Khamis, 25 Mac 2010

Tarik Diri Kes Altantuya: Kenyataan Zulkulim Dipersoal


Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) berkata beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.

“Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.

“Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

Katanya beliau bersedia untuk disoal siasat tetapi tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ingin menyelesaikannya sendiri.

“Sebab bila kita buat laporan polis, nanti benda tu jadi ‘public’ dan ada orang yang akan aib... ada mangsa-mangsa ini tak mahu diaibkan. Jadi pendekatan Islam ialah jangan aibkan orang tapi selesaikan masalah itu,” katanya.

Ditanya mengenai jenis ganjaran besar yang ditawarkan kepadanya, Zulkifli berkata: “Tawaran boleh dalam pelbagai bentuk, tak semestinya duit...macam-macamlah.”

Beliau juga enggan mendedahkan pihak yang membuat tawaran berkenaan di luar dewan dan akan mendedahkannya jika diberi peluang pada masa depan.

“Kita ada etika, benda yang kita tak cakap dalam Parlimen, kita tak cakap di luar (Parlimen).

“Saya juga tak bercadang nak dedahkan macam Datuk Zahrain (Anggota Parlimen Bayan Baru), mungkin dia berasa dia perlu dedahkan, saya kira peringkat ini tak perlulah saya nak dedahkan,” katanya.

Minggu lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pendedahan mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan 16 Sept 2008 untuk Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan negara.

Mengenai perasaannya selepas membuat pendedahan tersebut, Zulkifli berkata: “Boleh tidur aman la, malahan saya rasa satu beban dah lepas, terutama yang pasal PM dan Nazri.” — Bernama


Kes Altantuya : Mengapa Peguam Azilah Hadri Tarik Diri ?

Suara Keadilan (Julai 2007)

Mungkin kita mendapat 'clue' setelah membaca salinan asal pengakuan Sirul Azhar sewaktu disoal-siasat oleh Polis dalam 'posting' sebelum ini. Tidak dinafikan seluruh rakyat Malaysia maupun antarabangsa menyakini kes pembunuhan Altantuya ini melibatkan TPM, Najib Razak dan Rosmah.

Walaupun penafian dibuat oleh mereka berdua, namun segala 'event' yang berlaku berhubung kes ini termasuk rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia dipadam oleh pihak imigresen, perbicaraan yang dilihat mengikut 'skrip', pertukaran hakim dan pendakwaraya semasa 'prosiding' sedang berjalan dan pelbagai lagi situasi yang menampakkan penglibatan individu berprofil tinggi dalam negara.

Rakyat Malaysia tidak pernah lupa dengan peristiwa pemecatan DSAI dalam tahun 1998 dulu. Bagaimana dakwaan yang dibuat terhadapnya serta perjalanan perbicaraan yang jelas mengikut skrip dan barisan hakim yang rasuah telah menyebabkan sistem kehakiman dalam negara musnah sama-sekali. Negara mengamalkan 'Law Of The Jungle'.

Salah satu indikator yang menunjukkan wujudnya penglibatan individu atasan dalam kes Altantuya ini apabila peguam Cif Inspektor Azilah Hadri 'terpaksa' menarik diri dengan tiba-tiba. YB Zulkifli Nordin (salah seorang peguam Anwar) telah menarik diri sebagai peguambela Azilah atas sebab-sebab tertentu.

Berikut adalah wawancara Suara Keadilan (Julai 2007) dengan beliau berhubung penarikan diri tersebut ;

SK : Bagaimana saudara boleh terlibat dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya?

Ketika kes ini mula terdedah dan tertuduh pertama iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri sudah ditahan, sepupu beliau yang juga merupakan seorang pelajar yang sedang membuat chambering di sebuah firma guaman datang berjumpa dan meminta saya mengambil kes ini.

Selepas diperkenalkan, saya dan keluarga Azilah pergi ke penjara Sungai Buloh untuk bertemu dengan Azilah dan berbincang mengenai perlantikan saya sebagai peguam.

