Sabtu, 3 Julai 2010

Video Asmara Bunga Citra Lestari belum dapat dianalisis

JAKARTA 2 Julai — Pakar teknologi maklumat dan komunikasi, Abimanyu Wachjouwidadjat berkata, dia masih belum dapat menganalisis video lucah melibatkan vokalis Nazriel Irham alias Ariel dan Bunga Citra Lestari (gambar), yang dikatakan tersebar luas di Menado, Sulawesi Utara.

"Pihak polis sendiri sudah mengatakan ia tidak benar, tetapi kalau laporan media mengatakan sudah ada yang dijual, agak rumit masalahnya. Oleh itu, kita memerlukan kesahihan sama ada ia benar atau tidak," katanya hari ini.

Dia yang pernah mengulas mengenai video lucah yang didakwa melibatkan Ariel, Cut Tari dan Luna, menyatakan tidak mahu terburu-buru membuat spekulasi kerana bidang teknologi maklumat dan komunikasi tidak melibatkan telahan.

Katanya lagi, jika media melaporkan video Ariel-Bunga itu 30 peratus menyerupai kedua-dua artis itu, ia perlu dikaji kerana penggunaan sistem pengenalan wajah tidak dapat memberikan peratusan dan hanya dapat menyatakan benar atau salah sahaja.

"Peratusan hanya dapat dibuat dengan perbandingan imej antara video dan gambar sebenar orang yang terlibat," ujar Abimanyu.

Tambahnya, buat sementara itu video melibatkan Bunga dan Ariel itu terlalu tidak teratur untuk diulas disebabkan ia berada dalam bentuk cakera padat video (VCD).

Sementara itu, suami Cut Tari, Johannes Joesoef turut disoal siasat polis semalam, berhubung video lucah yang didakwa dilakonkan isterinya dengan penyanyi Peterpan itu.

Ia disahkan oleh jurucakap Polis Kebangsaan, Brigedier Jeneral Zainuri Lubis namun dia tidak memberi perincian mengenainya.

Menurut Zainuri, polis masih menetapkan Ariel sebagai suspek sementara Luna dan Cut kekal sebagai saksi kes tersebut. - AGENSI

Hishammuddin: Siapa di belakang Raja Petra?



Pimpinan PKR khususnya Datuk Zaid Ibrahim bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyatapa hubungannya dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, seorang yang bertanggungjawab, beliau akan memberi penjelasan terhadap persoalan itu.

"Kita memang tertanya-tanya, dalam pada kita tercari-cari di mana Raja Petra, semalam kita lihat gambar Zaid bersamanya, jadi siapa sebenarnya di belakang Raja Petra?

"Raja Petra di luar negara memburuk-burukkan negara dan menyerang peribadi pemimpin, kalau ada bukti tak apa. Tapi dalam blognya cakap macam-macam. Bila ada pemimpin tertinggi pembangkang bersama mereka, kena jelaskan apa hubungan mereka dengan Raja Petra," katanya.

Hishammuddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu, hari ini.

Raja Petra menghilangkan diri daripada dihadapkan ke muka pengadilan selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa tidak mempunyai laporan bagaimana Raja Petra ke luar negara sedangkan pasportnya telah diserahkan.

"Apa pasport yang dia guna pun kita tak tahu. Kalau nak bawa dia balik dari England pun, kita kena bekerjasama dengan polis UK (United Kingdom) tapi sekarang ni jelas mereka tidak akan bekerjasama dengan kita," katanya.

Katanya pada masa ini masih terlalu awal untuk menentukan sama ada pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap Zaid.

"Tetapi, daripada segi politik, moral dan perundangan, dia (Zaid) perlu beri penjelasan kepada kita," katanya.

--Bernama

Kehebatan perisik seksi Rusia

LONDON - Pengintip seksi Rusia, Anna Chapman berumur 28 tahun yang ditahan di sebuah penjara di New York, Amerika Syarikat selepas ditangkap oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Isnin lalu diakui oleh bekas suaminya, Alex Chapman di sini sebagai wanita yang berubah tingkah laku pada waktu malam.

Seorang kenalan perisik seksi itu turut mengakui kehebatannya menggoda dan berasmara di atas katil dan tidak memakai seluar dalam.

Pendedahan tersebut dibuat kali pertama dan disiarkan oleh akhbar akhbar di Britain semalam selepas maklumat mengenai bekas isteri Alex itu yang pernah tinggal di London didedahkan media.

Anna kini menjadi perhatian meluas media Barat selepas FBI menangkapnya atas dakwaan mengintip dan menyerahkan maklumat mengenai situasi politik dan nuklear kepada pegawai-pegawai perisikan Rusia.

Dia ditangkap bersama 10 suspek lain termasuk seorang wartawan wanita kelahiran Peru yang terkenal, Vicky Pelaez manakala suspek ke-11, Robert Christopher Metsos, 55, berjaya melarikan diri selepas ditahan di Cyprus pada Selasa lalu.

Menurut Alex, penangkapan bekas isterinya itu bukannya berita yang mengejutkannya jika dilihat pada perbuatannya.

"Pada detik-detik terakhir perkahwinan kami, dia (Anna) menjalani kehidupan dengan penuh kerahsiaan, pergi bermesyuarat dengan rakan-rakan Rusia dan saya menganggap ia mungkin berlaku kerana dia mempunyai hubungan dengan pemerintah Rusia," katanya yang berumur 30 tahun. Menurut Alex, dia telah ditemuramah oleh seorang pegawai perisikan Britain, MI5 pada awal minggu ini mengenai kes bekas isterinya sebagai perisik Rusia.

"Pegawai itu memberitahu saya bahawa dia mahu mendapatkan semua maklumat dan saya memberitahunya apa yang saya tahu," katanya kepada sebuah akhbar di Britain.

Menurutnya, Anna mungkin dididik oleh bapanya untuk menjadi seorang perisik.

Pasangan itu berkahwin pada 2002 di Rusia dan bercerai pada 2006.

Alex memberitahu bahawa bapa bekas isterinya itu merupakan seorang pegawai tinggi dalam agensi perisikan Rusia, KGB.

Dia pernah melawat bapa Anna, Vasily Kushchenko di Zimbabwe yang menjadi seorang diplomat.

"Bapanya mengawal kehidupannya dan saya berpendapat dia mungkin telah melakukan apa saja untuk bapanya," kata Alex yang kini menjadi seorang pakar sakit jiwa.

Menurut Alex, dia mengenali Anna pada satu parti di sini pada September 2001 dan jatuh cinta pandang pertama apabila melihatnya yang dianggap sebagai gadis paling cantik yang pernah ditemuinya.

Semasa itu, Alex berumur 21 tahun dan Anna 19 tahun.

Ketika itu, Alex bekerja di sebuah studio rakaman selepas menamatkan sekolah berasrama penuh, Kolej Bradfield di Berkshire.

Anna yang merupakan pelajar jurusan ekonomi sebuah universiti di Moscow pula akan pulang ke Rusia dua hari selepas parti itu.

Mereka berkahwin lima bulan kemudian di Moscow selepas menjalin hubungan romantik.

Alex melamar Anna di Moscow.

Pasangan itu berkahwin di sebuah pejabat pendaftaran tanpa memberitahu ibu bapa selain tidak mampu membeli cincin perkahwinan. Namun, bapa Anna itu membiayai kos berbulan madu ke Mesir selama dua minggu dan kemudian ke Zimbabwe.

Alex dan Anna kemudian kembali ke England dan tinggal di Stoke, Newington. Anna kerap berulang-alik ke Rusia untuk menghabiskan pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana ekonomi. Namun, Anna kembali dengan gaya hidup bebas dan tiba-tiba menjadi mata duitan dan berpindah ke AS dengan tujuan untuk mengeksploitasi peluang perniagaan.

Alex berkata: "Dia (Anna) telah menemui seorang lelaki kaya AS yang kemudian membawanya ke AS dan apabila dia kembali ke England, dia menyatakan menyintai lelaki kaya itu."

