Sabtu, 31 Disember 2011

Jangan bermain api: penemuan kepala babi di hadapan pintu masjid

Jangan bermain api: Ketua Polis Johor


JOHOR BAHRU - “Jangan bermain dengan api kerana perkara ini bukan saja mencabar kredibiliti kami, malah menggugat sensitiviti masyarakat Islam khususnya.”

Demikian amaran Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berhubung kejadian penemuan kepala babi yang diletakkan di hadapan pintu masjid di Taman Desa Jaya, di sini.

Mohd Mokhtar berkata, tindakan itu disifatkan sebagai perbuatan melampau yang memaksa satu pasukan khas ditubuhkan serta merta bagi menyiasat kejadian itu.

“Pasukan itu yang ditubuhkan hari ini (semalam) akan memulakan operasi mencari dalang yang terlibat.

“Kami akan menyiasat perkara ini secepat mungkin untuk mengheret individu mahupun pihak terbabit ke muka pengadilan kerana kejadian ini nyata mencabar dan mempersendakan agama kita.

“Ini bukan perkara remeh, individu yang melakukannya jelas mencabar semua umat Islam bukan saja di negeri ini malah di seluruh Malaysia dan kami bertekad akan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mokhtar berkata, pasukan itu dikerah untuk mencari petunjuk dan mendapatkan maklumat supaya individu atau kumpulan yang terbabit dengan perbuatan­ itu ditahan dan didakwa.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tiram, Datuk Maulizan Bujang berkata, insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan harus dikutuk sekeras-kerasnya kerana bertentangan dengan amalan rasional di sebuah negara berbilang kaum dan agama.

Menurutnya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam kerana ia menyentuh sensitiviti keagamaan.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu menuduh siapa yang melakukan perbuatan itu, sama ada dilakukan oleh orang Islam sendiri atau bukan Islam.

“Sekarang kita perlu menyerahkan segalanya kepada polis untuk menyiasat insiden ini dan saya harap masyarakat di kawasan ini bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan,” katanya.

Pakatan cat rumah flat RM360 ribu, PM janji RM1.2 juta


(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak)

Harakah Daily | GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.

Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.

Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.

Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

"Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya.

"Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

“Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.

Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.

Misteri Kerajaan Langit Ayah Pin

SELATAN ONLINE
Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar “Kerajaan Langit“ atau “Sky Kingdom“ yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.

Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.
Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.

Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.

Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.

Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.

Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.

Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri.

Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.

Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.

Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.

Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.

Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.

Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.

Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.


Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.

Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.

Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.


Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.

Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.

Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.

Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.



Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.

Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.

Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.Hj. Lokman

Jumaat, 30 Disember 2011

Media UMNO Angkat Adam Seperti ‘Penjenayah Besar’

Kuala Lumpur, 29 Dis : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa.

Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.

“Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

“Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.

UMNO resah lihat perkembangan mahasiswa

Tambahnya, tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan itu.

Mereka juga selalu bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Katanya lagi, komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong.

Media UMNO ibaratkan Adam ‘penjenayah besar’

Menurutnya, perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.

Tambah beliau, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

“Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata, tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Khamis, 29 Disember 2011

ISU MADRASAH SALIHIAH - DEPA TANYA KERAJAAN NEGERI JAWAB


Latarbelakang:
PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh di surau? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Isu Azizan nak Roboh Surau di Kedah - Nak Tanya : Surau kaa Atau Pejabat Takaful..???


SURAU KAH ATAU PEJABAT TAKAFUL..???
Umno Kedah diminta akur
Oleh : ROSLINDA HASHIM
Tarikh : November 24, 2011
heheh
Umno Kedah diminta akur dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang mem­benarkan tapak Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak dibangunkan untuk projek pembangunan kompleks beli-belah, Aman Central.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Kerajaan Negeri memperoleh surat persetujuan bertulis daripada Majlis Fatwa, bukannya diputuskan oleh Ke­rajaan Negeri sewenang-wenangnya.

“Kenapa mahu menidakkan ke­putusan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa, sedangkan Kerajaan Negeri sendiri merujuk kepada Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebelum membangunkan semula projek terbengkalai itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun status tapak madrasah itu adalah tanah wakaf, namun jika dibangunkan untuk perkara yang lebih baik, ianya dibenarkan.

“Kerajaan Negeri bukan ambil tanah itu percuma, sebaliknya dibayar pampasan RM1.48 juta kepada Maik dan RM36.9 juta kepada waris terlibat,” katanya.

Mohd Azam mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ah­mad Bashah Md Hanipah kelmarin, yang membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah membenarkan pengam­bilan tapak dan bangunan Madrasah Salihiah bagi dibangunkan kompleks beli-belah.

Ahmad Bashah mendakwa tin­dakan itu seolah membelakangkan masyarakat Islam, selain menjatuhkan kredibiliti Pas, yang sebelum ini lantang memperjuang syiar Islam.

Mohd Azam berkata, sekiranya Umno Kedah tidak berpuas hati de­ngan penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini, mereka boleh me­rujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Jika bantah, ke­napa ketika Sidang Dun minggu lalu, tidak bangkitkan isu ini. Saya pasti Menteri Besar sudah bersedia dengan hujahnya un­tuk menangkis dak­waan tidak berasas membabitkan isu pengambilan tanah madrasah,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya masya­rakat Islam di negeri ini, khususnya bandar raya Alor Setar bersyukur dengan kemudahan surau baru yang disediakan sebagai ganti dalam kom­pleks, kerana mampu menampung 400 jemaah, berbanding jumlah jemaah sedia ada di madrasah itu.

“Pemaju juga ba­gi jaminan surau baru itu boleh diakses dari luar bangunan, tanpa perlu masuk ke dalam kompleks. Ini memudahkan orang ramai yang mahu tunaikan solat,” katanya.

