Mengapakah  Komplek Gereja Kristian Terbesar akan dibina di Shah Alam di  tengah-tengah kawasan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang  beragama Islam? Adakah gereja ini akan digunakan nanti sebagai pusat  mengkristiankan orang Melayu?
Seperti yang kita sedia maklum  sudah ada beberapa gereja seperti di Jalan Gasing, Petaling Jaya  (berhampiran EPF) yang dibina khas untuk mengkristiankan orang Melayu.  Ramai lagi yang akan murtad nanti kalau kita tidak tingkatkan bantahan  kita.
Keputusan kerajaan UMNO-BN Dr Mahathir meluluskan pembinaan  komplek gereja di Shah Alam tersebut di tengah-tengah kawasan Melayu  tidak menghairankan. Bukankah Dr Mahathir, Hamid Othman dan pemimpin  UMNO yang lain sentiasa memehak kepada orang-orang Melayu yang telah  murtad.
Gereja terbesar di Asia itu telah dibenarkan oleh  kerajaan Dr Mahathir untuk dibina ditengah-tengah kawasan Islam tetapi  disebaliknya pula kerajaan UMNO-BN telah merobohkan satu surau kecil di  pangsapuri Pandan Perdana, Ampang Kuala Lumpur dengan alasan, antara  lainnya, kerana surau tersebut dibina dikawasan perumahan yang majoriti  penduduknya terdiri dari kaum Cina.
Dan kerajaan UMNO-BN  dikatakan sudah pun meluluskan cadangan Malaysia Airports Berhad untuk  merobohkan Masjid Lapangan Terbang Subang atas alasan hendak membina  sebuah Convention Centre bagi Terminal 1 Subang Airport.
Mengapa  Convention Centre tersebut dibina di lapangan terbang Subang dan tidak  pula di KLIA seperti yang sepatutnya. Desas-desus mengatakan niat  sebenar kerajaan Dr Mahathir hendak musnahkan rumah Allah ini adalah  kerana masjid ini merupakan antara masjid-masjid yang sangat aktif dalam  menjalankan aktiviti dakwah Islamiah dan telah terus, tanpa takut dan  gentar, mengadakan ceramah-ceramah oleh ulamak-ulamak yang inginkan  pemerintahan Islam walau pun telah diberi amaran berulangkali oleh pihak  berkuasa.
Dengan gejala murtad ini semakin berleluasa maka  dipetek dibawah ini sebahagian dari rakaman kaset ceramah mengenai  pendedahan ajenda Kristian untuk murtadkan orang Melayu yang diberi oleh  saorang bekas Paderi kristian Melayu, En Salleh bin Omar agar dapat  kita semua bayangkan dengan lebeh jelas lagi ancaman yang dihadapi oleh  agama Islam kita, dan ancaman ini, terutamanya ancaman murtad menjadi  begitu serius kerana Islam di Malaysia punyai musuh dalam selimut. Musuh  Islam dalam selimut itu adalah Dr Mahathir dan UMNO.
(Ceramah En Salleh bin Omar, bekas Paderi)
Nama  saya Salleh bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah  pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan emak saya berasal dari  Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya  menetap di Kedah, di Pondok Kg Pisang.
Pada 1970 saya telah pergi  ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi  gagal. Kami terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan  seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,  tempat tinggal, makan dan minum, dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar  sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam  tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia,  iaitu dari Kuala Lumpur, bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah  membawa saya tinggal di Seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami  belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing yang dibina  khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).
Setelah  satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama  6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang  dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan  Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh  Asia dan Bendahari Agong Wanita Kristian seluruh Indonesia.
Saya  pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis  hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar  pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam  bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang  Malaysia,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke  Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma,  seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama satu bulan di  Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.
Beliau adalah  Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah  bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha  agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi  ketua pendakwah bersama 6 orang kawan.
Saya dihantar ke Baptish  Church di Ipoh, dibekalkan duit $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan  sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda  Negeri Perak.
Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan  telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya  bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya  terus bertaubat.
Jumlah Melayu seramai 3,000 orang telah  dikristiankan, terutama penduduk negeri Perak dan Johor , di Perak di  Manjoi dan Rapat Setia .
Cara hendak mengenali mereka Lelaki -  Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond  (elaun satu hari $60.00). Perempuan - berbaju putih skirt hitam dan  reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara  berdakwah. Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja.  Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama  120 katil, makan disediakan).
Didakwah dengan kaset, cara  perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa  sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi  minum, seminggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap, dan mendengar  azan macam meletup telinga. Hal dakwah Islam tidak mahu.
Kewangan  gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura.  Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling  Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang,  ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani  Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan  Kristian. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.
Sekolah yang  paling teruk dilanda Kristian ialah Victotia Institution. Pengetuanya En  Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian- susah untuk diberi nasihat  kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.
Di Ipoh  Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar  perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk  main-main saja, akhirnya dia bertaubat.
Banting Kamariah bt Sidek  - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina  dibayar $165.00 sehari). Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah,  Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada  salib.
Punca terjebak dalam Kristian:
1). Desakan hidup
2). Kurang agama
(Kaset ceramah bekas Paderi, En Salleh Omar maseh ada dijual)
En  Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada  Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana  tersebar di akhbar pada tahun 1982.
Setelah bertaubat dan kembali kepada Islam, En Salleh Omar telah dapat menarik semula 300-400 orang kembali kepada Islam.
Beliau  sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan  juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.
Paderi  Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah  penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar  ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya  imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid.
En  Salleh Omar telah menceritakan bagaimana selepas mesyuarat 3 hari  beliau hantar 6 orang pendakwah dan , tidak sampai sebulan 400 orang  Melayu telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah, dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.
Cara  untuk masuk Kristian Mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00  pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama  dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
En Salleh  telah beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman 2. Pusat Islam (untuk  menyedarkan umat Islam) Seorang lagi bekas paderi Abd Rahman Yaakob  (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun.  En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa Inggeris.
Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1). Tidak boleh hisap rokok
2). Tidak boleh minum arak
3). Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4). Tidak boleh kahwin.
Holy  water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang  menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah  disiasat dan mereka didapati ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad  akui tiga negeri tidak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah  dan Terengganu. Pendakwah Kristian pernah dipukul hingga patah tangan.