Sabtu, 5 Jun 2010

UMNO BN Dah Lama Kenyang Makan Hasil Judi Dari Berjaya

Lesen judi sukan ‘ganjaran’ Kabinet kepada Berjaya

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai “ganjaran” atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

“Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong Barisan Nasional (BN) di dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.

“Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini,”
kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini.

Beliau yang juga anggota Biro Politik PAS mendakwa Najib memberikan lesen judi tersebut kepada Kumpulan Berjaya kerana terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan.

“Keputusan memberikan lesen judi ini adalah satu keputusan mengejut yang dibuat Najib kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam sidang Parlimen.

“Secara zahirnya jelas bahawa beliau terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan.

“Oleh sebab itu beliau memberikan lesen judi ini kepada Kumpulan Berjaya dan saya percaya syarikat ini memperoleh keuntungan sebanyak RM250 juta hasil daripada pertaruhan bola sepak Piala Dunia tidak lama lagi,” katanya.

Pelancaran kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Membantah Judi (GMJ) yang disertai 22 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu, Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.

Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan terbaru Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.

Ia dilancarkan oleh Pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid.

“Tindakan kerajaan ini merupakan penggadaian rakyat, hak rakyat, kepentingan rakyat demi kepentingan BN.

“Masyarakat sudah tenat dengan masalah judi, ramai yang terjebak dengan Ah Long mengapa mesti nak tambah lagi masalah?

“Yang akan untung hanya dua kumpulan iaitu tauke judi serta Ah Long akan juga dapat keuntungan besar dan mungkin yang BN turut akan memperoleh keuntungan kerana Kumpulan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN,” kata Khalid.

Tambah Khalid, rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi kerana ia akan memberikan kesan buruk dalam masyarakat.

“Rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi ini kerana ia akan memberikan kesan yang amat buruk kepada masyarakat.

“Tindakan kerajaan ini akan mempertaruhkan masa depan rakyat dan juga negara,” katanya lagi. -TMI

Luna Maya & Video Lucah, Publisiti Murahan?


JAKARTA JUN 5, 10: Satu video lucah yang menampilkan wanita mirip bintang sinetron, model iklan dan pengacara, Luna Maya (gambar) dan kekasihnya, Ariel yang merupakan anggota kumpulan Peterpan kini tersebar luas di Internet, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Berita penyebaran video itu kini menjadi perbincangan hangat di laman sosial Facebook dan Twitter. Terdapat dua rakaman video itu.

Video pertama itu berlangsung selama dua minit 37 saat manakala video kedua berdurasi lebih enam minit 39 saat. Menurut beberapa akhbar itu, video tersebut telah dirakamkan pada 23 Mac 2009 di sebuah hotel di Bali. Rakaman tersebut dikatakan bakal menjadi isu hangat dan menggemparkan kerana dalam video itu kedua-dua mereka melakukan hubungan seks.

Sementara itu, Luna menafikan wanita dalam video itu ialah dirinya. Pelakon itu berkata, dia tidak mempunyai tatu di pinggul kiri seperti yang terdapat pada wanita dalam video tersebut.

"Tidaklah, saya tidak mempunyai tatu kupu-kupu di pinggul kiri," kata Luna.

Luna berkata, dia ingin mencari siapa yang menjadi dalang penyebaran video itu tetapi enggan memfailkan sebarang pendakwaaan di mahkamah. Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai penyebaran video itu daripada media di Internet. "Saya amat terkejut," kata Luna dengan wajahnya kelihatan pucat semasa ditanya pemberita mengenai video tersebut.

Pelakon itu enggan mengulas lanjut mengenai isu 'panas' itu. Luna bergegas menaiki kereta Mercedes Benz walaupun cuba dihalang oleh sekumpulan pemberita untuk mendapat penjelaskan lanjut menegnai video itu daripadanya. - Agensi

Bagaimana Manipulasi Berita Dilakukan

BAGI mereka yang tidak mengetahui seluk beluk dunia penyiaran tentu akan mempercayai dengan apa saja yang dihidangkan oleh media massa. Mereka akan percaya bulat-bulat apa yang disiarkan. Akan menelan terus yang dipersembahnkan itu macam telan biji selasih.

Ada setengahnya yang menjadikan akhbar tertentu sebagai hadith sahih dalam merujuk tentang sesuatu pekara. Mereka akan mempercayai apa saja yang didedahkan meskipun akal mereka meraguinya.

Keretan akhbar yang diterakan di atas (foto) adalah sebuah berita mengenai demontrasi menentang Israel semalam. Tajuk berita ini ialah ialah "Ribuan sertai demonstrasi" dengan memaparkan gambar ketua Pemuda Umno yang tidak dilantik menjadi menteri, Khairy Jamaluddin sedang berucap mengecam Israel.

Dalam gambar ini juga tertera dua kain pemindang yang menetang Israel. Di penjuru kain pemindang ini dicatat perkataan Pemuda BN dan logo Umno - keris lucah! (Kenapa saya kata keris lucah kerana ia tidak bersarung, keris telanjang).

Memang perarakan raksasa semalam yang diketuai Anwar Ibrahim, Nasharuddin Mat Isa, Lim Kit Siang dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat mencapai jumlah puluhan ribu. Rata-rata media mencatatkan angka 10,000. Jadi yang mrndapat sambutan ialah pihak Pakatan Rakyat bukannya pihak Pemuda BN. Mungkin anda boleh membilang sendiri berapa jumlah yang mengeliling Khairy.

Bagaiman pun di sini bukan soal kita mahu merebut siapa menjadi hero dan juara dan pihak mana yang ramai. Biarlah berapa angka yang hadir menunjuk perasaan menentang binatang Israel, tidak kisah. Seorang pun jadi. Tetapi apa yang hendak dipaparkan bagaimana sifat munafik akhbar ini dalam melaporkan berita, memberi kelebihan kepada satu pihak dan menyembunyikan fakta di pihak lain. Bukankan cara akhbar ini menyembunyikan fakta?

Jadi bila kita bercakap soal integriti, soal profesional dan etika kewartawanan ianya sungguh memalukan.

Saya rasanya UBN yang didokong akhbar ini tidak untung sangat kalau mereka eksploitkan laporan itu dengan menumpang kehebatan himpunan pihak lain. Kepada orang ramai bukan soal angka tetapi soal komitmen terhadap Gaza. Itu yang penting.

Namun inilah hakikat dan realiti kita kalau terlalu politiking tidak kira masa dan keadaan. Barangkali ada kebenarannya seruan Najib Razak ketika meletak batu asas bangunan baru akhbar berkenaan supaya, akhbar itu bersikap rasional dan tidak mementingkan soal sensasi. Apabila akhbar berkenaan lebih mementingkan itu maka matlamat perjuangan asal akhbar itu sudah tidak bererti lagi. [wm.kl. 11:00 am 05/06/10]

Berita Harian: Bantahan dan demonstrasi



5 JUN — Minggu lalu ruangan ini memaparkan soal kepentingan angka dalam kehidupan manusia. selain maklumat yang amat penting untuk memudahkan seseorang membuat keputusan, angka juga mempunyai peranan yang sama.

Pelabur yang ingin menanam modal di sesebuah negara perlu mengetahui terlebih dulu pelbagai maklumat mengenai suasana politik, budaya, sikap rakyat, kemudahan yang disediakan, insentif dan sebagainya.

Mereka tidak mahu melakukan sebarang kesilapan yang boleh menyebabkan syarikat rugi. Lihat saja apa yang berlaku kepada beberapa syarikat Malaysia yang terpaksa menanggung rugi kerana melabur di luar negara.

Begitu juga, pelabur perlu mengetahui angka yang membabitkan jumlah penduduk, nilai wang, kadar upah pekerja dan nilai hartanah selain faktor permintaan kerana ia penting untuk mengukur kedudukan sesebuah negara.