Mohd Azam tu­rut menyangkal dak­waan bangunan ma­drasah itu berusia lebih 100 tahun, kerana bangunan asal madrasah itu sudah dirobohkan pada 2007.

“Sebahagian bangunan madrasah itu disewa kepada syarikat lain untuk perniagaan, bukan diguna sepenuhnya untuk aktiviti agama. Malah penduduk berdekatan juga semakin berkurangan. Lebih elok jika Maik gunakan duit pampasan untuk bina surau di lokasi lain yang lebih memerlukan,” katanya.

Selasa, 27 Disember 2011

Risalah lucah hina Saifuddin di UiTM Shah Alam



HD | SHAH ALAM, 27 Dis: Kumpulan Aktivis Mahasiswa (Kami) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu.

Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh.

Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi "Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!".

Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang.

"Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan aman Pro-Aspirasi di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini bagi mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan kerana memihak kepada Pro–Mahasiswa dalam penganjuran Perhimpunan Kebebasan Akademik di Kuala Lumpur.

"Kami berharap supaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dapat menyiasat kes ini sedalam-dalamnya kerana dilaporkan tiada sebarang tindakan terhadap kes yang berlaku ini.

"Dulu apabila Mahasiswa mengadakan speaker’s corner, kecoh satu kampus kerana Mahasiswa dikatakan menghuru-harakan kampus sehingga beberapa Mahasiswa ditahan oleh Polis Bantuan UiTM, tetapi mengapa apabila timbul kes ini pihak pentadbir mengambil pendirian berdiam diri?" katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan terus pertahankan Saifuddin walau apapun terjadi kerana yakin dengan perjuangannya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Pro–Aspirasi yang berdemo sebagai “meludah ke langit” kerana suatu ketika dulu mereka mengatakan bahawa Mahasiswa berdemonstrasi adalah tidak intelektual.

Mestikah kita berterima kasih kepada perompak yang merompak kita?

Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan BN yang tidak lepas dari menggunakan isu ‘mengenang budi’ sebagai modal kempen. Modal ini telah dijual kepada rakyat dari dulu sampailah sekarang, apatah lagi dalam situasi BN dalam keadaan defensif sekarang ini.

Tentunya ini merupakan modal terbesar yang masih tinggal kepada UMNO terutamanya dan masih ada di antara pemimpinnya yang menyatakan bahawa sesiapa yang berfikiran yang berlainan dengan pemikiran pimpinan UMNO itu adalah mereka yang tidak mengenang budi. Berbagai-bagai budi yang UMNO telah taburkan, kata mereka. Pelajaran anak-anak, sampailah kepada subsidi gigi palsu kepada orang yang gigi yang sudah ‘kelompong’. Kalaulah tidak ada UMNO, kepada mereka ramai rakyat yang ‘kelompong’ giginya.

Kita mesti faham asas pembentukan sebuah negara seperti negara kita ini. Kita mengambil demokrasi sebagai cara rakyat memilih siapa yang mereka hendak berikan mandat itu. Memberikan undi kepada mana-mana pihak itu merupakan satu tanggungjawab yang asas dalam demokrasi. Asalkan parti-parti yang menawarkan kepimpinan itu adalah parti-parti yang halal disisi undang-undang negara, kita boleh memberikan undi kepadanya. Setakat ini hanya parti komunis Malaya sahaja yang telah diharamkan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya di negara ini.

Saya memilih untuk menulis isu ini kerana ada seorang dua yang menulis email kepada saya dengan bahasa yang baik dan sopan supaya saya mengingati jasa-jasa UMNO dan terus sahaja menyokong parti itu. Saya menghormati pandangan mereka ini dan saya telah pun memberikan jawapan kepada mereka berdua ini juga dengan bahasa yang baik dan tertib, selari dengan adat serta adab sopan sebagai seorang Melayu.. Melayu ini sebenarnya adalah bangsa yang lembut budi bahasanya.

Itulah sebabnya saya tidak memandang sebelah mata kepada mereka yang bercakap kasar dan menggunakan bahasa kotor dan jelek apabila bersalah-salahan dalam satu isu yang berbangkit. Perkataan kotor-kotor yang terhambur dari pihak UMNO dan penyokong-penyokongnya ini lah yang membuatkan ramai rakyat di atas pagar mengambil tindakan memberikan sokongan kepada pihak alternatif yang di hina dengan tiada perinya ini.

Mereka mengambil sikap dan kelakuan penyokong UMNO ini sebagai alasan dan penyebab mereka tidak berminat untuk bersama UMNO lagi. ‘Attribute’ dan sikap Melayu itu sudah tidak ada lagi kepada penyokong-penyokong UMNO kini. Sikap dan perlakuan mereka terlalu ‘un Malay’. Mereka terlupa yang bahasa itu adalah jiwa kepada bangsanya.

Sesebuah negara yang berkerajaan mendapatkan sumber kewangan untuk memerintah itu datangnya dari rakyat. Rakyat yang membayar pihak yang memerintah itu melalui cukai pendapatan, cukai tanah serta cukai excise serta jualan dan bermacam-maca lagi sumber dan kesemuanya adalah dari rakyat.

Ahli-ahli Legislatif serta pegawai-pegawai awam dibayar gaji oleh rakyat. Semua perbelanjaan kerajaan dan kakitangannya dibayar dari wang rakyat. Seperti di negara kita cukai pendapatan di kutip dari semua yang mempunyai pendapatan tidak kira mereka itu ahli UMNO, DAP, PKR, PAS atau mana-mana parti sekali pun.

