Sabtu, 26 Jun 2010

Felda saman tak jawab soalan



Tindakkan kerajaan dan Felda nak saman akhbar suara keadilan dan beberapa induvidu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan. Rakyat kususnya Peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu isu yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan wang felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali.

Rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 felda tak menerima apa apa bayaran kedalam akaun felda.Rakyat nak jawapan dari kerajaan dan Felda tentang rm2 bilion yang dikatakan salah satu punca susut tunai felda.Yb. Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang jaga felda beritahu bahawa ianya digunakan untuk bantuan tanam semula.Sedangkan semua peneroka tahu itu adalah wang hasil tabungan peneroka untuk tujuan tanam semula.Rakyat dan peneroka menanti penjelasan kenapa lembaga pengarah tidak dirujuk untuk kelulusan pembelian menara felda dari syarikat Naza.Sebaliknya kerajaan hanya mampu jawab ini fitnah,felda adalah syarikat kerajaan takkan tergamak nak tipu melayu.Itu lah sahaja yang diungkap oilh pemimpin kerajaan umno/Bn.

Sejak menjawat PM Malaysia Najib tidak mengambil langkah membersih dirinya dari segala dakwaan yang dilemparkan padanya scorpine,Altantuya,judi bola dan kini felda dan banyak lagi skandal yang melibatkan beliau dan memburukkan nama baik Malaysia.

Kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan olih suatu jawatankuasa siasatan bebas dibawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.

MCA cadang tabung khas kutip hasil judi

KUALA LUMPUR 26 Jun - MCA hari ini mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan tabung khas bagi mengutip segala perolehan dan keuntungan daripada syarikat perjudian berlesen agar ia tidak bercampur dengan pendapatan lain.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, sekiranya tabung itu diwujudkan, ia boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan yang membawa faedah kepada semua kaum di negara ini.

"Sudah sampai masanya kerajaan membayangkan cukai-cukai kerajaan kutip dari lesen perjudian yang dibenarkan sejak dulu, seharusnya tidak masuk "consolidated fund"...tabung berlainan ini boleh digunakan untuk pendidikan, kebajikan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 Koperasi Serbaguna Malaysia Berhad (KSM) di Wisma MCA di sini, hari ini.

Soi Lek mengulas keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascott Sports Sdn Bhd setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang majoriti daripadanya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Beliau berkata, selain itu, kerajaan seharusnya sentiasa meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti perjudian haram di kalangan rakyat, khususnya pertaruhan perjudian dalam sukan.

~Bernama


Penyertaan Ulama Tidak Akan Jadikan Umno Parti Ekstrem Negara

KUANTAN: Penyertaan ramai golongan ulama ke dalam Umno tidak akan menjadikan parti itu sebagai parti yang ekstrem terhadap perjuangan Islam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, penyertaan itu membuktikan dasar perjuangan Umno dalam menegakkan syiar Islam di negara ini diiktiraf oleh golongan berkenaan.

"Kita tidak mahu Umno dilihat sebagai parti ekstrem. Islam sebenarnya bukan agama yang ekstrem. Jadi kita akan memperjuangkan Islam yang diterima oleh semua pihak dan umat yang terbaik adalah umat yang sederhana mengikut panduan Islam," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah, anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di sini.

Turut hadir, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman.

Seramai 40 ulama muda dari seluruh negara menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Najib, sebelum bermula mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur malam semalam.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata parti itu sentiasa mengalu-alukanpenyertaan golongan cendekiawan agama untuk menyertai Umno.

"Saya berharap ini sebagai satu titik permulaan kepada lebih ramai lagi cendekiawan Islam untuk menyertai dan menyokong perjuangan Umno," kata Najib. Beliau berkata, Umno telah membuktikan bahawa dasar-dasar perjuangannyaselama ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di peringkatantarabangsa.

"Kita akan terus memperkukuhkan perjuangan Umno dan memastikan apa yang kita lakukan selari dengan kehendak dan tuntutan Islam," katanya.

Mengulas mengenai keputusan kerajaan yang tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan sukan, Najib berkata, perkara itu tidak perlu berbangkit lagi.

Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan pengamatan kerajaan selain pandangan majoriti rakyat.

"Kita mendengar isi hati rakyat dan membuat keputusan bahawa lesen judi sukan tidak akan dikeluarkan," katanya.