Pertumbuhan suku pertama 10.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjadi tarikan pelabur dan kemudian kedudukan Malaysia di tempat ke sepuluh dari segi saingan lebih meyakinkan pelabur untuk meluaskan perniagaan mereka di negara ini.

Jika lengkap dengan maklumat dan disokong angka yang meyakinkan, ia meningkatkan keyakinan dan menyukarkan mereka daripada dieksploitasi atau ditipu.

Selain maklumat dan angka, satu lagi faktor penting ialah emosi. Dalam suasana politik di Malaysia, soal emosi rakyat sangat dititikberatkan. Kerajaan menjadikan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” sebagai gerakan untuk membantu rakyat menerusi Gagasan 1 Malaysia.

Semua ini berkait rapat dengan cara kerajaan menangani isu rakyat dengan berkesan dan cuba memahami emosi rakyat. Pembangkang juga mempunyai cara mereka dan ada kala melakukannya secara agresif.

Pada dua pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Selangor dan Sibu, Sarawak jelas menunjukkan faktor emosi mempengaruhi keputusan pengundi. itulah sebabnya emosi adalah satu elemen yang perlu dipelihara.

Pada pilihan raya, emosi pengundi diterjemahkan kepada angka. Pengundi yang menunjukkan sikap tidak berpuas hati dengan parti atau calon, akan menyokong parti dan calon saingannya.

Pada sesuatu pilihan raya, faktor calon sangat penting. Calon perlu diterima pengundi. Sikap calon yang bertentangan dengan emosi pengundi tidak mendapat undi pengundi selain faktor politik yang lain.

Untuk mendapat sokongan, parti atau calon mesti berkongsi emosi politik dengan pengundi. Emosi juga mempunyai komponen sosial dalam sesuatu keputusan. Pengundi yang marah, akan menunjukkan kemarahannya dengan mengundi parti lawan kerana kemarahan mempunyai merit dalam keputusan politik.





Emosi juga boleh ditunjuk secara terbuka. Demonstrasi di seluruh negara berikutan tindakan Israel menyerang misi kemanusiaan di atas kapal Mavi Marmara luar perairan Gaza menyebabkan 19 terbunuh, menunjukkan betapa emosi rakyat dunia boleh digabungkan.

Hanya dengan satu kejadian, emosi rakyat berbeza latar belakang, warna kulit dan agama digabungkan dengan satu tujuan – mengecam kezaliman zionis.

Cuma, seperti biasa, ada kuasa besar yang terus membisu atas dasar ikatan politik dengan Zionis. Kebanyakan negara dunia mengutuk Israel bukan disebabkan komando Yahudi melanggar peraturan dan undang-undang antarabangsa semata-mata, sebaliknya, kemarahan mereka berikutan tindakan tidak berperikemanusiaan dan zalim Yahudi membunuh mereka yang memperjuangkan keamanan dan kedamaian sejagat. Sikap Israel itu memberi kesan emosi negatif kepada masyarakat dunia.

Berikutan kesan emosi inilah rakyat di negara yang benci Israel menunjukkan pendirian dan kemarahan dengan mengadakan mengadakan demonstrasi membantah perangai buruk Israel itu.

Sepantas kilat, masyarakat dunia berarak di jalan raya dan di tempat tertentu untuk menunjukkan benci mereka kepada rejim Yahudi. Masyarakat Malaysia menerusi pelbagai pertubuhan politik, badan bukan kerajaan (NGO), organisasi sosial, agama dan individu turut mengadakan demonstrasi dengan melaungkan kecaman keras terhadap kekejaman yang dilakukan itu.

Isnin ini, satu usul khas akan dibentang di Parlimen Malaysia berhubung isu ini. Tindakan emosi rakyat dan negara dunia, mungkin boleh menimbulkan gejala lebih buruk seandainya tidak dikawal. Apabila emosi tidak dapat dibendung, ia berkesudahan dengan peristiwa tidak diingini, malah boleh mencetuskan pertempuran dan peperangan.

Masyarakat dunia mempersoalkan, ketika Amerika Syarikat dan sekutunya berusaha menggempur sebarang kegiatan pengganas, mengapa perbuatan tidak berhati perut Israel ini tidak dianggap sebagai pengganas.

Perbuatan ganas Israel yang tidak disusuli tindakan politik bukan saja menimbulkan persoalan besar tetapi bantahan politik. Jika rakyat dunia diminta mengundi sama ada Israel perlu atau tidak dikenakan hukuman, jawapan paling besar diterima ialah “Ya”.

Emosi rakyat dunia sering dijolok sekian lama berikutan satu demi satu perbuatan jahat Israel terhadap masyarakat dunia khasnya di Palestin. Ia sudah sampai ke tahap sukar dibendung.


~Berita Harian

Apco Serang Balas Anwar Terhadap Pendedahan Hubungan Dengan Zionis

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 5 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tindakan beliau mendedahkan hubungan firma komunikasi antarabangsa, Apco Worldwide dengan Zionis adalah sebab mahu meletakkan keselamatan negara lebih utama daripada segalanya termasuk serangan peribadi terhadap beliau dan mengantung keanggotaan sebagai ahli parlimen.

Anwar berkata kecamannya terhadap Apco yang digunapakai khidmatnya oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional adalah kerana tindakan itu boleh menggugat keselamatan negara.

"Dalam kritikan kita terhadap Apco, orang melihat ini sebagai isu politik tetapi saya melihat ini sebagai isu keselamatan negara," kata beliau.

Anwar memberitahu tindakannya mengecam Apco juga telah menyebabkan, badan tertua pertubuhan Yahudi, B'nai B'rith menyalahkan beliau kerana kononnya menghasut kebencian terhadap Israel dan Yahudi.

"Disebabkan saya mengecam tindakan Apco yang dibelakangi Israel dalam negara ini, menyebabkan saya telah dilabelkan oleh pertubuhan Yahudi yang tertua, B'nai B'rith sebagai anti-Yahudi dan anti- Semitik.

"Saya tahu Apco telah membuat laporan rasmi kepada International Crisis Group di atas tindakan saya itu, tapi itu tidak pernah mengusarkan saya kerana bagi saya soal keselamatan negara lebih penting dari segalanya.

"Mereka memutar belit kenyataan saya di parlimen mengatakan saya anti-Yahudi. Saya cakap yang betul bukannya palsu atau bukan kerana politik," kata beliau selepas mempengerusikan sidang meja bulat plan tindakan keadilan dan keamanan Gaza di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru semalam.

Ketua Umum KEADILAN itu juga mendakwa, Apco sedang membalas dendam terhadap beliau kerana pendedahan yang telah dilakukan.

"Apco menyerang balas terhadap saya kerana mendedahkan penglibatan mereka dengan Israel, saya cuma mahu lindungi negara ini. Kita kena sedar bahawa keselamatan negara ini sudah lagi tidak terjamin. Mereka menyerang saya secara peribadi dan cuba menghukum saya.

"Mereka sebenarnya tersinggung dengan tuduhan bila saya menyatakan ejen Israel telah memasuki sistem keselamatan Polis DiRaja Malaysia," jelas Anwar lagi.