Sebaik sahaja bertemu, saya rasa pernah melihat dia tapi saya lupa di mana. Tapi setelah Azilah memberitahu bahawa beliau adalah pegawai pengiring Anwar ketika hari pembebasan Anwar baru saya ingat pernah melihat Azilah di mahkamah.

SK : Berdasarkan pemerhatian, bagaimana saudara melihat Azilah.

Semasa pertama kali bertemu di penjara, saya lihat karektor beliau sebagai seorang yang susah nak percaya kepada sesiapa.

Beliau kelihatan murung dan ketakutan.Jadi pertemuan dengan beliau harus dilakukan banyak kali untuk menyakinkan beliau bahawa saya benar2 seorang peguam.

Beliau merasakan bahawa beliau teraniaya dalam kes ini. Kes ini kes besar. Kes bunuh.

Bila seseorang yang dituduh membunuh dan merasakan dia sudah teraniaya, memang susah untuk individu tersebut percaya kepada orang lain kerana dalam fikiran mereka semua orang mahu menganiaya dirinya.

SK : Bagaimana saudara yakinkan Azilah bahawa saudara tiada niat menganiaya beliau?

Saya beritahu Azilah bahawa saya benar2 seorang peguam bukan wakil dari pihak lain yang terus menerus yang mahu menganiaya beliau. Saya beritahu dia saya Zulkifli Nordin, peguam yang turut terlibat semasa perbicaraan Anwar Ibrahim.

Pada awalnya Azilah cuma melantik saya sebagai peguam ketika sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah Azilah melantik saya sebagai peguam beliau untuk perbicaraan kes ini.

Selepas sebutan pertama itu, saya sering bertemu Azilah di penjara Sungai Buloh. Setiap minggu saya akan ke sana bertemu Azilah untuk berbincang dengan beliau dan untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

SK : Adakah Azilah menceritakan kepada saudara apa sebenarnya berlaku?

Ya. Segala2nya diceritakan. Biarpun pada awalnya beliau cuma menceritakan secara kasar dan banyak memberikan bukti secara bayangan sahaja tetapi selepas dua atau tiga pertemuan barulah dia menceritakan secara jelas apa yang berlaku.

Sebagai peguam saya perlu mendapatkan maklumat yang lengkap dari anak guam saya untuk memudahkan saya melakukan pembelaan terhadap beliau bila perbicaraan dimulakan. Terlalu banyak perkara yang beliau ceritakan kepada saya.

SK : Apa latar belakang Azilah?

Beliau menyertai UTK pada tahun 1997. Dalam UTK dipecahkan banyak unit. Antara unit2 itu adalah unit keselamatan kepada menteri dan Azilah dari unit keselamatan kepada Timbalan Perdana Menteri. Azilah bertugas sebagai OCBG (Officer in Charge Body Guard) kepada TPM. OCBG adalah ketua kepada unit ini. Sehari sebelum tarikh Altantuya dikatakan dibunuh iaitu pada 18 Okt 2006, Azilah mengiringi TPM di Kuala Lumpur.

SK : Bagaimana sikap keluarga Azilah?

Saya mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga Azilah. Mereka mahukan saya melakukan yang terbaik untuk beliau.

SK : Macam mana dengan orang ramai dan pihak2 lain?

Orang ramai juga memberikan sokongan kepada saya. Mereka sangsi terhadap kes ini. Dari awal lagi orang ramai sudah mengesyaki bahawa kes ini melibatkan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam politik. Jadi mereka mahukan saya membongkar kes ini agar orang yang bertanggungjawab menerima hukuman.

Ada anggota UTK turut memberikan sokongan kepada saya kerana Azilah dari UTK. Mereka tidak mahu nama baik mereka tercemar. Ada anggota UTK menawarkan saya pengawalan peribadi kerana mereka bimbang ada pihak yang akan mencederakan saya dan juga keluarga saya.

SK : Maksud saudara orang ramai dari awal mengesyaki ada pihak lain yang terlibat dalam kes ini?