~ BERNAMA


Dr Asri Dalam Senarai Kedua, Kata Shahidan.

Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya" semasa mengadakan sidang media selepas dikatakan 40 orang ulama muda menyerahan borang UMNO malam tadi.

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu Fadlan berkata idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.

“Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.

Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.

Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.

Beliau yang merupakan penasihat agama sebuah agensi perubatan di ibu negara tidak menjelaskan sekatan yang dimaksudkan tetapi difahamkan ia berkaitan dengan syarat tauliah yang diwajibkan oleh jabatan-jabatan agama.

Rakan mereka, Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Shahidan pula menjawab mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.

“Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan,” kata beliau pada sidang media yang sama selepas majlis penyerahan borang.

Ketika ditanya sama ada Umno akan menyediakan golongan ulama sebagai bakal calon pilihan raya umum ke-13, Shahidan berkata, “saya tidak tahu tentang perkara itu.”

“Tetapi saya sebagai Ketua Umno Bahagian Arau merasakan kepimpinan masa depan bahagian, saya merasakan perlu terdiri daripada golongan ilmuan macam ini,” kata beliau.

Ini kali pertama Umno menerima golongan ulama dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa.

Mereka yang terdiri daripada pensyarah, bekerja sendiri dan pekerja swasta menjadi ahli Cawangan Dataran Merdeka dan akan beralih ke negeri masing-masing kemudian.

Pada Sabtu lalu Setiausaha Kerja Umno mengumumkan Asri akan menyertai Umno hari ini.

Asri tidak mengesahkan ataupun menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu perbincangan sedang diadakan dengan pucuk kepimpinan Umno.

Ketika ditanya sama ada Asri tidak menyertai mereka untuk memasuki Umno malam kerana isu fahaman wahabi dan Jemaah Islamiah sejak seminggu dua ini, Fadlan berkata, beliau tidak pasti.

“Yang itu kena tanya pada Dr Asri sendiri,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tidak memaksa mana-mana ulama menyertai Umno pada hari ini.

Beliau merupakan rakan Asri.

Ketika ditanya sama ada mereka menyertai Umno kerana ada kaitan dengan siasatan amalan wahabi dan JI, Fadlan berkata, “ia tiada kaitan.”

Katanya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah juga sudah mengatakan bahawa ini masalah peribadi, yang dikaitkan dengan pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia.

Kenyataan Media GMJ Pasal Judi

KEPUTUSAN KERAJAAN TIDAK MEMBENARKAN LESEN JUDI SUKAN

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) telah mendapat maklumat daripada media bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hari jumaat 25hb Jun 2010 telah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan meluluskan lesen judi sukan.

Keputusan ini dibuat berdasarkan pertimbangan agama dan kesan kepada politik. Sehubungan itu pihak GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak Kerajaan Malaysia berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan ini hanyalah dibuat oleh mesyuarat UMNO bukannya mesyuarat Kerajaan Persekutuan.

Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar pada hari Ahad 27hb Jun 2010 jam 11 tengahari di Kuala Lumpur untuk membincangkan tidakan selanjutnya. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua NGOs dan pertubuhan politik yang telah bernaung di bawah GMJ.

Suhaizan Bin Kaiat

Setiausaha

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Jumaat, 25 Jun 2010

40 ulama muda sertai Umno tanpa Asri


Datuk Seri Najib Razak menerima sampul surat 40 borang penyertaan daripada Fadlan Mohd Othman (dua dari kiri) dengan diperhatikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur malam ini.
KUALA LUMPUR, 25 Jun – Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini.

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka merupakan kumpulan pertama dan akan disusuli dengan sekumpulan kedua dalam waktu terdekat.

“Sebenarnya ada dua golongan yang menyokong Umno. Satu sebagai ahli secara langsung dan lagi bukan ahli tetapi menyokong Umno.

“Dr Asri termasuk dalam kedua-dua kumpulan ini. Tetapi pada masa sekarang Dr Asri dalam kumpulan kedua iaitu menyokong dari luar dan satu hari nanti akan menjadi ahli Umno,” kata beliau menjawab soalan status Asri yang disebut-sebut akan menyertai Umno hari ini.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu Fadlan berkata idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.

“Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.

Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.

Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.