Menurutnya, Anna kemudian berpindah ke AS dan menubuhkan sebuah syarikat Internet dan menyatakan mempunyai 50 pekerja.

"Saya tidak memahami bagaimana dia boleh mengupah pekerja-pekerjanya. Pada satu ketika, terdapat seseorang yang menyalurkan sejumlah besar wang kepadanya," kata Alex.

Mengenai bapa Anna, Alex berkata: "Dia tidak percaya pada orang lain. Dia bertanya kepada saya kenapa memilih seorang gadis Rusia dan bertanya apakah perniagaan yang saya miliki di Rusia. Saya menyatakan tidak memiliki apa-apa perniagaan.

"Dia (bapa Anna) merupakan seorang yang penakut. Dia tidak pernah memperkenalkan saya kepada kenalan Rusia dan kawalan keselamatannya lebih ketat daripada diplomat lain. Sementara itu, seorang pelajar universiti di Southampton, Charlie Hutchinson, 31, berasa terkejut apabila melihat gambar Anna yang didakwa sebagai perisik Rusia kerana mereka pernah berasmara bersama.

Semasa perkenalan mereka, kata pelajar itu, Anna tidak memakai seluar dalam. Menurutnya, semasa mereka melakukan hubungan seks, Anna akan bercakap dalam bahasa Rusia.

Pelajar jurusan undang-undang itu berkata, mereka berkenalan di sebuah pub, White House.

Menurut Hutchinson, semasa dia mahu pulang ke asrama universiti, tiba-tiba Anna menaiki teksinya.

"Kedua-dua kami mabuk. Apabila dia memasuki bilik saya, Anna mula menari tarian bogel dan saya berada di atas katil.

"Dia mempunyai tubuh yang amat menarik dan tidak memakai seluar dalam. Dia tahu apa yang dilakukannya," kata pelajar tersebut.

Menurutnya, dia kemudian bertemu semula dengan Anna seminggu kemudian di sebuah restoran Itali sebelum melakuan hubungan seks beberapa kali.

Dia berkata, hubungannya dengan Anna diputuskan selepas perisik itu enggan menjawab panggilannya dan nombor telefonnya ditukar. - Agensi

Guru ditahan, disyaki rogol pelajar

KUALA LUMPUR – Harapkan pagar, pagar makan padi, begitulah yang dialami seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dirogol oleh guru sekolahnya, yang juga merupakan teman lelakinya, dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam laporan polis yang diterima, mangsa telah pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit yang berumur 22 tahun di rumah suspek di Taman Garing Utama Rawang, dekat sini pada April lepas.

Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lepas, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Mangsa telah mengadu kejadian terbabit kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya untuk membuat pemeriksaan di Hospital Selayang pada 19 Jun,” katanya.

Abdul Rahim berkata, doktor mendapati ada kesan koyak lama, bagaimanapun mangsa tidak mengandung.

Beliau berkata, mangsa dan keluarganya telah membuat laporan polis sebaik mendapat laporan hospital itu, dan pihak polis telah mengenal pasti dan menahan suspek tersebut hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – Bernama

PAS TINGGALKAN DAP DAN BERKAWAN DENGAN UMNO ?

Oleh: WFAUZDIN NS

BERNAMA memetik kenyataan Mukhriz anak Tun Mahathir , PAS lebih baik berkawan dengan Umno daripada berkawan dengan DAP. Jika dibaca pada ayat itu, saya pun amat bersetuju PAS berkawan dengan Umno walaupun saya tidak bersetuju jika PAS pula bermusuh dengan DAP. Masalahnya, siapa yang sering bermusuh dengan PAS dan siapa pula yang telah menunjukkan kebaikan mereka kepada PAS? Persoalan utama sekarang, sejauh mana Umno boleh beri jaminan bahawa Umno tidak akan menentang perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS?

Memang benar bahawa kebanyakan ahli-ahli Umno itu adalah berbangsa Melayu dan berugama Islam, tidak jauh bezanya dengan ahli-ahli PAS sendiri. Jika Umno boleh dikatakan sebuah parti yang memperjuangkan Melayu, lebihnya PAS pula adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan tidak akan menganiayai mana-mana bangsa dan agama lain. Di dalam Islam, mencintai bangsa dan keturunan itu amat baik dan terpuji tetapi tidak sampai kepada bersifat `Assobiyah' yang dilarang oleh Islam.

Memperjuangkan syariat Islam seterusnya mendaulatkan Islam di negara ini adalah asas perjuangan PAS. Sebab itulah PAS meletakkan perjuangan menegakkan Islam itu di dalam perlembagaan partinya. Di dalam sejarah, PAS pernah bersatu dengan Umno dan pernah bersama-sama memerintah. Namun, sikap Umno yang tidak pernah komited untuk menegakkan Islam di negara ini maka hubungan PAS dengan Umno tidak boleh lagi dipertahankan. Apabila konsep `Islam Hadhari' cuba diperkenalkan di zaman Pak Lah, PAS cuba bersangka baik dengan Umno dan serangan terhadap Umno ketika itu diperlahankan dan terdapat usaha untuk PAS berbaik dengan Umno. Ketika itu, Umno berjaya dengan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum Tahun 2004.

Malang sekali, Pak Lah gagal mengimplimentasikan `Islam Hadahari'nya dengan tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk memartabatkan Islam secara syumul. Kezaliman ISA terus berleluasa, rasuah gagal dibendung, kenaikan harga barang lebih-lebih lagi harga petrol tidak dapat dikawal malah meningkat secara mendadak dalam tempoh setahun. PAS berterusan dijadikan musuh oleh Umno dan pihak media yang sekutu dengannya. Akhirnya, PAS tidak lagi boleh bersangka baik dengan Umno setelah Umno sendiri menzahirkan sikap dan pendiriannya terhadap Islam.

PAS kini lebih selesa dan beruntung berkawan dengan PKR dan juga DAP. Walaupun pemimpin DAP, Karpal Singh pernah menyuarakan bantahannya terhadap penubuhan Negara Islam yang ingin dibawa oleh PAS, namun suara Karpal Singh yang `Non Muslim' itu tidak memberi kesan besar terhadap perjuangan PAS. Pada PAS, jika pemimpin Umno yang mengaku Melayu dan Islam itu pun menolak hukum Islam, pelik apanya jika Karpal Singh menentangnya? Penentangan Umno terhadap Islam tentu lebih besar mudharatnya kepada perjuangan PAS jika dibandingkan dengan Karpal Singh kerana Umno parti yang berkuasa dan menjadi tunjang kepada kerajaan sekarang. Penentangan Karpal Singh tidak memberi kesan kepada PAS kerana tanpa persetujuan Karpal Singh atau DAP sekalipun, jika semua umat Islam menyokong perjuangan PAS maka Islam pasti tertegak di negara ini.

PAS berkawan dengan DAP dan PKR adalah berdasarkan konsep kerjasama menentang kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah negara ini sekarang. Konsep kerjasama ini juga bertepatan dengan Islam. Usaha untuk mewujudkan Negara Islam bukan kewajipan PAS sahaja, lebih-lebih lagi DAP atau PKR. Kewajipan ini merupakan kewajipan semua umat Islam. Jika Umno benar-benar berminat dan yakin dengan sebuah Negara Islam, apa masalahnya jika Umno turut sama berjuang dengan PAS? Hakikatnya Umno tidak berminat dengan Islam, justeru itu jangan sibuk dengan apa yang diperkatakan oleh Karpal Singh./wfauzdin.blogspot.com

PAS Lebih Baik Bersama Umno Daripada DAP - Mukhriz

MARANG: Pertelingkahan dua pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari PAS dan Karpal Singh dari DAP, membuktikan betapa rapuhnya ikatan kedua-dua parti yang mempunyai pendirian serta ideologi bertentangan.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata PAS sepatutnya menyedari sejak awal lagi bahawa kerjasama dengan DAP tidak akan berhasil kerana pendirian kedua-dua parti jauh berbeza.