Ya, kerana mereka tahu UTK hanya akan bertindak jika mendapat arahan. Azilah adalah anggota UTK, dia tidak akan mengeluarkan arahan kepada orang bawahannya jika beliau tidak menerima arahan dari pihak atasan.

Dan bagi orang ramai jika kes ini tidak melibatkan orang yang berkepentingan politik, UTK tidak akan digunakan. Penggunaan bom C4 juga tidak menimbulkan kesangsian pada orang ramai. Semua orang tahu bom C4 hanya digunakan oleh tentera dan bukan UTK. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh meluluskan penggunaan bom ini.

SK : Selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tarikh bicara pada 18 Jun, saudara telah menarik diri. Mengapa?

Saya memutuskan untuk menarik diri dari menjadi peguam kepada Azilah kerana saya tidak bersetuju dengan keputusan beliau mengubah strategi pembelaan di saat akhir dengan menggunakan kaedah pembelaan …….

Sepanjang mengambil kes ini, telah 12 kali saya mengadakan pertemuan dengan Azilah dan pada awalnya dengan seorang lagi tertuduh Sirul (Azhar Umar). Pada mulanya beliau bersetuju untuk menggunakan strategi pembelaan yang saya cadangkan.

Semuanya berjalan baik sehinggalah pada dua pertemuan akhir, saya terhidu sesuatu yang tidak kena. Dalam dua2 pertemuan tersebut, tiba2 Azilah memaklumkan bahawa beliau ingin menukar strategi pembelaan.

Saya mula mengesyaki ada pihak tertentu di belakang semua ini. Beliau memberitahu bahawa beliau kini mempunyai………Dan terperanjat kerana ini tidak dimaklumkan dalam pertemuan sebelum ini. Strategi ini akan merosakkan strategi awal yang telah dipersetujui bersama.

Ia juga akan memberi kelebihan dan perlindungan kepada pihak ketiga. Bagaimana pun sebagai peguam, saya akur dengan kehendak anak guam saya. Oleh itu saya membuat keputusan untuk menarik diri kerana ia bertentangan dengan prinsip dengan ‘gerak hati’ saya.

SK : Siapa pihak ketiga itu?

Itu tidak boleh saya bagitahu.

SK : Apakah insiden seperti pertukaran mahkamah, hakim dan peguam adalah sesuatu yang biasa terjadi?

Bila kita lihat pada kes Altantuya ini, banyak berlaku pertukaran seperti pertukaran mahkamah dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sedangkan pertuduhan dilakukan di Kuala Lumpur.

Insiden pertukaran hakim juga terjadi, dari hakim kanan (KN Segara) ditukar kepada seorang pesuruhjaya kehakiman atau pelatih hakim, Mohd Zaki Md Yassin. Kemudian berlaku juga pertukaran peguam Razak Baginda, daripada Muhammad Shafie kepada Wong Kian Kheong.

Sedangkan semua orang tahu kehebatan Muhammad Shafie berbanding Wong. Wong Kian Kheong merupakan peguam dari firma Tetuan Hishamuddin Hussein dan Hishamuddin merupakan sepupu kepada Najib Tun Razak.

Kali terakhir berlaku pertukaran hakim, mahkamah dan peguamialah dalam kes Anwar Ibrahim, lapan tahun lalu.

SK : Sebagai seorang peguam, apa pendapat saudara mengenai pertukaran pasukan pendakwa dalam kes ini?

Sejak kes pembunuhan Norita Samsudin, Peguam Negara telah menubuhkan satu unit khas yang baru dan dipanggil Unit Kes Terkelas.

Unit ini ditugaskan untuk menguruskan kes2 yang berprofil tinggi. Unit ini diketuai oleh seorang pendakwaraya yang paling kanan (Salehuddin Saidin) dan tumpuan diberikan kepada kes yang berprofil tinggi.

Kes Altantuya ini diuruskan oleh mereka kerana kes ini merupakan kes yang berprofil tinggi.