Ekoran daripada pendedahan tersebut, B'nai B'rith mendesak Amerika supaya memutuskan semua hubungan dengan Anwar yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Jumaat, 4 Jun 2010

Pengkebumian Syuhada Mavi Marmara

Ribuan rakyat menghadiri pengkebumian pada hari Khamis 3 Jun, 2010 di Istanbul untuk aktivis-aktivis yang terbunuh dalam serbuan IDF Isnin lalu.


http://media.npr.org/images/ap//AP_News_Wire:_Latest_Headlines/4_APTOPIX_Turkey_Israel_Palestinians.sff.jpg?t=1275653027
Seorang ahli keluarga mangsa Mavi Marmara menutup mukanya di atas salah satu keranda mangsa komando tentera laut Israel, sebelum dikebumikan di masjid Fatih di Istanbul, Turki, Khamis, 3 Jun, 2010.


http://media.npr.org/images/ap//AP_News_Wire:_Latest_Headlines/3_APTOPIX_Turkey_Israel_Palestinians.sff.jpg?t=1275653027
Seorang ahli keluarga mangsa yang kesedihan, semasa satu pengkebumian yang dihadiri lebih daripada 10.000 rakyat Turki di masjid Fatih di Istanbul.


http://media.npr.org/images/ap//AP_News_Wire:_Latest_Headlines/2_Turkey_Israel_Palestinians.sff.jpg?t=1275653027
Keranda mangsa Mavi Marmara yang terkorban diusung semasa majlis pengkebumian di masjid Fatih di Istanbul, Turki.

200 sertai demontrasi BN di Masjid Negara: Umno tak sensitif, "hanya berlakon"

KIRA-KIRA 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini. Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.

Tampil dalam pakaian putih, mereka bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin". Selain itu juga, peserta yang terlibat membawa kain rentang yang bertulis seperti "justice for Gaza" (keadilan untuk Gaza) dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang".

Perhimpunan aman membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh EXCO Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki Zahid.

Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.

Bagaimanapun, tidak kelihatan kelibat pemimpin parti komponen BN yang lain seperti MIC dan MCA. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela. Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut menyatakan tidak puas hati terhadap kekejaman tentera Israel.

"Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.

Seorang aktivis NGO Islam daripada Turki turut hadir menyatakan sokongan mereka. Seyfuddin Seyif dalam ucapannya mendesak semua pihak memboikot barangan Israel seperti McDonald, Coca-cola dan Levi's. "Katanya tidak kepada Israel," katanya. Sebelum itu beberapa aktivis NGO yang hadir mengedarkan risalah boikot barangan Israel di masjid berkenaan. - Puteri Aida Haryani

Demo Selamatkan Palestine selepas sembahyang jumaat di masjid negara yang dianjurkan oleh juak-juak umno.


Den dah kato si Khairy ni memang boleh digunokan untuk halau ejen Yahudi Zionis Apco Worldwide yang memberi petunjuk kepada Umno.


Selamatkan Palestine...


Mano dio yang lain. Takkan berselindung di balik banner. Ha..ha..ha..



Gambar Demo Anti Zionis Israel Laknatullah Hadapan Kedutaan US

Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim (C front) waves as he  marches with demonstrators to the U.S. embassy in Kuala Lumpur June 4,  2010, to protest against Israel's storming of a Gaza-bound aid flotilla.  Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday  and at least nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a  diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security  Council.

Malaysia’s opposition leader Anwar Ibrahim (C front) waves as he marches with demonstrators to the U.S. embassy in Kuala Lumpur June 4, 2010, to protest against Israel’s storming of a Gaza-bound aid flotilla. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council.- Reuters Pictures

Demonstrators display an anti-Israel banner as they march to the  U.S. embassy in Kuala Lumpur June 4, 2010, to protest against Israel's  storming of a Gaza-bound aid flotilla. Israeli marines stormed the  Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine  pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis  and an emergency session of the U.N. Security Council.

Demonstrators display an anti-Israel banner as they march to the U.S. embassy in Kuala Lumpur June 4, 2010, to protest against Israel’s storming of a Gaza-bound aid flotilla. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council..Reuters Pictures

Demonstrators display an anti-Israel banner as they march to the  U.S. embassy in Kuala Lumpur June 4, 2010, to protest against Israel's  storming of a Gaza-bound aid flotilla. Israeli marines stormed the  Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine  pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis  and an emergency session of the U.N. Security Council.

A  demonstrator sets fire to an Israeli national flag near the U.S. embassy  in Kuala Lumpur June 4, 2010, during a protest against Israel's  storming of a Gaza-bound aid flotilla. Israeli marines stormed the  Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and at least nine  pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis  and an emergency session of the U.N. Security Council.

A demonstrator sets fire to an Israeli national flag near the U.S. embassy in Kuala Lumpur June 4, 2010,-Reuters Pictures 18 minutes ago

Demonstrators display a banner as they march to the U.S. embassy in  Kuala Lumpur June 4, 2010, to protest against Israel's storming of a  Gaza-bound aid flotilla. Israeli marines stormed the Turkish aid ship  bound for Gaza on Monday and at least nine pro-Palestinian activists  were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of  the U.N. Security Council.

Demonstrators display a banner as they march to the U.S. embassy in Kuala Lumpur June 4, 2010, to protest against Israel’s storming of a Gaza-bound aid flotilla. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday

Demonstrators display banners with anti-Israel and anti-U.S.  slogans as they march to the U.S. embassy in Kuala Lumpur June 4, 2010,  to protest against Israel's storming of a Gaza-bound aid flotilla.  Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday  and at least nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a  diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security  Council.

Reuters Pictures 8 minutes ago

50,000 Sertai Demo Anti-Israel. Tiada Kekecohan Jika Polis Tidak Campurtangan



D
emontrasi Anti-Israel telah berjalan lancar. Sekalipun jumlah yang hadir melebihi puluhan ribu orang, tidak timbul sebarang kekecohan seperti yang didakwa dan diramalkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang melarang rakyat Malaysia menyertai demostrasi anti Israel.

3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang: Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan. Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO lain yang turut serta memohon untuk menyampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.

Mereka juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan Israel itu adalah disebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak Amerika Syarikat terhadap israel.

3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

3: 20 petang: Pimpinan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah, Nasaruddin Isa dan Lim Kit Siang dilihat memasuki perkarangan kedutaan AS.

3:10 petang: Pimpinan utama berada di depan pintu masuk kedutaan AS.

3:04 petang: Kira-kira 50,000 peserta perhimpunan tiba di depan bangunan kedutaan AS

2.55 petang: Perarakan bersambung semula dan hampir tiba di hadapan bangunan Kedutaan.

2.50 petang: Perarakan sudah berada di hadapan menara Tabung Haji. Peserta barisan hadapan berhenti menunggu peserta barisan belakang tiba untuk sama-sama bergerak ke kedutaan US.

2.47 petang: Perarakan tiba di simpang menara Tabung Haji. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid turut serta menaiki kenderaan pacuan empat roda mengepalai perarakan bersama pimpinan PAS.

2.38 petang: Peserta berarak melepasi bangunan KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

2.35 petang: Dianggarkan lebih 50,000 orang berarak menuju ke Kedutaan AS dan bergabung dengan sebahagian besar peserta himpunan yang sedang menunggu di sana.

2.20 petang: Ada 4 trak ditempatkan di hadapan bangunan kedutaan. Wakil Aqsa Syarif Selangor menyampaikan ucapan di hadapan kedutaan melaungkan 'Zionis Terrorist'. FRU mula memperketat kawalan. Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka berkumpul untuk mengutuk tindakan Israel.

2.28 petang: Perarakan kini berada di hadapan Hotel Renaissance menuju ke Jalan Tun Razak. Kira-kira 3 km untuk tiba di Kedutaan Amerika Syarikat. Perarakan turut diiringi polis. Sekurang-kurangnya 7 trak FRU ditempatkan di Jalan Sultan Ismail.

2.20 petang: Sekumpulan NGO sudah menghampiri Keduataan Amerika dan melaungkan 'Hancur Yahudi'.

2.10 petang: Lebih 1,000 orang terdiri daripada NGO berkumpul di Masjid Tabung Haji dan sedia bergerak ke Kedutaan Amerika. Sebuah trak polis berada di hadapan kedutaan. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Amerika.

2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi. Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid. Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal.

(Nota: Dikemas kini berdasarkan maklumat harakahdaily dan wartawan TV Selangor di lokasi, Radzi Razak)


Anwar: Memo ke Washington minggu depan

Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.

Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. [Baca berita penuh]

Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.

Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance.

Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan.

Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.

2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS.

3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.

3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.

Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.

Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.

Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.

Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel.

"Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.

Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.

"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan. -mk

Demo Anti Israel : Tahniah buat Pemuda UMNO yang tidak HIPOKRIT!



Hanya kira-kira 200 orang yang menyertai perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara menurut Malaysiakini.

Tahniah diucapkan kepada pemuda-pemuda UMNO yang tidak hadir bersama menyertai demonstrasi yang dikepalai oleh Khairy ini..

Ketidak hadiran anda menyertai demo ini menunjukkan anda semua tidak mempunyai sikap HIPOKRIT sebagaimana mereka-mereka yang menyertai demo ini, kerana anda memang menyedari akan kerjasama kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dengan Kerajaan Zionist..

Tahniah sekali lagi..




200 sertai demo BN di Masjid Negara

Jun 4, 10 3:28pm

Kira-kira 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini.

Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.

Tampil dalam pakaian putih, mereka bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin".

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.

Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peibumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.




Malaysiakini

Langgan GRO guna cap jari

KOTA BHARU: Sindiket yang menyediakan ‘gadis penghibur’ dari Thailand kini semakin berhati-hati ketika berurusan apabila menggunakan sistem agak canggih bagi mengawasi pelanggan yang memasuki premis mereka.

Serbuan yang dilakukan terhadap sebuah premis hiburan haram dekat Jalan Kebun Sultan jam 1 pagi semalam, mendapati pemiliknya menggunakan sistem biometrik atau cap jari terhadap pelanggan yang mahu memasuki premis itu dengan kawalan ketat tonto.
Sebaik memasuki premis tiga tingkat itu, pelanggan akan dilayan pelanggan pelanggan (GRO) yang didatangkan dari negara jiran, sama ada untuk minum minuman keras atau berkaraoke yang dipercayai turut berlanjutan kepada sesi seks berdasarkan penemuan kondom di premis itu.
Bagaimanapun, helah itu tidak berpanjangan apabila premis itu diserbu sepasukan 15 anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen Kelantan, Malik Zaliman Deraman, berkata serbuan dilakukan awal pagi semalam adalah hasil maklumat berkaitan kegiatan tidak bermoral yang disalurkan oleh orang awam serta intipan pihaknya.

Beliau berkata, dalam serbuan yang diketuai oleh TPPI (II) Mohamad Zaidi Che Morad itu, pihaknya berjaya memasuki premis terbabit selepas menahan seorang tonto yang menjaga pintu masuk.

Katanya, sebaik memasuki premis pihaknya terpaksa memecahkan beberapa bilik yang dikunci dari dalam sebelum mendapati beberapa GRO bertempiaran melarikan diri.
“Hasil pemeriksaan menemui 12 orang GRO berusia 16 hingga 39 tahun itu berasal dari Utara Thailand.

“Mereka kini ditahan kerana kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan,” katanya.

Katanya, semua wanita Thailand itu ditahan selama 14 hari mengikut Seksyen 51(5)(b) akta sama untuk siasatan lanjut di Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah.

Malik Zaliman berkata, ketika serbuan itu mereka cuba melarikan diri sebaik mendapat tahu kedatangan penguat kuasa melalui beberapa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis itu tetapi tidak berjaya kerana terletak di tingkat dua premis tiga tingkat terbabit.

“Pihak Jabatan Imigresen berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dengan menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan tidak bermoral inii,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Malik Zaliman berkata, pihaknya yakin kemasukan wanita warga asing ini sudah diatur pihak tertentu untuk bekerja sebagai GRO di sini

PAS: ‘Dunia kecam Israel, polis kita mahu halang protes’

June 04, 2010
Program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas yang dihadiri pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan di Stadium Melawati, Shah Alam malam tadi.
SHAH ALAM, 4 Jun — Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan tindakan polis mahu menghalang demonstrasi bagi membantah serangan Israel atas misi kemanusiaan ke Gaza sebagai “tidak mengikut perkembangan semasa.”

“Ketika seluruh dunia mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman yang dilakukan Israel, polis pula mahu menghalangnya.

“Ini menunjukkan mereka tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

“Lagipun ini juga adalah perhimpunan rakyat yang sama-sama membantah kekejaman yang dilakukan Israel,” kata beliau ketika ditemui selepas program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas bagi menyokong dan mendoakan keselamatan konvoi misi bantuan kemanusian ke Gaza malam tadi.

Program tersebut diadakan di Stadium Malawati.

Nasharudin berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman bahawa polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram.

“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.

Nasharudin berkata perhimpunan itu akan tetap diteruskan kerana berpendapat ia hanya perhimpunan aman dan tidak akan mengundang bahaya.

“Kita akan tetap teruskan perhimpunan ini kerana ini adalah perhimpunan rakyat jadi tidak ada apa yang akan membahayakan.

“Saya sendiri hairan bagaimana beliau (Muhammad Sabtu) boleh berpendapat sedemikian,” katanya lagi.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala Pakatan Rakyat akan mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman pada pukul 11 pagi dan kemudian akan bergerak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke arah Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.

Program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyertai program tersebut termasuk Muslim Care, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Progam tersebut dimulakan dengan solat Maghrib yang diketuai Imam Masjid Subang Jaya, Mohd Shukri Ali.

Kemudian ia diikuti dengan zikir munajat dan disusuli dengan solat Isyak sebelum melakukan solat hajat.

Sebaik sahaja selesai solat hajat program diteruskan dengan pidato khas oleh para penceramah yang hadir terdiri daripada ahli politik dan juga wakil dari setiap NGO.

Menurut Setiausaha JIM, Nahar Md Noor, tindakan yang dilakukan Israel begitu serius dan harus ditentang oleh semua rakyat di negara ini.

“Tindakan Israel menyerang konvoi yang membawa misi kemanusian ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Justeru rakyat sama ada yang beragama Islam ataupun tidak perlu membantah kerakusan yang dilakukan Israel.

“Kekejaman yang dilakukan Israel ini menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa terpaksa menerima penderitaan,” katanya.

Wakil ABIM, Zawawi Ahmad Mughni berkata, tindakan segera harus diambil ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Kita perlu menyatakan sikap dan membantah kekejaman yang dilakukan Israel ini, disebabkan mereka ramai yang menderita.

“Selain itu, rakyat di negara ini perlu memboikot produk-produk daripada Israel.

“Setiap barangan Israel yang ada perlu dibuang dan digantikan dengan barangan tempatan kerana sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan ini merupakan langkah pertama kita,” katanya.

Wakil MAPIM, Azmi Mohd Hamid pula berkata, tindakan yang diambil oleh setiap rakyat kali ini perlu konsisten dengan menetapkan pendirian membantah kekejaman yang dilakukan Israel.

“Kali ini kita semua perlu menetapkan pendirian kita dengan membantah kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini.

“Kita perlu perlu menuntut supaya Israel mengaku bahawa mereka telah melakukan satu jenayah yang serius.

“Malah kita juga perlu menuntut supaya seluruh dunia memutuskan sebarang hubungan dengan Israel,” katanya.

Program tersebut turut diselangi dengan laungan takbir “Allahuakhbar”, “Hidup-hidup” “Hidup Islam” dan “Bangkit-bangkit” “Bangkit Islam”.

Program tersebut turut dihadiri oleh seorang rakyat Palestin, Sheikh Ahmad Husin Mohamad yang mengatakan bahawa rakyat di Malaysia telah memberikan sumbangan dan sokongan yang banyak kepada Palestin.

“Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia melalui demontrasi dan ceramah lebih bernilai daripada wang ringgit yang disalurkan kepada rakyat Palestin.

“Melalui sokongan dan sumbangan yang diberikan ini menyebabkan rakyat Palestin menganggap bahawa Malaysia adalah sebahagian daripada kami di Palestin,” katanya.

