Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7  golongan dan rombongan. 
Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan: 
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "
Rombongan 1
Akan   datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan    lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.    disebabkan orang yang di dalam  sakaratul maut itu di masa hidupnya   sangat tamak dan haloba kepada  barang-barang tersebut, maka diraba dan   disentuhnya barang-barang Iblis itu,  pada waktu itu nyawanya putus  dari  tubuh. 
Inilah yang dikatakan mati  yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan  munafik, ke nerakalah tempatnya. 
Rombongan 2
Akan  datang Iblis kepada orang  yang didalam sakaratul maut itu  merupakan  diri sebagai rupa binatang  yang di takuti seperti, Harimau,  Singa,  Ular yang berbisa. Yang apabila orang  yang sedang sakaratul maut  itu  memandang ke binatang itu, maka dia pun  menjerit dan melompat  sekuat  hati. 
Maka  seketika itu juga akan putuslah  nyawa itu dari badannya, maka  matinya  itu disebut sebagai mati lalai dan  mati dalam keadaan lupa  kepada  Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan  Munafik dan ke  nerakalah  tempatnya. 
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya. 
Apabila  tangan orang  yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang   kesayangan itu dan  waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka   matinya itu di dalam  golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT.   Matinya itu mati Fasik  dan Munafik, maka nerakalah tempatnya. 
Rombongan 4
Akan  datang Iblis merupakan dirinya  sebagai rupa yang paling dibenci  oleh  orang yang akan mati, seperti  musuhnya ketika hidupnya dahulu maka   orang  yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk    melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. 
Maka sewaktu itulah  maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan  nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan   datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang  hendak   mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan  minuman,   sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat  mengharapkan   minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya  untuk mengambil   makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu  yang dirupai   oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih 
"Wahai  anakku inilah saja makanan  dan bekal yang kami bawakan untukmu  dan  berjanjilah bahawa engkau akan  menurut kami dan menyembah Tuhan  yang  kami sembah, supaya kita tidak  lagi bercerai dan marilah bersama  kami  masuk ke dalam syurga. "
Maka   dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi,  ketika   itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan  kafir,   kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan  semasa   hidupnya. 
Rombongan 6
Akan   datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang  membawa   banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah  kami   menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana  itu  kami  bawakan kepada kamu doktsr dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya   ubat,  itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu   datang lagi. 
Lalu   datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali  ini  kami  datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam   keadaan  baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "
Berkata  ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang  tinggi  dan hebat, baru saja kembali dari  alam ghaib dan telah mendapat  syurga  yang tinggi. Cubalah kamu lihat  syurga yang telah disediakan  untukmu,  kalau kamu hendak mengetahui Zat  Allah SWT hendaklah kamu  patuh  kepada kami. "
Ketika  itu orang  yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan  dan ke  kiri, dan  dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam   kesenangan syurga,  (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk   tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut). 
Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:
"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. 
Lalu berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "
Ketika  tirai dibuka selapis demi selapis  tirai yang berwarna warni  itu, maka  orang yang dalam sakaratul maut itu  pun dapat melihat satu  benda yang  sangat besar, seolah-olah lebih besar  dari langit dan bumi. 
Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "
Berkata  orang  yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini  benda  yang  benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi,  iaitu  benda  besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah,   mempunyai  depan dan belakang. 
Sedangkan  Zat Allah tidak menyerupai  makhluk, sempurna Maha Suci Dia  dari  sebarang sifat kekurangan. Tapi  sekarang ini lain pula keadaannya  dari  yang di ketahui dahulu. Tapi  sekarang yang patut aku sembah ialah   benda yang besar ini. "
Dalam  keraguan itu maka Malaikat Maut  pun datang dan terus mencabut   nyawanya, maka matilah orang itu di dalam  keadaan kafir dan kekal di   dalam neraka dan terhapuslah segala amalan  baik selama hidupnya di   dunia ini. 
Rombongan 7
Rombongan  Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari  menjadi 72  barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W  bahawa umat  Muhammad  akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu  barisan/golongan yang  benar iaitu  ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain  masuk ke neraka  karena sesat. 
Ketahuilah   bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam  dengan 72  macam  yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia  sakaratul  maut. 
Oleh   kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir   meninggal  dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan   dirinya dari  gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha   bersungguh-sungguh  menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut. 
Disebutkan  dalam sebuah hadith yang  artinya: "Ajarkan oleh kamu  (orangyang masih  hidup) kepada orang yang  hampir mati itu: Laa Ilaaha  Illallah. "