Beliau yang merupakan penasihat agama sebuah agensi perubatan di ibu negara tidak menjelaskan sekatan yang dimaksudkan tetapi difahamkan ia berkaitan dengan syarat tauliah yang diwajibkan oleh jabatan-jabatan agama.

Rakan mereka, Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Shahidan pula menjawab mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.

“Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan,” kata beliau pada sidang media yang sama selepas majlis penyerahan borang.

Ketika ditanya sama ada Umno akan menyediakan golongan ulama sebagai bakal calon pilihan raya umum ke-13, Shahidan berkata, “saya tidak tahu tentang perkara itu.”

“Tetapi saya sebagai Ketua Umno Bahagian Arau merasakan kepimpinan masa depan bahagian, saya merasakan perlu terdiri daripada golongan ilmuan macam ini,” kata beliau.

Ini kali pertama Umno menerima golongan ulama dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa.

Mereka yang terdiri daripada pensyarah, bekerja sendiri dan pekerja swasta menjadi ahli Cawangan Dataran Merdeka dan akan beralih ke negeri masing-masing kemudian.

Pada Sabtu lalu Setiausaha Kerja Umno mengumumkan Asri akan menyertai Umno hari ini.

Asri tidak mengesahkan ataupun menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu perbincangan sedang diadakan dengan pucuk kepimpinan Umno.

Ketika ditanya sama ada Asri tidak menyertai mereka untuk memasuki Umno malam kerana isu fahaman wahabi dan Jemaah Islamiah sejak seminggu dua ini, Fadlan berkata, beliau tidak pasti.

“Yang itu kena tanya pada Dr Asri sendiri,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tidak memaksa mana-mana ulama menyertai Umno pada hari ini.

Beliau merupakan rakan Asri.

Ketika ditanya sama ada mereka menyertai Umno kerana ada kaitan dengan siasatan amalan wahabi dan JI, Fadlan berkata, “ia tiada kaitan.”

Katanya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah juga sudah mengatakan bahawa ini masalah peribadi, yang dikaitkan dengan pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia.

~themalaysianinsider.com

Pembangkang Cemburu Kejayaan PM Bangunkan Negara

PASIR MAS, 25 Jun (Bernama) -- Parti pembangkang sebenarnya cemburu dengan kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya membangunkan negara terutama memastikan golongan miskin terbela, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Awang Adek berkata apa yang dilakukan Najib itu sebenarnya tidak mampu dilaksanakan pembangkang yang diberi peluang untuk memerintah beberapa buah negeri selepas pilihan raya umum lalu.

"Pembangkang cemburu dengan Perdana Menteri dan sebab itu sanggup menaburkan fitnah agar rakyat mempercayai dakyah-dakyah mereka itu untuk memburukkan kerajaan.

"Tetapi akhinya percayalah rakyat akan membuat penilaian apa yang dilakukan pembangkang dan apa yang dilakukan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Klinik 1Malaysia Pasir Mas pada hari Jumaat.

Awang Adek berkata pelancaran Program Amanah Saham Wawasan 2020-Bandar (ASW-2020-Bandar) yang dilancarkan Najib semalam denngan peruntukan RM100 juta turut menyerlahkan keperihatinan Perdana Menteri itu dalam membela golongan miskin yang bukan sahaja di pedalaman tetapi di bandar-bandar.

Katanya program itu yang membabitkan semua kaum membuktikan keadilan dalam merasai nikmat pembangunan.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga yakin masyarakat yang satu ketika dahulu menolak kerajaan akan menerima semula BN dan ia akan dibuktikan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata rakyat Kelantan wajar berterima kasih kepada Najib yang banyak membantu membela nasib penduduk dengan terbaharunya melawat Kelantan baru-baru ini dan mengumumkan beberapa insentif membantu rakyat terutama kepada penduduk berbangsa Siam.

"Kata-kata Kelantan negeri kalah (kepada Barisan Nasional) dan tidak perlu dibantu sama sekali tidak benar sebaliknya banyak limpahan pembangunan dibawa untuk rakyat Kelantan," katanya.

-- BERNAMA

KJ: Ibrahim Ali ‘jaguh kampung’ tiada hak minta saya berhenti


KUALA LUMPUR, 25 Jun — Khairy Jamaluddin menyerang balas dengan menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai “ahli politik jaguh kampung” yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.

