasuk tujuh wanita akan dibicarakan pada 6 Oktober ini.
Terdahulu, Muhamad Uzair dan Muhamad Khairil Izwan masing-masing merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana telah insaf dan menyesal perbuatan tersebut selain mengaku bersalah sebelum perbicaraan bermula.
Sementara pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hasrul Hafisi Ahmad Kamal memohon agar kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman berat atas perbuatan mereka yang mencemarkan kesucian agama Islam.
Mengikut laporan akhbar sebelum ini, kesemua tertuduh ditahan ketika sedang berpesta di bilik hotel dengan sebahagian daripada mereka sedang asyik mendengar muzik manakala beberapa rakan mereka sedang khayal akibat mengambil dadah di bilik bersebelahan.
Labels:
Kenyataan Blog
Dewan Rakyat tolak usul 'Deepak, Rosmah taja Bala'
S PathmawathyUsul ahli parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa untuk membahaskan kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - ditolak.
Usul itu ditolak mengikut peraturan mesyuarat dewan 18 (5) yang menyatakan bahawa hanya satu usul yang boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.
Dalam usulnya itu Er berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat.
“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga.
"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri,” tulisnya dalam usul itu.
Men
![]() |
“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.
“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” tulisnya.
![]() |
“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu dengan alasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan penangguhannya.
Bagaimanapun Er tidak berputus asa supaya usulnya itu terus dibahaskan dan beliau memfailkannya sekali lagi pagi ini.
"S
![]() |
Beliau berharap usul itu akan dibahaskan minggu depan kerana ia membabitkan isteri, perdana menteri.
"Khabar angin kini tersebar di internet, jadi kita perlu menjaga nama baik negara dan juga Rosmah,” katanya.
~Malaysiakini
Labels:
Kenyataan Blog
Langgan:
Catatan (Atom)