Bila berlaku pertukaran, kita mengagak pertukaran berlaku di antara pendakwa dari unit pendakwaan, tetapi apa yang berlaku ialah pertukaran dilakukan dengan mengambil pendakwa yang menguruskan bahagian awam (Tun Majid Tun Hamzah). Tidak pernah berlaku pertukaran pihak pendakwa semasa kes berjalan.

SK : Jika seseorang peguam mempunyai pertalian darah hakim, apa yang patut dilakukan?

Sama ada peguam itu akan tarik diri atau hakim tersebut yang akan tarik diri, jika tidak ini mengundang persepsi buruk masyarakat.

Dari segi etika, tidak wajar jika seorang hakim dan peguam yang mempunyai hubungan keluarga menguruskan kes yang sama dalam satu2 masa.

Sedangkan dalam kes Altantuya ini juga, Peguam Negara membuat keputusan menukar pasukan pendakwa Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin kepada Tun Majid Tun Hamzah dan Manoj Kurup kerana Salehuddin dikatakan pernah dilihat bermain badminton bersama hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin.

Itu cuma bermain badminton ditukar tetapi yang mempunyai hubungan persaudaraan tidak ditukar.

SK : Pendapat saudara mengapa perkara ini berlaku?

Di Malaysia, Peguam Negara terlalu berkuasa hingga melebihi kuasa hakim, dan Jabatan Peguam Negara pula diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya kita mengambil contoh negara lain yang meletakkan Peguam Negara di bawah Parlimen.

Jadi kalau ada apa2 perkara yang meragukan seperti kes ini, pihak pembangkang boleh bertanya terus kepada Peguam Negara bukan bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kadang kala tidak tahu prosedur undang2.


Ulasan GB

GB dedahkan kedua-dua versi pendedahan dari orang yang sama untuk penilaian tuan-tuan.

Rabu, 24 Mac 2010

JUDI: Umno Lulus 60 Cabutan Bagi 2010

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 24 Mac - Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengawal pengeluaran lesen judi dan memberi kelulusan 60 cabutan khas "Special Draw" untuk tahun 2010.

Pada sidang media yang diadakan di perkarangan lobi Parlimen Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook menjelas tindakan kerajaan memberi kelulusan kepada cabutan khas itu selain satu strategi untuk menambah hasil cukai negara boleh juga mendatangkan masalah sosial serta mengalakkan rakyat untuk terus berjudi.

"Kerajaan sepatutnya membatalkan kelulusan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat perjudian bagi cabutan khas. Apa yang saya nak maklumkan di sini Kerajaan secara tidak sedar telah mengambil wang rakyat melalui cabutan khas itu," kata Loke.

Loke merujuk kepada pertanyaan lisan yang meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah cukai dan duti yang dikutip oleh kerajaan melalui kelulusan cabutan khas itu.

"Dari jawapan bertulis yang diberikan kerajaan telah bersetuju membenarkan enam operator ramalan yang dilesenkan oleh kerajaan iaitu Sports Toto, Magnum Corporation, Pan Malaysian Pools (PMP), Sandakan Turf Club (STC), Diriwan Corporation dan Sarawak Turf dan Ekuestrian Club (STEC) bagi mengadakan cabutan khas sebanyak dua puluh hari cabutan khas secara serentak.

"Jumlah hasil yang dikutip oleh Kerajaan daripada cabutan khas tahun 2010 sehingga 16 Februari berjumlah RM21 juta," jelas beliau kepada media.

Beliau berkata kerajaan juga menggunakan khidmat operator nombor ramalan secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan jumlah kutipan cukai sebanyak RM1.2 bilion.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan segera perlu diambil dengan membatalkan kelulusan yang telah diberikan.

"Kerajaan perlu mengambil tindakan dengan membatalkan kelulusan yang telah diberikan, selain itu satu memorandum akan diberikan kepada Perdana Menteri meminta penjelasan dan pendirian kerajaan berhubung isu ini. Dalam memorandum itu kita akan dapatkan tandatangan kesemua Ahli Parlimen bagi menyatakan pendirian mereka mengenai masalah tersebut," kata Dr Dzulkefly.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail pula menyokong desakan tersebut dan menyifatkan kelulusan yang diberikan itu sebagai jalan singkat kerajaan untuk mengumpul sumber kewangan negara yang semakin susut.