Sementara itu, Hasan berkata tindakan kejam yang dilakukan Israel itu telah menyebabkan rakyat seluruh dunia bersatu padu membantah tindakan mereka.

“Hari ini kita lihat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia mengecam tindakan kejam yang dilakukan Israel tempoh hari.

“Jadi hari ini saya menyeru supaya seluruh rakyat supaya bersatu padu menentang kekejaman yang dilakukan mereka dan pada masa sama meneruskan perjuangan ini,” katanya.


~malaysian insider

Khamis, 3 Jun 2010

Sua Rasa: Media Prima Sudah Tiada Tempat Lagi Di Kedah

Semalam diputuskan dalam mesyuarat EXCO bahawa Sua Rasa dibenarkan menyewa tapak dan menjalankan aktiviti mereka, tetapi kali ini tanpa penglibatan kerajaan negeri. Dalam program itu sebelum ini, kerajaan menyumbang RM54,ooo.oo dalam program TV9 itu dan mendapat beberapa slot untuk kerajaan melalui YAB MB dan EXCO.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan pembatalan program itu di Kedah tahun ini dan telah disiarkan oleh Harakah. Langkah itu mendapat sokongan ramai sebagai pengajaran kepada Media Prima, pemilik TV9 yang juga pemilik TV3 dan beberapa media utama yang memberi laporan salah berkaitan keadaan politik Negeri Kedah.

Pihak TV9 telah merayu berulang kali kepada kerajaan menerusi semua saluran yang ada sejak berita itu disiarkan, untuk menganjurkan program itu di Kedah untuk tahun ini memandangkan semua persiapan dan hebahan telah dibuat.


Atas sikap toleransi dan kemanusiaan, setelah mengambil kira persiapan peniaga dan usahawan yang akan terlibat dalam program itu, kerajaan melalui mesyuarat EXCO semalam memutuskan TV9 sebagai penganjur boleh menyewa tapak di perkarangan stadium tetapi kerajaan negeri tidak akan terlibat langsung dengan program itu. Tidak ada sebarang keistimewaan dan pengecualian, termasuk tidak memberi sebarang sumbangan dan tajaan, YAB MB tidak akan hadir, agensi kerajaan tidak akan menyewa ruang niaga/pameran dan mereka perlu membayar sewa tapak dan semua kemudahan yang digunakan seperti penganjur program lain di tapak itu.

YAB MB juga tidak mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat EXCO seperti biasa sejak tiga minggu lalu. Selepas ini, semua sidang akhbar di Wisma Darul Aman akan dihadkan kepada media tertentu yang beretika sahaja, media berat sebelum dan memutar belit berita seperti RTM dan TV3 tidak akan dibenarkan lagi menyertai sidang akhbar YAB MB. Diharapkan penjelasan ini menjelaskan kekeliruan orang ramai yang menyokong tindakan kerajaan negeri selama ini. Pihak Predia Prima dan pihak-pihak di sebalik syarikat media itu diharap menghargai sikap toleransi dan bertimbangrasa yang ditunjukkan oleh kerajan negeri , yang hanya mengharapkan laporan yang adil tepat dan benar.

Muhamad Sanusi Md Nor
Setpol MB

Liwat 2: Air mani bukti tembusan walaupun dubur Saiful tak koyak

2010

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini diperkatakan dengan ketiadaan koyakan, hari ini dimaklumkan oleh doktor kerajaan — kewujudan air mani di dubur pengadu memadai untuk merumuskan wujudnya tembusan.

Dr Mohd Razali Ibrahim, salah seorang daripada tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 memberitahu, ujian sampel menunjukkan adanya air mani walaupun tiada kesan koyakan atau kecederaan pada bahagian dubur.

Ujian itu dijalankan dua hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

“Dengan kesemua laporan yang ada di depan saya, saya boleh mengatakan adanya bukti penembusan walaupun tanpa kecederaan klinikal,” kata beliau lagi.

“Dengan kehadiran kesan air mani, ada bukti penembusan (di bahagian) dubur,” katanya.

Dr. Razali berkata demikian ketika ditanya oleh pendakwa raya.

Peguam Cara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden menyoal mengenai laporan doktor itu sebelum ini, pada 28 Jun yang menyebut “tiada kesan kecederaan, tidak koyakan,,, tiada penemuan konklusif tentang wujudanya penetrasi di dubur.”

Doktor itu menjawab bahawa pada masa itu beliau tiada pengetahuan tentang kewujudan sampel calitan yang diambil daripada Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Beliau juga mengakui tiada bukti wujudnya kecederaan atau trauma.

Menurut satu lagi laporan sampel-sampel calitan itu menunjukkan adanya kesan air mani.

Laporan itu hanya ditunjukkan kepada Dr. Razali oleh pasukan pendakwa raya hari ini ketika sesi soal.

Ini menyebabkan Dr. Razali mengubah rumusan beliau.

Beliau juga membacakan kandungan laporan yang mengatakan sampel calitan B5, B7, B8 dan B9 yang menyebut tentang kesan air mani di dubur.

“(Dengan ini) saya boleh merumuskan (sekarang) bahawa adanya bukti tembusan,” kata Dr. Razali.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh dijangka menyoal balas doktor itu selepas ini.

Dua minggu lalu Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Pada November lalu, pasukan pembela menegaskan dakwaan liwat terhadap Anwar berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi.

Malah sebelum ini peguam-peguam Anwar memberitahu berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal.

Mereka mendakwa perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu kini dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Zahid: Tiada penerbangan khas bawa pulang rakyat M'sia

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan mengadakan penerbangan khas untuk membawa pulang 12 sukarelawan dan media Malaysia yang dibebaskan dari tahanan tentera Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata selain membabitkan kos yang tinggi, setakat ini tiada permintaan untuk membawa mereka pulang menggunakan pesawat tentera.

"Jika nak bawa guna Charlie (pesawat pengangkut), kosnya tinggi...jadi saya tidak nampak sebarang keperluan itu buat masa ini selain tidak ada permintaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Mindef di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata semua 12 sukarelawan Malaysia itu turut dibantu Atase Pertahanan Malaysia di Jordan sebaik dilepaskan dari tahanan tentera Israel.

"S
elain diberikan makan minum, semua mereka turut diterangkan atase pertahanan tentang beberapa langkah yang perlu diambil untuk pulang ke Malaysia," katanya.

Dalam kejadian itu, kapal Turki yang membawa bekalan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan ke Gaza telah diserang tentera Israel ketika berada kira-kira 68 batu nautika di luar perairan negara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk wartawan dan jurukamera Astro Awani turut berada dalam kapal itu dan mereka dibebaskan dan dibawa ke Jordan.

Zahid turut menggesa negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel agar mengkaji semula hubungan tersebut bagi menentang tindakan Israel yang telah bertindak di luar garis-garis diplomatik.

Beliau berkata, masyarakat dunia bukan hanya perlu mengutuk tindakan Israel tetapi perlu bertindak menghentikan hubungan diplomatik dengan negara tersebut yang biadap dan tidak berperikemanusiaan.

"Tindakan yang dilakukan oleh Israel itu diluar garis diplomatik kerana menggunakan kekerasan dan melakukan tindakan di perairan antarabangsa yang tidak pernah selama ini dilakukan oleh mana-mana negara di dunia," katanya. - Bernama

Terengganu: 16 Pelajar Mengandung Anak Luar Nikah!

KUALA TERENGGANU: Enam belas pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.

Difahamkan pelajar terbabit terjebak dengan gejala sosial, berada dalam Tingkatan Tiga dan Enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu, dan kes terbaru, seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu.

Lantaran perkara itu memalukan, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar dikatakan menyembunyikan kelahiran itu tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu baru-baru ini.

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi difahamkan, pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah terbabit memberitahu, pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas pelajar itu melahirkan anak April lalu.

