SELATAN ONLINE


Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.

Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.



Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.


Pada   tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar  “Kerajaan  Langit“ atau “Sky Kingdom“ yang bertapak di Besut,  Terengganu. Pengasas  kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad  atau lebih dikenali  sebagai Ayah Pin. 
Kumpulan   ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh   Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13,   Hulu Besut, Terengganu.
Ayah   Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin   berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat,   agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama   sesat yang disebarkannya.
Dia   membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar   untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk   melindungi dan mamayungi umat manusia.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.
Ada   yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5   juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini   sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini   wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. 
Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.

Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.
Ayah   Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan   ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan  Kerajan  Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di  sini  saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan   Kerajaan Langit di Besut itu. 
Terlebih   dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di   negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke   Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari   Pantai Timur. 
Sahabat   saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di   Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke   Terengganu. 
Dahulu   semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di   kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters   istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. 
Pada   suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu   kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di   kediaman Ustadz Shukri. 
Dia   mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib   yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya   sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak   masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan   bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan   yang pelik-pelik. 
Saya   pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi   kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya   diiringi oleh 7 orang tafiz. 
Permohonan   saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam   sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan  3  orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. 
Kami   berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan   saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan   juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di   sana nanti. 
Saya   juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya   untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas   solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke   Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya   perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja.   Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang   perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang   kami tiba di tempat itu.
Kira-kira   dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block”   bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin  dan  iblis Ayah Pin. 
Bas   yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari  jalan  alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan  jalan  itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan  berlakunya  kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. 
Ada   suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan  saya  bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh   bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan   dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa   mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut. 
Kami   sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam   untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya  makan  masa 2 jam untuk sampai ke sana. 
Bila   sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya   polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan   membuat pemantauan di kawasan itu. 
Bila   sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu   besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat   itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh   pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam   itu. 
Setelah   membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati  ada  beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara  sangat  ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam  dunia  ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan  ajaran  agama sesat Kerajaan Langit ini. 

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.
Untuk   pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan   perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak   serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. 
Dengan   bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari   pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin  saya  bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan.  Hampir 3  jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas  lantai dewan  itu. 

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa   itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah   subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh.  Pada  pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di  tempat  itu. 
Syukur   Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar  azan  subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di   tempat itu. 
Selepas   mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi   saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. 
Perjalanan   balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa   halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan   jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan   bangunan-bangunan di kawasan itu. 



Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.
Tetapi   apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai   yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk   memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. 
Terima   kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran   sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.Hj. Lokman