"Satu pihak nak negara Islam, satu pihak lagi kata langkah mayat aku dulu. Jadi, tak mungkin mereka dapat berpakat dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini.

Justeru, Mukhriz berkata, PAS lebih sesuai bekerjasama dengan Umno kerana pada dasarnya, kedua-dua parti tidak banyak berbeza.

"Persamaan PAS dan Umno sebenarnya lebih banyak daripada perbezaan, tetapi sebaliknya, perbezaan itu yang diperbesar-besarkan," katanya.

Mukhriz berkata perbezaan pendirian kedua-dua pemimpin sepatutnya memberi peluang parti dan penyokong mereka kembali menilai kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang yang turut disertai PKR itu.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika diminta mengulas perkembangan terbaru kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah. - BERNAMA


Jumaat, 2 Julai 2010

Pendirian Anwar dan KEADILAN tentang sikap agresif 'Zionis' jelas

Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."

Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia.

JONSON CHONG
Pengarah Komunikasi

Zulkifli Sulong: 'Ini Perkara Malang'



Zulkifli Sulong, Pengarah Harakah, lidah rasmi PAS menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar Suara Keadilan sebagai suatu tindakan yang berlebih-lebihan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mengesyaki tindakan keras ini didalangi pihak tertentu yang takut dengan laporan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR)..

Zulkifli menyatakan laporan muka depan Suara Keadilan berkaitan kepincangan Felda tidak ada kena mengena, apatah lagi mengugat keselamatan negara.

Beliau juga menganggap sempadan kuasa KDN terlalu luas dan mudah diperkuda pihak tertentu.

“Mungkin yang didakwa salah pada Suara Keadilan adalah kerana terbitkan cerita Felda Bankrap. Ia tidak ada kaitan dengan keselamatan negara. Ini isu undang-undang.

"Tapi, (tindakan) menggantung permit sudah terlalu lebih. Buat orang tertanya-tanya kenapa sampai gantung permit?” katanya.

Selepas memberi surat tunjuk sebab yang dijawab dan dipatuhi pengurusan Suara Keadilan, KDN masih tidak berpuas hati dan kemudian memutuskan untuk menggantung permit Suara Keadilan.

KDN menjadikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sebagai alasan untuk menghalalkan penggantungan akhbar ini.

Zulkifli berpendapat penggantungan ini menjadikan kebebasan maklumat di negara ini kian terkebelakang ketika semua negara berlumba- lumba menuju kea rah dunia tanpa sempadan.

“Ini satu perkara malang. Ketika dunia ke arah tanpa sempadan, kerajaan sekat satu akhbar mingguan. Padahal tidak boleh sekat sebab ada laman web. Sepatutnya kerajaan lawanlah secara gentleman,” katanya.

Zulkifli berpendapat, biarlah mahkamah yang membuat keputusan terhadap laporan Suara Keadilan dan bukannya dilakukan mana-mana kementerian termasuk KDN.

“Kalau betul-betul salah, saman di mahkamah. Dan hujahlah. Kalau salah mahkamah akan jatuhkan hukuman. Bayar denda. Fair (Adil). Masalahnya sekarang, kerajaan buat keputusan sendiri - gantung permit,” katanya.

Bagi Zulkifli, tindakan ini hanya memperlihat ketakutan kerajaan kepada Suara Keadilan.

“Suara Keadilan ditakuti kerajaan. Terpaksa tutup. Kalau tidak takut, dia (kerajaan) boleh lawan. PKR hanya ada satu saja. Kerajaan ada tv, radio, akhbar. Tapi sebab mereka tidak berani lawan, jadi dia tutuplah,” katanya.

~TVSelangor

Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di Lumut



Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak, selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada jam 4.40 petang Jumaat.

Sambu
tan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Dihilir Perak Raja, Jaafar Raja Muda Musa.

Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

KD Tun Razak akan meneruskan pelayaran ke Pangkalan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah selepas seminggu di Lumut.

Ia memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Peranchis sejak 30 April lalu dan dikendalikan sepenuhnya oleh 32 pegawai dan anggota TLDM.

KD
Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.

Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter.

Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September, tahun lalu.

Pemilikan kapal selam itu adalah sejajar dengan keperluan serta tanggungjawab yang diamanah kepada TLDM bagi memastikan perairan negara termasuk Zon Ekonomi Eksklusif dikawal dan dipertahankan pada setiap masa.


~Bernama

Nik Aziz: Ajar seks di sekolah macam ajar pencuri curi

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/07/02/nik08-july2.jpg

KOTA BARU, 2 Julai — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

“Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz (gambar) juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ''zina'' dan bukan ''seks bebas'' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.

~Bernama

Ulama Berminat Kepada Umno, PAS perlu Muhasabah

PAS disaran bermuhasabah dan mencari punca sebenar mengapa golongan ulama lebih berminat kepada UMNO berbanding parti mereka yang mendakwa memperjuangkan agama Islam.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata adalah sesuatu yang malang bagi PAS apabila pimpinannya gagal mengakui mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan parti mereka sehingga dipinggirkan golongan ulama terutama ulama muda.

"PAS tidak perlulah menyalahkan golongan ulama yang tidak ingin bersama mereka. Mereka sepatutnya sedar mungkin ada yang tidak kena dengan parti mereka itu," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyifatkan 40 ulama yang menyertai UMNO baru-baru ini sebagai 'ulama sekular' yang tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar.

"Mereka terdiri daripada orang profesional yang berilmu dari pelbagai bidang, jadi mereka sebenarnya tahu apa yang mereka lakukan dengan memilih UMNO sebagai landasan untuk menegakkan agama," kata Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Besut.

~Bernama

40 Ulama: Saya Dijemput Temui PM, Tapi Tak Sertai Umno

Hosni menafikan laporan dia merupakan antara 40 ulama muda menyertai Umno Jumaat lalu.

SHAH ALAM, 2 Julai — Seorang ulama muda, Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, yang mendakwa dirinya “diperdaya” agar memasuki Umno minggu lalu menegaskan, dia tidak pernah mengisi borang menyertai parti tersebut sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun Hosni mengakui kehadirannya dalam program Jumaat yang berakhir dengan penyerahan borang adalah kerana diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bertemu dengan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah.

“Saya hadir ke program ini kerana diberitahu oleh seorang tokoh agama Umno bahawa Perdana Menteri mahu menemui pelajar-pelajar yang pernah belajar di Timur Tengah.

“Jadi apabila diberitahu begitu saya tanpa syak wasangka bersetuju untuk mengikut tokoh agama menghadiri program itu.

“Namun apabila sampai ke sana lain pula jadi apabila mendapati ramai wartawan dan jurukamera berada di situ sebelum dimaklumkan Perdana Menteri akan hadir untuk menerima borang keanggotaan Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program ceramah Ulama Muda Masuk Umno dekat sini.

Hosni, 27, mendakwa dia tidak pernah melihat dan mengisi sebarang borang keanggotaan Umno.

“Saya pegang borang pun tidak macam mana nak isi? Jadi bagaimana boleh kata saya masuk Umno?

“Lagipun saya memang tiada niat untuk masuk Umno... belajar agama tinggi nak masuk Umno buat apa?” kata pensyarah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Teknologi Selangor itu.

Sambil menjelaskan dia juga bukan ahli PAS, Hosni berkata, dirinya menggunakan ceramah malam tadi untuk menjelaskan kedudukan dalam isu semasa ini.

Hosni berkata dia tidak mahu orang salah faham dengan apa yang berlaku Jumaat lalu.

Difahamkan selain Hosni terdapat tiga orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya”.

Bagaimanapun dakwaan mereka telah dinafikan oleh bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan jurucakap kumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno.

Selasa lalu, jurucakap kumpulan 40 ulama itu, Fadlan Mohd Othman menafikan empat orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya” untuk memasuki parti BN itu sebagai ahli kumpulan tersebut.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Najib sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Sehubungan itu, Fadlan berkata keempat-empat nama mereka yang mendakwa telah diperdaya memang tiada dalam senarai 40 borang yang dikemukakan kepada Najib.

