13 tahun lalu, saya diarahkan oleh  Hj Mahfuz Omar yang menjadi Ketua  Sekretariat Gerakan Keadilan Rakyat  Malaysia (GERAK) untuk menempah  Stadium Bukit Jalil untuk diadakan  majlis Pelancaran Gerak Peringkat  Nasional.
Setelah  Salahuddin Ayub menandatangani cek RM5000 sebagai  deposit, saya terus  ke Staduim Bukit Jalil bersama saudara Fazli Abd  Ghani, yang sekarang  menjaga arkib PAS - dia sudah jadi pakar sejarah  PAS. Pengurus  Perbadanan Stadium Merdeka yang menguruskan stadium itu  ialah seorang  pelakon drama kegemaran ramai - OPAH- Abu Bakar Kasim. 
Sewaktu   saya tiba, Ziana Zain sedang berlatih menyanyi kerana akan diadakan   konsert pada malam berikutnya di stadium itu. Kelihatan ramai pekerja   sedang mengemaskan stadium kerana malam sebelumnya berlangsung jamuan   untuk petugas Sukan Komenwel. Kata Abu Bakar, petugas pembekal makanan   itu bekerja sejak malam tadi kerana banyak makanan tak habis. Tempahan   untuk 50 ribu, yang datang hanya sekitar 20 ribu. Kontena yang berbaris   di luar itu membawa sisa makanan yang tak diberitahu kemana hendak   dibuang.
Setelah selesai membawar  deposit tempahan atas nama  Mahfuz Omar dan saya sebagai penjamin, saya  beredar ke Balai Polis  Cheras untuk memohon permit himpunan. Ketua  Polis Cheras waktu itu ialah  ACP Bakri Zinin, Ketua Siasatan Jenayah  Bukit Aman sekarang.
Selesai  di IPD  Cheras, saya ke Harakah untuk memaklumkan supaya wartawan  menulis  berita tentang hal itu kerana inilah kali perama program parti   pembangkang akan diadakan dalam stadium. Tempahan dengan pengurusan   stadium dan permit polis sudah di pohon. Semuaya beres, menunggu masa   untuk berlaku.
Jika tidak salah  ingatan saya, majlis akan  berlangsung pada 21 Oktober 1998 (nanti saya  betulkan jika tersilap).  Masih ada lebih kurang satu minggu untuk  membuat persiapan. Poskad khas  yang direka semalaman, yang ditujukan  kepada Perdana Menteri telah  dihantar untuk dicetak sebanyak 100,000  keping. Saudara Azmi unit amal  yang mengurus cetakan. Sementara itu  tandatangan sokongan kepada Gerak  yang diiklankan di Harakah masuk  melalui mesin fax tak putus-putus.  Sejuta tandatangan yang disasarkan  akan di'hadiahkan' kepada PM.
Malam   itu saya tidur lena selepas membayangkan betapa meriahnya stadium itu   nanti dengan pimpinan dan penyokong Gerak yang akan hadir. Tentu ramai!   Orang tengah marahkan Tun Mahadhir keranan memecat Anwar Ibrahim. gerak   diketuai oleh Almarhum Presiden PAS, Dato' Hj Fadzil Noor.
Jam  9  pagi esoknya, Abu Bakar Kasim tercegat di depan tangga pejabat Dewan   Pemuda PAS Pusat, Taman Melewar. Saya nak jumpa Mahfuz Omar atau  Sanusi  Md Nor, katanya. Sayapun turun ke bawah bila dipanggil seorang  teman.  Maaf Encik Sanusi, saya terpaksa pulangkan duit deposit tempahan  Stadium  semalam atas arahan 'orang atas' .... Maaflah cik Sanusi! Saya  tak  boleh buat apa-apa... Ini cek encik semalam. Seperkara lagi....dan  saya  dimaklumkan permit polis pun tak akan dikeluarkan! Katanya  ringkas dan  meminta diri. 
Petang  itu saya dipanggil ke IPD Cheras, disoal  macam orang salah kerana  memohon permit himpunan pelancaran Gerak oleh  SB berpangkat inspektor  dari Kelantan. Lepas makan lepat pisang dan teh  tarik, saya dan Fazli  Ghani balik....pening. Perjuangan tetap akan  diteruskan. Inilah kisah  pembangkang memohon guna stadium di zaman BN  jadi Kerajaan. Ziana Zain  boleh buat konsert, sukarelawan Komenwel boleh  makan-makan... Kita tak  boleh! 
