Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari  ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat  bagi menjamin kebebasan berhimpun.
Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu:
(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.
(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
(5)  Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000  sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada  polis.
(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;
(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan
(8)  Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam  perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti  perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.