“Nama mereka itu memang tiada dalam senarai saya, saya pun tidak kenal mereka... memang tidak ada.

“Saya sendiri tidak pernah jumpa mereka,” kata Fadlan.

Senarai 40 nama itu merupakan kumpulan pertama ulama menyertai Umno.

Dakwaan mereka diperdayakan muncul sehari selepas kumpulan 40 itu menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai Umno.

Ketika mengulas lanjut, Hosni berkata dakwaan yang dikatakan dia dan tiga orang ulama muda itu tidak diundang adalah tidak benar sama sekali.

“Kalau saya tidak diundang saya tidak akan datang tapi ini diundang sebab itu saya datang.

“Selain itu ketika berada di sana Shahidan melayan saya dengan baik sekali, kalau tidak diundang kenapa tidak sahaja suruh kami pergi,” katanya.


Husam: Umno keringkan wang Felda

Oleh: Abdul Rahim Sabri

Exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sebuah firma arkitek yang diterajui oleh seorang pemimpin pemuda Umno diberikan projek bukan bidang Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) tetapi menggunakan peruntukan daripada rizab tunai lembaga itu.

"Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

"Firma arkitek diterajui seorang ketua pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

"Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....," tulis Husam di dalam blognya kelmarin.

Husam mengulas mengenai bagaimana rizab tunai Felda yang dibelanjakan susulan pendedahan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berhubung status kewangan Felda yang merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun pertengahan bulan lalu di parlimen.

Husam berkata terdapat projek yang bukan bidang tugas Felda dibiayai oleh agensi tersebut "atas sifat pemurahnya" seperti kolej komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), menaik taraf bekalan air di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).

"Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya.

"Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun," katanya.

Husam turut mendakwa firma arkitek tersebut bertangggungjawab membangunkan empat kawasan Felda yang "dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan" yang dikenali sebagai Feldajaya.

Beliau juga mendakwa pembangunan bagi keempat-empat Feldajaya itu - Mempaga, Trolak, Serting dan Cini - setakat ini menelan kosnya sebanyak RM 152 juta.

"Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina.

"Sama ada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!

"Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah. RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini," katanya.

Husam turut menjelaskan bahawa beliau sebelum ini telah mendedahkan pelaburan Felda sebanyak RM 800 juta di Amerika Syarikat dan Kanada.

"Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan! Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....

"Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit," katanya.

~Malaysiakini

FELDA Memang Akan Bankrap

~MSO

Ada Menteri Ubah Minit dan Tambah Nilai Tander?

PAGI tadi saya cadang nak 'zoo negara', bukan zoo tetapi Parlimen. Malamnya sudah janji dengan sdr Kamal Amir Kamal Hijaz, bekas ahli jawatnkuasa Biro Antarabangsa Pemuda Umno dan pernah membantu Encik Ibrahim Ali dalam pilihan raya umum lalu di parlimen Pasir Mas. Kamal sanggup turun dari Kuala Lumpur semata-mata untuk berkempen menjamin kemenangan calon berkenaan.

Bagaimana pun janji untuk jumpa Kamal Amir hari ini terbatal apabila ada hal lebih 'auliayat' iaini berjumpa dengan seorang kawan lama. Bukan itu saja kerana ada hajat beradat, maka saya terpaksa ke rumahnya bersama isteri. Kamal pula beriya hendak jumpa, mungkin nak bagi naskah percuma buku barunya - profile perjuangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Saya juga tidak sabar untuk membacanya. Apakah pemikiran dan isu yang menjadi fokus penulis kental dan tebal dengan jiwa Melayu ini menerusi buku itu.

Jumpa kawan lama tadi hajatnya sekejap saja. Selepas menyampai segala hajat mahu minta diri dan akan cuba berlari ke Parlimen. Mudah-mudahan Kamal Amir sabar menunggu. Lagipun menjelang jam 11:00 pagi dalam telefon masuk satau SMS memberi tahu yang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan hendak mengadakan sidang akhbar di parlimen jam 3:00 petang.

Disebut dalam SMS itu Ahmad Maslan akan mengumumkan mengenai hasrat Felda nak saman
lidah rasmi parti PKR, Suara Keadilan ekoran akhbar berkenaan menuduh Felda bankrup. Berita mengenai pengumuman Ahmad itu telah pun keluar di beberapa portal dan blog, di mana menurut Ahmad, Felda saman Suara Keadilan dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM200 juta. Wau banyak tu...

Mungkin bagi peneroka di Hulu Terengganu ataupun Hulu Pahang, atau Serting Negeri Sembilan merasa gembira mendengar kenyataan Ahmad Maslan itu. Betapa tidak dalam kepala mereka Felda secara atas angin akan menambahkan asetnya sebanyak RM200 juta. Sedikit sebanyak mungkin mereka mengira, wang itu nanti akan menimbus rizab tunai Felda yang dikatakan susut itu?

Biasalah bila lama tak jumpa panjanglah sembang dengan kawan lama tadi. Sebenarnya perkara utama yang hendak dibincangkan tidak sampai pun 10 minit. Tetapi kerana perbualan lain-lain topik dan sub topik memakan masa lebih tiga jam.

Kawan ini seorang ahli perniagaan yang aktif hingga ke peringkat antarabangsa. Dia juga sebagai seorang pemerhati politik. Dia berkawan dengan semua orang, khasnya tokoh-tokoh Umno termasuk beberapa menteri. Jadi banyaklah kepincangan dan penyelewengan yang diketahuinya yang sesetengahnya tidak sampai hati nak disebutkan.

Dari hal mengenai kedudukan kewangan negara yang semakin susut dan menipis sampailah kepada perkara-perkara yang jelek untuk diceritakan. Menurut kawan ini disebabkan berleluasanya rasuah, penyalahgunakan kuasa, menyebabkan negara boleh bankrup. Nasib malang negara ini bukan kerana gimik atau sengaja nak menakut-nakutkan rakyat membolehkan kerajaan mengurangkan subsidi, tetapi menurutnya memang ia satu yang akan menjadi realiti. Malahan dari nada cakapnya dia optimis negara ini akan bankrup.

Beliau lantas memberi contoh dengan apa yang berlaku dalam Felda yang menjadi isu hangat hari ini. Beliau yang juga bekas pegawai Felda tahu benar mengenai salah urus dan tadbir dalam Felda menyebabkan berlaku penyusutan rezeb tunai Felda. "Apa yang dibangkitkan oleh Suara Keadilan itu benar, duit Felda sudah habis," ujarnya.

Kawan itu memberi satu dua contoh bagaimana dua projek Felda yang tidak menguntungkan tetapi dijalankan juga kerana untuk membantu kroni. Satu katanya pembinaan hotel di Bangi di mana bagi kepentingan Felda pembinaan ini langsung tidak ada apa-apa keuntungan. Untuk apa Felda membina hotel, soal beliau marah.

Tetapi katanya kerana atas permintaan Pengerusi Felda, Yusuf Noor kerana inginkan bangunan tertinggi di Bangi berdekatan kediamannya maka pembinaan itu diluluskan. "Untuk apa hotel berkenaan. Pada saya lebih baik ia dibina sekolah Tahfiz Agama untuk anak-anak peneroka," katanya.

Satu lagi projek yang menghabiskan wang institusi itu ialah pembelian ladang lembu di Australia bernilai RM600 juta. Peneroka mungkin seronok bila dibertahu Felda menceburi perniagaan di peringkat antarabangsa. Tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Mengenai projek ladang lembu ini katanya apa membingungkan Felda telah mengeluarkan wang sebanyak RM600 juta, tetapi saham pemilikkan ladan itu bagi Felda hanya 19 persen sahaja. Ini perniagaan bodoh katanya. Ke mana perginya 81 persen lagi walahualam. Katanya dia memilik dokumen berhubung permbelian ladang berkenaan.

Tamat cerita Felda yang katanya masih banyak yang belum dibongkar, timbul pula cerita bagaiaman seorang menteri yang dipercayai amanah, mempunyai integriti tetapi ikut sama terpalut dalam penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa.

