Rabu, 12 Mei 2010

PRK Sibu: SUPP Sedia Debat Jika Pas Gugur Al-Quran Sebagai Panduan

Parti Rakyat Bersatu Sarawak bersedia berdebat dengan Pakatan Rakyat hanya jika parti Islam Pas menggugurkan nilai-nilai Islam dari perlembagaannya.

Pengerusi Bahagian Sibu, Datuk Sri Wong Soon Koh berkata pihaknya hanya akan menjawab propaganda 'Negara Islam' yang SUPP sebarkan hanya jika Pas tidak lagi mengangkat Al-Quran sebagai panduan utama parti itu.

Akhbar Borneo Post hari ini melaporkan, SUPP menuntut parti Islam itu menggugurkan Al-Quran jika Pakatan Rakyat mahu mendebatkan isu 'negara Islam'.

Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam mencabar SUPP mendebatkan isu ini, selepas BN didapati menyebarkan propaganda 'Satu Undi Untuk DAP ialah Undi Untuk Pas dan Negara Islam' dalam kempen pilihanraya Sibu.

Papan iklan berbaur hasutan turut dinaikkan di serata pekan Sibu, dengan mesej yang mendakwa, budaya masyarakat bukan Islam akan terhapus jika Pakatan Rakyat diberi peluang di Sarawak.

Di sidang akhbar hari ini, dengan nada yang amat kesal dengan provokasi SUPP ini, Kit Siang menyeru rakyat Sibu untuk menolak politik fitnah yang mengajak kepada permusuhan.

"Saya menyeru rakyat Sibu untuk menghapuskan 'senjata pemusnah' ini kerana ia fitnah sepenuhnya. BN telah menggunakannya di Semenanjung Malaysia, contohnya pada 1999, mereka dakwa tidak lagi boleh makan khinzir, tiada lagi tokong dan tiada lagi sekolah Cina. Ini adalah tidak benar, bahkan dinafikan oleh pemimpin Pas," tegas Kit Siang.

BN yang mewar-warkan agenda 1Malaysia menolak Fasal 3 perkara 1 Perlembagaan Pas, yang menyebut komitmen menyemai nilai murni agama dalam masyarakat Malaysia. BN juga menolak perkara 2 dari Fasal yang sama yang menetapkan komitmen Pas mempertahankan kesucian Islam dari dicabuli pihak tidak bertanggungjawab.

BN juga menuntut Pas supaya meminda Fasal 7 perkara 1 yang menetapkan bahawa panduan utama parti Islam itu adalah kitab suci Al-Quran dan Sunnah, prinsip yang turut dikongsi oleh semua penganut Islam di Malaysia.

SUPP mempropagandakan isu ini dalam usaha untuk menakut-nakutkan masyarakat Kristian supaya membenci Pas dan Pakatan Rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat memandang propaganda ini dengan serius, terutamanya mengira beberapa jam sahaja lagi menuju hari berdarah 13 Mei.

"BN masih lagi melihat ke belakang, walhal kita menuju ke hadapan. Pakatan Rakyat menunjukkan pendirian yang tegap dan tegas dalam semua isu terutamanya isu kalimah Allah. Yang paling utama, soal Negara Islam, bukan agenda Pakatan Rakyat. Apa yang kita mahu adalah mewujudkan kerajaan yang adil, saksama, bertanggungjawab dan bebas rasuah," jelas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzukefly Ahmad.

"DAP tidak sembunyikan apa-apa, kerana itu kita amat bersedia untuk debat terbuka. BN tanya mengapa kita takut pada 1Malaysia. Baik, saya cabar mereka untuk turun dan kita debat isu 1Malaysia. Ada berani?" soal Kit Siang.

Penganut Kristian membentuk 53 peratus dari jumlah pengundi berdaftar di Sibu. Tempoh kempen setakat ini menyaksikan Pas dan DAP giat merapati gereja dalam usaha menjalin hubungan yang lebih erat antara masyarakat Kristian dan Islam di sini.

Usaha ini adalah kesinambungan kempen Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru, yang menjamin keadilan untuk semua dan bebas diskriminasi agama.

Kempen ini menyaksikan sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat 46 peratus, memaksa SUPP mengeluarkan amaran kepada Pas untuk tidak membawa politik Semenanjung ke Sarawak.

"Pakatan amat jelas dalam rangka dasar bersama. Kita tahu kita berdiri atas prinsip apa, untuk apa prinsip ini, dan bagaimana untuk mencapainya. Semua yang disebutkan dalam Model Ekonomi Baru bawaan Najib adalah idea yang menarik, namun bila ia memerlukan iltizam politik, Pakatan Rakyat jauh lebih baik," tegas Dr Dzulkefly.

Lesen pertaruhan sukan bersyarat: Hanya kawasan bukan Islam

Lesen pertaruhan sukan telah diluluskan kepada Vincent Tan Chee Yioun pada 13 Januari tahun ini, dengan syarat perkhidmatan ini hanya terhad kepada kawasan majoriti bukan Islam, malah tiada pertaruhan melalui internet dibenarkan.

Demikianlah khabar yang dipetik oleh The Star, melaporkan bahawa Ascot Sports Sdn Bhd yang dikuasai usahawan tempatan Vincent Tan (gambar kanan) telah memperolehi lesen pertaruhan sukan sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, lesen ini diluluskan dengan beberapa syarat, misalnya hanya 200 daripada 680 pusat pertaruhan BToto yang terletak dalam kawasan majoriti bukan Islam dibenarkan menawarkan perkhidmatan ini. Selain itu, pusat pertaruhan wajib memaparkan papan tanda yang membenarkan hanya bukan Islam dan orang dewasa untuk masuk menaruh. Pada masa yang sama, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk menawar perkhidmatan pertaruhan melalui internet.

Malah, sumber maklumat memaklumkan, selepas memperolehi lesen pertaruhan sukan pada 13 Januari, Ascot Sports telah mula bersiap sedia untuk menawarkan perkhidmatan ini. Namun, perkhidmatan ini dijangka akan bermula pada Ogos atau September. Jadi, ia mungkin terlepas peluangnya untuk Piala Dunia Bola Sepak di Afrika Selatan yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai tahun ini.

Lesen diberikan semasa zaman Mahathir
Sebagaimana yang difahamkan, Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports secara tidak rasmi. Ini kerana syarikat ini pernah dua kali memperolehi lesen yang hampir sama sebelum ini, tetapi ditamatkan kerajaan pada akhirnya. Jadi, syarikat ini memiliki kelebihan untuk memperolehi lesen seandainya perjudian sukan dihalalkan.

Pada tahun 1987, Ascot Sports telah memperolehi lesen pertaruhan sukan yang pertama daripada kerajaan Mahathir Mohamad (gambar kiri). Walau bagaimanapun, setelah beroperasi untuk setahun lebih, syarikat tersebut telah memulangkan lesen itu kepada kerajaan pada tahun 1990 sebagaimana yang diminta. Kementerian Kewangan bersetuju untuk mendahulukan Ascot Sports dalam pertimbangannya jikalau berniat untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan pada masa depan.

Ascot Sports telah memperolehi semula lesen pertaruhan sukan pada Jun 2003, semasa kerajaan masih diterajui Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, perkhidmatan ini ditamatkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004 dengan alasan bahawa pertaruhan sukan adalah haram.

Amaun pertaruhan haram setinggi RM20 bilion
Bagaimanapun, kerajaan perlu berdepan dengan satu realiti, iaitu amaun pertaruhan sukan yang haram di Malaysia mencecah puluhan bilion ringgit setiap tahun. Seandainya kerajaan menghalalkan pertaruhan sukan dengan mekanismenya, maka ia akan mengundang pendapatan cukai yang beratus juta untuk kerajaan.

Menurut perangkaan yang tidak rasmi, amaun perjudian haram yang dipertaruhkan orang tempatan melalui bookie dan sindiket luar negeri mencecah RM 20 bilion setiap tahun. Menurut laporan analisis CIMB Research, amaun pertaruhan sukan mencecah RM 8 bilion setahun, setelah ditolak jumlah yang dipertaruhkan oleh mereka yang diharam untuk berjudi, termasuk golongan belum dewasa dan umat Islam.

Menurut seorang penganalisa, kerajaan di seluruh dunia cenderung untuk menyekat perkembangan perjudian haram melalui pengawalan, malah mendapat cukai sampingan dengan pendekatan sedemikian. Sejak 20 tahun kebelakangan ini, negara Eropah, Afrika dan Asia, termasuk Singapura, masing-masing mengubahsuai rangka undang-undangnya, agar aktiviti perjudian haram boleh dikawal.