Sekarang ini rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan BN untuk memerintah. Gaji menteri-menteri UMNO dan BN dibayar oleh rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO ini ditugaskan untuk memerintah dan mentadbir negara dengan baik dan jujur. Tetapi sekarang mereka yang diberi mandat ini telah banyak menyimpang dari tanggungjawab mereka kepada negara.

Saat ini UMNO sedang menghadapi pertarungan yang sangat sengit dalam sejarahnya. Orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah mula dengan deras meninggalkan UMNO ini dan pemimpin UMNO mula lah memberikan segala janji-janji yang sama sejak dulu sampai lah sekarang, iaitu agenda Melayu. Sampai sekarang UMNO hanya punya agenda Melayu tetapi tidak mampu melaksanakannya. Melayu terkebelakang juga.

UMNO terus memaki hamun siapa yang tidak sebulu dengannya dan yang tidak dapat di tinggalkannya ialah sifat mengungkit-ngungkit dengan apa yang telah dilakukannya terhadap negara. Mereka memaki hamun kononnya yang tidak menyokong ini adalah mereka yang tidak berterima kasih. Tetapi hakikatnya mereka tidak berterima kasih terhadap rakyat yang telah memberikan mereka mentadbir negara selama ini.

Menteri-menteri dibayar gaji oleh rakyat termasuk Perdana Menteri. Begitu jugalah MB MB setiap negeri serta semua ahli-ahli lagislatif itu dibayar gaji dan kemudahan oleh rakyat. Rakyat membayar gaji dan kemudahan itu ialah untuk mereka mentadbir negara dengan baik. Jangan rasuah, jangan menyalahgunakan kuasa dan tidak berdisiplin.

Kalau jadi menteri jangan gunakan kedudukan untuk mempengaruhi kerajaan untuk membiayai projek suami dan anak-anak dengan begitu besar secara mudah. Jangan gunakan wang itu untuk membeli perkara-perkara yang tidak kena-mengena dengan tujuan pinjaman itu di berikan. Ikut undang-undang yang telah digubal dengan baik itu. Jika undang-undang kata tidak boleh jadi Pengerusi Koperasi jangan rampas kedudukan mereka yang layak duduk di situ sekian lama.

Hormati rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau telah menandatangani perjanjian royalty minyak dengan negeri-negeri berdaulat dalam persekutuan itu kita mest tunaikan janji itu. Jangan dipermain-mainkan rakyat yang telah lama bersabar melihat tahap kelakuan pemimpin yang terlalu buruk itu.

UMNO mesti faham pembiayaan pembangunan negara itu dibiayai oleh pembayar cukai termasuk cukai dari ahli-ahli pembangkang. UMNO hanya menguruskan serta membuat perancangan untuk membangunkan negara dan rakyat telah membayar gaji mereka setiap bulan.

Kalau dah begitu apa pasal UMNO sentiasa meminta rakyat berterima kasih kepada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kerajaan itu telah dibayar gaji dan upah mengurus negara oleh rakyat.

Oleh kerana salah laku pemimpin UMNO itulah yang menyebabkan ramai yang tidak lagi bersama parti itu dan lucunya UMNO pula yang meminta kita berterima kasih kepada mereka. UMNO nampaknya meminta kita berterima kasih kerana membohongi rakyat dan melakukan segala tindakan buruk seperti rasuah dalam segala bidang. Bagaimana UMNO mempunyai muka untuk meminta orang ramai berterima kasih kerana mereka menjahanamkan negara dan harta benda rakyat?

Bacalah sebanyak mana pun ayat-ayat quran seperti yang dilakukan oleh TS Muhyiddin baru-baru ini untuk mengaburi mata rakyat dan menutup segala salah laku pemimpin-pemimpin. Tetapi rakyat tetap mengetahui segala keburukan yang dilakukan oleh pimpinan-pemimpin mereka. Ayat-ayat yang dibaca itu hanya mustajab bergantung kepada siapa yang membacanya.

Pendeknya apa yang diberikan oleh UMNO kepada rakyat selama ini ialah duit rakyat sendiri, bukannya duit UMNO. Mereka pun telah dibayar dengan lumayan untuk mengendalikan kerja-kerja pembangunan negara dan rakyat.

Kemarahan kepada mereka ialah kerana mereka telah mengambil lebih dari apa yang dibayar oleh rakyat itu melalui rasuah dan salah guna kuasa yang telah berlarutan sekian lama.

Rakyat negara ini adalah insan biasa. Mereka ada had kesabarannya. Itulah ramai rakyat yang ingin mengupah pihak lain untuk mentadbir mereka kerana UMNO yang telah di upah mereka untuk menjaga kepentingan mereka telah banyak menyeleweng. Mereka tidak juga mahu berubah untuk menjadi pentadbir yang baik.

Tetapi kita memahami juga kenapa mereka tidak mahu berubah: iaitu kerana sudah begitu ketagih dengan mencuri dam memakan rasuah secara besar-besaran. Penyakit ketagihan ini memang tidak boleh diubati dan rakyat tahu UMNO tidak mungkin dapat mengubati penyakit yang mereka hadapi ini.

Itulah sebabnya rakyat memandang sepi kepada UMNO akhir-akhir ini. Mungkin rakyat akan bertindak mengupah pihak lain pula untuk mentadbir mereka dengan baik. Dalam sistem demokrasi tidak salah jika kita memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk diupah untuk mentadbir kita.

Rakyat tidak mahu lagi pemimpin-pemimpin yang mengambil terlalu lebih daripada upah yang telah ditetapkan untuk mereka. Rakyat sudah terlalu sabar selama ini melihat mereka mencuri di sana dan mencuri di sini. Mereka semua ibarat ‘mengharapkan pagar, pagar makan padi’.