“Dia (Ibrahim) ahli politik jaguh kampung dalam dunia globalisasi.

“Dia berada di era mana? Beliau menjadi halangan kepada (konsep) 1 Malaysia,” kata Ketua Pemuda Umno ini dalam mesej Twitter hari ini.

Menurut Khairy mesej itu sebahagian daripada ulasan yang beliau berikan ketika ditemui pemberita di Kuala Kedah.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”

“Dia tiada hak untuk meminta saya berhenti,” kata Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau.

Ibrahim merupakan bekas ahli Umno.

Dalam kenyataannya semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas membidas Khairy dengan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA kelmarin.

Ibrahim mendakwa Ketua Pemuda Umno itu buat tidak faham maksud yang tersirat dalam kenyataan Wee minggu lalu ketika mempersoalkan “adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA.”

“Apalah Ahli Parlimen macam Khairy tak faham bila Ka Siong cakap berlapik. Mana dia faham makna yang tersurat dan tersirat’. Kalau macam itu baik berhenti jadi Ahli Parlimen, sama macam Ka Siong,” kata Ibrahim.

Ibrahim mendakwa tindakan Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) sanggup menggadaikan bangsa sendiri dalam isu tersebut.

Ibrahim mendakwa ini kali pertama Pergerakan Pemuda Umno menggadai maruah orang Melayu dan parti.

Malah semalam, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan kenyataan Ibrahim sebagai tidak wajar.

Sambil turut menyifatkan desakan berkenaan tidak munasabah sama sekali, Reezal berkata, soal “menjual bangsa sendiri tidak timbul.”

“Ia kerana Khairy selaku Ketua Pemuda Umno merupakan antara Ahli Parlimen pertama membantah cadangan pengecilan penawaran biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.

“Pengecilan penawaran biasiswa ke luar negara tajaan JPA akan memberikan impak besar terhadap peluang pelajar Melayu dan Bumiputera terutamanya mereka yang benar-benar cemerlang bagi mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.


The Malaysian Insider

Najib gagal melaksanakan misi Obama?

http://episodeperjuangan.blogspot.com

1.Umum mengetahui tahap dendam kesumat musuh - musuh Islam yang diketuai oleh al Musyrikin al Gharbiyyin [barat] khasnya Yahudi Alaihi Laknatullah terlalu tinggi dan tebal. [ realiti ini telah diakui oleh al Quranul Kareem ]

2. Kebimbangan mereka [ musuh Islam ] terhadap kebangkitan Islam di seluruh dunia jelas kelihatan melalui tindak balas mereka yang sungguh luar biasa .

3. Pelbagai tindakan , bermula dengan Ghazwatul Fikri [ serangan pemikiran ] , ancaman dan tekanan ke atas penganut Islam , tangkapan dan seksaan dilakukan kepada pejuang - pejuang Islam , label terrorist dan eksterimis dilemparkan kepada gerakan - gerakan Islam sebagai license to kill , propaganda untuk melemahkan perpaduan ummat Islam dengan kaedah divide and rule , melaga - laga pemimpin - pemimpin Islam dengan fitnah dan tohmahan licik , mencetus pertelingkahan sengit melalui perbezaan mazhab serta menjatuhkan kredebiliti ulama' dan pemimpin gerakan Islam .

4. Ianya adalah tindakan bersepadu antara Yahudi dengan faham zionisme dan Barat dengan gagasan New world Order untuk menundukkan dunia di bawah pengaruh dan penguasaan mereka , lantas Islam dilihat sebagai ancaman terbesar dalam usaha melunaskan hasrat dan cita - cita busuk mereka terutama selepas kejatuhan komunis .

5. Peristiwa 11 september benar - benar dimanafaatkan sebagai turning point untuk mereka menggunakan kekuatan senjata dan tentera ke atas ummat Islam sehinggalah hari ini . Mereka menjajah Afghanistan , Iraq , Palestine dan kini mereka tekun berusaha untuk melumpuhkan Iran dan membelasah mana - mana negara yang cuna melaksanakan Islam .

6. Biarpun bertukar Presiden , sehingga kini dasar dan prinsip Amerika Syarikat tetap memusuhi Islam dan gerakannya . Namun mereka bijak mengatur strategi agar kelihatan di satu sudut , Amerika berbakti dan berlunak dengan ummat Islam sementara dalam masa yang sama merekalah sekutu rapat Israel yang sedang membina penjara manusia terbesar dalam dunia di Ghazzah .