Apa yang diceritakan ini dialami sendiri kawan ini. Beliau telah menghantar satu proposal kepada menteri berkenaan untuk memajukan aset milik agensi dibawah pengawasannya. Menteri sebelum ini sudah pun mencadangkan supaya aset berkenaan dibangunkan dan proposal beliau itu diterima. Secara prinsipnya projek itu sudahpun dipersetujui. Kerana berlaku pertukaran jawatan maka ia perlu dirujukkan kepada menteri berkenaan.

Malangnya bila ia dirujuk projek itu dibatalkan. Minit keluluasan asal telah diserahkan kepada menteri itu. Alasannya kerana mesyuarat pembangunan kementerian itu sebelum ini tidak meluluskan projek berkenaan. Ini berdasarkan kepada minit katanya.

Para pegawai dalam satu mesyuarat dengan menteri berkenaan membangkitkan isu projek berkenaan. Mereka menunjukkan yang minit asal diluluskan. Menteri berkenaan katanya terkial-kial untuk menjawabnya dan mencari helah mudah dengan mengatakan setiausaha salah mencatat minit. Namun apabila setiausaha dipanggil barulah terdedah cerita sebenarnya, menteri berkenaan mengarahkan setiausaha mengubah minit berkenaan. Paling menyedihkan lagi katanya menteri itu sudah menerima prosal dari kroninya.

Itu satu kejadian. Ada satu lagi kejadian melibatkan nilai tander satu projek di Kuala Lumpur. Satu kontraktor telah membuat tawaran dengan nilai RM72 juta. Tawaran itu telah diterima. Tetapi apabila sampai ke peringkat menandatangani kontrak berkenaan angka berkenaan didapati berubah menjadi RM92 juta. Kontraktor berkenaan terkejut melihatnya kerana harganya di make-up sebanyak RM20 juta.

Kerana menyedari kekeliruan itu, kontraktor berkenaan bertanyakan kepada menteri berkenaan. Apa jawabnya, menteri berkenana suruh saja tanda tangani, dan memberi tahun RM20 juta adalah atas urusan.

Menyedari bahawa apa yang berlaku itu satu penyelewengan kontraktor berkenaan akhirnya menarik diri kerana tidak mahu terlibat dengan rasuah.

Segala apa yang dicerita kawan itu menggambarkan akan kebobrokan orang berkuasa di negara ini termasuk menteri. Dan paling mengejutkan ia bukan saja berlaku di kalangan menteri yang dikenali tidak berlatar belakangkan pendidikan agama yang mampan tetapi di kalangan mereka yang dianggap sebagai ustaz dan diberi tanggungjawab menjaga harta anak-anak yatim juga. Jadi kata kawan ini di Malaysia ini tidak ada siapa lagi yang boleh diharap dan dipercayai khasnya dalam bidang perdagangan.

KDN gantung permit Suara Keadilan



Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui.

Sehubungan itu, kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, mulai semalam permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan.

“Panel penilaian permohonan permit penerbitan dan lesen mesin cetak, KDN telah bersidang pada 1.7.2010 dan membuat keputusan - tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Suara Keadilan bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada jam 4.45 petang hari yang sama berkaitan dengan surat teguran Kementerian ini.

“Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan, Encik Dzulkarnain Taib melalui suratnya bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada 30.6.2010 jam 12.00 tengahari berkaitan artikel bertajuk “Felda Bankrap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaitun, permohonan pembaharuan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan yang memuaskan diterima daripada pihak berkenaan.

“Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh Kementerian ini,” katanya.

~Malaysiakini

Ali Rustam Mai Tengok Sampah dibiar bertimbun



Berita Harian 2 Julai 2010

Penghuni Taman Mewah Kelemak hidu busuk setiap hari

ALOR GAJAH: Lebih 100 keluarga di kawasan rumah pangsa Taman Mewah Kelemak, dekat sini, mendakwa hidup dalam keadaan tertekan kerana terpaksa menghidu bau busuk dan meloyakan, selepas sampah bertimbun di situ tidak dikutip pihak berwajib sejak beberapa minggu lalu.

Mereka mendakwa, keadaan sampah yang tidak diselenggarakan dengan sempurna itu juga menyebabkan penghuni hidup dalam keadaan tidak selesa. Selain itu, mereka turut mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa terbabit, namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian, malah sampah tetap terus berlonggok di situ.

Seorang penduduk, Khairul Izwan Salim, 30, berkata pihak berkuasa terbabit seharusnya peka dengan situasi di situ dan sepatutnya sudah lama mengambil tindakan mengatasi masalah itu tanpa perlu menunggu aduan penduduk.

“Kerja mengutip sampah juga saya dapati tidak dilakukan secara menyeluruh hingga menyebabkan sampah tidak semuanya dipungut dan baki yang ada sudah berminggu tidak dibersihkan.

“Kesannya, selain bau busuk dan meloyakan, ada kalanya pakaian yang dijemur penduduk dihinggap lalat.
“Kami tidak tahu lagi apa nak buat kerana apa yang saya lihat, kadang-kadang sampai terbiar berlonggok ini dalam keadaan berulat dan amat menjijikkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Berita Harian berkejar ke kawasan taman ini selepas menerima beberapa aduan penduduk, baru-baru ini yang kesal dan tidak berpuas hati dengan kegagalan pihak terbabit membersihkan sampah di situ.

Mereka mendakwa masalah itu sudah lama berlaku dan banyak aduan dibuat mengenainya namun tidak ada perubahan.

Tinjauan Berita Harian mendapati, selain sampah buangan, tilam dan perabot lama turut dibuang di luar tong sampah sehingga menjejaskan pemandangan kediaman yang terletak berhampiran laluan orang ramai dan gerai makan.

Selain itu, sistem perparitan dan longkang di taman perumahan itu, turut dijadikan tempat membuang sampah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, sekali gus membuatkan persekitaran kotor dan berbau busuk.

Situasi sebegini secara tidak langsung pasti akan mengundang penyakit.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rahim, 40, berkata keadaan sampah yang berlonggok itu juga menyebabkan kawasan kediaman mereka menjadi terlalu kotor dan sekali gus tidak menyelerakan untuk makan.

“Walaupun kerja mengutip sampah dilakukan tetapi masing-masing dikatakan mengambil mudah kerja berkenaan dan hanya mengutipnya separuh, manakala selebihnya dibiarkan begitu saja.

“Kerja yang tidak menyeluruh ini adalah punca longgokan sampah semakin banyak dan menjadi tumpuan anjing liar mencari makanan,” katanya.

~BeritaHarian

Kapal selam kedua, KD Tun Razak

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di perairan negara pada Khamis dari limbungan pembinaannya di Madrid, Sepanyol.

Kapal selam jenis Scorpene yang dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 8 Okt 2008 itu kini dalam perjalanan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut untuk sambutan rasminya pada Jumaat.

Menurut kenyataan TLDM, sambutan rasmi pada sebelah petang akan diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

KD Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.

KD Tun Razak yang dikendalikan oleh 31 anggota krew bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter.

Pemilikan kapal selam itu adalah sejajar dengan keperluan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada TLDM bagi memastikan perairan negara termasuk Zon Ekonomi Eksklusif dikawal dan dipertahankan pada setiap masa.

~BERNAMA

Ulama muda: ‘Kami bukan wakil Asri di Umno’

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR — Kumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno minggu lalu menafikan dakwaan mereka mahu menerapkan pemikiran bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan menganggotai parti itu.

Jurucakap kumpulan ulama muda itu, Fadlan Mohd Othman, dakwaan yang dibuat itu adalah tidak benar sama sekali kerana Asri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tindakan kumpulan tersebut menyertai Umno.

“Kami menyertai Umno adalah untuk berdakwah kepada masyarakat dengan berlandaskan al-Quran dan sunnah.

