Harakahdaily |
Sep 23: A top Catholic bishop has thrown his support for the implementation of the Islamic criminal laws stipulating deterrent punishment on serious crimes, or hudud, in Kelantan, provided non-Muslims were given "a cast-iron guarantee that it will not be implemented on us". L-R: Dr Paul and Nik Aziz In comments on the issue sparked by former prime minister Dr Mahathir Mohamad's challenge to Kelantan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Paul Tan Chee Ing, president of the Catholic Bishops' Conference of Malaysia, said it was wise for non-Muslims not to oppose such laws among Muslims "if they so desire". “I say it's time to allow Muslims in Kelantan, if they so desire, to implement shariah only for them and with that the hudud enactments provided non-Muslims are exempt from its implementation,” online news portal Malaysiakini quoted Dr Paul, also the titular head of Catholics in the Melaka-Johor diocese, as saying. His comments come in the wake of a statement by Mahathir that Nik Aziz should implement hudud in Kelantan now that the former was no longer the prime minister who had once sent a letter warning the PAS-led state against any attempt to introduce the Islamic laws. In response, Nik Aziz said a prime ministerial decree would not expire with Mahathir's resignation, and called on the current PM Najib Razak to revoke the Federal government's earlier stance on the issue. 'Extraordinary man' Giving his views, Dr Paul said the issue had to do with the debate between two different Islamic schools of theology, the 'rationalists' or Mu'tazilites, and the 'traditionalists', or Ash'arites. "I don't know if that extraordinary man, the Kelantan menteri besar (Nik Aziz Nik Mat), is a Mutazilite or an Asharite. Sometimes he sounds like a Mu'tazilite, sometimes like an Ash'arite," said Dr Paul, who added that such an ambiguity was "a good thing". "It shows he is not dogmatic. I say let him and all who hold with him have their way so long as non-Muslims have iron-clad guarantees of their exemption. I am in favour of Kelantan Muslims having hudud implemented for them only," the portal quoted him. Prior to this, Opposition Leader Anwar Ibrahim (left) said he was personally in favour of hudud laws being introduced in Kelantan as it would ensure justice. Earlier, the issue, regarded as highly contentious and which in the past created rifts between DAP and PAS, has instead laid bare cracks between MCA and UMNO. MCA president Chua Soi Lek said the Chinese-based party would leave the Barisan Nasional coalition if UMNO supported hudud laws. This was in response to UMNO deputy president Muhyiddin Yasin's cautioned comments on Kelantan's long-fought battle with the Federal government over hudud, saying he was obligated as a Muslim to support hudud but differed on the timing of its implementation. |
Jumaat, 23 September 2011
Top Catholic bishop tells non-Muslims to support hudud in Kelantan
Umno Cuba Gadai Tanah Rezab Melayu Di Selangor
SHAH ALAM 23 SEPT : Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.
Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.
Manakala syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera.
Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini, sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS tunduk kepada DAP.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong.
Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini.
“Dalam soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas, ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan,” katanya.
Tambah Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang tidak telus.
“Pada kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat.
“Isu yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain.- tvs
"Itu modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu, rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu berlaku secara berleluasa,” jelas Faekah.
Hukum Hudud: Umno OK tapi Malaysia tak sedia, kata Muhyiddin
Oleh Yow Hong Chieh
PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.
Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.
“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.
“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno.
Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.
“Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud,” kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.
Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau.
Dalam ulasannya pagi tadi, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.
Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.
“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...,” kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.
Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.
“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi ... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

Inkues Sarbaini: Blog Umno guna video seks ‘serang’ Kastam
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Blog-blog yang pro-Umno mengeluarkan video seks - usaha yang dilihat sebagai percubaan mahu mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues yang akan diumumkan berhubung kematian Ahmad Sarbaini Mohamed, Isnin ini.
Video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia, menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel.
Blog theunspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai kastam manakala wanita itu pula pelacur rakyat Rusia.
Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul “Pegawai Kastam Yang Terlampau,” dengan kematian seorang pegawat kastam di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan 6 April lalu.
Pemblog itu berpendirian selari dengan kedudukan SPRM dan peguamnya Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah ketika prosiding berkenaan kematian Sarbaini.
Video itu dikaitkan dengan Kastam Diraja Malaysia selepas balu Sarbaini memberikan satu kenyataan kepada Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan blog Malaysia Today, mendakwa kenyataan Shafee dan SPRM telah mencemarkan nama suaminya.
Maziah Manap berkata dia tidak gembira dengan kenyataan Shafee kerana mendakwa suaminya cuba mahu melepaskan diri daripada SPRM untuk bertemu dengan seorang rakannya dan bagi memastikan kenyataan mereka adalah konsisten.