7. Malaysia sebagai sebuah negara yang subur untuk perkembangan Islam tidak terlepas dari kepongan dan pemerhatian musuh - musuh Islam antarabangsa juga rangkaian mereka di dalam negara . Tekad dan hasrat mereka hanya satu iaitu tidak mengizinkan Islam tegak dan berdaulat.

8. Mereka sanggup membunuh wanita , orang tua dan kanak - kanak , menyeksa tahanan , menyerang dan menghancurkan segala struktur pembangunan sesebuah negara tanpa tergambar belas simpati . Menyerang dan membunuh delegasi damai serta misi kemanusiaan yang membawa bekalan makanan , perubatan dan keperluan harian buat ummah yang tertindas. Merekalah terrorist [pengganas] dan merekalah ekstremis yang sebenarnya.

9. Dendam mereka sungguh dahsyat . Mereka turut merencana strategi untuk memburu pejuang - pejuang Islam dan alim ulama' yang berpotensi untuk meninggikan syiar agama . Mereka membina rangkaian yang cukup licik termasuk mewujudkan boneka dari kalangan bangsa yang menjadi sasaran mereka . Lebih ketara , mereka juga berjaya merekrut tokoh - tokoh agama untuk mencetus pertembungan antara alim ulama' dan tokoh pejuang Islam .

10. Perbedaan mazhab dan aliran pemikiran sekali lagi dijadikan turning point untuk mencetus pertelingkahan lalu terhasil label terrorist dan eksterimis , maka akhirnya menjadi asas kukuh kepada mereka [ musuh - musuh Islam ] untuk menangkap , memenjara dan membunuh para alim ulama' yang berjuang untuk menegakkan Islam .

11. Terbaru , melalui satu majlis taklimat khusus dan tertutup oleh pihak tertentu menghasilkan satu lagi kesimpulan dimana Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang Presiden PAS buat kesekian kalinya disenaraikan sebagai tokoh wahabi dan pengganas . [ Antara yang turut tersenarai ialah Dr Mohd Asri Zainal Abidin Mantan Mufti Perlis dan Dr Juanda Mufti Perlis sekarang ] .

12. Anehnya , bagaimana majlis taklimat yang disifatkan khusus dan tertutup pula melibatkan pihak keselamatan negara boleh terdedah kepada umum dan menjadi santapan media ? Kini perancangan mereka untuk mensabitkan tokoh - tokoh tertentu sebagai pengganas telah terdedah kepada umum sebelum mereka berjaya membuat tangkapan .

13, Tentunya pendedahan yang dibuat oleh pihak media menyukarkan mereka bertindak justeru mereka terpaksa berdepan dengan persepsi rakyat dan sebagai sebuah kerajaan yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum , pasti sahaja mereka terpaksa mengambil kira soal persepsi rakyat tersebut. Saya rasa , Barrack Obama sangat tidak senang hati atas kepincangan dan kegagalan anak buahnya di Malaysia menjalankan tugas untuk mensabit dan menangkap pengganas yang sangat dikehendaki oleh mereka.

14. Sebelum ini Menteri Pertahanan Israel sejurus bertemu dengan Dato' Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah pengganas yang sangat dikehendaki oleh mereka . Sebuah media di Britain sebelum ini juga telah menggambarkan Tuan Guru Presiden sebagai pengganas namun akhirnya mereka terpaksa akur dan meminta maaf kepada Tuan Guru apabila mereka tewas dalam satu perbicaraan mahkamah di London .

15. Kini lagu lama kembali kedengaran . Tuan Guru Hj Abdul Hadi disenaraikan antara pengganas bersama beberapa tokoh agama yang lain oleh pihak tertentu dalam satu taklimat tertutup yang melibatkan pihak keselamatan negara dan JAKIM .

16. Dewan Pemuda PAS Pusat semalam telah membuat keputusan sebulat suara , setelah menyedari perancangan jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi cemerlang seorang pejuang Islam yang hebat di peringkat nasional dan international sekaligus menyedari cita - cita mereka untuk melumpuhkan gerakan Islam di negara ini , maka Dewan Pemuda PAS Pusat bukan sahaja menafikan Tuan Guru Presiden PAS sebagai pengganas tetapi juga menentang keras niat dan tindakan jahat mereka yang menyenaraikan Tuan guru Hj Abdul Hadi sebagai pengganas .