“Jadi apa sahaja yang berkaitan dengan al-Quran dan sunnah kita akan terima termasuk daripada Asri. Mudah kata sesiapa yang berada di pihak yang betul kami akan sokong,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata mungkin masyarakat melihat ada persamaan pandangan antara kumpulan ulama itu dengan Asri sehingga menimbulkan salah faham.

“Sebenarnya Asri tiada kena-mengena langsung dengan kami, mungkin ada persamaan tetapi hakikat kami berbeza,” kata pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Fadlan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan ulama tersebut adalah pengikut Asri dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu.

Nakhaie berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno.

“Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno.

“Asri menghantar ulama ini dengan harapan mendapat kedudukan yang penting dalam Umno ataupun kerajaan.

“Jadi apabila sudah ada kedudukan yang baik mudah untuk mereka terapkan idealogi Asri,” kata Nakhaie merupakan bekas naib presiden PAS yang menyertai Umno dua dekad lalu.

Kumpulan 40 ulama muda menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Seorang lagi anggota kumpulan ersebut, Fathul Bari Mat Jahya (gambar) juga menegaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang agenda apabila membuat keputusan untuk menyertai Umno kecuali mahu berdakwah kepada masyarakat.

“Kami hanya mahu berdakwah dengan mendekatkan masyarakat kepada agama dengan berlandaskan al-Quran dan sunah.

“Jadi mana-mana pandangan yang tidak bertentangan dengan agama kami akan terima termasuk daripada Asri,” katanya.

Beliau juga meminta supaya tokoh agama di negara ini supaya berganding bahu demi masa depan masyarakat.

“Ini bukan masa untuk kita berbalah antara satu sama lain.

“Sepatutnya kita perlu berganding bahu untuk mendekatkan masyarakat kepada agama,” katanya.

Anwar, Yahudi & Washington Post, Komen Mereka





KL, 1 Julai 10: "Saya tidak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim nyatakan pendirian peribadinya dengan Yahudi, saya desak dia nyatakan pendirian berhubung laporan Washington Post itu," tegas Datuk Harun Taib (kanan).

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas lanjut berhubung berita mStar Online hari ini yang berjudul 'Isu Israel: Ketua Dewan Ulama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian'.

Pun begitu, beliau mengaku bahawa beliau enggan memberi lebih banyak komentar berhubung laporan akhbar antarabangsa itu sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan mStar, Ariffuddin Ishak tadi.

Namun, sekiranya benar sekali pun berita tersebut, beliau berkata, kenyataan Anwar itu bukanlah mencerminkan pendirian umum Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pendirian PAS konsisten menentang kezaliman zionis Israel di Gaza, terutama sejak armada Mavi Marmara dihalang menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak itu. Demikian dilaporkan Harakahdaily.net.

Sebelumnya mStar Online melaporkan, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pedirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.

"Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu laporan akhbar Washington Post Isnin lalu yang mengatakan bahawa Anwar berada di Washington DC selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel dibakar, dan beliau juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington DC yang menurutnya "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Isu terbaru mengenai Anwar memohon maaf kepada Yahudi Amerika itu juga turut diperkatakan dengan meluas dalam blog-blog politik dan juga sosial tempatan. Bagaimanapun Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan kenyataan Anwar itu lebih bersifat peribadi.

"Saya tak nak komen banyak mengenai laporan itu, kami anggap itu adalah soal peribadi beliau," katanya.

Namun tegasnya, PAS tetap dengan pendirian mereka seperti yang dibangkitkan pada Muktamar Tahunan parti itu baru-baru ini iaitu lantang mengutuk kekejaman Israel terutama selepas tragedi berdarah serangan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.

Sementara itu Malaysiakini menjelaskan, ketua penerangan PKR. Latheefa Koya (kiri) berkata, "Bukan untuk pujuk Yahudi. Beliau juga pergi untuk bertemu dengan anak lelakinya yang sedang menuntut di sana."

Utusan Malaysia melaporkan, tindakan itu ekoran Anwar dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu firma perunding APCO Worldwide baru-baru ini.

Memetik tulisan dalam Washington Post, akhbar Umno itu melaporkan Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk pengerusi jawatankuasa luar negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi. Malah, Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Latheefa berkata, Anwar telah menjelaskan kepada pemimpin PKR bahawa dalam pertemuannya dengan pemimpin negara kuasa besar itu, beliau mengambil peluang menjelaskan perbezaan istilah "Yahudi" dan "Zionisme" seperti yang digunakan dalam konteks Malaysia. Ini kerana, kata Latheefa, sikap anti-Yahudi adalah satu bentuk rasis kerana Yahudi itu mewakili bangsa sesuatu kaum.

'Mereka American' "Anwar jelaskan bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi anti Zionis," katanya yang menyifatkan pemimpin nombor satu Pakatan itu menjadi mangsa lobi Zionis di Amerika Syarikat yang terlalu luas.

"Beliau tak pernah minta maaf kerana mengkritik Zionis." Latheefa juga menjelaskan pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin tertentu di luar negara hanyalah atas dasar "pertemuan pemimpin Malaysia dan Amerika".

"Mungkin kebetulan mereka Yahudi. Tetapi ini bukan isu, mereka American (orang Amerika)," katanya lagi.


Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) pula menyifatkan laporan Utusan Malaysia hari ini berniat jahat dan bagi menggambarkan Anwar pro-Yahudi.

"Mereka tidak faham seluruh artikel (dalam Washington Post) dan tidak membacanya dengan penuh teliti," katanya. Katanya, jika dinilai berdasarkan tindakan Anwar mengkritik keganasan Israel dalam insiden berdarah flotila Mavi Marmara, jelas bahawa Anwar konsisten menentang keganasan Zionisme.

Ditanya tentang laporan bahawa Anwar dikatakan menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis", Shamsul yang juga ketua majlis pimpinan PKR Melaka menjelaskan: "Saya tidak rasa artikel dalam Washington Post itu ada menggunakan perkataan kesal." (AK)

Adegan bogel Aruna lulus!



TINDAKAN bintang jelita Bollywood, Aruna Sheilds berbogel dalam filem Mr. Singh Mrs. Mehta mendapat restu kerajaan India apabila badan penapis filem negara itu telah meluluskan tayangan filem tersebut tanpa menyentuh langsung babak bogel yang membabitkan dirinya.

Beritahu Aruna: "Dalam sinema komersial India, saya fikir adalah sesuatu yang baik untuk dilihat sebagai benda yang menarik perhatian." Pada mulanya Aruna telah menolak tawaran berlakon filem itu, namun katanya selepas dia berbincang dengan pengarah filem tersebut, Pravesh Bhradwaj, tiba-tiba dia berubah fikiran.

"Saya dan Pravesh membaca skrip filem itu bersama-sama, lalu kami berbincang mengenainya dari hati ke hati dan saya memberitahunya saya sukakannya, namun merasakan saya kurang sesuai untuk watak Neera itu," ujarnya yang mengambil masa yang lama sebelum memberikan persetujuan untuk membintangi filem itu.

Mengulas mengenai babak bogel lakonannya, tegas Aruna: "Bagi saya, tiada istilah bogel sebenar dalam filem, dan sama ada mahu mengklasifikasikan Neera sebagai berbogel kerana ia sebenarnya dirakam dengan indah dan penuh stail. Saya tidak melihat ia sebagai gangguan terhadap sebarang individu yang menontonnya."

Khamis, 1 Julai 2010

KDN tak puas hati jawapan Suara Keadilan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menunggu jawapan kepada satu lagi surat yang akan dihantar hari ini kepada akhbar Suara Keadilan sebelum memutuskan status permit penerbitan wadah PKR itu.

Setiausaha bahagian kawalan penerbitan dan teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad berkata jawapan itu akan dikaji oleh satu panel kementerian berkenaan sebelum membuat keputusan berkenaan.

"Keputusan itu mungkin positif, mungkin juga negatif," katanya dan menjelaskan keputusan itu bergantung kepada jawapan yang bakal diberikan oleh Suara Keadilan.