"Kelihatan tindakan kerajaan membenarkan lebih banyak cabutan ini kerana tekanan mencari sumber kewangan. Lebih banyak kelulusan yang diberikan maka lebih banyak wang masuk ke dalam akaun kerajaan, tetapi impak kelulusan itu kerajaan tidak pernah fikir atau ambil berat. Kita juga harap kerajaan mengawal kelulusan lesen judi jika ada permohonan baru dan semak semula penyambungan kontrak syarikat-syarikat yang sedia ada.

"Kesan yang akan timbul adalah masalah sosial dan wang dalam poket rakyat diambil oleh kerajaan dengan secara senyap. Dengan memorandum yang kita akan berikan Pakatan Rakyat berharap Menteri Kewangan dapat memberi jawapan dalam pengulungan hujahnya minggu depan," kata beliau.

Selasa, 23 Mac 2010

Maklumat Yang Perlu Diketahui Mengenai APCO

TerLeRai KaTa TerUngKap BiCaRa: Maklumat Yang Perlu Diketahui Mengenai APCO - Agensi Haram Jadah Yahudi Yang Diternak Najib

Sekonyong-konyong APCO menjadi terkenal! Ramai yang ingin tahu, apa itu APCO, benarkah ia agensi Yahudi dan mengapa Najib mengambil agensi Yahudi sebagai penasihatnya?

Pembabitan APCO dalam merancanakan dasar negara bukan perkara baru, ia bermula sejak Setember tahun lepas apabila APCO membuka pejabatnya di Kuala Lumpur. Namun ia menjadi heboh sehari dua ini selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dmembuat kenyataan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1Israel.

Berikutan kenyataan Anwar itu, hari ini, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) membawa usul supaya Anwar dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Kebebasan dan Keistimewaan Parlimen.

Jika anda ingin tahu siapa gerangan APCO, agensi milik Zionis yang kini menjadi penasihat Najib itu, di bawah ini disertakan beberapa maklumat mengenainya yang saya kutip dari beberapa sumber:


i) APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005.

ii) Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi seperti di bawah:

Lembaga Pengarah

Margery Kraus
Margery Kraus
chair
founder & chief executive officer
APCO Worldwide


Ron Boschetto
Ron Boschetto
director
Neal Cohen
Neal M. Cohen
chief executive officer
Americas
director
worldwide operations
David Greenberg
David Greenberg
independent director
Neil Wiesenberg
Neil Wiesenberg
director

Jawatankuasa Eksekutif

Margery Kraus
Margery Kraus
chair
founder & chief executive officer
APCO Worldwide


Neal Cohen
Neal M. Cohen
chief executive officer
Americas
director
worldwide operations
Larry Snoddon
Larry E. Snoddon
vice chairman
APCO Worldwide
chief executive officer
Asia
Brad Staples
Brad Staples
chief executive officer
EMEA
Robert Schooling
Robert Schooling
managing director
Washington, D.C.
Kirk Stewart
Kirk Stewart
executive vice president
Philip Fraser
Philip Fraser
chief information officer
Mara  Hedgecoth
Mara Hedgecoth
vice president & director
global marketing & communication
assistant secretary
APCO Worldwide
Stacy Reyan
Stacy Reyan
senior vice president
human resources
Judith S.  Sapir
Judith S. Sapir
senior vice president
general counsel
secretary
APCO Worldwide
Denise Teeling
Denise Teeling
chief financial officer


iii) Manakala penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

iv) Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London.