Kata blog itu, Sarbaini adalah pegawai kastam yang ada kes rasuah yang sedang disiasat dan “hairannya Raja Petra cuba nak pertahankan kematiannya seolah-olah SPRM ada lakukan ‘foul play’.”
“Macam mana dia tahu maklumat terperinci sedangkan dia berada di London. Dia menceritakan seolah-olah Sarbaini sedang diugut pengakuan dengan disuruh ‘stand on the ledge’,” katanya lagi.
“Peguam Datuk Shafee Abdullah panggil teori dia merapu. ‘Katanya, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra’.
“Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian),” katanya lagi.
Pemblog itu menambah, apa yang ditulis Raja Petra adalah motif pembangkang yang mahu kes Sarbaini seperti mendiang bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock bagi mendapatkan sokongan pegawai kerajaan.
“RPK berbohong kerana SPRM benarkan Sarbaini tukar kenyataan dari ngaku terlibat kepada tidak terlibat,” katanya lagi.
“Pada mulanya Unspinners agak keliru tetapi lama-lama jelas bahwa Sarbaini panik. Masa dia mahu tukar kenyataan mengatakan tidak kenal beberapa ‘forwarder’, SPRM kata mereka akan panggil ‘forwarder’ tersebut.
“Ini yang buat dia panik dan ketika dibiarkan sebentar, dia lari melalui pintu ‘panrty’ ke tingkap. Dia ingat dia boleh lompat ke atap ‘parking’ kereka yang kelihatan rapat tetapi sebenarnya jauh.
Pada 12 September lalu, Shafee berkata keputusan inkues berhubung kematian Sarbaini, Penolong Pengarah Kastam Selangor, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Shafee mewakili SPRM dalam inkues itu berkata tiada sedikitpun keterangan untuk mencadangkan bahawa kematian beliau disebabkan dibunuh atau terdapat pembabitan pihak ketiga seperti didakwa seorang peguam bagi keluarga itu, Awtar Singh.
Shafee berkata, mangsa telah mati selepas jatuh dari belebas tingkap di tingkat tiga tingkat bilik pantri dan ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.
Shafee juga menjelaskan bahawa SPRM tidak mempunyai sebab untuk marah atau kecewa memandangkan bahawa mangsa telah bercadang untuk menukar kenyataannya pada 6 April 2011.
Dalam penghujahan bertulis 19 halaman, Awtar berkata wujud elemen ‘main kotor’ oleh SPRM yang menyebabkan kematian Sarbaini.
“Mungkin SPRM tidak berniat menyebabkan kecederaan kepada mangsa atau membunuhnya, tetapi terdapat elemen kecuaian dalam kes ini yang menyebabkan kematian Ahmad Sarbaini,” katanya.
Awtar berkata siasatan ke atas kematian Sarbaini tidak begitu lengkap kerana banyak persoalan masih belum berjawab termasuk kenapa mangsa berada di luar tingkap.
Koroner akan memutuskan pada 26 September mengenai inkues itu yang bermula pada 4 Julai dan berakhir 4 Ogos lalu.

Satelit UARS NASA dijangka jatuh Sabtu, 24 September 2011
SERPIHAN Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) yang tidak lagi berfungsi diramal jatuh di luar Malaysia.
Menurut Agensi Angkasa Negara dalam satu kenyatan hari ini, satelit UARS yang dinyah aktifkan pada 2005, diramal jatuh dan memasuki atmosfera bumi Sabtu ini.
Mengikut laporan NASA, UARS akan terbakar dan pecah kepada serpihan kecil apabila memasuki atmosfera bumi dan hanya sebahagian kecil komponen satelit itu dijangka jatuh ke permukaan bumi.
Justeru, menurut NASA, risiko jatuhan serpihan kepada orang awam adalah amat kecil.
Bagaimanapun, NASA melaporkan bahawa waktu dan jejak jatuhan serpihan satelit hanya akan diketahui dengan tepat beberapa jam sebelum ia berlaku.
Namun daripada penjejakan laluan orbit satelit yang dilakukan WeatherSpace.com, laluan serpihan satelit itu dijangka jatuh di kawasan sekitar Afrika, Asia Timur dan berakhir di Lautan Pasifik, di luar Malaysia.
UARS seberat enam tan itu dilancarkan pada 1991 untuk mengukur lapisan ozon, angin serta suhu dan ia adalah satelit terbesar NASA yang dijangka jatuh selepas makmal angkasa Skylab terhempas di barat Australia pada 1979.
- BERNAMA
PEMUDA PAS BANTAH PENJUALAN TIGA PULAU
Sabahkini |
Oleh : LAHIRUL LATIGU
DEWAN Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan tiga buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir Kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.
Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.
Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.
Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau.
Pada masa yang sama, Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir dan ditangkap.
Kesemua kekejaman ini dilaporkan Suhakam dan Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat iaitu sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.
Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah, Bab 68, bagi merampas Hak Tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di Pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.
Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran; sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.
Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau tersebut bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.
Jesteru itu, Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan merugikan Sabah dan kehilangan khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.
Kerajaan BN sewajarnya mendedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sehingga sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!
Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat
Oleh KEMALIA OTHMAN
PETALING JAYA: Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.
"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.
"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.
Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.
Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.
"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,
"Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi.
_MStar

"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.
"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.
"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.
Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.
Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.
"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,
"Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi.
_MStar
Hudud: Desakan Tun M punya agenda sebaliknya
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah dan saluran demokrasi serta melalui proses legislatif-perundangan dan bukan secara paksaan, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad. Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan. “Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara dipaksa atau melalui pintu belakang-back-door,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri. Tun dirakamkan sebagai menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu. Kucar-kacirkan Pakatan Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini. Sememangnya Hudud bukan dasar bersama Pakatan. “Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat,” katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor. “Serangan PAS terhadap rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan pembaziran Umno serta urus-tadbir khianat dan pincang, adalah terbit dari prinsip Islam yang kami dukungi. Tidak dengan Hudud pun kita boleh tentang Umno dan Ketuanan Melayu sempit Umnoputeranya” tambah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas itu. Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya. Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi. Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan. “Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak ikhlas dan tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri,” soalnya. “Jelasnya Umno dan Mahathir memang memusuhi Hudud yang merupakan sebahagian dari Qanun Jana’iyah Islamiyah-yang dituntut Islam ke atas penganut-penganutnya. Mungkin yang lebih takut Hudud adalah elit Umno yang didakwa merompak wang rakyat. Orang Kristian, Hindu atau Budhists tidak perlu khuatir kerana Hudud tidak terkuatkasa ketas mereka pun”, ujarnya lagi. |
Seramai 37 Tentera Korea Peluk Islam
Perang Iraq memberi makna lain bagi "Unit Zaitun", nama pasukan Korea Selatan yang ikut dihantar ke Iraq pada tahun 2006 sebagai sebahagian dari pasukan gabungan AS. Sebelum berangkat dan ditempatkan di bandar Irbil, bandar warga Kurdis di utara Iraq, 37 ahli unit ini menyatakan diri masuk Islam dan bersyahadat di Masjid Hannam-dong, Seoul.
"Saya memutuskan menjadi seorang Muslim, kerana saya merasa Islam sebagai agama yang lebih humanis dan damai berbanding agama-agama lain. Kalau kita boleh secara agama berinteraksi dengan warga tempatan, saya fikir ini akan banyak membantu kami menjadi misi damai untuk melakukan rekonstruksi di Iraq, "kata Leftenan Son Hyeon-ju dari pasukan khusus Brigade ke-11, salah satu tentera Korea Selatan yang masuk Islam.
Ketika itu, pada hari Jumaat di bulan Julai 2006, Hyeon-ju dan 36 tentera Korea Selatan yang lain mengambil wuduk, lalu duduk berjajar di dalam Masjid Hannam-dong. Dengan bimbingan imam masjid, mereka melafazkan dua kalimah syahadat dan mulai hari itu, para tentera yang akan berangkatkan ke Iraq itu dengan rasmi menjadi muslim.
Tentera Korea mungkin tidak pernah menyangka peluang untuk mempelajari Islam dan bahasa Arab bagi para tentera, terutama Unit Zaitun, yang akan dihantar ke Iraq, akan membuat puluhan tenteranya masuk Islam. Pertimbangannya ketika itu, kerana majoriti penduduk bandar Irbil adalah muslim, sedangkan tentera Korea yang akan dihantar adalah non - muslim, maka para tentera itu dihantar ke Masjid Hannam-dong untuk belajar dan memahami tentang Islam dan komuniti Muslim. Ternyata, sebahagian tentera itu malah benar-benar jatuh cinta pada Islam dan memutuskan untuk memeluk agama Islam.
Salah seorang anggota pasukan Unit Zaitu dari Divisi ke-11 Angkatan Bersenjata Korea Selatan, Kopral Paek Seong-uk yang masih berusia 22 tahun mengatakan, "Di kampus, saya mengambil jurusan bahasa Arab dan setelah membaca isi Al-Quran, saya jadi sangat tertarik pada islam. Saya pun memutuskan untuk menjadi seorang muslim selama mengikuti program yang diadakan Unit Zaitun, sebuah pengalaman agama buat saya. "
Koperal Paek Seong-uk dengan bersemangat menyatakan keinginannya jika sudah sampai di Iraq. "Saya ingin ikut serta dalam acara-cara keagamaan dengan warga tempatan, sehingga mereka boleh merasakan rasa persaudaraan. Saya juga juga ingin memastikan warga tempatan bahawa pasukan Korea Selatan bukan pasukan penjajah, tapi pasukan yang dikerahkan untuk membantu misi kemanusiaan di Iraq," ujar Paek seong-uk.