Malah, pengamal dalam bidang perjudian tempatan menganggap bahawa kemudahan internet telah membawa aktiviti perjudian ke setiap rumah. Pasaran pertaruhan sukan tempatan mungkin boleh terkawal seandainya kerajaan meluluskan lesen pertaruhan sukan.

Bantahan masyarakat tempatan
Sementara itu, keputusan kerajaan ini mengundang bantahan daripada masyarakat tempatan merentasi kaum. Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah menyuarakan bantahan terhadap kerajaan kerana meluluskan penambahan bilangan cabutan khas dalam perjudian.

Setelah Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein mengakui bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kelulusan lesen pertaruhan sukan, parti komponen Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan. Pertubuhan seperti JIM Terengganu juga mengeluarkan kenyataan untuk membantah keputusan tersebut.

*Neo Chee Hua
~MerdekaReview

Kes Liwat II Anwar Ibrahim: Pendedahan Saiful buktikan konspirasi

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan terbaru penglibatan beberapa individu lain oleh saksi utama, Saiful Bukhari Azlan mengesahkan wujudnya satu konspirasi politik.

Bercakap kepada media (gambar) selepas perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan ke esok, beliau memberitahu bahawa Khairul Anas adalah pembantu khas Datuk Seri Najib, manakala Datuk Mumtaz Jaafar pula pegawai khas kepada Datin Sri Rosmah Mansor.

"Hari ini kita dengar lagi tambahan selain nama-nama yang disebut (sebelum ini) seperti Datuk Mumtaz, Khairil Anas.

"Ia mengukuhkan lagi pendirian kita selama ini tentang penglibatan dan konspirasi untuk menjatuhkan musuh politik dengan cara kotor dan jijik," katanya.

Terdahulu, dalam keterangannya, Saiful memberitahu ada membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 25 Jun 2008 iaitu sehari selepas pertemuan dengan Najib.

Panggilan itu katanya bagi mengadu masalah, namun hanya sempat bercakap selama seminit sebelum dimarahi Musa dan diberi amaran supaya tidak menelefonnya lagi.

Selain Musa, Saiful juga memberitahu ada bertemu bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada malam 27 Jun hingga pagi keesokannya.

Pertemuan itu atas tujuan sama, iaitu mahu pengadu 'pengainayaan' terhadapnya yang didakwa dibuat Anwar.

Khairil Anas pula menurut Saiful adalah individu yang membawanya ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Sebelum itu kata Siful, dia ada menemui Khairil Anas bagi mengadu perkara tersebut tetapi kemudian pembantu khas Najib itu memutuskan untuk membawanya berjumpa dengan Najib.

Dalam pada itu, Datuk Mumtaz Jaafar (gambar), individu yang namanya disebut dalam keterangan Saiful hari ini dilihat tiba di mahkamah jam 2.30 petang tadi.

Beliau juga adalah Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) badan yang Rosmah adalah penaungnya.

MELAYU BANGKIT: Apakah Melayu Itu Masih Buta

UMNO KHIANAT MELAYU

”UMNO menyeru bangsa Melayu bersatu padu di bawah payung Umno demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Tun Mahathir Mohamad akan menjadi Pahlawan sehebat Hang Tuah yang akan melaungkan ’MELAYU BANGKIT’ di seantero dunia. Peristiwa 13 Mei 1969 yang tersemat kuat di hati-hati Melayu akan menjadi azimat semangat perjuangan bangsa yang didokong Umno selama ini.”

Inilah barangkali yang ada di minda pemimpin-pemimpin, ahli dan penyokong Umno tegar. Mereka merasakan merekalah satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu. Khurafat ini telah dipakai oleh pendokong Umno selama lebih 50 tahun.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menentang habis-habisan sikap perkauman sempit atau asobiyyah yang ada pada batang tubuh Umno. Mereka hipokrit dalam memperjuangkan Melayu dan Islam. Hakikatnya, mereka senantiasa mengkhianati orang Melayu khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.

Umno/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.

Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

Sekian, wassalam.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
MEMPERSADA PERJUANGAN

Yang benar,
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Bagaimana Jika KPN Dan CPO Selangor Sebagai Penjenayah Yang Disyaki?

Ketua Polis Negara Tan Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menolak permintaan keluarga Aminulrasyid Amzah agar kedua-dua mereka meminta maaf kerana melabelkan remaja berkenaan sebagai “penjenayah”.

Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, Musa enggan memohon maaf kepada keluarga berkenaan atas alasan “jika berbuat demikian ia akan membawa implikasi perundangan.”

“Saya tidak akan menjawab, berbuat demikian akan membawa implikasi perundangan,” kata Musa pada sidang media di sini.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider mempertahankan bahawa remaja berkenaan merupakan “penjenayah yang disyaki” apabila polis mengejar kenderaan dipandu Aminulrasyid kira-kira enam kilometer.

Khalid memberitahu anggotanya mengejar kereta tersebut hanya kerana mereka disyaki sebagai “penjenayah disyaki.”

“Adakah salah untuk mengatakan dia sebagai penjenayah disyaki?” kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun Khalid menafikan polis melabelkan Aminulrasyid sebagai “seorang perompak” dan istilah yang digunakan hanyalah “penjenayah disyaki.”


“Kami tidak pernah mengatakan dia perompak. Pegawai-pegawai saya mengatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana kedua-dua remaja lelaki itu adalah perompak yang disyaki.

“Itu sebabnya mereka mengejar mereka dengan cara begitu. Sebenarnya, mereka tidak mengatakan mereka sebagai perompak yang disyaki.... yang digunakan penjenayah disyaki,” jelas beliau.

Semalam keluarga Aminulrasyid menuntut pihak berkuasa khususnya polis agar memohon maaf berhubung insiden menimpa pelajar berkenaan.

Bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan berkata keluarga itu mahukan permohonan maaf secara langsung daripada Musa, Khalid atau Kementerian Dalam Negeri yang telah mencemari nama pelajar berkenaan.

Malah tegas Kamarudin, keluarganya juga mahu pihak polis menarik balik kenyataan bahawa adanya parang dalam kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid pada hari kejadian.

Kelmarin, Koperal Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 April antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11.

Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ulasan GB

“Adakah salah untuk mengatakan dia sebagai penjenayah disyaki?” kata beliau ketika dihubungi.

Jika demikian jawab KPN dan CPO Selangor, maka rakyat juga boleh berkata bahawa kamu kedua-dua adalah penjenayah yang disyaki. Tentu lagi tak salah.

Sebabnya kamu melakukan pembelaan terhadap sekalian banyak jenayah yang dilakukan oleh anggota polis.

Daripada pemerhatian dan persepsi rakyat, kedua-dua penjawat awam ini telah sepatutnya meletakkan jawatannya kerana mencemari imej PDRM dan telah mengkhianati tugas yang diberikan oleh negara dengan melabelkan orang awam sesuka hati sematamata untuk melakukan pembelaan dan justifikasi terhadap jenayah yang dilakukan oleh anggota bawahan mereka berdua.

Lesen Judi - Sah UMNO Pilih Untuk Murtad

Akhbar Harian Cina, Sin Chew Daily hari ini melaporkan kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara rasmi meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Ini menjadikan Kumpulan Berjaya sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak di negara ini yang memiliki lesen sah mengikut perundangan negara.

Kelulusan ini sekaligus menunjukkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengendahkan bantahan rakyat Malaysia, baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam

Antara pimpinan yang lantang menegur cadangan kelulusan lesen judi ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Rasah dari DAP, Anthony Loke.

Mengikut laporan Sin Chew Daily, Berjaya Corporation dijangka amenggunakan lebih 200 kedai pertaruhannya, Toto, untuk menerima pertaruhan daripada kaki judi.

Pertaruhan secara berlesen ini dijangka bermula sebelum kejohanan bola sepak terbesar di dunia ini bermula pada 11 Jun ini.

Mengikut laporan berkenaan, wujud kebimbangan kemungkinan rangkaian kedai serbaneka, 7-eleven yang dimiliki Kumpulan Berjaya akan digunakan untuk tujuan pertaruhan.

