
Perang  Iraq memberi makna lain bagi "Unit Zaitun", nama pasukan Korea Selatan  yang ikut dihantar ke Iraq pada tahun 2006 sebagai sebahagian dari  pasukan gabungan AS. Sebelum berangkat dan ditempatkan di bandar Irbil,  bandar warga Kurdis di utara Iraq, 37 ahli unit ini menyatakan diri  masuk Islam dan bersyahadat di Masjid Hannam-dong, Seoul.
"Saya  memutuskan menjadi seorang Muslim, kerana saya merasa Islam sebagai  agama yang lebih humanis dan damai berbanding agama-agama lain. Kalau  kita boleh secara agama berinteraksi dengan warga tempatan, saya fikir  ini akan banyak membantu kami menjadi misi damai untuk melakukan  rekonstruksi di Iraq, "kata Leftenan Son Hyeon-ju dari pasukan khusus  Brigade ke-11, salah satu tentera Korea Selatan yang masuk Islam.
Ketika  itu, pada hari Jumaat di bulan Julai 2006, Hyeon-ju dan 36 tentera  Korea Selatan yang lain mengambil wuduk, lalu duduk berjajar di dalam  Masjid Hannam-dong. Dengan bimbingan imam masjid, mereka melafazkan dua  kalimah syahadat dan mulai hari itu, para tentera yang akan berangkatkan  ke Iraq itu dengan rasmi menjadi muslim.
Tentera  Korea mungkin tidak pernah menyangka peluang untuk mempelajari Islam  dan bahasa Arab bagi para tentera, terutama Unit Zaitun, yang akan  dihantar ke Iraq, akan membuat puluhan tenteranya masuk Islam.  Pertimbangannya ketika itu, kerana majoriti penduduk bandar Irbil adalah  muslim, sedangkan tentera Korea yang akan dihantar adalah non - muslim,  maka para tentera itu  dihantar ke Masjid Hannam-dong untuk belajar dan memahami tentang Islam  dan komuniti Muslim. Ternyata, sebahagian tentera itu malah benar-benar  jatuh cinta pada Islam dan memutuskan untuk memeluk agama Islam.

Salah  seorang anggota pasukan Unit Zaitu dari Divisi ke-11 Angkatan  Bersenjata Korea Selatan, Kopral Paek Seong-uk yang masih berusia 22  tahun mengatakan, "Di kampus, saya mengambil jurusan bahasa Arab dan  setelah membaca isi Al-Quran, saya jadi sangat tertarik pada islam. Saya  pun memutuskan untuk menjadi seorang muslim selama mengikuti program  yang diadakan Unit Zaitun, sebuah pengalaman agama buat saya. "
Koperal  Paek Seong-uk dengan bersemangat menyatakan keinginannya jika sudah  sampai di Iraq. "Saya ingin ikut serta dalam acara-cara keagamaan dengan  warga tempatan, sehingga mereka boleh merasakan rasa persaudaraan.  Saya juga juga ingin memastikan warga tempatan bahawa pasukan Korea  Selatan bukan pasukan penjajah, tapi pasukan yang dikerahkan untuk  membantu misi kemanusiaan di Iraq," ujar Paek seong-uk.
Tentera-tentera  Korea yang memilih menjadi muslim itu, faham pentingnya homogenitas  agama di tengah-tengah komuniti Muslim. "Jika agama anda sama, anda  tidak akan dianggap sebagai orang asing, tapi akan diperlakukan seperti  layaknya warga tempatan. Lebih dari itu, Islam mengajarkan tata cara  perang yang beradab. Muslim tidak boleh menyerang kaum wanita, bahkan  dalam peperangan," kata seorang pegawai tentera Korea Selatan,  mengomentari puluhan tenteranya yang masuk Islam.
Diterjemah dari fiqhislam