Tentera-tentera Korea yang memilih menjadi muslim itu, faham pentingnya homogenitas agama di tengah-tengah komuniti Muslim. "Jika agama anda sama, anda tidak akan dianggap sebagai orang asing, tapi akan diperlakukan seperti layaknya warga tempatan. Lebih dari itu, Islam mengajarkan tata cara perang yang beradab. Muslim tidak boleh menyerang kaum wanita, bahkan dalam peperangan," kata seorang pegawai tentera Korea Selatan, mengomentari puluhan tenteranya yang masuk Islam.
Diterjemah dari fiqhislam
Khamis, 22 September 2011
Gerak: Umno Lahanat Tak Bagi Guna Stadium
13 tahun lalu, saya diarahkan oleh Hj Mahfuz Omar yang menjadi Ketua Sekretariat Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) untuk menempah Stadium Bukit Jalil untuk diadakan majlis Pelancaran Gerak Peringkat Nasional.
Setelah Salahuddin Ayub menandatangani cek RM5000 sebagai deposit, saya terus ke Staduim Bukit Jalil bersama saudara Fazli Abd Ghani, yang sekarang menjaga arkib PAS - dia sudah jadi pakar sejarah PAS. Pengurus Perbadanan Stadium Merdeka yang menguruskan stadium itu ialah seorang pelakon drama kegemaran ramai - OPAH- Abu Bakar Kasim.
Sewaktu saya tiba, Ziana Zain sedang berlatih menyanyi kerana akan diadakan konsert pada malam berikutnya di stadium itu. Kelihatan ramai pekerja sedang mengemaskan stadium kerana malam sebelumnya berlangsung jamuan untuk petugas Sukan Komenwel. Kata Abu Bakar, petugas pembekal makanan itu bekerja sejak malam tadi kerana banyak makanan tak habis. Tempahan untuk 50 ribu, yang datang hanya sekitar 20 ribu. Kontena yang berbaris di luar itu membawa sisa makanan yang tak diberitahu kemana hendak dibuang.
Setelah selesai membawar deposit tempahan atas nama Mahfuz Omar dan saya sebagai penjamin, saya beredar ke Balai Polis Cheras untuk memohon permit himpunan. Ketua Polis Cheras waktu itu ialah ACP Bakri Zinin, Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman sekarang.
Selesai di IPD Cheras, saya ke Harakah untuk memaklumkan supaya wartawan menulis berita tentang hal itu kerana inilah kali perama program parti pembangkang akan diadakan dalam stadium. Tempahan dengan pengurusan stadium dan permit polis sudah di pohon. Semuaya beres, menunggu masa untuk berlaku.
Jika tidak salah ingatan saya, majlis akan berlangsung pada 21 Oktober 1998 (nanti saya betulkan jika tersilap). Masih ada lebih kurang satu minggu untuk membuat persiapan. Poskad khas yang direka semalaman, yang ditujukan kepada Perdana Menteri telah dihantar untuk dicetak sebanyak 100,000 keping. Saudara Azmi unit amal yang mengurus cetakan. Sementara itu tandatangan sokongan kepada Gerak yang diiklankan di Harakah masuk melalui mesin fax tak putus-putus. Sejuta tandatangan yang disasarkan akan di'hadiahkan' kepada PM.
Malam itu saya tidur lena selepas membayangkan betapa meriahnya stadium itu nanti dengan pimpinan dan penyokong Gerak yang akan hadir. Tentu ramai! Orang tengah marahkan Tun Mahadhir keranan memecat Anwar Ibrahim. gerak diketuai oleh Almarhum Presiden PAS, Dato' Hj Fadzil Noor.
Jam 9 pagi esoknya, Abu Bakar Kasim tercegat di depan tangga pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, Taman Melewar. Saya nak jumpa Mahfuz Omar atau Sanusi Md Nor, katanya. Sayapun turun ke bawah bila dipanggil seorang teman. Maaf Encik Sanusi, saya terpaksa pulangkan duit deposit tempahan Stadium semalam atas arahan 'orang atas' .... Maaflah cik Sanusi! Saya tak boleh buat apa-apa... Ini cek encik semalam. Seperkara lagi....dan saya dimaklumkan permit polis pun tak akan dikeluarkan! Katanya ringkas dan meminta diri.