Kumpulan Berjaya pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ulasan GB

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Malah kita menjelaskan pesanan ulamak-ulamak bahawa murtadlah mereka yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Justeru, melesenkan perbuatan judi seumpama menghalalkannya dan dengan itu tidak syak lagi murtadlah UMNO dari agamanya.

Mana mufti yang bernama Harussani Zakaria, Mohd Noh Gadot dan lain-lain serta sekalian ulamak UMNO bernama Nakhaei, Mohd Jamil Khir Baharom dan seangkatannya? kenapa berdiam diri? Ada komisyen?

Perhimpunan 13 Mei 2010: Tindakan Terdesak Umno Tarik Undi Melayu

Oleh Norasikin Samsi & Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 12 Mei - Kerajaan Umno-Barisan Nasional terbukti begitu terdesak untuk meraih kembali sokongan rakyat khususnya kaum Melayu sehingga sanggup menggunakan sentimen perkauman sempit sebagai senjata terakhir untuk memenuhi kepentingan politik mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengulas demikian ekoran laporan Utusan Malaysia Isnin lalu berhubung cadangan kira-kira 10,000 orang termasuk ahli 45 pertubuhan bukan kerajaan pro-Melayu menyertai program 'Melayu Bangkit' anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu di Stadium Tertutup GongBadak 13 Mei ini.

Menurut Salahuddin, Pakatan Rakyat membantah penganjuran program berkenaan kerana ia bakal mengancam keselamatan dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di mana pemilihan tarikh tersebut merupakan perkara yang dirancang untuk mengembalikan sejarah tragedi rusuhan antara kaum pada 1969.

Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris dilaporkan sebagai berkata, tarikh 13 Mei dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku empat dekad lalu.

"Ini satu kenyataan yang serius yang menyebut secara nyata dan terang memilih tarikh tersebut sebagai satu tarikh untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

"Ia merupakan suatu perkara yang tidak sihat, tidak perlu dan tidak wajar untuk diwujudkan dan diadakan di persada tanah air kita setelah merdeka lebih 50 tahun.

"Dan di saat Perdana Menteri bercakap tentang 1Malaysia yang menggunakan khidmat Apco membayar RM77 juta namun masih lagi nak membangkitkan satu peristiwa atau program yang sangat berunsurkan perkauman yang tidak sepatutnya wujud lagi," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

Salahuddin juga menegaskan Pakatan Rakyat khususnya PAS menolak perbuatan segerombolan pihak tidak bertanggungjawab ini kerana perkara tersebut adalah bertentangan dengan perjuangan untuk membela semua kaum.

"PAS memandang kenyataan ini sebagai amat tidak bertamadun yang bertentangan dengan semangat yang kita bina dalam negara apatah lagi atas nama Pakatan Rakyat, kita mahu satu Malaysia yang lebih baik, adil dan saksama kepada semua kaum, semua agama tetapi tiba-tiba masih ada lagi kumpulan yang pada hari ini ingin menggunakan peristiwa berdarah 13 Mei itu untuk membangkitkan tragedi yang tidak sepatutnya diingini rakyat.

"Bukan sekadar orang Melayu, Cina mahupun India malah semua manusia yang bertamadun tidak akan membenarkan lagi peristiwa ini berlaku lagi dalam negara ini," katanya lagi.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat bangkit dan menyedari tentang kewujudan kumpulan yang menyumbang tercetusnya kepada kacau-bilau dalam negara.

"Mereka perlu untuk diberitahu bahawa inilah kumpulan yang sangat berbahaya dan sangat perlu dijauhi oleh rakyat Malaysia pada hari ini.

"Kalau setakat nak bincang tentang DEB (Dasar Ekonomi Baru), nak bincang tentang masa depan orang Melayu tidak menjadi satu kesalahan tetapi bukan forumnya kita mewujudkan satu program dengan niat begitu jelas yang dibangkitkan oleh pengerusinya memilih 13 Mei itu dan menyebut tarikh itu untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

Beliau juga bimbang IIIM Terengganu dipergunakan untuk politik sempit Umno-BN.

"Saya sangat aktif dengan IIM dan banyak perkara yang dibangkitkan dalam IIM. Tapi IIM Terengganu dilibatkan dalam program yang sangat sempit dan ekstrim ini.

"Jadi saya minta Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap IIM Terengganu yang boleh dipergunakan oleh puak-puak yang ekstrim ini kerana saya yakin di belakang program ini adalah Umno."

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula bertegas supaya program itu dibatalkan.

Menurutnya, pengajuran program berkenaan jelas melibatkan Unit Perancang Ekonomi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

Beliau juga mempersoalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan menghadiri program itu.

"Saya nak tanya Mahathir, adakah dia nak hidupkan kembali semangat perkauman ini? Dia sebagai negarawan, nak hadir ke program sebegini. Ini yang amat dikesalkan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa ketika dihubungi berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan untuk membangkitkan sentimen perkauman di kalangan melayu yang berupa mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

"Gertak jelas didalangi Umno kerana pimpinannya merupakan pemimpin Umno. Jadi sebab itu mereka menganjurkan program bagi membakar sentimen perkauman di kalangan orang Melayu.

"Ini menunjukkan Umno sudah semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dalam keadaan di mana orang Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada mereka.

Katanya, perkara itu juga menunjukkan gagasan 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal apabila Umno secara berterusan memainkan isu-isu perkauman demi kepentingan politik sempit mereka.

"Ini juga menunjukkan gagasan 1Malaysia telah gagal mewujudkan keharmonian kaum dan hanya digunakan sebagai sandiwara demi menjaga kepentingan politik Umno. Umno menjadi dalang dan bayang-bayang dalam penganjuran perhimpunan ini dengan meletakkan Gertak di hadapan. Kita mahu Umno dan NGO terbabit untuk hentikan perhimpunan itu kerana ia mampu mencetuskan keadaan huru hara dan menganggu gugat keharmonian kaum di negara kita," ujarnya.

Tuduhan Liwat II: Mahkamah tolak permohonan Karpal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Berikutan keputusan itu, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berkata pihak pendakwa mempunyai kuasa untuk menentukan mana-mana seksyen di bawah Kanun Keseksaan untuk mendakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak,” katanya.

Hakim kemudiannya mengarahkan perbicaran disambung.

Karpal tidak berpuas hati dan kemudiannya memohon supaya prosiding ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

“Kita mempunyai masa dari sekarang hingga akhir bulan untuk memujuk Mahkamah Rayuan memberikan tarikh awal.,” katanya.

Bagaiamanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan berkata perbicaraan perlu diteruskan dan rayuan boleh dikemukakan selepas mahkamah selesai bersidang.

Pertikaman lidah berlaku dan Karpal mendakwa Mohd Yusof sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Ini kerana beliau datang dengan persediaan berkenaan.

Mahkamah kemudian berehat seketika bagi membolehkan hakim memutuskan sama ada membenarkan permohonan menghina mahkamah dikenakan ke atas peguambela utama, Karpal Singh.


Malaysiakini

Negara Islam: SUPP-BN Ketandusan Idea

Oleh Faizal Ezzany

SIBU 12 Mei - Isu negara Islam yang dimainkan oleh SUPP-Barisan Nasional dalam kempen mereka pada pilihan raya kecil Sibu dilihat sebagai ketandusan idea dan terdesak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjelaskan isu negara Islam telah lama tidak digunakan di Semenanjung.

"Isu negara Islam sepatutnya telah tiada kerana diperingkat pusat sudah lama tidak digunakan. Pada tahun 1990 Umno dan MCA pernah menggunakan isu tersebut tetapi masyarakat cina telah menolak.

"Saya melihat tindakan menggunakan isu ini selepas sebelas tahun seolah-olah mereka telah kehabisan idea dan berada keadaan terdesak. Kita dari Pakatan Rakyat tidak jadikan itu sebagai perkara yang besar.

"Cuma kami terima hakikat kalau mereka memainkan isu ini, ia merupakan pembohongan yang besar dan kami tidak mahu pengundi di sini membuat keputusan atas pembohongan dan ketakutan jadi pilihan yang mereka buat itu tidak tepat," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Beliau juga menjelaskan perbincangan yang telah dilakukan antara parti dalam Pakatan Rakyat adalah menjadikan negara ini sebagai negara profesional dengan pentadbiran yang efisyen, telus dan adil.