Paul Stadlen...muka Yahudi pekat

v) APCO mula membuka pejabat di Malaysia pada 1 September 2009. Antara tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

vi) Kontrak APCO dengan Malaysia bernilai RM20 juta antaranya bertujuan untuk memulihkan imej Najib yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.

vii) APCO mempunyai beberapa pejabat di Eropah, Asia dan Amerika. Di Asia antara pejabat APCO selain dari Kuala Lumpur ialah Jakarta, Singapura, New Delhi, Bangkok, Beijing, Dubai dan Ho Chi Minh City.


viii) Hanya Malaysia, Indonesia dan UAE merupakan negara penduduk majoriti Islam yang membenarkan APCO membuka pejabat di negaranya.

ix) APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.


x) Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO.

~ pendikar gunung kriang

Sabtu, 20 Mac 2010

Mengenali Apco dan kaitannya dengan Israel


Terjemahan dari sini

Apa yang tidak disangkal adalah bahawa Apco adalah syarikat yang dipilih oleh Najib untuk menggalakkan konsep 1Malaysia.

Fakta ini sahaja pasti akan menjadi bumerang (menikam diri sendiri), terutama keatas sebuah kerajaan Muslim yang begitu sukar untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang sahabat pelarian Palestin.

Nama Apco Worldwide tiba-tiba meraih kemasyhuran (masyhur kerana kejahatan) di Malaysia selepas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menarik perbandingan syarikat yang berkempen untuk membina-imej kliennya, Malaysia ; yang juga berkempen serupa oleh kerajaan Israel.

Anwar dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 17 Mac mengatakan bahawa Konsep 1Malaysia Perdana Menteri Najib Abdul Razak ,sebenarnya merupakan meniru konsep 'Satu Israel' regim Zionis, yang juga pelanggan Apco.

Pendedahan Anwar muncul setelah serangan bertubi-tubi yang begitu obses oleh beberapa ahli parlimen BN, terhadap Ketua Pembangkang sejak beliau kembali ke Parlimen .

Kepala di antara mereka adalah Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir, yang kepada masa lalu terlibat dalam memberi gelaran nama dan menganggu ucapan mantan timbalan perdana menteri itu apabila berucap.

Sementara Mukhriz telah secara terbuka menuduh Anwar melakukan sodomi, serangan Khairy adalah untuk melibatkan Anwar kepada 'watak hawkish' (watak pendesak) dalam kerajaan AS juga menuduhnya sebagai agen Zionis.

Dengan demikian, pendedahan Anwar mengenai Apco, pantas telah menangkis tuduhan mereka yang telah menuduhnya sebagai agen Zionis.

Tapi tidak lama, kerana hanya sehari kemudian, Apco menafikan penglibatannya dalam konsep 'Satu Israel'.

Khairy tanpa membuang masa dengan mengacukan dalam parlimen kenyataan rasmi Apco , bersama dengan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengancam untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa hak-hak istimewa.

Apa yang tidak disangkal adalah bahawa Apco adalah syarikat yang dipilih oleh Najib untuk menggalakkan konsep 1Malaysia.

Fakta ini sahaja pasti akan menjadi bumerang( menikam diri sendiri), terutama keatas sebuah kerajaan Muslim yang begitu sukar untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang sahabat pelarian Palestin.

Perniagaan Apco

Kenyataan Anwar dan penafian Apco telah mencetuskan minat mendalam untuk mengenali siapa itu Apco .

Pada laman webnya, Apco, yang berpangkalan di Washington, menggambarkan dirinya sebagai "salah satu perunding komunikasi yang terbesar yang dimiliki secara independen " dengan beberapa di seluruh dunia.

Margery Kraus, CEOnya, telah menubuhkan syarikat itu pada 1984.Di antara keistimewaan khususnya adalah untuk membantu para klien bagi "meninjau yang kompleks dan sering merumuskan dunia perniagaan, industri dan kewangan, media, pendapat pablik dan masyarakat, dan kerajaan dan dasar awam."

Selain Apco, Kraus juga membantu menubuhkan dan mengembangkan Close Up Foundation, sebuah yayasan pendidikan yang ditaja sebahagian oleh Kongres AS.