Petang itu saya dipanggil ke IPD Cheras, disoal macam orang salah kerana memohon permit himpunan pelancaran Gerak oleh SB berpangkat inspektor dari Kelantan. Lepas makan lepat pisang dan teh tarik, saya dan Fazli Ghani balik....pening. Perjuangan tetap akan diteruskan. Inilah kisah pembangkang memohon guna stadium di zaman BN jadi Kerajaan. Ziana Zain boleh buat konsert, sukarelawan Komenwel boleh makan-makan... Kita tak boleh!
Akhirnya waktu pelancaran Gerak tiba juga. Berlaku di Taman Melewar yang mencatat sejarah dalam gerakan politik di Malaysia. Setiap inci bumi taman melewar penuh sesak, jem sampai ke Greenwood hingga ke Setapak. Saya tak dapat ke mana- mana, terperap dalam bilik..tangga pun dipenuhi manusia.
Menjelang jam 10, dicelah-celah orang ramai, 4 anggota polis berpangkat tinggi mencelah di celah ratusan ribu manusia mara ke pentas untuk menghentikan program. Dalam berhimpit-himpit, orang memberi laluan...disiplin dan rasa hormat kepada mereka sebagai penjawat awam membawa mereka ke pentas bertemu Cikgu Mustafa Ali (Cikgu Pa) yang menjadi Bendahari PAS waktu itu, dia bertanggungjawab ke atas premis markaz PAS itu.
Masa itu, kesedaran hak orang awam bila berdepan dengan polis belum seperti sekarang. Tak ramai yang tahu berhimpun dalam premis sendiri tak perlukan permit polis. Sekejap saja berhadapan Cikgu Pa mereka pun beredar dengan aman tanpa gangguan program diteruskan. Selepas itu Cikgu Pa membuat pengumuman...Kata Cikgu Pa, polis minta bercakap di mikrofon untuk minta orang amai beredar, perhimpunan ini tiada permit...tapi saya tidak izinkan kerana saya bimbang mereka tidak dapat keluar seperti mana mereka masuk tadi! Orang ramai bertakbir Allahu akbar!!! Tanpa disuruh...
Derma malam itu juga catat sejarah. Kali pertama saya dan 6 sekretariat Gerak mengira wang derma sampai pagi. Wang kertas saja RM67 ribu, duit syiling pakai timbang kilo.
Sehingga Gerak dilancar ke seluruh negara dan menjalankan berbagai- bagai aktiviti dan roadshow, wang itulah digunakan...itulah titik mula perubahan lanskap politik negara kita sejak Merdeka... Kepimpinan Dato' Hj Fadzil Noor adalah arkiteknya... Bertuahnya kita kerana pernah 'memilikinya..bertuah juga diri saya kerana turut berpeluang terbabit biarpun hanya sepalit warna di atas 'karya besarnya'...'.
Selepas itu, palancaran Gerak di Negeri- negeri semuanya diganggu polis, hingga ada yang terpaksa di batalkan. Saya sempat ke Pahang, Johor dan Kedah... Di Kedah berlaku di Muassasah. Petugas yang ditugaskan mengedar poskad khas kepada PM memanggil saya ke mejanya... Abang ambik poskad ni bang...sain saja dan bagi duit 3 kupang esok saya tong poskan! Saya senyum saja!
Saya ungkit kisah ini untuk apa??
Kerana ini adalah satu sejarah! Ulangan sejarah ini sudah tiba. Baru 13 tahun, kita sudah berada semula di putarannya... Di waktu Ustaz Azizan mengetuai kerajaan Kedah Waktu ini, dia sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Darul Aman dengan baik hati dan berbudi tinggi memberikan keizinan kepada Barisa Nasional menggunakan Stadium Suka Menanti untuk menjalankan aktiviti mereka... Dato' Bashah mengucap terima kasih atas kebaikan itu di akhbar!
Ia berlaku dua hari lalu. Inilah contoh kepimpinan PAS yang mengetuai Pakatan Rakyat... Bakal memimpin negara yang tercinta ini nanti.... Ada orang kata : PAS dengan UMNO-BN dengan PR sama saja... Politik politik juga!
Sama kah??? Mana mungkin! Kita sudah jauh berbeza walaupun dalam bab menggunakan stadium, apa lagi hal lain! Teras kita Islam... Amalan kita selari dengan demokrasi. BN yang mengurung demokrasi hanya untuk kelompok sempit mereka sudah ditolak... Dan akan terus ditolak...tunggulah masanya! Mereka tiada upaya untuk bangkit lagi dengan tolakan itu...