Katanya, dalam usaha menyembunyikan keadaan memalukan itu, seorang daripada pelajar berkenaan sanggup membuat permohonan bertukar sekolah di Setiu, selepas mengetahui dia mengandung enam bulan.

Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya kerana mengetahui pelajar itu mengandung anak luar nikah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sudah meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut.

“Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya. -BH

Pertubuhan Yahudi Pertahankan UMNO APCO Dan Hentam Anwar



P
ertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington D.C memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

Ditubuhkan pada 13 Oktober 1843, pertubuhan yang mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara antara gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Tel Aviv.

B'nai B'rith mengeluarkan kecaman terhadap Anwar Ibrahim dalam satu surat rasmi kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Pertubuhan ini melahirkan kebimbangan diatas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma perunding Apco Worldwide 30 Mac lalu di Parlimen.

B'nai B'rith juga memandang serius ucapan Anwar yang mereka sifatkan anti-Israel semasa membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Manusia seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya diberi penghormatan yang sekarang ini diterimanya hasil dari hubungan baik dengan Amerika Syarikat," tegas Presiden B'nai B'rith Dennis W. Glick.

"Serangan beliau terhadap kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak disadur dengan fitnah yang anti-Yahudi dan anti-Israel," menurut surat itu lagi.

Anwar Ibrahim sebelum ini turut diserang portal rencana The New Ledger kerana mempersoalkan ikatan kerajaan Najib Abdul Razak dan Apco Worldwide.

Penulis terbabit, Rachel Motte, menuduh Anwar sebagai ekstremis dan membidas tindakan beliau membantah "keberanian Najib" menuruti kehendak Washington menekan Republik Islam Iran.

"Orang-orang kanan Anwar berkata kerajaan Malaysia melantik syarikat (Apco Worldwide) yang di dakwa mempunyai talian erat dengan rejim Zionis di Israel. Mereka mendakwa panel penasihatnya terdiri dari bekas ketua keselamatan kerajaan Israel dan ramai pekerjanya adalah bekas anggota Agensi Keselamatan Israel," kata Rachel Motte.

"Anwar terus membangkitkan sentimen anti-Semitik dengan mendakwa adanya perisik Israel dalam unit Teknologi Maklumat PDRM," menurut rencana itu lagi.

Penulis bagaimanapun tidak menampilkan bukti menunjukkan sebaliknya, mahupun bukti Apco Worldwide atau pekerjanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rejim Tel Aviv.

Anwar mendedahkan pencerobohan ejen perisikan Israel ke Bukit Aman di Dewan Rakyat 6 April lalu berdasarkan kepada laporan Pengarah Bahagian Logistik PDRM Dato' Mahsuri Zainal.

Ulasan GB

Najib dan UMNO mungkin gembira dengan tindakan pertubuhan Yahudi itu kerana Anwar adalah musuh Yahudi dan musuh Najib serta UMNO.

Jadi, dari segi itu kita lihat: Yahudi pertahankan UMNO dan menyerang Anwar kerana UMNO melantik firma perunding Apco Worldwide yang ada kaitan dengan Zionis.

Yahudi marah Anwar juga kerana Anwar membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Rumusannya : Yahudi pertahankan UMNO lantas menyerang Anwar. Apakah kemarahan Yahudi itu di atas permintaan Presiden UMNO sendiri? Ada logiknya. Wallahu'alam.

Perlantikan Anak Chua Soi Lek Sebagai Timbalan Menteri Sahkan Najib Amal Kronisme

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzukefly Ahmad menyifatkan rombakan kecil kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menambah persepsi negatif rakyat terhadap pentadbirannya.

Ini berikutan pelantikan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, anak Presiden MCA dalam Kabinet walaupun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus tidak terpilih.

Pelantikan anak Chua Soi Lek itu juga dijangka mengundang petanda episod baru permusuhan berpanjangan dalam MCA.

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat digugur dan diganti dengan Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA.

Sebaliknya, anak kepada Datuk Seri Chua Soi Lek, musuh ketatnya dalam MCA terpilih mengganggotai kabinet apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bercakap kepada TV Selangor, Dr Dzulkefly menganggap rombakan ini umpama melepas batuk di tangga dan langsung tidak memberikan impak kepada pentadbiran negara, sebaliknya sekadar cubaan menutup kelemahan Najib.

"Satu pemulihan kabinet Najib yang perlu menyuntik sedikit sedikit keyakinan yang semakin hari semakin pupus kerana flip-flop tindakan Najib bersabitan dengan GST, bersabitan dengan subsidi, bersabit dengan Model Ekonomi Baru yang masih belum dibentangkan, dengan RMK-10 yang masih belum tahu apa isinya, ini umpama melepaskan batuk di tangga" ujarnya kepada Tv Selangor.

Dr Dzulkefly percaya tindakan menyingkirkan Tee Keat berkait rapat dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) demi mengalih perhatian rakyat dari penyelewengan terbesar itu.


" Nampaknya bos MCA sekarang ini, sanggup untuk berjudi dengan nasibnya untuk tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, hanya sekadar bersetuju menjadikan anaknya yang sekadar merupakan seorang yang boleh kita katakan pada saya setahun jangunglah. Sebab kita memerhatikan gelagat dan prestasinya di parlimen" tambahnya lagi.

Dr Zulkefly juga menyentuh kegagalan Ketua Pemuda UMNO yang dilihat berhempas pulas menonjolkan diri melalui publisiti media tetapi gagal memperoleh kepercayaan Najib.

" Sekali lagi kita dapatkan saksikan Khairy kesiangan, Khairy ketinggalan. Walaupun peribadi itu nampaknya baru penggal pertama di parlimen, tetapi sebagai Ketua Pemuda UMNO, beliau tidak langsung diberikan apa-apa pengiktirafan".

Gaji pekerja restoran lebih tinggi daripada posmen


SEMENJAK khabar berkenaan gaji posmen diumumkan, saya hanya membaca laporan bahawa langkah tersebut adalah bersesuaian dan bertepatan pada masa. Akan tetapi, tiada satu pun laporan yang mengatakan pekerjaan sebagai posmen adalah berat dan tidak menerima ganjaran setimpal.

Saya mempunyai seorang adik ipar yang tinggal bersama keluarga dan bekerja sebagai posmen. Walaupun saya sedar betapa besar dan beratnya tanggungjawab seorang posmen, selama ini saya berpendapat ganjaran yang diterimanya adalah setimpal.

Akan tetapi, apabila menteri mengumumkan kenaikan tarif pos yang akan membolehkan kenaikan gaji posmen yang sekarang ini serendah RM610, saya amat terkejut. Ini tidak masuk akal langsung kerana jika dibandingkan dengan warga Bangladesh yang bekerja di restoran mamak, mereka bukan sahaja mendapat gaji lebih tinggi daripada posmen, tetapi juga mendapat tempat tinggal dan makanan percuma.

Sekarang baru saya faham. Selama ini, saya fikir adik ipar saya berkira-kira kerana terlalu berjimat dengan perbelanjaan. Dia cuma menyumbang kepada perbelanjaan bil elektrik sahaja. Walaupun usia makin meningkat, hasrat untuk berkahwin masih tidak kesampaian kerana duit masih tidak cukup.

Sebagai ahli keluarga, saya kasihan dengan nasib adik ipar saya. Gaji saya sebanyak RM1,500 pun tidak mencukupi untuk keperluan harian, inikan pula untuk hidup dengan gaji RM600 - RM700 sebulan.

Kenapa pihak kerajaan mengambil masa yang lama untuk mengambil keputusan untuk menaikkan gaji mereka. Pendatang asing pula menerima gaji yang tinggi sementara rakyat Malaysia yang berkhidmat untuk kerajaan dibayar begitu rendah.