Tambahnya, keputusan itu juga akan dibuat berdasarkan pandangan dalam jawatankuasa khas KDN untuk menilai permohonan permit tersebut, yang dikenali dengan nama "Panel 13."

"Kita
akan beri satu surat kepada Suara Keadilan untuk beritahu bahawa KDN tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan (semalam)," katanya tanpa memperincikan kandungan surat berkenaan.

Beliau seterusnya menolak laporan yang menyebut KDN akan memutuskan status permit tersebut hari ini.

"Tidak diputuskan hari ini. Saya cakap kita akan teliti," katanya dan menambah perkara itu akan diputuskan dalam panel yang pengerusikan ketua setiausahanya Datuk Seri Mahmood Adam (atas, kanan) "dengan mengambil kira suara ramai."

Jelasnya, ia juga akan mengambil kira pandangan daripada ketua-ketua jabatan dalam kementerian berkenaan dalam memutuskan perkara itu.

Suara Ke
adilan yang permit penerbitannya tamat pada Rabu memperoleh kebenaran menerbitkan surat berita parti politik dari KDN pada 2007 dan pernah digantung selama tiga bulan pada 2008.

Minggu lalu, Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.

Zahid: TAK PERLU SPRM Siasat Pembelian Scorpene, Semuanya Ikut Prosedur

Isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau ber
kata ini kerana pembelian kapal selam itu dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya, malah kos pembelian kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira satu bilion euro pada tahun 2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Pembelian dibuat mengikut apa yang ditetapkan prosedur, semua langkah diikuti sebaik-baiknya," katanya kepada media selepas melepaskan peserta Ekspedisi 1Malaysia ke Kota London di Bangi hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai pembelian kapal selam itu yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen bernilai kira-kira 114 juta euro kepada syarikat di Malaysia.

Semalam, Dewan Rakyat menolak usul supaya pembelian kapal selam negara itu dibahaskan.

Speaker Pandikar Amin Mulia dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang) berkata beliau telah dimaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasat perkara itu.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu.

Daripada jumlah keseluruhan, RM574.8 juta pergi kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda , seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib merupakan menteri pertahanan sewaktu urusniaga tersebut.

Kerajaan juga sebelum ini telah menafikan komisyen dibayar dalam urusan pembelian kapal selam tersebut, dengan menegaskan bahawa jumlah itu - yang merupakan 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal selam berkenaan yang berjumlah RM4.85 bilion - adalah untuk perkhidmatan sokongan dan penyelarasan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pembayaran tersebut juga kini sedang disiasat pihak berkuasa Perancis kerana "komisyen" seumpama itu adalah salah di bawah undang-undang Perancis.

Subky Latif: Pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali perlu pengadilan

PROF. Datuk Hamdan Adnan telah membangkitkan satu tuntutan yang amat adil tentang penyembelihan beramai-ramai penduduk Batang Kali, Hulu Selangor oleh tentera British lebih 60 tahun lalu.

Tindakan ganas oleh tentera British itu adalah dalam rangka membasmikan gerakan bersenjata komunis dalam tahun 1948.

Penduduk yang dibunuh itu, 24 orang kesemua – dikatakan orang awam yang tidak bersenjata. Apakah mereka terlibat atau tidak dengan komunis, mereka adalah tidak bersenjata.

Britain pun tidak bertindak demikian kejam dalam menghadapi gejala komunis dalam negerinya. Dalam keadaan mereka tidak bersenjata dan tidak melawan apabila mereka diserbu, maka zalim bagi mana-mana pihak bertindak membunuh orang awam seperti itu.

Pembunuhan seperti itu perlu dikutuk. Kutukan itu bukan kerana tentera itu British atau ia tentera kerajaan yang berkuasa, tetapi pembunuhan sembarangan ke atas awam di mana-mana pun adalah dikutuk.

Samalah keadaannya dengan tindakan tentera Amerika dan bersekutu Nato di Iraq dan Afghanistan yang dikatakan dalam menentang keganasan Islam lalu membunuh orang awam di merata-rata tempat.

Peristiwa di Batang Kali itu tidak pernah mendapat pembelaan keadilan. Tuntutan masyarakat khususnya dari keluarga mangsa terus dibangkitkan tetapi tidak pernah dilayan dengan adil oleh kerajaan penjajah yang terus berada di Tanah Melayu hingga tahun 1957 apabila tanah jajahan itu merdeka.

Kerajaan merdeka mungkin lupa dan melupakan kecelakaan itu tetapi keluarga mangsa tidak pernah melupakannya dan mereka terus ingat dan menuntut keadilan.

Tuntutan itu bukan sekadar mahukan ganti rugi, tetapi mahukan satu pengajaran keadilan supaya kekejaman seperti itu tidak dilakukan di mana-mana dan oleh sesiapa jua. Jika keadilan itu telah diberikan dulu, maka tentulah tentera Amerika yang ke Iraq dan ke Afghanistan tidak mengulangi apa yang British buat di Batang Kali dulu.

British hingga ini telah berlepas tangan dan kedaulatan Malaysia pula tidak berbuat apa-apa bagi membela rakyatnya yang jadi mangsa kezaliman itu. Mungkin mereka komunis, tetapi mereka adalah orang awam yang tidak bersenjata ketika mereka dibunuh.

Dan jika pun mereka simpatisan komunis, maka layanannya bukan dengan membunuh mereka tanpa senjata dan tanpa diberi keadilan membela diri.

Kerajaan British mungkin tidak selesa jika ia dibangkitkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi ia adalah tuntutan keadilan yang balasannya tidak akan luput selama ia tidak diselesaikan secara adil.

Britain mengahadapi lebih banyak tuntutan keadilan yang lebih besar dari pembunuhan 24 orang di Batang Kali itu. Maka tidak terlalu berat baginya untuk melayan tuntutan itu jika kementerian luar Malaysia membuka semula failnya.

Kerajaan baru Britian pimpinan David Camaron, seperti yang dibangkitkan oleh Prof. Datuk Hamdan, telah membuat tuntuan maaf terbuka kepada keluarga dan penduduk Ireland Utara yang dibunuh tentera British pada 30 Januari 1970.

Kerajaan baru itu tidak mahu dilihat menggelapkan segala dirasakan tidak adil dalam sejarah lalu, maka ia mengambil sikap terbuka dan tindakan sewajarnya bagi menjernihkan suasana dan yang terpenting ialah ia mahu melihat keadilan dapat dilakukan.

Tanpa mahu menyenggong British, maka kesilapan tenteranya semasa menjajah Tanah Melayu dulu, perlu disebutkan bahawa adanya tindakan kezaliman tenteranya yang terpaksa dibayar oleh kerajaan British.

Tuntutan paling adil tidaklah terus menghukum Britain tanpa adanya penyiasatan. Cadangan supaya kejadian itu disiasat adalah langkah yang terbaik. Tindakan yang diambil nanti tidaklah dilihat sebagai langkah mahu mendera dan memalukan Britain tetapi keadilan didahulukan sebelum penalti dikenakan.

Kalau rakyat yang dibunuh 24 orang itu dinafikan keadilan sebelum dibunuh, maka tidaklah dendam yang serupa dikenakan pula kepada kerajaan British sekarang. Adakan penyiasatan bersama Malaysia dan Britain dalam penyembelihan itu.

Kemudian Britain tidak terlalu berat membayar ganti darah kepada keluarga mangsa. Tidak semestinya mereka dikenakan membayar sekian ribu paun atas setiap jiwa yang dibunuh, tetapi dengan permintaan maaf yang terbuka atas kesalahan itu serta tawaran kemudahan belajar dan biasiswa kepada anak cucu cicit mangsa mengikut peruntukan yang selayaknya.

Ia sebenarnya bukan satu denda tetapi ia dilihat satu bayaran muhibbah tentang hubungan baik antara kedua bangsa. Dan ia juga satu pengajaran kepada mana-mana tentera asing yang datang ke sebuah wilayah yang bukan sebahagian dari kedaulatannya.

