Rumah peguam kepada detektif persendirian iaitu peguam Manjeet Singh Dhillon telah dipecah masuk oleh pihak tertentu dan barang yang mencari sasaran adalah komputer riba.
Detektif tersebut, P. Balasubramaniam adalah saksi penting satu kes rasuah yang didakwa berlaku semasa urusan pembelian dua kapal selam dari Perancis dan juga berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia tiga tahun lepas.
Manjeet yang merupakan salah seorang daripada peguam Balasubramaniam itu yang baru pulang dari London untuk bersama-sama dengan Balasubramaniam memberi keterangan kepada pihak berkuasa Perancis yang menyiasat kes ini pada awal minggu lepas.
Manjeet (gambar kiri) pulang untuk menghantar jawapan kepada 52 soalan SPRM kepada Balasubramaniam yang akan diserahkan tidak lama lagi kepada pihak SPRM.
Menurut kenyataan yang dibuat Manjeet, pecah masuk ini adalah yang kedua berlaku. Kali pertama yang berlaku ialah semasa Balasubramaniam ditemuramah di Singapura.
Barang-barang lain seperti barang kemas dan barangan berharga tidak pula diusik di rumahnya semasa mereka memecah masuk rumahnya.
Pada hujung bulan November tahun lepas, rumah Manjeet juga dibaling dengan bom petrol yang merosakkan dinding garaj rumah mereka. Bom petrol itu dikatakan sebagai amaran ke atas Manjeet. Manjeet juga adalah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Manjeet yakin kejadian ini ada kaitan dengan pihak yang ingin melambatkan siasatan di dalam kes berkaitan dengan Balasubramaniam dan akan membuat laporan polis mengenai pecah masuk ini dalam masa terdekat.
~sumber KLToday.com