Tugas posmen memang nampak mudah, tapi tanggungjawapnya berat. Kalau surat hilang atau lambat, mereka akan dipersalahkan. Jadi saya tidak hairan apabila ramai kawan seperjuangannya yang sudah tukar pekerjaan kerana tidak dapat menampung kehidupan.

Kenaikan harga setem sebanyak 30 sen tidaklah tinggi mana jika dibandingkan dengan kos khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk Akademi Fantasia ataupun harga setengah cucuk sate. Tetapi kepada posmen, kenaikan gaji yang bakal diterima walaupun sedikit dapat menambah baik kehidupan mereka.

ABANG IPAR POSMEN

Sentul, Kuala Lumpur

Serangan Ganas Zionis - Kenyataan Rasmi TGNA

Bismillahir Rahmanir Rahim

Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan dua puluh (20) nyawa.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun. Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel.

Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan.

Paling penting ialah saya menyeru para ulama’ seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan Solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza.


Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan negara-negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.

Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka. Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Inilah bahayanya fahaman ‘asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini.

Oleh kerana itu, saya selaku Menteri Besar Kelantan akan menganjurkan satu Kuliah Pagi Jumaat, pada 21 Jamadil Akhir 1431 (lusa) khusus berhubung dengan isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu. Disebabkan Kuliah Jumaat ini penting, maka kita akan adakan di pekarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.

Pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Solat Hajat berserta bacaan Qunut Nazilah ditempat yang sama. Maka saya harapkan kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk perbuatan zalim Yahudi Israel itu dan dapat sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi – Israel.

Saya juga akan mohon kerjasama pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di Kelantan menunaikan Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta dapat menyediakan satu Khutbah Khusus mengutuk Israel/Yahudi untuk para khatib persembahkan kepada semua ahli jemaah Sembahyang Jumaat yang terdekat ini (lusa).


Terima kasih.

YAB TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar,
Kota Darulnaim.
19 Jamadilakhir 1431
2 Jun 2010.

Kampung Baru perlu master plan menguntungkan melayu

Kampung Baru mampu memberi peluang kepada sekurang-kurangnya 300,000 orang Melayu menetap, bekerja dan bermain di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Cuba kita ambil ini sebagai sasaran dan kita cari saranan-saranan yang mampu membuat ini menjadi kenyataan.

Sebanyak 300,000 orang Melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur akan dapat membantu mengembangkan perekonomian, menggamit ekonomi baru datang dengan secara tidak langsung.

Kita jangan melihat KLCC, kemudiannya kita mahu replika atau setengah replika KLCC diacukan ke Kampung Baru. Ini yang timbul idea 60:40, 70:30 nisbah Melayu-bukan Melayu yang memungkinkan bukan Melayu memiliki hartanah di Kampung Baru.

Kalau pihak Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar tidak dapat melihat betapa pentingnya tanah kampung Melayu ini 100 peratus milik orang Melayu, bagaimana mungkin Kampung Baru boleh dimajukan untuk kepentingan orang Melayu se-Malaysia?

Sejarah telah mengajar kita, yang sepatutnya diperuntukkan menjadi milik Melayu, dengan adanya "lubang" 60:40, atau 70:30, maka, hartanah dijualkan kepada bukan Melayu dengan hanya satu surat sokongan daripada orang politik berjawatan.

Kementerian patut ingat, bila membangunkan Kampung Baru, pelanggan sasaran ialah orang Melayu di luar Kampung Baru. Merekalah yang akan menjadi pembeli-pembeli hartanah yang akan dibangunkan di Kampung Baru.

Jangan lihat pada Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Memang kedua-dua bandar ini mengambil masa amat lama untuk dibangunkan. Tetapi, jika dikaji sedalam-dalamnya, selepas PKNS berusaha sama dengan syarikat swasta, pembangunan amat cepat berlaku, dan yang paling penting, pembeli-pembeli Melayu seluruh Malaysia adalah penghuni hartanah-hartanah tersebut buat masa ini. Orang Melayu sekarang juga berdaya beli.

Orang Melayu mana yang tak mahu hartanah di Kampung Baru Kuala Lumpur?

Cubalah cari konsep pembangunan Kampung Baru dengan berkiblatkan orang Melayu. Kerajaan selalu sangat fikirkan, bila bina rumah untuk orang Melayu sahaja, terbayang rumah kos rendah. Minda ini patut diubah bila melihat pembangunan di Kampung Baru.

Kalau bina apartment 1,200 kaki persegi dan jual pada harga RM250,000 hingga RM300,000, banyak orang Melayu boleh beli.

Bina 50,000 rumah di Kampung Baru, yang lainnya pejabat dan ruang komersial. Kalau mahu bukan Melayu datang ke Kampung Baru, buat bangunan untuk Tesco, Giant dan sebagainya, datanglah mereka ke Kampung Baru.

Kerajaan masih tak tahu apa yang nak dibangunkan, itu yang pemilik tanah Kampung Baru runsing dibuatnya. Masih dengan konsep.

Buatlah master plan untuk Kampung Baru, pembangunan yang GLC akan jalankan. Barulah sedap pemilik tanah dan pemaju berurusan. Bukannya susah nak kira nilai pembangunan sebagai pulangan kepada pemilik tanah. Ini yang dipraktikkan:

1) Kalau bangunan kediaman, 25 peratus dari jumlah unit adalah untuk pemilik tanah.

2) Kalau bangunan komersial , 30 peratus dari jumlah unit adalah untuk pemilik tanah.

3) Kalau pemilk tanah mahu wang tunai pendahuluan, nilainya diberi potongan harga.

Saya rasa pengambilan tanah di Kampung Baru tidak menjadi soal, sebab kita boleh ambil pendekatan semasa membina lebuh raya sedia ada sekarang.

Tunjuklah kepada kami apa yang nak dibangunkan di Kampung Baru.


Mohammad Yusof Abdullah

Jalan Syed Mahadi, Kg. Baru

Selangor Arah 12 PBT Beku Lesen Judi, Kekang Penyakit Sosial

Shah Alam, 2 JUN: Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan rasmi kepada 12 pihak berkuasa tempatan seluruh Selangor supaya menyekat dan membanteras operasi perjudian bola sepak dari beroperasi dinegeri ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kesemua 12 PBT diarah untuk tidak meluluskan sebarang permohonan dari konsesi judi sukan Ascot Sport, atau mana- mana pengusaha loteri judi yang mahu menawarkan judi sukan kepada orang awam.

Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas ini selepas mengambil pandangan dari pelbagai pihak berhubung kesan negatif judi dan mudarat judi sukan yang mahu diperkenalkan Umno-BN menjelang sukan Piala Dunia 2010 pada 11 Jun depan.

"Kerajaan Selangor telah mengeluarkan arahan pada semua 12 PBT supaya tidak meluluskan permohonan lesen premis perjudian bola sepak di selangor. Keputusan larangan perjudian bola sepak telah dipersetujui semua ahli EXCO kerajaan negeri kerana haram di sisi Islam dan merosakkan moral masyarakat Islam dan bukan Islam," kata Khalid.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan perkara ini semasa sidang media selepas Mesyuarat Exco Negeri diBangunan SUK, Shah Alam.

Mengulangi sentimen sama seperti Kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, Khalid berpendapat peng'halal'an judi bukanlah cara mengatasi masalah judi haram malah menambah lagi penyakit sosial masyarakat.

"Kerajaan Negeri Selangor berpendapat, tindakan Kerajaan Barisan nasional meluluskan lesen perjudian dan menambah lagi penyakit sosial dan tidak akan menyelesaikan masalah perjudian haram yang juga berleluasa," ujarnya lagi.
-tvselangor-

Faez: Saya tidak larikan adik perempuan Saiful



Seorang lelaki berusia 27 tahun hari ini menafikan pengakuan yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di mahkamah minggu lalu yang kononnya, dia melarikan diri dengan adik perempuan Saiful.