Yang dibangkitkan oleh Prof. Datuk Hamdan dan rakan-rakannya adalah dalam rangka menegakkan keadilan bahawa manusia itu adalah sama baik ia dari negeri kecil yang mundur mahukan negara kaya yang maju.

Aziz Bari: Kerjaan PR Disaran Tukar sekali SUK, Pegawai Kewangan & Penasihat Undang2

Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.

Beliau yang dipetik oleh TV Selangorberkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi.

'Tali barut'

Mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari pejabat peguam negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan pusat.

"Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya.

Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain.

Guna istana

Beliau bagaimanapun mengesyaki tidak mustahil hasrat kerajan negeri Pakatan Rakyat akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana.

"Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsesi perjanjian air sebagai dokumen awam.

Kenapa rakyat perlu turun Kempen Tak Nak Judi 3hb Julai 2010?

Oleh: Suhaizan Bin Kaiat

Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara.

Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.

Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi.

Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya. GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya.

Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat . Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi. Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua.

Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam menyokong judi dalam negara.

Harakahdaily/-

Berjaya lapor keuntungan pracukai berganda

Berjaya Corporation Bhd (BCorp) telah melaporkan keuntungan sebelum cukai lebih daripada berganda kepada RM613 juta untuk tahun kewangannya yang berakhir 30 April, 2010, daripada RM275 juta tahun sebelumnya.

Pendapatan meningkat 6.9 peratus kepada RM6.8 bilion daripada RM6.3 bilion sebelumnya, kata kumpulan dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan itu terutamanya disebabkan oleh sumbangan pendapatan yang tinggi daripada pemasaran pengguna, pembangunan hartanah, insurans am dan perniagaan broker saham, kata BCorp.

Untuk suku keempat berakhir 30 April, 2010, BCorp mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM299.2 juta daripada kerugian sebelum cukai RM37.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas sementara pendapatan naik 25 peratus kepada RM1.89 bilion daripada RM1.51 bilion sebelumnya.

Untuk tahun kewangan berakhir 30 April, 2010, BCorp membayar satu peratus dividen tunai satu tier dan 2.35 peratus "single-tier dividend-in-specie" saham-saham Berjaya Media Bhd, menjadikan jumlah pembayaran dividen 3.35 peratus sesaham.

BCorp berkata dengan pulihnya keadaan ekonomi, perniagaan pemasaran pengguna di bawah Cosway (M) Sdn Bhd dijangka terus menunjukkan penambahbaikan sementara perniagaan pertaruhan di bawah Berjaya Sports Toto Bhd akan terus berdaya tahan.

~Bernama

Negara Islam: Jawapan Nik Aziz kepada Karpal Singh


KOTA BARU, 1 Julai 10: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah. Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir dari pemimpin komponen Pakatan Hide allRakyat yang mencurigai hasrat PAS itu, ia merupakan pendapat peribadi masing-masing.

“Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar PAS itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam,” katanya dipetik Bernama.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri, bukannya dari DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS itu salah, kata Nik Aziz. Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Karpal yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.

Karpal yang genap 70 tahun Isnin lalu memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Sementara itu, menuurut Harakahdaily hari ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju cadangan melantik Penasihat Undang-undang sendiri bagi kerajaan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dicadangkan sebelum ini. Menurut Tuan Guru, perkara yang sama pernah dibincangkan sewaktu Kelantan di bawah kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu sewaktu bergabung dengan parti Melayu Semangat 46. (AK)

P. Balasubramaniam mendapat dana dari Deepak Jaikishan



KUALA LUMPUR, 1 Julai — Detektif persendirian P. Balasubramaniam yang kini berada di luar negara mengakui “menerima pembiayaan” daripada seorang tetapi orang yang dimaksudkan bukannya mereka yang rapat dengan Pakatan Rakyat, tetapi ahli perniagaan permaidani yang dikenali sebagai Deepak Jaikishan.

Balasubramaniam yang semalam berhadapan dengan situasi enggan ditemui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di London minggu depan atas faktor implikasi perundangan berkata, dia bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dalam hal tersebut.

Bagaimanapun, dalam jawapan yang dihantar menerusi peguamnya Americk Sidhu beliau berkata, sumber kewangannya bukan daripada orang lain tetapi “dana” diterima ahli perniagaan.
“Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bebas Datuk Zahrain Hashim (semalam).

“Saya diarahkan oleh pelanggan saya untuk mengatakan bahawa dia menyokong penuh cadangan dibuat Datuk Zahrain atas alasan mudah yang mana wang yang digunakan untuk membayar perjalanan ke London dan penginapan adalah diperoleh daripada dana diterima daripada Deepak Jaikishan,” katanya.

Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual terbaru Balasubramaniam (gambar) akhir tahun lalu beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan Deepak sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Laporan media sebelum ini menyebut Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Di bangunan Parlimen semalam, Zahrain mendesak SPRM menyiasat individu yang terbabit menaja Balasubramaniam di London.

Beliau yakin ada individu yang menaja kehidupan Balasubramaniam di negara itu kerana mengetahui penyiasat berkenaan tidak mampu menetap di sana tanpa bantuan kewangan.

“Saya mendesak melalui menteri minta SPRM siasat siapa sponsor. Lagipun, saya tahu tidak mungkin Bala mampu duduk di London berbulan-bulan tanpa ditaja,” katanya.

Balasubramaniam mengundang kontroversi apabila pada 3 Julai 2008 muncul dan mengumumkan akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaiamanapun keesokannya, beliau menarik balik kenyataan akuan sumpah awalnya itu melalui akuan sumpah kedua dalam satu sidang media sebelum bertindak menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarganya.

Zahrain berkata episod kehidupan Balasubramaniam seakan menyerupai episod kehidupan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dan yakin pihak yang sama menaja kedua-dua individu terbabit.

Katanya berdasarkan pada bukti-bukti yang beliau peroleh, mendapati kedua-dua individu terbabit mendapat tajaan daripada parti pembangkang.

Beliau berkata dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa parti itu tidak mempunyai hubungan dengan Raja Petra adalah tidak benar.

Wakil Peneroka Felda Tunjuk Perasaan Di Hadapan Pejabat Suara Keadilan

Wakil-wakil peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dari Hulu Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor melakukan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabat akhbar Suara Keadilan di Seksyen 13, di Shah Alam semalam. Mereka membantah laporan akhbar lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memaparkan laporan muka depan "Felda Bankrap". Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Hampir 400 wakil peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dari Hulu Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perak semalam mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabat akhbar Suara Keadilan di Seksyen 13 di sini.

Wakil-wakil peneroka itu membawa sepanduk dan berteriak "Hidup Felda! Hidup FELDA!" dan ada di kalangan penunjuk perasaan itu yang membakar akhbar Suara Keadilan, yang merupakan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden Majlis Belia Felda Selangor Aziz Ngah Mat Daud berkata, kehadiran mereka bertujuan membantah laporan Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun 2010 yang memaparkan laporan muka depan "Felda Bankrap".

Laporan Suara Keadilan itu berunsur fitnah, menghasut, menipu dan mengelirukan 1.6 juta warga Felda seluruh negara dan rakyat Malaysia dengan menyatakan Felda bankrap, katanya.

Exco Majlis Belia Felda, Ku Zahrin Shah Ku Mansur berkata Majlis Belia Felda mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri menarik balik permit penerbitan Suara Keadilan dan akhbar yang menyiarkan berita-berita berunsur fitnah, bohong dan mengelirukan yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Aziz Ngah kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib yang ditemani oleh peguam akhbar itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa demonstrasi itu dan mereka bersurai selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Pada sidang akhbar kemudian, Dzulkarnain berkata Suara Keadilan memahami sentimen warga peneroka terhadap Felda tetapi pihaknya berpegang teguh terhadap apa yang telah disiarkan.

"Felda akan saman Suara Keadilan, biarlah proses undang-undang berjalan, biar mahkamah menentukan," katanya.

Beliau berkata, artikel itu mengandungi "ulasan adil" kerana memetikkenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, AhliMajlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Ahmad Zaid Ibrahimdan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong.

~
BERNAMA