KUALA  NERUS - Lebih tiga puluh buah kereta mewah berjenama 'BMW' diletakkan  dalam kawasan kem tentera Seberang Takir di sini, menimbulkan pelbagai  persoalan.
Menurut sumber, kereta-kereta yang bernilai jutaan  ringgit tersebut akan digunakan sebagai kereta rasmi untuk acara sukan  perahu layar Monsoon Cup yang bermula pada Selasa 22 November.
Namun, kesahihan maklumat tersebut diragui.
Kemunculan kereta-kereta tersebut mula dikesan oleh skuad Buletinonline (Skuad BO)pada malam Ahad 20 November.
  
Sekurang-kurang  tiga buah kontena pembawa kereta yang membawa kereta-kereta terbabit,  dilihat melencongkan laluannya dari jambatan Sultan Mahmud menuju ke  Seberang Takir, pada kira-kira jam 10.30 malam itu.
Skuad  BO yang sempat mengambil gambar kontena berkenaan mendapati logo yang  terdapat pada badan kereta adalah logo Jambori Pengakap Antara Bangsa  yang telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin ada 18 November.
Oleh  itu, persoalan pertama yang timbul, sekiranya kereta-kerata mewah  tersebut adalah kenderaan rasmi, mengapakah ia baru tiba semalam,  setelah Sultan Mizan dilaporkan sampai di Antartika?
Seandainya,  kereta-kereta yang berharga ratusan ribu ringgit setiap satu itu bakal  digunakan sebagai kenderaan rasmi Monsoon Cup, mengapakah ia diletakkan  dalam kawasan kem tentera?
Tinjauan skuad BO lewat petang Isnin  21 November, kereta-kereta itu masih tersadai di dalam kem Seberang  Takir sedangkan Monsoon Cup akan bermula pada 22 November.
Menurut  laman rasminya, sukan tersebut akan dirasmikan oleh SPB Yang di-Pertuan  Agong Sultan Mizan pada jam 2.30 petang 22 November.
Pada masa  yang sama, beberapa kenderaan rasmi pasukan yang bertanding telah  dilihat berada di sebuah hotel di bandaraya ini, namun sebaliknya  kereta-kereta misteri tersebut berada jauh dari lokasi.
Selain itu, kereta-kereta BMW terbabit didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran.
Sekiranya  ia akan digunakan sebagai kenderaan rasmi yang akan bergerak diatas  jalanraya, bagaimana mungkin kenderaan tersbeut tidak mempunyai 'plet'  pendaftaran.