Tetapi Kraus juga aktif dalam pertubuhan-pertubuhan lain yang kurang bersifat pendidikan, seperti mengetuai dewan penasihat Kumpulan Menatep, sebuah syarikat holding Russia, dan terlibat dalam Teuza Fund, dana modal ventura yang diperdagangkan secara awam di bursa saham Tel Aviv,Israel.

Hubungan Zionis

Hubungan dengan Israel melalui Kraus, tidak berhenti di situ. Dalam Apco, terdapat 50individu yang sangat berpengaruh duduk dalam Majlis Penasihat Antarabangsa.Mereka terdiri daripada bekas ahli politik, para pemimpin perniagaan dan diplomat.

Setidaknya tiga di antara mereka, Itamar Rabinovich, Shimon Stein dan Doron Bergerbest-Eilon, adalah beberapa individu yang berkaitan secara terus dengan Israel dan institusi politik dan tenteranya yang dikenali sangat ganas.

Seorang mantan Presiden dari Tel Aviv University, Rabinovich adalah juga Pengerusi Dan David Foundation (diasaskan diIsrael) , yang diberi nama selepas kelahiran Romania dermawan Yahudi yang aktif dalam pergerakan pemuda Zionis tahun 1940-an.

Kemudiannya, ia bertugas sebagai penasihat kepada menteri-urusan politik bagi Kedutaan Israel di Washington.

Doron Bergerbest-Eilon adalah mantan kepala divisi perlindungan dan keselamatan dan pejabat keamanan kanan Israel Security Agency (ISA), satu kedudukan setara dengan pangkat major jeneral.

Pada bulan Mei 2005, Bergerbest-Eilon dianugerahkan dengan The Director's Recognition Award, pujian tertinggi Pengarah US Secret Service.

Di antara kemahiran yang dipaparkan adalah keselamatan dan pertahanan, dengan Singapura sebagai salah satu "daerah kepakaran".

Membangun Reputasi

Menjelaskan lebih lanjut Majlis Penasihat Antarabangsa, Strategi Apco menyatakan:

"Ahli terhormat ini dan kumpulan petugas dinamik , berkerja berganding bahu dengan para profesional APCO untuk memperkuat dan memperdalam kepakaran kami yang berada di berbagai sektor dan perkhidmatan.Para pelanggan mendapat manfaat daripada wawasan tahap tinggi bergantung harap keatas maklumat dan pendapat mereka yang berpengalaman luas. "

Najib memilih Apco boleh difahami, khususnya selepas BN yang berada di akhir wit dalam usaha untuk membina semula imejnya selepas kekalahan dalam pilihanraya umum Mac 2008.

Najib mungkin yakin dengan kemampuan Kraus untuk membantu kliennya membalikkan keadaan.

Lagi pula, dalam tahun 2008 wawancara dengan Public Affairs Asia, Kraus dengan yakin menyatakan:

"Beberapa persoalan yang telah kami bantu selesaikan meliputi: Apa langkah-langkah perlu diambil untuk membina reputasi? Bagaimanakah manusia mengembangkan hak sekutu untuk menyokong tindakan-tindakan yang diperlukan untuk sukses? Apakah yang dimaksudkan dengan masalah 'tersembunyi' atau peluang yang boleh membezakan antara satu kumpulan daripada lain? Mendapatkan perkara ini betul, adalah sering kali perbezaan antara kejayaan dan kegagalan. "

Ironisnya, jauh daripada menyelesaikan mana-mana persoalan, Najib mungkin menemukan dirinya dalam krisis kredibiliti yang lebih besar, berkat hubungan Apco dengan individu-individu yang telah berada di pusat kuasa Zionis.

Nazri sendiri telah mengakui kenyataan ini ketika mendesak supaya Anwar dihadapkan kepada jawatankuasa hak-hak istimewa, "Ini adalah masalah serius bilamana seorang pemimpin Muslim dikaitkan dengan Zionis," ia dilaporkan sebagai berkata.

Tetapi secara jujur dan benar terhadap pengakuan diri sendiri atas kemampuan untuk "membina reputasi", Najib tidak boleh mengeluh bahawa Apco Worldwide telah gagal untuk menyampaikan.