"Menggunakan isu negara Islam sebenarnya telah lari dari tujuan utama dan itu bukannya yang kita bincangkan hari ini, isu yang kita bincang adalah kezaliman Umno-BN dan perkara ini yang kita ketengahkan agar rakyat tahu apa yang telah mereka lakukan. Mereka sebenarnya hendak tenggelam isu kezaliman mereka dari diketahui rakyat Sabah, jadi isu itulah yang mereka gunakan.

"Jadi kalau dikiranya isu ini tidak lagi dimainkan di Semenanjung maka ia tidak perlu dimainkan di sini. Saya ingin beritahu rakyat di Sibu mereka tidak perlu risau dengan isu negara Islam, kerana kamu tahu apa yang kami lakukan dalam Pakatan Rakyat," ujar Nizar.

Nizar juga tidak menafikan sokongan rakyat akan berkurangan jika BN sentiasa menggunakan isu tersebut tapi Pakatan Rakyat akan terus memberi penerangan bagi menangkis fitnah tersebut.

"Kalau SUPP terus memainkan isu ini dan media terus menipu maka ia sedikit sebanyak akan menjejaskan keyakinan rakyat. Saya harap pengundi di sini berfikiran terbuka dan tidak cepat terpengaruh, mereka perlu melihat apa yang berlaku di Semenanjung.

"Pada tahun 1999 mereka telah memainkan isu tersebut tetapi mereka mendapat sedikit keuntungan, begitu juga dengan keputusan di Hulu Selangor dan Bukit Gantang yang menunjukkan kaum Cina tidak takut dengan isu tesebut dan kita dapat buktikan kaum Cina menolak isu yang mereka mainkan," jelasnya lagi.

Banyak contoh yang masyarakat Cina perlu telitikan seperti pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang mana kaum Cina berada dalam keadaan aman sepanjang 20 tahin pemerintahan PAS.

"Masyarakat Cina di sini perlu melihat pemerintahan PAS di Kelantan, lihat macam mana Nik Aziz mentadbir negeri tersebut. Beliau tidak mempamirkan perkara yang dikhuairi oleh kaum Cina. Konsep negara Islam telah disalah ertikan oleh Umno-BN menyebabkan kaum Cina takut dengannya.

"Walaupun isu ini memberi sedikti kelemahan tetapi kita masih ada masa untuk memberi penerangan yang jelas, melalui program yang kita lakukan walaupun isu ini sentiasa dimainkan oleh akhbar dan juga ceramah mereka, kita masih boleh menangkis dan tenggelamkan isu tersebut. Saya harap penerangan yang kita berikan ini mengembalikan keyakinan pengundi di Sibu," kata Nizar lagi.

Selasa, 11 Mei 2010

Oppsn leader Anwar's accuser says he met Malaysian PM days before making sodomy allegation



KUALA LUMPUR, Malaysia - The young man who claims opposition leader Anwar Ibrahim sodomized him acknowledged in court Monday that he had met with Malaysia's prime minister four days before making a police complaint against Anwar.

The defence hopes that Saiful Bukhari Azlan's testimony under cross-examination will bolster its contention that the sodomy trial against Anwar is a political conspiracy masterminded by Prime Minister Najib Razak and his wife.

Saiful's admission that he met with Najib proves "the issue of conspiracy by Najib and higher-ups in the government," Anwar told reporters after the hearing.

Sodomy, even between consenting adults, is a crime in this Muslim-majority nation. If convicted, Anwar faces 20 years in prison that could end the career of the veteran politician who has aspirations to become the prime minister.

The trial, which resumed Monday after a three-month break, has attracted international attention. Amnesty International has called it a sham.

"When a country like Malaysia uses this (sodomy accusation) against the leader of its political opposition, it smacks of political persecution as well," said Lance Lattig, an Amnesty researcher.

Saiful, 24, claims he was sodomized several times by Anwar in 2008 but did not go to police. Instead, he discussed it with Najib, who was then the deputy prime minister, on June 24, 2008.

"I went to him (Najib) to complain about my problem, my dilemma," Saiful testified.

He claims he was sodomized again by Anwar on June 26, 2008 and that he made a police complaint on June 28.

Anwar, a 62-year-old married father of six children, is on trial for the alleged incident on June 26 only.

Najib acknowledges meeting Saiful at his home but says he offered no advice. Saiful knew one of his officers, who arranged the meeting. Saiful came as an "ordinary citizen who wanted to tell me something," Najib told reporters in 2008.

Anwar challenged Najib to appear in court to explain the details of the meeting. Few details of the meeting are known, and questions remains as to how a common citizen like Saiful managed to meet a powerful politican like Najib at his home.

"It will be a futile trial if he chooses to use his influence ... not to appear in court with (wife) Rosmah," Anwar said. He added his lawyers will also show that Rosmah had met Saiful previously, a claim that the first lady and Saiful have denied.

It is the second time that Anwar has been accused of sodomy. In 1998, he lost his post as deputy prime minister and spent six years in jail for sodomy and abuse of power. He was freed in 2004 when a court overturned the sodomy conviction. Two years ago, Anwar led a three-party opposition alliance to major gains in elections.

Najib denies Anwar's claim that he is a victim of a government conspiracy to undermine the opposition alliance, which hopes to win power in national elections scheduled to be held by 2013.

Anwar's lawyers point to some contradictions in Saiful's testimony. One medical report says Saiful initially told a doctor a plastic object had been inserted in his anus.

On Monday, Saiful said the doctor was lying and had fabricated the report.

~www.metronews.ca


Akhbar South China Morning Post: Saiful jumpa Najib SEBELUM diliwat!

dewa

Sedang penulis duduk minum air teh panas di Shenzhen, penulis terkejut
melihat seraut wajah yang cukup dikenali di akhbar di depan meja. Penulis pun membeli dan membaca akhbar South China Morning Post itu. Akhbar asing mempertikai kenyataan Saiful yang berulangkali menegaskan bahawa beliau berjumpa dengan Najib SEBELUM 'diliwat' Anwar pada 26 Jun 2008, iaitu 2 hari sebelum kejadian kes liwat berlaku. PELIK. Hari itu Najib c4 kata dia jumpa Saiful selepas bontot Saiful ditebuk Anwar malah kata Najib : 'Saya pegang tangan dia yang sejuk Siapa yang kaki temberang? Artikel disertakan:

1. South China Morning Post (Hong Kong dan selatan China)

Akhbar ini menceritakan betapa pelik dan bercanggahnya kenyataan Saiful yang mendakwa bontotnya diminyakkan dan diliwat. Katanya dia berjumpa Najib 2 hari sebelum diliwat semula oleh Anwar pada 26 Jun 2008.

Pendek kata, Saiful menceritakan bahawa dirinya berjumpa dengan Najib pada 24 Jun 2008 sesudah letih asyik diliwat oleh Anwar. Saiful menafikan kenyataan Najib kononnnya Najib hanya berjumpa Saiful selepas Saiful diliwat pada 26 Jun 2008.

Menurut Saiful, Saiful diliwat pada 26 Jun 2008 dan kenyataan Najib bahawa Najib berjumpa Saiful pada 27 atau 28 Jun (selepas diliwat) adalah tidak benar.

Pendek kata, Saiful kata dia diliwat semula oleh Anwar selepas BERJUMPA DENGAN NAJIB. Akhbar-akhbar luar negara yang tidak dibaca oleh penyokong UMNO Hulu Selangor pun menempelak kenyataan ini kerana berbau konspirasi memandangkan Saiful mengakui berjumpa Najib SEBELUM DILIWAT. Gambar mesra Saiful dan kepimpinan UMNO yang berdozen-dozen menguatkan lagi kepercayaan masyarakat antarabangsa akan konspirasi taraf tadika ini.

Anwar's accuser says he met Najib '2 days before sodomy'

May 11, 2010

The young man accusing Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy has admitted he met the nation's future prime minister two days before one of the alleged offences took place, fuelling the defence contention that the case is a frame-up resulting from a conspiracy....

2. Berita BBC News

Berita BBC pun menceritakan kezaliman perbicaraaan kes Anwar di mana bahan bukti mudah seperti rakaman CCTV pun enggan diserahkan oleh pendakwa untuk menghalang Anwar dari membela diri.

Anwar's sodomy trial resumes in Malaysia

The BBC's Jennifer Pak, at the courtroom, said the defence had asked again for a list of the witnesses who would be called to support the government case.

But the judge again refused to allow the list to be shared, saying this was in line with an earlier federal court decision.

It is one of the issues that has led Mr Anwar's legal team to accuse the judge of bias.