Isnin, 26 Disember 2011

Dari Mahasiswa Kepada Pemimpin UMNO

Jika tiada insiden menurunkan gambar DS Najib oleh Adam Adli, pastinya suara mahasiswa melalui BEBAS tidak disahut oleh masyarakat.
Terima kasih tidak terhingga kepada abang “Ludah” dari UMNO Petaling Jaya Utara, video sarkas anda berjaya menghangatkan lagi perhatian masyarakat.
Juga penghargaan kepada media UMNO termasuk cybertrooper mereka, anda secara tak langsung menjadi stimulus kepada kebangkitan mahasiswa.
Dan nampaknya, pemimpin UMNO sangat sensitif dengan “kebiadaban” mahasiswa ini sehinggakan isu ini diulas oleh hampir semua wakil pergerakan sayapnya (walaupun boleh jadi hanyalah gimik membodek).
Maka, kami mahasiswa ada jawapan untuk pemimpin-pemimpin UMNO.

Saya adalah seorang mahasiswa. Pendapat saya ini bukanlah suara seluruh mahasiswa secara rasmi, tapi saya yakin ramai rakan-rakan mahasiswa lain senada dengan saya. Sebagai permulaan, saya berani nyatakan bahawa majoriti mahasiswa sudah muak dan jelik dengan UMNO secara keseluruhannya dan bersedia menolak UMNO/BN dalam PRU 13 nanti. Saya akan detailkan kenapa.
Yang Pertama, Mahasiswa tak suka dikongkong. AUKU benar-benar telah menjadi hantu yang sentiasa merayau-rayau menyekat kebebasan mahasiswa menyuarakan pendapat. Ugutan berpanjangan menjadikan segelintir mahasiswa bukan sahaja takut untuk berdaftar sebagai pemilih, malah nak bercakap isu-isu politik pun menjadi sesuatu yang janggal. Mungkin UMNO rasa tindakan ini berjaya mengendurkan keinginan politik mahasiswa. Tapi nyata mereka silap. Air yang disekat dari mengalir  telah pun tepu. Ia akan pecah dan mampu menghasilkan tsunami besar. Mungkin tidak ramai mahasiswa yang berani suarakan secara terbuka seperti di PWTC yang lepas, tapi kebencian pada kongkongan ini kami pendam dalam hati. Nantikan tsunaminya pada kertas undi nanti. Sikap mengongkong ini sangat jauh dengan semangat kemahasiswaan kami.
Yang Kedua, Mahasiswa tak akan terumpan dengan wang. Kami acap kali diingatkan supaya terus menyokong UMNO kerana kerajaan sudah bagi peluang belajar di universiti. Kami yang mendapat biasiswa JPA, MARA dan sebagainya lebih-lebih lagi diingatkan supaya bersyukur dengan pemberian kerajaan. Kami juga sering diingatkan supaya focus pada pelajaran sahaja dan jangan sibuk dengan politik.
Wahai pemimpin UMNO,  ini jawapan kami. Sebenarnya, kami mahasiswa sudah muak dengan “ayat hafalan” pemimpin UMNO ini. Bila berdepan dengan mahasiswa, inilah mentera yang akan diulang-ulang hingga kami hampir termuntah mendengarnya.
Kami reti membezakan antara apa itu UMNO dan kerajaan. Biasiswa kami bukan daripada duit yuran keahlian jutaan ahli UMNO, tapi biasiswa kami adalah duit negara hasil titik peluh ibu bapa kami. Kontrak kami dengan JPA ataupun MARA bukanlah kontrak untuk kami mengampu UMNO, tapi untuk berkhidmat balik kepada rakyat.  Kami dihantar ke universiti bukan untuk menjadi hamba buku akademik semata, kami adalah pewaris politik Negara. Ilmu politik tidak diajar dalam buku teks kejuruteraan dan perubatan, tapi ketololan kamu telah mengajar kami erti politik yang sebenar.
Wahai pemimpin UMNO, kami bukannya lembu fidlot yang boleh ditarik hidung bila dihulurkan rumput, tapi kami adalah legasi Nabi Musa yang akan bangkit menentang Firaun yang angkuh dan zalim walaupun Nabi Musa A.S  sendiri diibesarkan oleh Firaun sejak kecil.
Yang ketiga, Kami Mahasiswa generasi facebook dan internet. Kami ingin ingatkan pada pemimpin UMNO, mahasiswa sudah bosan dengan media arus perdana. Kebetulan  sekarang ini tiada keperluan untuk kami menonton televisyen. Maklumlah, filem, ceramah, maklumat, hiburan dan lain-lain boleh dimuat turun terus dari internet. Apabila melihat akhbar dan televisyen terutama di musim dekat pilihanraya ini, perasaan muak dan jijik kami semakin membuak-buak. Buletin Utama TV3 patut ditukar nama kepada Buletin UMNO. Setiap minggu, isu-isu baru sentiasa timbul dan akan diulang-ulang setiap hari di akhbar tempatan. Boring!.
Andainya kami dibenarkan berijtihad, pastinya fatwa kami adalah hukumnya makruh membaca Utusan Malaysia dan haram membelinya.
Wahai pemimpin UMNO, jujurlah dengan situasi sekarang. Log in facebook, dan nilai mode orang-orang muda di facebook. Jika kamu jujur, pastinya kamu tak lena tidur!
Yang keempat, Mahasiswa dahagakan keadilan dan kebebasan. Pembangunan material bukan lagi kegilaan kami. Kamu tawarkanlah bangunan sebesar gunung Kinabalu sekalipun, kami tak akan mabuk dengan arak pembangunan. Kami inginkan pembangunan agama. Kami ingin kebebasan, tiada lagi sekatan-sekatan pada program dakwah. Kami ingin lihat rakyat miskin terbela, bukan tauke melayu elit yang kaut harta Negara. Kami ingin kepala-kepala rasuah dihukum, bukan ikan bilis kerani pejabat yang dikambing hitamkan. Kami inginkan subsidi rakyat diutamakan, bukannya menyuruh rakyat tanam ubi kayu di belakang rumah.
Wahai pemimpin UMNO, disebabkan betapa banyak korupsi yang kamu lakukan, apa sahaja kebaikan yang kamu buat pasti dipandang sinis. Kamu buat projek-projek besar untuk rakyat tapi akhirnya terkantoi kroni yang dapat projek.Kamu bertanding jawatan ketua UMNO bahagian pun untuk berebut tender rakyat.  Kamu bahagi duit untuk pelajar  RM100 seorang, tapi kami tahu kamu telah bertahun-tahun makan jutaan ringgit wang rakyat. Kalau tak percaya, sila tanya Taib Mahmud budak Sarawak.
Akhir kata, Pemimpin UMNO harap sudah bersedia dengan air mawar dan batu nisan di sisi katil, kami mahasiswa sudah bersedia dengan dengan jentolak untuk menggali kubur UMNO. Semoga bersemadi dengan selamat ya!
Daripada:
Iskandar Kamrul Amin,
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan.

