Felda - Lihat angka-angka yang menakjubkan
1. Tunai Felda merosot RM2.73 Billion - Jika diberi kepada peneroka, semaji dan bonus peneroka Felda diseluruh Negara boleh mendapat bonus free RM1000.00 setiap bulan selama 24 bulan.
2. Setahun gaji dan bonus CEO FELDA hampir menyamai jumlah pinjaman sara hidup untuk 600 orang peneroka Felda selama 12 bulan.
3. Kos binaan bangunan baru FELDA boleh menampung kos membaiki rumah 22,000 peneroka Felda dengan nilai RM30,000 sebuah rumah.
4. Mari kita buat perbandingan dan andaian:
(a) Seoranng peneroka yang menyertai Felda pada tahun 1980 dikenakan hutang sebanyak RM18,000.00;
(b) Pada tahun 1996, umur peneroka itu meningkat 46 tahun, dan beliau berjaya melangsaikan semua hutang dengan Felda (habis semua hutang);
(c) Pada tahun 2002, peneroka itu sudah brumur 52 tahun, dan beliau dikenakan hutang baru sebanyak RM40,000.00 untuk sara hidup dan tanam semula;
(d) Pada tahun 2005, umur peneroka itu meningkat 55 tahun dan pinjamannya dengan Felda berbaki RM90,000.00; dan
(e) Pada tahun 2020 (Malaysia menjadi Negara maju, jika tidak bankrap pada tahun 2019), umur peneroka itu meningkat 70 tahun dan beliau menanggung hutang dengan Felda sebanyak RM160,000.00. Geran tanahnya dikaveat, dan jika ia tidak mampu membayar hutang dan meninggal dunia, warisnya akan mewarisi hutang itu, dan jika tidak berbayar juga, tanahnya akan dilelong oleh Felda atau diambil alih oleh Felda.
(sumber: Warga Felda Perihatin)
************************************************************
FELDA UNTUNG RM 10 BILION
Setiap aktiviti yang dijalankan oleh FELDA lebih-lebih lagi membuat pelaburan dilakukan dengan teliti dan konsisten bagi memastikan agensi itu terus bertahan di masa hadapan, kata pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Beliau berkata setiap pelaburan yang dibuat oleh FELDA adalah melalui satu jawatankuasa pelaburan yang akan mengkaji dan membuat keputusan mengenai setiap perancangan pelaburan itu.
"Dalam FELDA, tiada pelaburan yang boleh dibuat oleh individu. Ia perlu berdasarkan kajian oleh kumpulan profesional, barulah boleh buat keputusan. Sebab itu FELDA masih selamat, kalau tiada amalan macam ini tentulah FELDA tak boleh survive macam sekarang.
"Satu daripada faktor utama FELDA bertahan adalah amalan yang konsisten. Pelaburan yang dibuat setakat ini diyakini memberi pulangan yang baik, tiada yang jadi beban," katanya ketika ditemubual di ibu pejabat FELDA di sini.
Yusof berkata penubuhan FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd juga adalah untuk mengembangkan sayap pelaburannya di luar negara dalam bidang seperti perladangan, hotel, hartanah dan katering.
"FELDA Global adalah langkah untuk cepatkan penyertaan kita dalam bidang pelaburan. Kalau lambat kita rugi, yang rugi generasi baru. Ini adalah langkah dasar untuk selamatkan FELDA di masa depan sebab pelaburan akan dirasai oleh generasi masa depan," katanya.
Yusof berkata FELDA mampu meraih pendapatan antara RM10 bilion dan RM15 bilion setahun bergantung kepada harga minyak sawit mentah.
"Sekurang-kurangnya sebanyak RM1 bilion merupakan keuntungan bersih," katanya.
Beliau berkata dakwaan kononnya FELDA bankrap adalah tidak benar dan hanya agenda politik semata-mata oleh pihak tertentu yang mahu mencari kesalahan kerajaan.
"Asas tuduhan itu politik, itu berita memeranjatkan, kita nak tahu bankrap apa? Kalau bankrap duit, kita ada duit, kalau tiada duit untuk bayar hutang, aktiviti FELDA bukan setakat bertahan tetapi bertambah. Kalau bankrap boleh ke buat?" katanya, merujuk kepada laporan akhbar Suara Keadilan, milik pembangkang, kononnya FELDA telah bankrap.
Yusof berkata kedudukan tunai FELDA juga mencecah RM1.5 bilion setahun untuk menampung operasi organisasi itu di mana kosnya mencapai RM500 juta setahun bagi mengekalkan aset seperti kilang minyak sawit.
"Kos pengurusan adalah RM500 juta setahun, tetapi ada kos-kos lain yang kita kena tanggung iaitu kerja sosial kerana tugas FELDA bukan hanya menguruskan ladang, tetapi kita juga membantu komuniti.
"Kalau kita nak uruskan FELDA sahaja kita dapat RM500 juta setahun cukuplah, tetapi kita kena ada lebih kerana hendak tolong peneroka dan masyarakat FELDA," katanya