Another issue has been an alleged meeting between Mr Anwar's accuser, Saiful Bukhari Azlan, and Prime Minister Najib Razak.

In court on Monday, Mr Saiful testified to having met Mr Najib days before he made his allegations, saying he did so to discuss his dilemma

Mr Najib has previously acknowledged meeting Mr Saiful, but has denied any involvement in the case.

Mr Anwar said the meeting was proof of "the issue of conspiracy by Najib and higher-ups in the government" and that the prime minister should be called as a witness.

It will be a futile trial if he uses his influence in court not to appear personally, he told reporters outside the court.

Judge denial

Mr Anwar's lawyer, Sankara Nair, said that the prosecution's refusal to release information such as its witness list, video footage and key documents on forensic and DNA evidence would make it very hard for his client to clear his name.

Another lawyer, Karpal Singh, said he had never before been denied access to a witness list.

You always supply the list. In fact, the court is supplied the list together with the defence. What is there to hide?" he said.

Manicka Ada Hati Nak Jadi MB Selangor?

Khalid temu MP Kapar esok berhubung dakwaan rasuah

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam esok berhubung dakwaannya tentang kegiatan rasuah melibatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Setiausaha politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam satu kenyataan berkata mesyuarat itu membolehkan Manikavasagam secara formal menyampaikan kepada Khalid dakwaannya mengenai penyelewengan di kalangan pegawai kanan KSSB dan seterusnya merangka tindakan bagi menentukan syarikat itu bebas dari amalan rasuah.

KSSB, syarikat yang terlibat dalam industri pasir dan mineral adalah milik penuh Menteri Besar Incorporated (MBI).

“Kerajaan negeri memandang serius dakwaan Manikavasagam itu dan akan mempertimbangkan segala cadangannya bagi menangani hal itu,” kata Nik Nazmi, dan menambah hasil pertemuan akan diumumkan selepas mesyuarat exco negeri esok.

Manikavasagam sebelum ini mencadangkan agar kerajaan negeri membentuk sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaannya.

Semalam, dua pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang ke pejabat Manikavasagam bagi mengambil kenyataan beliau mengenai kegiatan rasuah itu.

Manikavasagam bagaimanapun tidak menyerahkan sebarang dokumen kepada pegawai itu, atas alasan beliau tidak yakin SPRM mampu menjalankan siasatan dengan berkesan. — Bernama


Manikavasagam: Kewibawaan SPRM dipertikai

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam berkata, beliau tidak mahu membuat laporan mengenai rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak percaya dengan kewibawaan Suruhanjaya itu.

"Sudah banyak laporan saya buat terhadap SPRM tetapi sebaliknya saya sebagai pengadu yang disoalsiasat," katanya kepada Free Malaysia Today hari ini.

"Sebab itu saya tidak percaya kepada SPRM kerana tidak menyiasat orang yang saya buat laporan tetapi sebaliknya mereka menyiasat saya. Contohnya dalam kes tanah di Kampung Perpat, Kapar, saya membuat aduan tetapi saya yang disiasat," katanya.

Ahli majlis pimpinan tinggi PKR itu berkata demikian ketika ditanya mengapa beliau tidak mahu membuat laporan SPRM berhubung dakwaannya pegawai syarikat tersebut mengamalkan rasuah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu Manikavasagam membuat laporan SPRM mengenai dakwaannya dalam Kumpulan Semesta tersebut.

Manikavasagam sebelum ini dilaporkan mendakwa bahawa pegawai atasan KSSB mengamalkan terlalu banyak rasuah dan perkara itu perlu dibersihkan segera oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau juga dilaporkan memberi masa 72 jam bermula semalam kepada Khalid untuk mengambil tindakan segera terhadap pegawai yang dimaksudkannya itu sebelum beliau mendedahkan nama pegawai yang terlibat.

KSSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu di Selangor.

Semalam, sekumpulan pegawai SPRM dari ibu pejabat Putrajaya datang menemui ahli parlimen PKR Kapar di pejabatnya untuk mendapatkan dokumen mengenai syarikat tersebut.

Bagaimanapun, Manikavasagam tidak memberikan dokumen yang diminta oleh pegawai terbabit. -FMT


Ulasan GB

Lain macam pula perangai Ahli Parlimen Kapar ni sekalipun beliau sebenarnya tidak mempunyai sebarang track record yang tidak bagus terhadap Pakatan Rakyat.

Kemungkinan apa yang dilakukan ialah hasratnya untuk melihat sebuah kerajaan PR yang telus dan berwibawa di Selangor. Maka itu beliau menggunakan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyokong tindakannya.

Apa-apa pun, Manicka ialah seorang "wistle-blower" di dalam PR. Tetapi Manicka sepatutnya telah bertemu dengan MB Selangor terlebih dahulu daripada membuat kenyataan terbuka seperti yang dilakukannya sekarang.

Atau beliau memang tak suka Tan Sri Khalid sebagai MB, atau Manicka sendiri ada hati nak jadi MB Selangor?

Manicka, do you know what does teamwork mean?

Fauzi Muda: Ketua PKR Umum Keluar Parti

IPOH, 11 Mei — Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat Fauzi Muda, 51, hari ini mengumumkan keluar parti dan mendakwa cabang berkenaan juga bakal dibubarkan apabila lebih dua pertiga ahli jawatankuasa (AJK) akan turut mengikut jejaknya.

“Hanya akan tinggal kira-kira 10 orang AJK daripada 28 yang ada sekarang kerana mereka juga akan turut mengumumkan keputusan serupa dalam masa terdekat bersama pimpinan Wanita dan kira-kira 500 ahli,” katanya pada sidang akhbar di pejabat PKR Ipoh Barat di Bercham di sini hari ini.





Fauzi berkata antara sebab beliau membuat keputusan berkenaan adalah kerana kepimpinan PKR Perak mengamalkan sikap berpuak-puak, berkomplot, tidak menerima kritikan serta membawa budaya perpecahan.

Beliau yang mendakwa masih menghormati kepimpinan kebangsaan PKR berkata punca utama yang menyebabkan beliau membuat keputusan meninggalkan parti ialah apabila menerima surat pada 4 Mei yang menggantung statusnya sebagai perwakilan pada kongres parti akhir bulan ini.

Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik lain, Fauzi berkata beliau tidak bercadang menyertai parti lain tetapi akan bergerak cergas dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sedang dalam proses penubuhan.

“Saya akan bergerak dalam Pertubuhan Kebajikan Tindakan Suara Rakyat Perak...saya akan jumpa masyarakat jelaskan mengenai PKR sebenarnya,” katanya. Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri, yang mengisytihar keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada Mac lepas.

Fauzi berkata kehadiran Mohsin adalah sebagai rakan yang turut mengalami nasib yang sama dengannya iaitu menjadi mangsa kepada komplot pemimpin PKR Perak. — Bernama

PRK Sibu : Isu 'Allah' tak dibenarkan, tapi untuk BN Isu Negara Islam boleh...!!!

Semua parti politik diarahkan supaya menghentikan penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu pada Ahad ini.


Arahan itu dikeluarkan oleh pihak polis Sarawak menerusi OCCI SAC II Huzir Mohamed yang berkata ia isu yang sensitif.

Beliau memberi amaran, mereka yang mengengkari arahan itu boleh ditahan atas tuduhan menghasut atau juga didakwa menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Saya nasihatkan semua parti untuk menghentikan isu itu serta merta. Jangan timbulkan sebarang masalah,” katanya pada sidang media hariannya di Sibu, hari ini.

Kedua-dua parti - BN dan DAP yang terbabit pada pilihan raya ini mengheret isu agama dalam kempen masing-masing.

DAP menimbulkan isu penggunaan kalimah 'Allah' di kalangan bukan Islam, khususnya di kalangan penganut Kristian manakala BN yang diwakili oleh SUPP membidas pembangkang berhubung debat menubuhkan negara Islam.

Isu agama itu dijaja oleh semua pihak yang bertanding bagi memancing undi masyarakat Kristian yang di kerusi parlimen Sibu.

Tidak kurang 53 peratus pengundi Sibu termasuk di kalngan pribumi dan Cina adalah penganut Kristian.

Felda tiada kuasa dibawah Akta GSA




Bagaimana dengan isu pemberian hak milik tanah kepada para peneroka.

WAN RAHIMI WAN DAUD: Saya melihat isu pemberian tanah amat penting. Jika kita kaji Akta GSA, hubungan pemilikan tanah adalah kuasa mutlak Kerajaan Negeri. Ia tiada kaitan dengan Felda. Maknanya Kerajaan Negeri boleh berikan hakmilik kepada peneroka, walau pun masih terdapat hutang kepada Felda. Hubungan peneroka dengan Felda berkenaan hutang, adalah hubungan kontrak. Hubungan peneroka dengan Kerajaan Negeri adalah berkenaan milikan tanah. Ia adalah 2 hubungan yang berbeza dan tidak berkaitan.

Saya katakan adalah amat perlu untuk Kerajaan Negeri memberikan hak milik kepada semua peneroka yang layak, serta-merta. Ini kerana apabila peneroka telah menerima hak milik, maka Akta GSA tidak lagi terpakai ke atas peneroka. Tiada siapa lagi yang boleh mengugut untuk menghalau peneroka dari kawasan rancangan. Bahkan, kalau Akta GSA sudah tidak lagi terpakai ke atas peneroka, perjanjian antara peneroka dan Felda juga akan berakhir.

Dengan itu, Felda tidak berhak lagi mewajibkan peneroka menjual buah sawit mereka ke kilang Felda. Hakikatnya, Perjanjian Peneroka dan Felda, serta Akta GSA hanya berkenaan dengan proses penyertaan peneroka seawal memasuki rancangan sehingga Hakmilik diberikan. Mereka ini dikategorikan sebagai "pendudukan dalam jangkaan hakmilik (in expectation of title)".

Di bawah Akta GSA ini, apa kuasa Felda?

Sebenarnya, dibawah Akta GSA, Felda tidak mempunyai apa-apa kuasa pun. Semua kuasa di bawah Akta tersebut adalah pada Kerajaan Negeri. Bahkan untuk Felda melantik Pengurus Rancangan dan menggubal undang-undang kecil yang mengikat peneroka, maka ia perlu merujuk dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri – Land Collector – Pentadbir Tanah.

Oleh itu, jika peneroka tertindas, kita tidak boleh menyalahkan Felda sepenuhnya, tetapi kita perlu mempersoalkan Kerajaan Negeri yang memerintah, kenapa Kerajaan Negeri berpeluk tubuh dan enggan menggunakan kuasanya dibawah Akta GSA untuk campurtangan dan membela peneroka?

Tapi ramai peneroka yang diusir sewenang-wenangnya dari tanah rancangan oleh Felda atas pelbagai alasan.

Hakikatnya, Felda tidak mempunyai kuasa mengusir peneroka. Perbuatan Felda mengusir peneroka, adalah salah dan tidak sah serta bercanggah dengan Akta GSA, yang memperuntukkan bahawa kuasa mengusir HANYA terletak pada Land Collector – Pentadbir Tanah. Itu pun jika peneroka melanggar peruntukan Akta GSA sahaja. Sebab itulah pentingnya peneroka dikurniakan Hakmilik kerana selepas Hakmilik dikeluarkan, tiada siapa lagi boleh mengusir peneroka termasuk Kerajaan Negeri sendiri.

Amat malang sekali di negara kita, semua Kerajaan Negeri seolah-olah tidak mempedulikan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta GSA untuk membela peneroka. Semuanya dilepaskan ke bahu Felda. Kerajaan Negeri boleh berbuat sesuatu berkenaan dengan greding sawit, undang-undang tanam semula dan lain-lain berkenaan tanah Rancangan.

Isu generasi, bagaimana mereka (waris) boleh mendapatkan hak mereka daripada kedua ibu bapa mereka (peneroka asal)?

Saya rasa isunya di sini, ialah terdapatnya sekatan dalam Akta GSA untuk turun milik tanah selepas kematian peneroka asal. Tidak semua anak dibenarkan untuk didaftarkan sebagai pemilik atas tanah tersebut. Isu ini tidak ada jalan lain, pergi ke Parlimen dan pinda Akta GSA, itu sahaja. Jadi terpulanglah kepada semua pemimpin politik untuk menangani masalah ini.

Felda dulu tolong, kini along... daripada pengalaman pihak saudara mengendalikan kes, apakah persepsi ini benar?

Kalau kita baca Handsard Parlimen - ucapan pembentangan Akta GSA oleh Tun Razak pada 27 April 1960, 50 tahun dulu, kita akan lihat dengan jelas amanah Tun Razak untuk "beri tanah kepada yang tidak bertanah", membantu masyarakat luar bandar, dan mengayakan rakyat yang miskin. Nampaknya amanah Tun Razak telah dikuburkan oleh semua pembesar dan pemimpin Felda sekarang, termasuk oleh anak kesayangan Tun Razak sendiri!

Presiden PAS Ke Mahkamah, Sokong Anwar

KL, 11 Mei, 10: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat.

Beliau dilihat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Namun mereka tidak berada lama di mahkamah kerana ia ditangguhkan sejurus selepas itu.

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim.

Ustaz Hadi kemudiannya menaiki kenderaan dan menuju rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumahnya dekat Ampang. Lutfi baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lalu dan kini sedang bercuti rehat.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara.

Sementara itu, perbicaraan pagi ini melibatkan penghujahan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.

Karpal pagi ini mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan berbohong mengenai kenyataannya bahawa dia diliwat tanpa kerelaannya.

Karpal juga berkata cara rekaan kes ini cacat kerana menurut beliau, Anwar sepatutnya didakwa mengikut seksyen 377c iaitu mengadakan hubungan seks luar tabii secara paksa ke atas Saiful bukannya seksyen 337b iaitu melakukan hubungan seks luar tabii secara rela.

Ini berikutan dari keterangan Saiful dalam perbicaraan ini, dia dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii itu.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Mahkamah ditangguhkan jam 9 pagi esok

PRK SIBU: BN MENANG KERANA DUIT?


Hulu Selangor RM400 juta? Sibu RM1 billion? Kerdau mungkin RM1 juta, KENAPA?

Apa kata TPM Muhyiddin di Sibu hari ini 10 Mei 2010 – Keseluruhan program tebatan banjir di Sibu mungkin menelan kos lebih RM1 bilion apabila dilaksanakan sepenuhnya. Beliau berkata, berikutan jumlah kos yang tinggi itu, ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan mungkin dilanjutkan sehingga melampaui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu RMK-11.

Apa janji TPM Muhyiddin hari ini 10 Mei 2010, “Tetapi saya mahu berikan jaminan bahawa kerajaan BN sedar mengenai masalah bencana alam ini dan telah menyediakan peruntukan lebih RM300 juta bagi pelaksanaan fasa pertama (program tebatan banjir) dan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

Kenapa TPM Muhyiddin tabur RM1 billion di Sibu pada hari ini?

1. Membuktikan kegagalan Ahli Parlimen BN selama memerintah Sibu selama 50 tahun . Sudah 5 dekad tapi masalah banjir tidak di atasi dan khabarnya masalah ini dipandang remeh oleh MP BN sebelum ini.

2. Untuk mengumpan serta menarik undi pengundi kaum Cina di Parlimen Sibu yang dikatakan lebih 70% memihak kepada DAP dan PR.

3. Untuk meneruskan agenda pembohongan beliau kepada seluruh rakyat Malaysia. Janji di Bagan Pinang masih tidak ditunaikan? Janji di Manek Urai hanya mimpi? Janji di Hulu Selangor apa dah jadi?

4. Untuk menguji pengundi si Sibu sama ada mereka cerdik atau bodoh. Jika cerdik seperti pengundi di Hulu Selangor, undi PR maka SRJK(C) Hulu Selangor dapat RM3 juta, maka pengundi di Sibu juga cerdik, undilah calon DAP maka anda akan tetap dapat RM1 billion.

Kesimpulannya, TPM meneruskan agenda taburan duit kerana janji projek dengan nilaian duit bukanlah rasuah mengikut apa yang dikatakan oleh SPR yang dilantik kerajaan 1Malaysia. Jika di Hulu Selangor anggaran taburan sebanyak RM400 juta, di Sibu RM1 billion lebih, tetapi percayalah di DUN Kerdau jika ditakdirkan diadakan pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini maka percayalah tidak sampai RM1 juta akan ditaburkan sebab di sana majoriti Melayu sehingga mencecah 89% yang dipenuhi melayu Felda. Paling kuat pun yang datang hanyalah agensi kerajaan seperti Felda, JAKIM, MARA, RISDA yang akan menabur projek.

Jika mentaliti melayu masih ditakuk lama maka sedikitlah habuannya. Tetapi jika sudah ada kesedaran untuk menjadi Melayu yang cerdik maka undilah calon PR kerana pasti TPM Muhyiddin akan membawa berguni-guni duit 1Malaysia ke sana kelak. Maka yang cerdik dan untung kaum Cina dan yang rugi ialah kaum Melayu. Inilah propaganda UMNO untuk mengemis undi kaum Cina ibarat kata pepatah “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Putera Melaka.

Arman Azha Abu Hanifah: Pemimpin Perkasa Sentiasa Berfikiran Bodoh dan Bebal

from Kerabu Bersuara


Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Perkasa menempelak kenyataan Dewan Pemuda PAS yang mendesak Perkeso, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan 5.5 juta pencarum, agar menarik balik pelaburannya dalam syarikat minuman keras Carlsberg.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata sepatutnya Dewan Pemuda PAS mendesak kerajaan Selangor menutup kilang arak tersebut bukannya menyalahkan kerajaan pusat.

“Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Perkeso menarik balik pelaburan dengan syarikat Carlsberg tetapi mereka kena faham kilang arak itu ada di mana kalau bukan di Selangor.

“Jadi saya cadangkan kepada Dewan Pemuda PAS supaya desar kerajaan Selangor yang kini diperintah Pakatan Rakyat (PR) supaya menutup kilang arak tersebut.

“Penyelesaiannya mudah sahaja, tutup kilang arak jadi tidak adalah pelaburan dengan dengan syarikat tersebut,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi yang mendesak Perkeso, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, supaya menarik balik pelaburannya dalam syarikat minuman keras Carlsberg selaras dengan pematuhan prinsip syariah.

Sayap pemuda PAS itu mahu Perkeso membuat keputusan segera dengan membatalkan pelaburannya memandangkan 90 peratus kakitangannya dan sebahagian besar pencarum merupakan penganut agama Islam.

Arman Azha berkata PAS mengatakan bahawa mahu memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi pada masa sama membenarkan kilang arak beroperasi dalam negeri pimpinan mereka.

“Dulu masa Barisan Nasional (BN) memerintah, PAS yang diketuai Datuk Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) kata, kalau jadi kerajaan perkara pertama yang akan dibuat adalah tutup kilang arak.

“Tapi kini selepas dua tahun PR memerintah mereka bukan sahaja tidak menutup kilang arak tetapi pada masa sama memperbaharui lesen perniagaan syarikat tersebut.

“Selain itu, tindakan kerajaan PR memperbaharui lesen perniagaan syarikat arat tersebut jelas menunjukkan PAS setuju akan kewujudan syarikat tersebut di Selangor.

“Ini juga membuktikan bahawa mereka (PAS) hanya tahu mendesak tetapi tidak berani melakukannya,” katanya.

Apabila ditanya mengenai soal halal dan haram, Arman Azha memberitahu, perkara tersebut jangan merujuk kepada Perkeso tetapi kerajaan Selangor.

“Dewan Pemuda PAS kata hasil keuntungan saham tersebut diberikan kepada kakitangan Perkeso sebagai gaji dan tidak tahu sama ada wang tersebut halal ataupun tidak.

“Saya nak tanya balik kepada PAS adalah kilang arak di Selangor itu halal ataupun haram?

“Jadi saya minta Dewan Pemuda PAS supaya lihat dulu perkara ini jangan mahu komen sahaja bak kata pepatah 'kuman sebarang laut nampak tapi gajah depan mata tidak nampak.

“Kalau betul PAS mengambil berat akan perkara mereka patut tutup kilang arak tersebut,” katanya.

Karpal: Saiful penipu dakwa diliwat tanpa rela

Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar kenyataannya sebagai saksi.

Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis.

"Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain.

"Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan bahawa dia diliwat tanpa kerelaan.

Ditanya oleh peguam, Karpal Singh sama ada dia membuat kenyataan itu di luar mahkamah, saksi itu berkata dia tidak ingat.

Awal pagi tadi, keadaan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kecoh apabila beberapa pemyokong Anwar cuba meloloskan diri untuk memasuki dewan perbicaraan walaupun tidak mempunyai pas masuk

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi.Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang ini yang telah berjaya menyatukan pembangkang untuk menafikan BN penguasaan dua pertiga BN di parlimen selepas pilihan raya umum 2008.

Anwar telah disabitkan dengan kesalahan liwat pada 2000, di samping hukuman atas kesalahan salahguna kuasa sebelumnya - selepas beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998.

Sabitan bagi tuduhan liwat itu dikecam secara meluas kerana didakwa tidak adil dan ia kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berikutan itu, Anwar layak bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi terburuk BN, termasuk hilang kuasa di lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dengan tambahan kerusi.

Kes Bunuh Aminul-rasyid: Seorang Koperal Dikambinghitamkan

Pakatan rakyat hari ini mempertikai mengapa tiga lagi anggota polis yang terlibat dalam kes Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu, tidak diheret ke mahkamah.

Lantaran itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoal kegagalan pejabat peguam negara mendakwa tiga anggota berkenaan dan bimbang kegagalan berbuat demikian mungkin sebagai cubaan bagi menutup keseluruhan peristiwa sebenar.

Hanya seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menyebabkan kematian Aminulrashid manakala tiga lagi rakannya yang dilapor berada dalam kereta peronda tidak didakwa.

Jenain dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Aminulrashid pada 26 April antara jam 1.10 pagi hingga 2.00 pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bercakap kepada TV Selangor, Khalid Samad bimbang situasi ini tidak memberi gambaran sebenar kerana semua aspek, dari siasatan hingga pendakwaan dijalankan polis semata-mata sedangkan orang yang kena tuduh adalah anggota polis.

"Yang mendakwa atau yang menyiasat adalah polis dan polis atas dasar siasatan mereka melaporkan bahawa seorang saja yang menembak. Semua bukti-bukti ada di pihak polis dan peguam negara bertindak atas dasar laporan itu, mungkin mereka pun terlibat juga merangka cas-cas dakwaan yang berhubung dengan kes ini," katanya.

Pendakwaan hanya seorang anggota polis ini menimbulkan keraguan kerana ia memberi gambaran tiga lagi rakan tertuduh langsung tidak ada peranan dalam kejadian tragis ini.

"Secara umumnya kita memang tidak puas hati berhubung ketelusan itu tidak ada. Kita difahamkan banyak kelongsong peluru telah dikutip dan kita tak tahu kelongsong peluru itu dari pistol yang satu yang sama. Semua laporan forensik semua ada di pihak polis semata-mata.

"Kita rasa tidak mungkin hanya seorang daripada empat yang terlibat mungkin ada yang lain tetapi atas sebab tertentu untuk hendak menutup jalan cerita yang sebenarnya mungkin hanya satu saja yang dikambing hitamkan,” katanya. -TVS

Pelantikan Tengku Faris Secara Rasmi Perlu untuk Kestabilan Kelantan

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Prof. Abdul Aziz Bari supaya pelantikan Pemangku Sultan Kelantan dilakukan secara rasmi supaya keamanan dan kestabilan negeri Cik Siti Wan Kembang itu terus dinikmati rakyat jelata.

Rakyat Kelantan juga pastinya sayangkan institusi kesultanan yang ada sekarang supaya mereka dapat bernaung di bawah "payung" baginda sultan.


[SH] SHAH ALAM – Majlis Perajaan Negeri (MPN) perlu mengambil inisiatif selesaikan krisis Istana Kelantan dengan mengumumkan pelantikan Pemangku Sultan secara rasmi memandangkan hampir setahun tiada perubahan di atas kesihatan Sultan, Tuanku Ismail Petra.

Pakar Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari berkata, Malaysia, yang mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan, memperuntukkan kuasa mutlak kepada perwakilan yang dilantik Undang-Undang Tubuh Negeri untuk membuat keputusan dalam hal kesultanan.

Menurutnya, di Kelantan pihak yang bertanggungjawab memastikan negeri mempunyai Sultan yang mentadbir hal-hal keagamaan adalah MPN dan sebarang keputusan yang dibuat majlis itu adalah mutlak serta tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.

“MPN perlu mengambil inisiatif untuk mengembalikan kestabilan Kelantan memandangkan keadaan kesihatan Sultan pada masa ini tidak mengizinkan.

“Ini bukan soal untuk mengetepikan Sultan kerana kesihatan baginda lebih penting dan rakyat berhak mendapat Pemangku. Biarlah baginda meneruskan rawatan dengan lebih sempurna tanpa perlu memikirkan tugas mentadbir negeri dengan menyerahkan tugas itu kepada anakanda baginda, Tengku Muhammad Faris,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Aziz berkata, sebagai ketua yang akan mentadbir negeri seseorang itu mestilah sihat tubuh badan dan waras. Justeru, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja tahun lalu, sepatutnya menamatkan krisis keluarga itu.:

Sementara itu, Pakar Sejarah dari Universiti Malaya, Prof Emer:itus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, setiap negeri mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri dan mempunyai badan yang berkuasa melantik Sultan dan Raja Muda sesebuah negeri tersebut.

Perlembagaan Negeri mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang mana jika didapati berlaku, Perlembagaan Persekutuan akan diutamakan.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan, menetapkan kedudukan raja dianggap paling penting dalam hal agama Islam, sebaliknya dalam hal-hal lain raja menjadi lambang sahaja.

“Sekiranya berlaku apa-apa musibah terhadap raja dalam negeri itu, badan yang dipertanggungjawabkan perlu membuat pelantikan baru bagi meneruskan tugas-tugas baginda,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi dari Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, secara umum MPN perlu bermesyuarat untuk membuat tindakan berhubung institusi Kesultanan Kelantan.

“Masalah yang berlarutan ini dikhuatiri memberikan kesan negatif kepada institusi Raja Berperlembagaan di negara ini, sekali gus menimbulkan kekeliruan rakyat mengenai kedudukan Sultan dan Pemangku Sultan,” katanya.

Isnin, 10 Mei 2010

Saiful Akui Ada Bertemu Najib Sebelum Membuat Laporan Polis

PM dituduh rancang dakwa Anwar liwat

Para peguambela ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berusaha untuk mengaitkan perdana menteri dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dengan tuduhan meliwat seorang bekas pembantu lelakinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengakui bertemu pembantu ketua umum PKR itu - Saiful Bukhari Azlan, selepas dia berkata diliwat oleh Anwar tetapi sebelum satu aduan polis dibuat pada Jun 2008.

Najib juga menafikan campurtangan dalam kes tersebut.

Saiful memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia bertemu Najib pada 24 Jun - dua hari sebelum kenyataannya bahawa Anwar telah meliwatnya - satu jenayah di negara Islam - dan empat hari sebelum dia berjumpa polis.

Saiful memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia telah menceritakan kepada Najib masalah yang dihadapinya.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apakah masalah yang dihadapinya ketika itu.

Saiful memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang ini yang telah berjaya menyatukan pembangkang untuk menafikan BN penguasaan dua pertiga BN di parlimen selepas pilihan raya umum 2008.

Anwar telah disabitkan dengan kesalahan liwat pada 2000, di samping hukuman atas kesalahan salahguna kuasa sebelumnya - selepas beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998.

Sabitan bagi tuduhan liwat itu dikecam secara meluas kerana didakwa tidak adil dan ianya kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berikutan itu, Anwar layak bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi terburuk BN, termasuk hilang kuasa di lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dengan tambahan kerusi.

Bagaimanapun, Perak jatuh kembali ke tangan BN selepas tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menyokong BN.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika Anwar berdepan dengan tuduhan liwat itu dan mengambil alih teraju pentadbiran negara pada April tahun lalu, dengan ikrar untuk meliberalisasikan ekonomi dan menangani ketegangan kaum antara kaum Melayu, Cina dan India.

"Perdana menteri terbabit. Terdapat konspirasi politik untuk menyingkirkan Anwar," kata peguam Karpal Singh di mahkamah hari ini.

Karpal juga mencabar dakwaan Saiful yang dia diliwat, dengan menegaskan bahawa ia tidak disokong oleh satu laporan perubatan.

Perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dijadual berterusan hingga Ogos depan. - Reuters/mk

Ulasan GB

Ternyata Najib berdusta yang mana sebelum ini Najib menafikan ada bertemu dengan Saiful. Kemudian Najib mengubah pengakuannya menyatakan beliau ada bertemu Saiful, tetapi kononnya untuk membincangkan hal biasiswa bagi Saiful. Sedangkan hari ini terang-terangan Saiful mengaku di mahkamah bahawa beliau bertemu Najib pada 24 Jun - dua hari sebelum kenyataannya bahawa Anwar telah meliwatnya.

Liwat 2 Anwar Ibrahim: Saiful Bukhari Azlan Tak Mandi Junub. Bodoh Piang


Saiful disoal dua kali oleh Karpal, pukul berapa jumpa?
Saiful menjawab, ACP Norman yang menghubunginya di telefon untuk berjumpa.

Karpal: Siapa arahkan dia untuk berjumpa?

Saiful: Itu saya tidak tahu,

Karpal: Bagaimana dia dapat nombor telefon Encik Saiful?

Saiful: Itu saya tidak pasti. Kata Saiful, dalam perjumpaannya, dia menceritakan diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar.

Karpal: Ada buat kenyataan, Encik Saiful diliwat tanpa kerelaan?

Saiful: Ada. Ada dibuat kenyataan itu dalam laporan polis.Mahkamah diberi salinan laporan. Saiful membacakan laporan yang antara lainnya berbunyi: "Saya ingin melaporkan diliwat oleh majikan saya. kali terakhir berlaku ialah pada Jun 2008."

Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai."

Saiful memberitahu mahkamah, pemeriksaan doktor dibuat di Pusrawi pada 28 haribulan, 26 haribulan.Kejadian 26, laporan 28.

Karpal: Are you a good muslim Encik Saiful? Ada sembahyang lima kali sehari? Tiap-tiap hari?

Saiful: selepas 28, saya mula insaf.

Karpal: 26 sampai 28, ada sembahyang seperti biasa?

Saiful: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.

Karpal: 27 ada? 26, tidak? Kenapa?

Karpal: Biasa mandi seluruh badan. Bukan mandi sikit sahaja. Betul? Mandi junub bukan, mandi wajib?

Saiful: Ya.

Karpal: 26 langsung tidak sembahyang. 27 apabila sembahyang, itu tidak sah. Now sah is important to us.

(Hakim mencelah)

Hakim memberi peringatan, soalan terbuka, juga boleh ditanya kepada Anwar.

Karpal: Boleh tanya soalan terbuka kepada Anwar.

Setelah berpuas hati bertanya kepada Saiful apakah pengadu seorang penganut agama Islam yang baik dan mempersoalkan tentang mandi junub bagi membersihkan dirinya secara bertubi-tubi, Karpal menganjak soalan kepada pemeriksaan doktor dihospital yang dibuat oleh pengadu.

Saiful memberitahu mahkamah, ketika mendapatkan pemeriksaan doktor, beliau mengadu sakit perut. Ketika diperiksa barulah beliau berterus terang memberitahu doktor beliau sakit di bahagian dubur.

Mahkamah diberikan salinan laporan pemeriksaan doktor.

Karpal suruh Saiful baca laporan itu, Saiful berkata: "Kurang jelas." Saiful menafikan laporan yang ditulis oleh doktor itu dengan berkata, laporan itu tidak benar.

Karpal mendesak Saiful dengan bertanya, apakah doktor berbohong dan doktor berkenaan ada dalam mahkamah ini dan akan memberi keterangan.

Saiful tetap dengan pendiriannya mengatakan laporan yang ditulis oleh doktor berkenaan tidak benar.

Karpal bertanya: Sebelum itu anda tidak mengenali doktor itu? Siapa yang menghantar Encik Saiful berjumpa doktor?

Saiful: Saya tidak pernah mengenali doktor itu. Pakcik saya yang hantar saya ke hospital. Pakcik Tuah.
Keterangan Mohd. Saiful sekarang ialah pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Laporan polis dibuat di sana.

Karpal: Anda diperiksa oleh tiga doktor di HKL? Hakim meminta satu salinan untuk rujukan beliau berhubung laporan pemeriksaan yang dibuat di HKL. Berdasarkan laporan pemeriksaan doktor, tiada luka atau kesan kemasukan ke bahagian dubur Mohd. Saiful.

Karpal menegaskan, apa jawapan dan alasan Saiful berhubung catatan itu? Kesimpulan awal Karpal, Mohd. Saiful tidak bercakap benar.Karpal mohon mahkamah rehat sebentar. Permintaan Karpal dibenarkan. Mahkamah berhenti rehat sebentar.