Jumaat, 23 Disember 2011

Wang Kertas Baharu Lebih Menyerlah




27 Muharram 1433H. [MOD]-
PM merasmikan pelancaran wang kertas baru hari ini. Kebanyakan atau semua not rasanya telah ditukarkan kepada rekabentuk baru. Duit RM20 pun ada kembali dengan menggunakan warna lama iaitu warna keemasan..

Ciri-ciri Am Duit Kertas Baru Malaysia

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.
Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu. Mungkin berita gembira buatr kanak-kanak kerana mereka mungkin akan dapat duit raya RM20 pada tahun hadapan. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit kertas yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

01 RM100 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru MalaysiaDua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

02 RM50 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia
Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

03 RM20 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia
Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM10 – Flora

04 RM10 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia
Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar

05 RM5 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia
Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional

06 RM1 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia
Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Sempena pengeluaran wang kertas baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit kertas peringatan yang dijual bermula pada esok hari, 22 Disember 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Semoga post ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada para pembaca. Untuk keterangan lanjut sila layari sumber kami

Rabu, 21 Disember 2011

Pinjaman IMF Bank Dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakuinya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana.

Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999.

"Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa dia tahu apa yang dia kata itu benar.

Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia," katanya lagi dalam tulisan di blog beliau, chedet.co.cc, semalam.

Katanya lagi, Malaysia enggan menerima dana pinjaman International Monetary Fund (IMF) daripada Bank Dunia kerana "bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan."

Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan selepas Anwar dipecat dan dipenjarakan pada 1998.

Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.

Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.

Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD60,000 manakala satu pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD244 juta dikeluarkan.

Kedua-duanya diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan.

Selasa, 20 Disember 2011

Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan

24 Muharram 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.

"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.

Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.

Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.

"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.

Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.

Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.

Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.

Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.

"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.

Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.

Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Harakah Daily

Kehebatan Melayu Pada Agama Dan Akhlaknya - Anwar Ibrahim


Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal ilmu persilatan supaya berada di landasan perjuangan yang betul dalam usaha memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Anwar dalam ucapannya berkatanya, budaya fitnah yang menular dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama menjadi punca perpecahan sehingga terjatuhnya empayar Melayu yang satu ketika dahulu berdiri megah.

Jelas beliau, bukan semua Melayu itu wajib bersatu sebaliknya bersatu mempertahankan prinsip keadilan dan kebenaran dan bukannya bersama dalam melakukan kezaliman dan kerosakkan.

Anwar turut menganjurkan kepada anak-anak gayong supaya kembali membaca hikayat sejarah perjuangan melibatkan Hang Tuah dan Hang Jebat yang mempopularkan "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah".

"Perlawanan mereka itu dalam sejarah tiada tolok bandingnya. Tetapi dalam perlawanan itu mereka ada dialog, bukan pencak sahaja. Jebat hairan ‘Tuah aku datang untuk mempertahankan kamu.' Tuah terima, tapi tuah kata aku tak sanggup kamu ingkar kepada arahan Raja. Jebat kata raja zalim, tidak mahu mencari kebenaran. Terpengaruh dengan orang sekelilingnya. Maka berlakulah pertempuran.

"Maka berakhir dengan tragedi, Hang Tuah menang, kalah Melayu. Itu maknanya, sejarah Melayu ertinya permulaan kepada tewasnya Melayu. Panglima sebesar Hang Tuah menjadi korban. Panglima segigih Hang jebat mati dibunuh.

"Sebab itu kita mesti hayati ini adalah mulanya jatuh empayar Melayu kerana fitnah, tidak mempertahankan prinsip keadilan, tidak mahu mengangkat martabat bangsa tetapi menjadi alat, korban akibat daripada gerombolan kecil yang membawa fitnah dan kerosakan," katanya.

Beliau turut mengingatkan anak muda masa kini supaya mewarisi semangat kental pejuang terdahulu selain penekanan sesi pentarbiahan supaya pejuang yang dilahirkan tidak mudah tewas dengan sogokan harta benda, wang ringgit dan pangkat sehingga sanggup membelakangkan perjuangan.

"Memartabatkan bangsa Melayu dari segi budaya dengan prinsip akidah agamanya. Bukan angkuh bangsanya bukan hina kaum lain. Hebat Melayu itu kerana jiwa dan rupaya. Melayu itu dibentuk melalui agama yang membentuk akhlaknya yang memperjuang dan menegakkan keadilan.

