Umno  yang ada pada hari ini bukanlah Umno asal kerana parti asalnya telah  berkubur pada tahun 1988 dahulu. Umno yang ada pada hari ini adalah Umno  Baru yang ideologi jauh menyimpang dari Umno asal. Parti asalnya  ditubuhkan pada 11 Mei 1946 tetapi menghembuskan nafas terakhirnya  selepas mahkamah mengisytiharkan ianya diharamkan selepas berlakunya  krisis semasa Tengku Razaleigh menentang Mahathir untuk jawatan Presiden  pada tahun tersebut.Selepas  ianya diharamkan Mahathir menubuhkan Umno Baru pada 1988. Jadi Umno  yang ada pada hari ini adalah Umno Baru bukannya Umno asal. Jadi  sambutan pada tahun ini bukannya sambutan ke 65 sebagaimana yang  diwar-warkan sebaliknya ia adalah sambutan ke 23.
Umno  Baru yang ada pada hari ini juga sudah tidak sama seperti Umno asal.  Perjuangannya lebih kepada kepentingan perut dan bawah perut. Umno yang  ada pada hari ini penuh dengan rasuah dan penyelewengan. Buktinya setiap  kali pemilihan sudah tentu ada yang disabitkan dengan kesalahan rasuah  menyogok perwakilan sehingga ada yang diharamkan dari menyertai  perebutan jawatan Timbalan Presiden.
Perjuangan  bangsa dan agama hanyalah dibibir mulut sahaja kerana masing-masing  berebut jawatan hanya kerana mereka tahu dengan jawatan dalam Umno  mereka boleh menjadi kaya raya. Maka tidak hairanlah kalau dahulu ada  yang hanya bekerja sebagai Peon (Pembantu Pejabat), Kerani, Pembantu Am  dan sebagainya tetapi selepas memegang jawatan dalam Umno mereka menjadi  kaya raya malah boleh digelar jutawan. Itulah Umno yang ada pada hari  ini. Siapa banyak duit dia akan dipilih sebagai pemimpin. Untuk menang  jawatan AJK Bahagian pun ada membelanjakan ratusan ribu apatah lagi jika  ingin menang Ketua Bahagia sudah tentu jumlahnya lebih besar dari itu.  Malangnya Umno tidak melihat rasuah politik ini menyalahi agama dan  undang-undang. Sebab itulah tidak ada seorang pun yang disabitkan di  mahkamah hanya dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin parti  sahaja. Beberapa orang yang pernah dikenakan tindakan termasuklah Ali  Rustam, Isa Samad dan lain-lain.
Kepada ahli-ahli Umno sedarlah bahawa Umno Baru yang ada pada hari ini adalah Umno palsu yang jauh menyimpang dari perjuangan asal. Mari sama-sama kita kembali kepada Islam demi agama, bangsa dan negara. PAS ITU SEMUA sedia menerima sesiapa sahaja untuk bersama-sama membebaskan manusia dari perhambaan kepada manusia dan harta dunia kepada perhambaan kepada Allah.