Yang terlebih baik dari itu...PAS mengadakan Majlisnya di kompleks sendiri di Batu 9... Kemaihhh!
Yang terlebih baik dari itu...PAS mengadakan Majlisnya di kompleks sendiri di Batu 9... Kemaihhh!
Muhammad Sanusi Md Nor
Tun Zaki Azmi: Gaji hakim lebih rendah dari peguam
Malaysiakini | Tun Zaki Azmi berkata, beliau berjaya melantik enam orang peguam sebagai hakim kanan, sepanjang tiga tahun perkhidmatannya sebagai ketua hakim negara.
Jumlah itu dilihat agak besar, namun Zaki berkata usaha berkenaan bukanlah perkara mudah kerana peguam berkenaan terpaksa menerima bayaran gaji yang lebih rendah.
"Saya mahu ambil lebih ramai lagi. Dua orang lagi. Saya cuba ajak mereka (supaya sertai kehakiman). (Tapi) di saat terakhir mereka menolak. Gaji tak cukup," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.
Menurutnya, peguam yang berkualiti boleh meraih pendapatan lebih RM1 juta setahun.
“Tiba-tiba, (bila) mereka jadi hakim gaji mereka RM400,000 (setahun). Siapa yang mahu? Proton Saga atau Proton Perdana?," katanya.
Satu cara penyelesaiannya, hakim perlulah menerima imbuhan yang setimpal, kata Zaki.
Beliau tidak menjelaskan sistem tangga gaji untuk para hakim, namun Zaki percaya, hakim yang baru dilantik boleh menerima bayaran gaji yang lebih tinggi daripada Ketua Setiausaha Negara.
Dalam tempoh beliau mengetuai cabang kehakiman, Zaki menjangkakan bahawa gaji para hakim telah dinaikkan sehingga 40 peratus.
Namum, bukan hakim sahaja yang mendapat kenaikan gaji.
Pindaan kepada Akta Saraan Hakim 1971 yang diluluskan pada Julai lalu membolehkan empat orang hakim paling kanan berkhidmat dalam tempoh yang lebih pendek untuk mendapat bayaran pencen penuh.
Pindaan berkenaan menggariskan bahawa hakim tersebut hanya perlu berkhidmat selama tiga tahun, berbanding sepuluh tahun sebelum ini.
Secara kebetulan, Zaki sebelum ini dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudiannya sebagai Ketua Hakim Negara pada 2007, sebelum bersara pada 14 September lalu pada usia 66 tahun.
Pindaan berkenaan berkuatkuasa pada 1 Januari 2009.
Zaki ketika bercakap di satu persidangan kehakiman awal bulan ini telah menafikan dakwaan beberapa peguam bahawa pindaan tersebut dibuat untuk kepentingan dirinya.
Katanya, pindaan tersebut dijalankan untuk kepentingan hakim terdahulu seperti bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, serta bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim dan Tan Sri Mohamad Jemuri Serjan.
Zaki memberitahu Malaysiakini bahawa dakwaan berhubung pindaan tersebut, didakwa melayakkan beliau mendapat bayaran ex-gratia sebanyak RM2 juta, adalah that "sampah semata-mata."

Kamera Perangkap Laju Kini Berdefinisi Tinggi
APA jua alasan pemandu kenderaan selepas ini tidak akan diterima kerana kamera perangkap had laju polis trafik yang terbaru berdefinisi tinggi (HD).
"Kamera LT120-20 merakamkan imej dengan jelas. Nombor pendaftaran kenderaan dapat dilihat dengan amat jelas.
"Jika imej diambil dari sudut kanan, pemandu dan penumpang juga dapat dilihat dengan begitu jelas," kaa Timbalan Ketua Trafik Persekutuan, ACP Mohd Fuad Abd Latiff kepada The Star di Bukit Aman di sini.
Ribuan pemandu kenderaan didapati memandu melebih had laju yang ditetapkan dalam tempoh empat bulan lalu.
Kesalahan tersebut berjaya dirakamkan menerusi lima kamera HD terbaru dan 36 alat pengesan kelajuan laser.
"Secara purata seramai 2,375 pemandu kenderaan dikesan memandu melebih had laju setiap hari. Kami juga masih dalam proses membeli sebanyak 25 kamera HD.
"Jika terdapat alat pengesan kelajuan lebih baik pada masa hadapan, kami tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya," kata Mohd Fuad.
Kamera HD (LTI 20-20) buatan Amerika Syarikat (AS) itu dianggar berharga AS$6,000 (RM17,000) dan berupaya merakam imej kenderaan yang melanggar had kelajuan dengan resolusi tinggi dari jarak 1.2km pada kelajuan 320 kilometer sejam.