"Maka perpaduan itu wajib. Bersatu untuk membawa kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah Taala," katanya di Majlis Khazanah Tamadun Islam dan Koleksi Seni Silat Pusaka Gayong di Dewan Sri Zaleha, NAZA Gurun, Gurun, Kedah.

Turut serta dalam majlis tersebut Mahaguru Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Raja Abdul Majid Mat Isa.

Isnin, 19 Disember 2011

Mahasiswa era 80an mengucapkan TERIMA KASIH kepada mahasiswa kini

"Assalamualaikum,,..

Politik kampus hambar dan mahasiswa diikat kaki tangan atas dan bawah di era 80an. Sebagai salah seorang daripada mereka, umnopenyangak masih ingat bagaimana setiap kali melintas kawasan studen corner tempat DSAI dan rakan rakan di eranya berpidato dan membangkitkan semangat untuk menentang segala kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku ketika itu hanya boleh berkata di sinilah tempat wira wira muda memulakan gerakan dan di sini jugalah tercetusnya demostrasi pelajar 1974 yang membawa kepada pengharaman kepada segala aktiviti politik mahasiswa.



AUKU cukup berkuasa di era 80an sehingga mahasiswa dikawal sebegitu rupa dan tidak ada ruang untuk bergerak bebas kerana Kerajaan UMNO begitu berkuasa ketika itu. Mahasiswa yang melihat video lubuk merbau pun ditangkap dan digantung(kebetulan yang menjadi kepala menangkap mahasiswa ketika itu ialah Pn. Jamilah, isteri kepada Ghani Osman yang baru dilantik menjadi senator waktu itu).

Penguasaan UMNO cukup kuat,namun umnopenyangak masih ingat mahasiswa era 80an tidak mati malah Husam Musa yang menjadi seorang pejuang kental hari ini ialah produk 80an.Tak silap Mat Sabu juga lahir dari era ini.Bermakna politik tidak mati, keinginan melihat kebenaran dan keadilan tertegak tetap kuat walaupun dicengkam cuma kemampuan untuk bergerak tidak ada.Tetapi hari ini mahasiswa telah berjaya keluar dari kepompong beracun ini dan telah berjaya meluahkan apa yang terbuku selama ini.Tahniah kepada adik adik mahasiswa yang hidup menyambung perjuangan era 80an dulu.

Ketika era 80an, apa yang termampu dilakukan ialah menganjurkan debat yang menemukan antara lain arwah Ust Fadhil Nor, Ust Nakahaei, Tok Guru Hj. Hadi, mendiang P Patto,Karpal Singh dengan Aziz Shmasuddin dan beberapa tokoh UMNO yang umnopenyangak dah lupa namanya.Antara moderator yang sering mengendalikan debat itu pula ialah Husam Musa dan bertolak dari itu, politik yang terhalang dikembangkan apabila keluar dari kampus.Bukan sahaja Husam malah ramai lagi graduan 80an yang secara langsung atau tidak langsung tetap terlibat menentang kebathilan UMNO sehingga hari ini.

Peristiwa perarakan Mahasiswa tempoh hari menjadi turning point kepada kebangkitan sebenar para mahasiswa yang bakal melihat perubahan besar dalam negara.Usaha UMNO untuk menyekat mereka dengan lakonan abang ludah menyerlahkan ketakutan dan kegerunan UMNO kepada kebangkitan mahasiswa kini.Laungan  kerajaan hantar mahasiswa untuk belajar bukan untuk sokong DSAI atau pembangkang sudah lapuk dan mahasiswa kini sudah mampu membalas bahawa mereka juga bayar cukai dan ada hak untuk menyokong siapa sahaja.Inilah yang kita mahukan, kesedaran bahawa   terdapat perbezaan besar antara kerajaan dan UMNO dan seruan ini mesti disebarkan keseluruh negara, seruan yang sudah lama mahasiswa era 80an usahakan tetapi ketiadaan saluran untuk melakukannya.

Kini saluran itu sudah terbuka, maka jangan berhenti di sini wahai adik adik sekelian.Bantulah kami yang sudah semakin  tua dan tidak berdaya ini untuk meyedarkan rakyat bahawa bukan kerana menerima wang ehsan, atau dana remaja atau dana ibu tunggal, atau beras sekampit, kain batik sehelai, bantuan 1Malaysia, bantuan sekolah dan lain lain bantuan,mereka mesti memangkah UMNO ketika mengundi.

Kami merasakan beban kami kini berkurangan dan kami mengharapkan komitment adik adik semua berterusan bagi melihat harapan yang sekian lama terpendam ini tercapai. Lagipun adik adik juga pasti mendapat faedah seandainya perjuangan ini berjaya.Beban PPTN akan selesai, beban yuran pelajaran yang tinggi akan selesai dan lain lain tekanan yang tidak sepatutnya ada dalam sebuah negara merdeka akan selesai, insyaallah.Terima kasih Mahasiswa kini kerana bersedia menuntut keadilan dan bersedia merempuh halangan yang ada, terima kasih dari kami mahasiswa era 80an yang telah lama memendam perasaan. "

Warga Afrika Bergelar jutawan dalam tempoh 6 bulan

Inilah yang dilakukan seorang warga Afrika apabila dia mampu membina sebuah banglo dan hotel bertaraf lima bintang bernilai RM400 juta ($164 juta) di negaranya selepas melakukan penipuan di Malaysia.

Difahamkan, lelaki itu tiba hanya sehelai sepinggang di Malaysia pada 2008.

Dalam tempoh enam bulan sahaja, dia bergelar jutawan dan kini menjadi idola golongan muda sebuah negara di Afrika kerana kejayaannya itu.

Kes melibatkan lelaki 'Awang Hitam' itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Berdasarkan rekod, kegiatan penipuan warga Afrika itu semakin serius dan ia menjadi keutamaan setiap kali siasatan dijalankan pasukan itu.

Pengarahnya, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata kegiatan lelaki itu melakukan penipuan besar terbongkar selepas polis menahan beberapa penjenayah warga Afrika.

'Dalam siasatan yang dijalankan, kami mendapati maklumat bahawa kecenderungan lelaki Afrika lain datang ke negara ini adalah bagi mengecap kejayaan seperti idola mereka yang telah bergelar jutawan.

'Kejayaan lelaki itu didedahkan dalam pertemuan setahun sekali antara kesemua penipu rakyat Afrika, yang diadakan ketika mereka pulang bercuti sempena Krismas.

'Berikutan kejayaan itu, lelaki tersebut dianggap legenda dan menjadi idola rakyat Afrika lain untuk melakukan penipuan, khususnya di Malaysia dan negara-negara Arab,' katanya kepada Mingguan Malaysia.

Penipuan yang dilakukan warga Afrika di Malaysia bukan perkara baru, malah ia semakin serius apabila sebanyak RM29 juta kerugian telah dicatat dari Januari sehingga Oktober tahun ini.

Datuk Syed Ismail berkata, menurut sebuah buku yang menjadi panduan dan inspirasi penipu warga Afrika, segala penipuan yang dilakukan oleh rakyat benua itu didalangi sindiket.

Sindiket penipuan itu dikatakan mempunyai agenda dan hala tuju besar untuk negara mereka. Ia melatih penipu warga Afrika dan menyasarkan mereka mampu menguasai ekonomi Afrika pada masa depan.

'Berdasarkan kejayaan itu, mereka juga menjadi pemimpin politik, sekali gus mampu membina semula kemajuan negara-negara Afrika,' jelas beliau.

Menurut beliau, impian penipu-penipu tersebut tidak mustahil dicapai kerana rakyat Malaysia tidak peka dengan sesuatu pelawaan dan mudah menjadi mangsa penipuan.

Najib jangan retorik, hilang undi mahasiswa

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Golongan mahasiswa hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Najib Razak sama ada berhenti beretorik untuk melakukan transformasi atau berdepan hilang undi mahasiswa.

Bercakap pada satu sidang media di ibu negara hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata, mereka telah muak dengan janji populis Najib selama ini yang dilihat tidak lebih sekadar mempermainkan rakyat.

"Kita beri kata dua kepada perdana menteri, jika tidak ada transformasi drastik, kita akan bergerak sama ada melalui undi pilihan raya atau ruang-ruang demokrasi lain yang ada," katanya.


Ianya termasuk janji pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun tetap digunakan menangkap 10 orang rakyat Sabah pada November lalu.

Selain itu, Najib juga cuba memperlihatkan retorik beliau apabila beliau sendiri mempertahan Bil Perhimpunan Aman 2011 biarpun didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Manakala yang terbaru hasrat untuk meminda sekseyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) namun pada masa sama kerajaan juga memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi merujuk semula keputusan Mahkamah Rayuan bahawa seksyen 15 Auku bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

"Hari ini kita hanya turunkan bendera (gambar PM), jika tidak ada perubahan drastik, tidak mustahil anak muda akan jatuhkan regim ini untuk diganti dengan kerajaan lebih baik," katanya.

Turut serta pada sidang media di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pagi tadi termasuklah mantan Pengerusi SMM, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Kata dua yang berbaur amaran itu dilontarkan dua hari selepas ratusan mahasiswa berarak di ibu negara menuntut kebebasan akademik Sabtu lalu yang turut menyaksikan bendera gambar Najib di hadapan ibu pejabat Umno diturunkan dan diganti dengan bendera kebebasan akademik selama beberapa minit.

Dalam perarakan itu dua memorandum turut diserahkan masing-masing kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tun Mahathir di cabar dedah siapa pemilik San Miguel

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digesa melihat dahulu siapa pemegang saham dalam syarikat arak San Miguel sebelum mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan surat didakwa ditulisnya kepada Bank Dunia meminta bantuan semasa krisis kewangan 1997/98.

Semalam, Dr Mahathir mencabar Anwar, Ketua Pembangkang dalam isu itu sambil menegaskan beliau orang yang menolak pinjaman Bank Dunia pada masa itu.

“Beberapa hari lalu Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran.

“Sewajarnya sebelum bekas perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al-Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata PKR dalam satu kenyataan pejabat Anwar Ibrahim hari ini.

Laporan media ini pernah mengaitkan pegangan saham dalam San Miguel, syarikat dari Filipina, dengan anak lelaki Dr Mahathir iaitu Mirzan.

Kenyataan itu menambah, sewajarnya dinyatakan tatkala masih menyandang jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul,” kata kenyataan itu yang menyertakan pautan laman web menunjukkan Dr. Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau sendiri.

Katanya, jika diteliti, ia jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir.

Dalam satu reaksi semalam, Dr Mahathir berkata, “saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.”

“Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di masjid dengan al-Quran.

“Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan,” katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar sebagai dari jawatan kerajaan pada awal September 1998 dan sebagai timbalan presiden Umno serta dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Malah semalam, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

“Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada Bank Dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita.

“Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya,” katanya.

Kenyataan hari ini juga berkata, sekian lama Anwar telah ditohmah dengan pelbagai tuduhan, antaranya kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan IMF.

“Tuduhan ini direkayasa semenjak 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban.

“Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98,” katanya lagi.

Ia menambah, lantaran ketegasan Anwar, Dr. Mahathir merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

“Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka.