Saga terbaru menunjukkan hal itu memang ia telah menyampaikan janjinya membina reputasi untuk kliennya - kali ini untuk kedua Najib dan kerajaan BN. / end

sumber

Selasa, 16 Mac 2010

Akhbar Hantu Keluar Lagi ! Grand Design Musuh Terhadap Selangor

Ingatkah anda, sebelum pilihanraya ke 11 (2004), pihak musuh dari parti lawan yang memerintah negeri Selangor pada masa itu mengeluarkan Akhbar Hantu bagi meruntuhkan kredebiliti pemimpin-pemimpin PAS, khususnya pada peringkat negeri Selangor. Mereka mengeluarkan versi tiruan Harakah yang isinya menghentam dan memfitnah pemimpin PAS pada peringkat negeri dan juga pada peringkat Pusat. Selepas beberapa siri menggunakan nama Harakah palsu, mereka kemudian menggunakan judul ‘Marahkah’ yang formatnya semacam Harakah yang juga dikeluarkan secara bersiri. Setiap keluaran diposkan kepada pemimpin-pemimpin PAS dan lain-lain serta disebarkan kepada orang ramai melalui pelbagai cara. Antaranya dilonggokkan di tempat terbuka dan orang ramai mengambilnya sendiri atau terbiar di situ.

~Akhbar Selangor Kini~


Petanda pilihanraya semakin mendekati, kini Akhbar Hantu muncul kembali. Fokusnya menentang Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri di Selangor. Dinamakan Akhbar Hantu, kerana akhbar berkenaan tidak mempunyai nama penerbit dan tiada mempunyai sebarang alamat yang boleh dirujuk. Pendek kata tiada penanggungjawaban. Akhbar ini mengambil format akhbar ‘Selangor Kini’ Kerajaan Negeri Selangor. Akhbar Palsu ini diberi nama ‘Selangor Kita’. Fokusnya tentulah terhadap Negeri Selangor.

~Gambaran akhbar Selangor Kita~


Perlu diingat kepimpinan parti UMNO-BN di Selangor sekarang diambilalih oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri. Sebagai sebuah negeri maju dan tulang belakang ekonomi dan pentadbiran bagi Malaysia, Selangor adalah menjadi fokus utama bagi Kerajaan UMNO-BN untuk merampas kembali dari Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun. Jika pengeluaran Akhbar-Akhbar Hantu sebelum pilihanraya 2004 adalah dari tajaan musuh politik pada peringkat negeri, maka kali ini ianya adalah merupakan dari ‘Grand Design’ dari pihak musuh pada peringkat tinggi, bukan setakat pengeluaran Akhbar Hantu, tetapi juga berbagai-bagai tektik perang dan serang politik dan mereka mempunyai peruntukan yang tidak terhad. Khabarnya musuh ini bukan setakat menggunakan pasukan penyerang dan pemusnah dari kem sendiri, tetapi bekerjasama, bahkan turut menggunakan musuh-musuh pembelot yang keluar dari Pakatan Rakyat sebagai alat dan umpan di barisan hadapan mereka.

~Antara isu di muka surat akhir Selangor Kita~

Akhbar Hantu ‘Selangor Kita’ , Bil. 1 Tahun 1 Februari 2010 setebal 20 halaman pertama kali sampai ke Bangi beberapa hari lalu. Sudah tentulah Bangi yang merupakan kubu kuat PAS di Selangor dan Pengawal Kota Selatan menjadi fokus serangan musuh untuk melumpuhkan PAS. Khabarnya Selangor Kita dalam versi CD juga turut disebarkan. Selangor Kita membawa fitnah tentang isu arak, maksiat, Dato’ Seri Anwar, tentang MB dan Exco-Exco, Isu Khalid dan Zulkifli. Perang politik dan propaganda telah bermula, tentu ramai tertembak dan luka. Kita perlu bersedia dengan kelengkapan perang yang sempurna bagi mengalahkan musuh durjana.

Sekian.

http://drshafie.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails