Semua parti politik  diarahkan supaya menghentikan penggunaan isu “Allah”  sepanjang kempen  pilihan raya kecil parlimen Sibu pada Ahad ini.
Arahan itu dikeluarkan oleh   pihak polis Sarawak menerusi OCCI SAC II Huzir Mohamed yang berkata ia   isu yang sensitif.
Beliau memberi amaran, mereka yang mengengkari arahan itu boleh ditahan atas tuduhan menghasut atau juga didakwa menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Saya nasihatkan semua parti untuk menghentikan isu itu serta merta. Jangan timbulkan sebarang masalah,” katanya pada sidang media hariannya di Sibu, hari ini.
Kedua-dua parti - BN dan DAP yang terbabit pada pilihan raya ini mengheret isu agama dalam kempen masing-masing.
DAP menimbulkan isu   penggunaan kalimah 'Allah' di kalangan bukan Islam, khususnya di   kalangan penganut Kristian manakala BN yang diwakili oleh SUPP membidas   pembangkang berhubung debat menubuhkan negara Islam.
Isu agama itu dijaja oleh semua pihak yang bertanding bagi memancing undi masyarakat Kristian yang di kerusi parlimen Sibu.
Tidak kurang 53 peratus pengundi Sibu termasuk di kalngan pribumi dan Cina adalah penganut Kristian.
![]()  | 