Faez Khairi (kiri) berkata adik Saiful - Saidati Adha, secara rela mengikutinya ke selatan Thailand untuk bernikah dengannya.

"Saya difahamkan bahawa Saiful membuat pengakuan di mahkamah pada Isnin lalu, bahawa saya dan Saidati melarikan diri dan perkahwinan kami adalah tidak sah.”

"Saya ingin menegaskan saya bernikah dengan Saidati pada Mac 2009 secara sah. Saya tidak pernah melarikannya. Malah, dia yang ingin mengikut saya dengan rela,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Faez, pernikahan mereka tidak mendapat restu dari bapa Saidati dan sijil nikah mereka dikoyakkan sekembali mereka dari Thailand.
Justeru, beliau ke negara itu sekali lagi dua bulan lalu untuk mendapatkan salinan sijil nikah itu.
Pada perbicaraan liwat II Isnin lalu, Saiful ditanya mengenai keluarganya dan berkata ibubapanya telah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun dan beliau tinggal dengan bapanya dan adiknya, Saidati.

Menjawab soalan Karpal mengenai sama ada adiknya telah berkahwin, Saiful berkata pada tahun lalu adiknya telah dibawa lari ke Thailand dan beliau tidak pasti sama ada adiknya telah berkahwin atau tidak.

Pada sidang media ini, Faez yang ditemani oleh peguam N Surendran berkata beliau berjumpa dengan Saiful sebanyak dua kali selepas berkahwin dengan Saidati.

Justeru, katanya, Saiful sepatutnya tahu kedua-dua mereka telah berkahwin.

Menurut Faez, dia ingin membersihkan nama dan maruahnya dan mengulangi bahawa perkahwinan itu adalah sah.

“Pengakuan Saiful di mahkamah telah memalukan saya,” kata Fa

41% Penjawat Awam Rasuah. Ini Yang Membangkrapkan Negara!

CUEPACS: 41 peratus penjawat awam terlibat rasuah tahun lepas
June 02, 2010

TEMERLOH, 2 Jun — Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya.

“Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

“Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, di sini hari ini.

Omar berkata selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor.

“Mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengahnya klinik berkenaan tidak wujud pun.

“Ada sesetengahnya pula mengubah jumlah cuti sakit yang ditulis oleh doctor misalnya 1 hari kepada 11 hari,” kata Omar. — Bernama

Rabu, 2 Jun 2010

PM Jepun Letak Jawtan, PM Malaysia Bila Lagi?



P
erdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama meletakkan jawatan hari ini, kurang sembilan bulan selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negara Jepun.

Hatoyama, 62 yang menamatkan setengah abad penguasaan parti konservatif di Jepun, hujung Ogos lalu mengumumkan peletakan jawatannya itu dalam sidang khas Parlimen.

Jutawan dan berasal dari keluarga berpengaruh yang menerima jolokan "Keluarga Kennedy Jepun" itu meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Demokratik Jepun (DPJ).

"Saya akan meletakkan jawatan" katanya sambil menitis air mata.

“Pentadbiran kerajaan akan berjalan dan ia tidak memberi kesan terhadap sokongan yang diberikan orang awam," kata Hatoyama, yang hanya akan meninggalkan jawatan itu selepas penggantinya dipilih nanti.

DPJ dijangka mengundi untuk memilih ketua yang baru, Jumaat ini.

Menteri Kewangan, Naoto Kan, yang juga Timbalan Perdana Menteri, disebut-sebut sebagai pengganti Hatoyama.

Spekulasi tersebar beberapa hari lalu bahawa Hatoyama akan berundur selepas menerima tekanan berikutan melakukan hubungan baik dengan Amerika Syarikat khususnya berhubung pertikaian isu pangkalan udara tentera marin Amerika Syarikat di Pulau Okinawa.

Sebelum itu beliau berjanji akan mengalihkan pangkalan itu bagi menamatkan kesulitan penduduk yang mengadu mengenai pencemaran serta kadar jenayah yang tinggi tetapi menukar fikiran selepas itu. -FMT

Ulasan GB

Itulah tindakan terhormat (letak jawatan) seorang PM apabila beliau dikatakan ada melakukan hubungan baik dengan Amerika Syarikat.

Tetapi di Malaysia, PM yang bernama Mohd Najib Tun RAzak tidak lansung berfikir untuk melakukan sedemikian sekalipun telah dikaitkan dengan pelbagai isu seperti rasuah Scorpene, lesen judi dan hubungan baik dengan APC O, sebuah syarikat Yahudi.

Namun, hukum alam akan terus berlaku, sekalipun Najib enggan meletak jawatan secara terhormat,namun Tuhan akan memaksanya meletakkan jawatan juga akhirnya nanti. Ingatlah bagaimana Pak Lah terpaksa berundur sekalipun beliau amat ingin menghabiskan tempoh jatawannya sebanyak 2 penggal - namun ia tidak diizinkan Tuhan.

Kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria: Media Dan Judi Umno



Media pada masa kini harus menjalankan tugas membaiki, membetulkan dan membawa mesej keluhuran Islam dengan memperkayakan bahan yang baik dan bukannya picisan seperti berbaur fitnah ataupun lucah untuk disebarkan kepada masyarakat.


Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, satu resolusi diusulkan untuk memastikan media bijaksana dalam menyampaikan berita secara tepat berlandaskan fakta yang benar kepada masyarakat.


Menurutnya, resolusi itu akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kabinet dan Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi sama ada ia sesuai untuk dipraktikkan oleh media di negara ini.


“Resolusi itu tidak lengkap jika tidak disampaikan kepada Majlis Raja-Raja kerana mereka yang bakal membuat keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakannya ataupun sebaliknya,” katanya pada sidang media di Crystal Ballroom, Hotel Impiana.


Beliau berkata, kebanyakan media baru seperti ‘bloggers’ banyak mempengaruhi rakyat di negara ini dan mengurangkan minat untuk membaca kisah yang tertulis di media arus perdana.


“Malangnya maklumat yang mendidik dan membangun masyarakat hari ini masih dipersembahkan dalam bentuk konvensional,” katanya.


Di samping itu, beliau berkata, etika media semakin lama diketepikan disebabkan itu kita memilih untuk menghasilkan resolusi ini supaya pengamal media, kerajaan dan masyarakat menggunakan media secara bijaksana.


“Sehubungan itu, kita berharap dengan kewujudan resolusi itu pengamal media dapat berupaya untuk mendidik dan mempengaruhi masyarakat untuk bertindak serta memperjuangkan kebenaran menentang yang tidak benar,” katanya.


Dalam majlis berkenaan beliau turut memberi reaksi berhubung isu judi yang hebat diperkatakan masa kini. “Judi adalah haram di sini agama, kenapa kita masih mahu menghalalkan sesuatu yang haram?


Bukankah jika menghalalkan yang haram akan membuatkan manusia tergelincir daripada agama,” katanya.


Menurutnya, sebenarnya majoriti masyarakat di Malaysia tanpa mengira agama dan kaum menentang aktiviti judi kerana ia mencerminkan sesuatu yang tidak bermoral.


“Pada hakikatnya, hanya ‘kaki judi’ sahaja yang suka melakukan aktiviti haram itu secara berleluasa untuk kepuasan masing-masing,” katanya.


Harussani berkata, beliau turut terkejut dengan tindakan pelajar sekolah yang sudah mula mengumpul duit untuk bertaruh pada perlawanan bola sepak terbabit.


“Baru-baru ini saya terbaca di surat khabar ada dalam kalangan pelajar yang sudah berjinak-jinak untuk terbabit dalam kegiatan tidak sihat itu,” katanya.


Justeru, beliau meminta supaya jangan membangunkan negeri menggunakan wang haram jika tetap melaksanakannya nescaya banyak benda buruk akan melanda pada masa akan datang.