“Pimpinan Umno mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus,” kata kenyataan itu dan menegaskan, pimpinan Umno dan Dr. Mahathir tidak sedari yang rakyat tidak lagi senang diperbodohkan.

“Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Malah tegas kenyataan itu, tohmahan Dr. Mahathir bahawa Anwar adalah ejen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan perdana menteri tersebut.

“Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan (bekas) Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

“Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan perdana menteri itu sembrono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekali gus ejen Barat,” katanya lagi. -TMI

Najib tidak bersuara isu ini !!

Malaysia negara ke-empat paling rasuah di dunia tetapi Najib tidak bersuara
Untuk dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun.
Untukjangka masa 2000-2009, Cina telah kehilangan US 2.74 trillion dalam pengaliran wang haram dan merupakan negara membangun yang menduduki tempat pertama aliran wang haram ini menurut laporan ranking negara yang diterbit. Mexico menduduki tempat ke-dua dengan US504 billion dan Russia US501 billion. Negara jiran kita yang terdekat adalah Filipina di tempat ke 13 yang kehilangan IS12 billion.
Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah. Ini bermaksud Malaysia mempunyai sekumpulan pemimpin yang paling rasuah di rantau Asia Tenggara dan juga yang ke-empat paling rasuah di dunia dengan meletakkan sejumlah besar wang untuk dikerjakan di luar negara.
Laporan Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada Januari, sejumlah RM930 billion telah mengalir keluar Malaysia dari 2000 hingga 2008. Ini bertambah kepada RM 218 billion setahun daripada RM 71 billion pada masa itu. Malaysia kehilangan RM150 billion kepada pengaliran wang haram pada 2009. Laporan itu mengulas bahawa “pertambahan itu lihat di beberapa negara Asian.” Ia juga menambah “Dengan bertambahnya pengaliran kapital haram dari Malaysia, ia telah mengecilkan jumlah pengaliran capital yang bersih ke negara sejak beberapa tahun ini.”
Rasuah, kecurian dan pemberian faedah
Loceng amaran dibunyikan seawal Januari 2011 oleh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang mempersoalkan sifat pemaaf kerajaan terhadap masalah pengaliran wang haram melalui rasuah dan pengecualian cukai.
Menurut laporan tersebut, rasuah, pencurian dan pemberian faedah adalah antara penyumbang kepada pengaliran wang haram ini dan ia dominan di negara timur tengah, utara Afrika dan negara membangun di Eropah.
Pemalsuan inbois import/eksport yang dikenali sebagai salah nilai pula menyumbang kepada separuh daripada jumlah pengaliran wang haram terutamanya di Asia dan barat.
Untuk menangani masalah ini, Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz telah membentangkan Akta Wang Perkhidmatan Perniagaan pada Mac lepas, dan berkuatkuasa Disember lepas. Akta ini menyokong pembangunan yang lebih dinamik, kompetitif dan professional bagi industri perkhidmatan perniagaan, dengan mengukuhkan kawalan terhadap pengubahan wang haram, pembiayaan kekejaman dan aktiviti haram menurut bank negara.
Tindakan separuh jalan
Penguatkuasaan akta itu nampaknya sudah terlambat kerana ia Cuma tindakbalas spontan terhadap masalah yang sudah wujud sejak sedekad lepas. Selepas sedekad, Malaysia sudahpun kehilangan RM 1.08 trillion hasil perbuatan BN. Inilah kerajaan yang telah membazirkan wang sejak sekian lama dan sudah sampai masanya untuk terjadi sebuah letupan ekonomi yang menghuru-hurakan negara.
Dengan kadar inflasi pada 3.4% pada September dan adalah yang tertinggi sejak 27 bulan, dan 3.5 % pada Jun, inflasi makanan kekal sebagai kebimbangan utama; meningkat kepada 5% dari tahun ke tahun sejak September dan dari 4.6% pada Ogos. Rakyat Malaysia akan menepuh masa-masa yang sukar dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Dan apakah reaksi daripada Menteri Kewangan mengenai semua ini? Tiada.
Tiada satu pun usaha cerita indah daripada Najib
Sebaliknya, kita telah disajikan dengan begitu banyak pengumuman untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pendapatan tinggi dan semakin banyak projek mahal yang menemui kegagalan seperti NFC. Dengan secara tiba-tiba mahu meningkatkan gaji penjawat awam adalah suatu usaha untuk mendapatkan lebih banyak cukai dan pada masa yang sama mendapatkan sokongan penjawat awam untuk PRU 13. Segala usaha-usaha ini adalah semata untuk memastikan kemenangan pada pilihanraya kelak sementara keadaan negara semakin berkecamuk.
Hakikat bahawa pengaliran wang haran dari Malaysia dari tahun ke tahun telah meningkat daripada RM71 billion kepada RM218 billion setahun telah memberi indikasi bahawa langkah-langkah yang kurang berkesan telah diambil oleh Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara untuk menangani masalah tersebut. Pendek kata, usaha mereka gagal. PM Najib Razak yang juga menteri kewangan tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang membanggakan sepanjang perkhidmatan beliau walaupun sudah mentadbir sejak April 2009.
Kementerian Kewangan yang sunyi sepi telah mengundang persoalan –Adakah Najib orang yang patut dipersalahkan dalam kegawatan ekonomi negara? Adakah ia suatu keutamaan bagi menteri kewangan? Adakah BN bekerja keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara?
Isu-isu ini telah benar-benar memberi bayangan bahawa kita mungkin akan kecundang seperti Greece dan ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala bahawa kita akan bankrap pada tahun 2019 disebabkan negara tidak mampu membayar hutangnya yang semakin bertambah.
Malaysia Chronicle