Akhirnya waktu pelancaran  Gerak  tiba juga. Berlaku di Taman Melewar yang mencatat sejarah dalam  gerakan  politik di Malaysia. Setiap inci bumi taman melewar penuh  sesak, jem  sampai ke Greenwood hingga ke Setapak. Saya tak dapat ke  mana- mana,  terperap dalam bilik..tangga pun dipenuhi manusia.
Menjelang  jam  10, dicelah-celah orang ramai, 4 anggota polis berpangkat tinggi   mencelah di celah ratusan ribu manusia mara ke pentas untuk menghentikan   program. Dalam berhimpit-himpit, orang memberi laluan...disiplin  dan   rasa hormat kepada mereka sebagai penjawat awam membawa mereka ke  pentas  bertemu Cikgu Mustafa Ali (Cikgu Pa) yang menjadi Bendahari PAS  waktu  itu, dia bertanggungjawab ke atas premis markaz PAS itu. 
Masa   itu, kesedaran hak orang awam bila berdepan dengan polis belum seperti   sekarang. Tak ramai yang tahu berhimpun dalam premis sendiri tak   perlukan permit polis. Sekejap saja berhadapan Cikgu Pa mereka pun   beredar dengan aman tanpa gangguan program diteruskan. Selepas itu Cikgu   Pa membuat pengumuman...Kata Cikgu Pa, polis minta bercakap di  mikrofon  untuk minta orang amai beredar, perhimpunan ini tiada  permit...tapi  saya tidak izinkan kerana saya bimbang mereka tidak dapat  keluar seperti  mana mereka masuk tadi! Orang ramai bertakbir Allahu  akbar!!! Tanpa  disuruh...
Derma  malam itu juga catat sejarah. Kali pertama saya  dan 6 sekretariat Gerak  mengira wang derma sampai pagi. Wang kertas saja  RM67 ribu, duit  syiling pakai timbang kilo. 
Sehingga  Gerak  dilancar ke seluruh negara dan menjalankan berbagai- bagai  aktiviti dan  roadshow, wang itulah digunakan...itulah titik mula  perubahan lanskap  politik negara kita sejak Merdeka... Kepimpinan Dato'  Hj Fadzil Noor  adalah arkiteknya... Bertuahnya kita kerana pernah  'memilikinya..bertuah  juga diri saya kerana turut berpeluang terbabit  biarpun hanya sepalit  warna di atas 'karya besarnya'...'.
Selepas  itu, palancaran Gerak  di Negeri- negeri semuanya diganggu polis,  hingga ada yang terpaksa di  batalkan. Saya sempat ke Pahang, Johor dan  Kedah... Di Kedah berlaku di  Muassasah. Petugas yang ditugaskan  mengedar poskad khas kepada PM  memanggil saya ke mejanya... Abang ambik  poskad ni bang...sain saja dan  bagi duit 3 kupang esok saya tong  poskan! Saya senyum saja!
Saya ungkit kisah ini untuk apa?? 
Kerana   ini adalah satu sejarah! Ulangan sejarah ini sudah tiba. Baru 13  tahun,  kita sudah berada semula di putarannya... Di waktu Ustaz Azizan   mengetuai kerajaan Kedah Waktu ini, dia sebagai Pengerusi Perbadanan   Stadium Darul Aman dengan baik hati dan berbudi tinggi memberikan   keizinan kepada Barisa Nasional menggunakan Stadium Suka Menanti untuk   menjalankan aktiviti mereka... Dato' Bashah mengucap terima kasih atas   kebaikan itu di akhbar!
Ia berlaku  dua hari lalu. Inilah contoh  kepimpinan PAS yang mengetuai Pakatan  Rakyat... Bakal memimpin negara  yang tercinta ini nanti.... Ada orang  kata : PAS dengan UMNO-BN dengan  PR sama saja... Politik politik juga! 
Sama  kah??? Mana mungkin!   Kita sudah jauh berbeza walaupun dalam bab  menggunakan stadium, apa lagi  hal lain! Teras kita Islam... Amalan kita  selari dengan demokrasi. BN  yang mengurung demokrasi hanya untuk  kelompok sempit mereka sudah  ditolak... Dan akan terus  ditolak...tunggulah masanya! Mereka tiada  upaya untuk bangkit lagi  dengan tolakan itu...
Yang terlebih baik dari itu...PAS mengadakan Majlisnya di kompleks sendiri di Batu 9... Kemaihhh!
Yang terlebih baik dari itu...PAS mengadakan Majlisnya di kompleks sendiri di Batu 9... Kemaihhh!
Muhammad Sanusi Md Nor