Seorang anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Jengka yang terbabit dalam operasi mencari mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran pada 26 hingga 30 Jun lalu, adalah mangsa terbaru yang maut akibat jangkitan Melioidosis dan Leptospirosis.
Mangsa, Mohd Noor Abidin Ismail, 50, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada jam 3.11 pagi tadi.
Allahyarham yang juga mangsa ketujuh meninggal dunia akibat jangkitan itu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mat Kilau pada 11.30 pagi. Isterinya, Noorzakiah Mohd Jusof, 40, berkata, Allahyarham dipindahkan daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa semalam selepas keadaannya didapati stabil dan beransur pulih.
Beliau yang sebak ketika ditemui pemberita berkata, ketika operasi di Lubuk Yu, suaminya tidak terbabit menyelam ke dasar sungai, sebaliknya hanya ditugaskan menjaga peralatan dan logistik bomba.
"Dia mula demam apabila selesai menjalani operasi berkenaan dan ditempatkan di ICU kerana bakteria itu memberi kesan kepada tubuhnya, tambahan pula suami saya turut mengidap kencing manis," katanya.
Noorzakiah yang pasrah dengan apa yang berlaku, juga berkata, dia dan suaminya baru membeli sebuah rumah dan belum sempat berpindah setelah kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.

Hadir sama, menziarah keluarga Mohd Noor ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee; Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Amir Yusof dan Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Zulkarnain Mohd Kassim.
Amir berkata, Mohd Noor adalah mangsa pertama membabitkan anggota bomba yang terbabit dalam operasi Lubuk Yu dan pihaknya masih menunggu laporan lengkap berhubung kematian itu.
Beliau berkata, pihaknya juga akan melihat semula kaedah yang diguna pakai selain meningkatkan lagi kawalan keselamatan bagi anggota bomba dalam mana-mana operasi menyelamat pada masa depan.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Rosnah Ismail ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.
"Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan kes yang disyaki ialah sebanyak 21 kes."
"Dari jumlah itu, empat masih dirawat di hospital iaitu tiga kes di Hospital Jengka dan satu di Hospital Selayang, semua mereka (yang) terbabit (dalam keadaan) stabil," katanya.
Dr Rosnah berkata, mangsa terbaru yang meninggal dunia itu sebelum ini pernah ditempatkan di Hospital Jengka pada 3 Julai sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada 8 Julai untuk rawatan lanjut.
"Mangsa sebelum ini sudah didiagnosis sebagai Melioidosis dan Leptospirosis dan diberikan rawatan antibiotik, mangsa juga menghidap diabetis, keadaan mangsa kemudiannya stabil dan ditempatkan di wad biasa pada 26 Julai," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, Allahyarham Mohd Noor menghidap serangan jantung dan disahkan meninggal dunia.
Dr Rosnah berkata, punca kematian mangsa adalah akibat serangan jantung yang disebabkan penyakit diabetis.