Bukti rakaman video itu dikumpul bersama dengan imej berdefinisi tinggi yang mengenal pasti model, nombor pendaftaraan dan lakaran wajah pemandu kenderaan.
Saman itu kemudiannya dihantar kepada pemandu kenderaan dalam tempoh tujuh hari beserta imej sebagai bahan bukti.
Sementara itu, menurut sumber dari bahagian penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pengguna kenderaan diingatkan supaya mengawal had kelajuan mereka kerana pihaknya giat melakukan pemantauan di jalan raya.
Anggota penguatkuasa JPJ akan merakam kesalahan pengguna jalan raya menerusi kamera berdefinisi tinggi dengan menempatkan dua kamera digital di setiap negeri.
"Kami menerima banyak bantuan daripada orang ramai yang menghantar gambar pengguna kenderaan yang melakukan kesalahan seperti menggunakan laluan kecemasan dan melanggar lampu isyarat," kata sumber itu.
Dalam tempoh tiga minggu di antara 14 Ogos hingga 7 September ini, seramai 2,970 pengguna kenderaa didapati melakukan kesalahan menerusi kamera yang digunakan anggota penguatkuasa JPJ manakala 406 gambar dihantar oleh orang ramai dalam tempoh enam bulan pertama.
"Pesalah trafik akan menerima notis meminta mereka hadir ke temu duga dalam tempoh dua minggu dan jika gagal berbuat demikian mereka akan dikenakan penalti sebanyak RM200.
"Jika mereka gagal tampil, mereka akan dihadap ke mahkamah," kata sumber itu.
Tambahnya, imej yang diambil menggunakan kamera digital berkualiti tinggi dan membenarkan anggota penguatkuasa JPJ memfokuskan nombor pendaftaran kenderaan yang diambil dari jarak jauh.
"Berlainan daripada polis trafik, kami tidak akan menghantar gambar yang dirakamkan kepada pengguna kenderaan melainkan jika mereka mengaku tidak bersalah," katanya.
- MSTAR
Selasa, 20 September 2011
Pengundi Hantu Umnobn: 170,818 pengundi guna kod negara misteri
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.
Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.
"Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.
"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.
Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).
17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10).
Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .
"Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang.
"Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga.
Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.
Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:
1. Mengapa JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia “61” tetapi Mismah diberi kad pengenalan berkod negara “71”. Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .
2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi. Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?
3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ?

Isnin, 19 September 2011
Lambakan warga asing gusarkan rakyat
MALAYSIA mempunyai taraf ekonomi memberangsangkan jika dibandingkan negara jiran walau realitinya, kita masih jauh ketinggalan daripada Singapura. Tahun demi tahun berlalu dan semakin ramai rakyat mempunyai tahap pendidikan dan pekerjaan yang baik.
Namun, jika 10 tahun lalu, kita jarang melihat lambakan warga asing, tetapi sekarang mereka kian memenuhi setiap ruang tanah air. Hampir semua kilang dan kedai kecil di kampung mahupun di bandar di timur hingga selatan tanah air dipenuhi warga Bangladesh dan Indonesia. Di bandar besar termasuk Kuala Lumpur pula dibanjiri warga Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Filipina, Nepal dan Afrika.

Senario warga asing ini kian berkembang pesat kerana kurangnya pemantauan dari segi pengeluaran visa pelajar dan pekerjaan. Jika adanya pemantauan pihak imigresen sekalipun terhadap mereka yang menyalahgunakan visa ini, hanyalah secara bermusim.
Saya mohon kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab memantau atau hentikan terus pengeluaran visa pelajar dan pekerjaan kepada warga negara dunia ketiga bagi mengelak masalah sosial dan jenayah terus berleluasa sehingga mencetuskan rasa takut dan cemas kepada rakyat negara ini.
Berikanlah ruang kepada warga tempatan menjalankan pekerjaan dan kehidupan dengan cara yang sihat tanpa gangguan daripada warga asing. Jangan sampai rakyat tidak berasa selamat berada di negara sendiri kerana kebanjiran warga asing.
Saya mohon kerajaan kasihanilah pembayar cukai yang sentiasa membayar cukai bagi membina sistem pengangkutan dan tempat riadah yang cantik dan selesa, namun kemudahan ini hanyalah untuk menyenangkan warga asing bersidai.
Foreign ship detained for flying Jalur Gemilang upside down
JOHOR BARU: A foreign vessel has been detained for flying the Malaysian flag upside down off the coast of Tanjung Piai here.
It is learnt that the ship had been flying the Jalur Gemilang upside down since Malaysia Day on Sept 16 and was spotted by authorities a day later.
The Malaysian Maritime Enforcement Agency (APMM) (southern region) commander First Admiral Zulkifli Abu Bakar said that the agency was currently questioning the captain of the vessel to find out why the flag was being flown upside down.
“The Indonesian captain and a couple of his crewmen have been brought in for questioning APMM headquarters here.
“The other 12 crewmen aged between 23 to 54 years from Indonesia, India and China have also been detained to assist in investigations,” he said in a press statement. Thestar

Ahad, 18 September 2011
Rosmah antara punca kemarahan ahli Umno untuk singkir Najib
Oleh al_madd
KUALA LUMPUR: Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali mengenai ‘ada usaha menjatuhkan Najib Tun Abd Razak’ dari jawatannya sebagai Perdana Menteri memang benar wujud. Satu sumber dari Umno memberitahu, lebih 100 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian-bahagian sudah memulakan usaha ini kerana mereka kecewa dengan sikap Najib selaku Presiden Umno yang terkejarkejar sokongan dari pelbagai pihak tetapi tidak langsung memberi muka kepada Pergerakan Pemuda.
Pertemuan demi pertemuan sudah dibuat atas nama ketua-ketua Pemuda Umno bahagian yang kecewa dan terbaru, satu pertemuan diadakan di sebuah restoran makanan Arab di Kampung Pandan, 3 Ogos lalu.
Dalam pertemuan tersebut, beberapa pihak yang hadir mendak wa ada percanggahan pendapat mengenai usaha ini kerana mereka tidak mendapat restu dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Malah, kata sumber itu, Khairy memberi amaran, manamana Exco pergerakan Pemuda Umno yang menawarkan diri untuk terlibat secara langsung, tidak menggunakan platform Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebaliknya menggunakan platform jawatan masing- masing di peringkat bahagian.
Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi beberapa pihak mendakwa, Khairy dan naibnya, Dato’ Razali Ibrahim memang dimaklumkan perkembangan ini.
Kumpulan ini mendakwa, mereka kecewa kerana Najib dikatakan mempunyai banyak masa untuk mengadakan pertemuan dengan rakan Facebook dan Tweeter tetapi bila Pergerakan Pemuda Umno meminta masa bertemu, tidak mendapat respon positif darinya.
Rata-rata anggota gerakan ini mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk bergerak sebagai Ketua Pemuda di peringkat bahagian kerana masing-masing tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak diberikan peluang mendapat projek-projek runding terus.
Dalam perkembangan sama, seorang lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dari Wilayah Persekutuan mendakwa, mereka lebih sukar bekerja di bawah kepimpinan Najib ekoran penglibatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara mengenai pentadbiran.
“Kami susah nak men jawab serangan pembangkang untuk isu Rosmah ini tetapi pemimpin seperti Najib tidak pernah mahu mendengar masalah yang kami hadapi di bawah,” ujar seorang Ketua Pemuda dari Johor.
Katanya, tiada se orang pun dari kalangan Pemuda Umno yang d i b e r i k a n ja watan sebagai Pen g e r u s i GLC set e l a h Khairy sendiri dinafikan sebarang jawatan dalam kerajaan atas kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Setakat ini, kumpulan ini tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kerana mendakwa Muhyiddin juga dilihat bersikap tidak serius membantu Pergerakan Pemuda.
“Mereka lebih cenderung berjumpa dengan NGO dan wakil-wakil dari luar negara ketika Pemuda Umno sendiri terkapai-kapai untuk meneruskan kerja-kerja yang diamanahkan,” kata seorang Ketua Pemuda dari Selangor.
Setakat ini, tidak pula diketahui adakah mana-mana Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri mengetahui atau tidak gerakan ini.
Pada 4 Ogos lalu, PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Najib Razak ekoran kebimbangan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah akan menjadi beban kepada BN dalam mengekalkan Putrajaya pada PRU-13.
Mustafa Ali berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin kononnya pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat telah meng adakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
Mustafa berkata, pemimpin-pemim pin Umno bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap BN.
Dalam perkembangan yang sama, beberapa blog menulis Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang diperngerusikan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah mengadakan mesyuarat dan dikatakan mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

7 rombongan iblis di saat sakaratul maut
Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh.
Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya.
Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.
Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih
"Wahai anakku inilah saja makanan dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "
Maka dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana itu kami bawakan kepada kamu doktsr dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang lagi.
Lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "
Berkata ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang tinggi dan hebat, baru saja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. "
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut).
Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:
"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "
Ketika tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai depan dan belakang.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini. "
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu barisan/golongan yang benar iaitu ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut.
Oleh kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Disebutkan dalam sebuah hadith yang artinya: "Ajarkan oleh kamu (orangyang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah. "