17. Dewan Pemuda PAS Pusat mencabar supaya pihak - pihak tertentu yang telah melemparkan tuduhan atau tohmahan tersebut supaya bertanggungjawab dan tampil mengemukakan bukti kukuh kepada rakyat secara terbuka atas dakwaan yang telah mereka lemparkan .

18. Jika gagal berbuat demikian , mereka mestilah segera menarik balik segala tohmahan mereka dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi khasnya dan kepada PAS amnya sebagai sebuah gerakan Islam yang dipimpin oleh beliau , atau mereka terpaksa berdepan pula dengan tuduhan dari rakyat bahawa merekalah pengganas sebenar yang suka mencetus pertelingkahan dan melemparkan fitnah tanpa asas .


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Pemuda PAS Pusat.

Zahid Hamidi elak namakan pembida projek pembangunan Lapangan Terbang Sg Besi

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 25 Jun - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengelak menamakan dua buah syarikat yang membida projek untuk membangunkan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi apabila diasak oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam parlimen semalam.

Ketika penggulungan perbahasan Azmin meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan mengapa pengambilalihan lapangan terbang TUDM Sungai Besi tidak dibuat secara tender terbuka.

Beliau mempertikaikan jawapan menteri dengan ambil merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri yang berulangkali mengatakan projek penswastaan khususnya dalam penjualan aset negara dan penjualan tanah yang strategik akan dibuat secara tender terbuka.

"Mengapa dalam kes lapangan terbang Sungai Besi perkara ini tidak dilakukan. Jika ini dilakukan pastinya rakyat akan mengetahui berapa pendapatan kerajaan dalam urus niaga daripada ketelusan seperti ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamruddin Jaafar kemudiannya bangun mencelah meminta kepastian daripada menteri berhubung kedudukan sebenar lapangan terbang tersebut.

Beliau memetik laporan media pada bulan April lepas yang memetik Ahmad Zahid sebagai berkata tiada cadangan bangunkan tanah lapangan terbang itu sebagai hub komersial.

"Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia mengatakan pihaknya sedia mengosongkan kem Sungai Besi dan yang terkini pada 11 Jun, menteri mengumumkan kepada media bahawa lapangan terbang akan ditutup.

Menteri dalam penjelasannya kepada soalan yang dibangkitkan dalam ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata cadangan untuk membangunkan tanah lapangan terbang itu telah di bawa oleh 1Malaysia Development Berhad bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di samping cadangan dua lagi syarikat lain yang dikemukakan kepada kabinet.

Azmin kemudiannya mencelah meminta menteri menamakan dua lagi syarikat yang membida projek tersebut tetapi Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung dua lagi pembida projek itu dan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada beliau.

Beliau membidas jawapan menteri tersebut di mana Menteri dan Timbalan Menteri turut menggelak untuk menjawab atau pun beliau tidak mahu menjawab.

"Ada satu lagi kategori hari ini apabila menteri menjawab tidak ingat, saya rasa sebagai Menteri Pertahanan, Naib Presiden Umno yang paling kanan, mustahil beliau tidak ingat.

"Ini bukanlah perkara baru dan saya telah bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini, saya telah membangkitkan siapakah pembida yang menyertai pembangunan ini.

"Sudah pastilah Kementerian menyediakan jawapan untuk menteri menjawab dan saya juga mahu tahu mengapa pegawai di kementerian tidak menyenaraikan dua lagi nama syarikat yang membida projek ini," soal Azmin lagi.

Azmi turut mempersoalkan apakah pengalaman 1Malaysia Development Berhad sebagai pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman membangunkan tanah yang begitu strategik dan mahal.
Apabila ditanya berhubung penglibatan tiga individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin,
Datuk Desmond dan Datin Cindy berhubung projek tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat
memastikan sama ada individu yang disebut Ahli Parlimen Gombak terlibat atau tidak.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menghentikan perbahasan usul selepas mendapati menteri yang diasak dengan soalan berhubung isu tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas.

Dr Mahathir Kepala Judi Negara

Oleh : Ust Nasrudin Tantawi

1. Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! ... itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam negara .

2. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah [ judi ]..." [klik di sini]
3. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.

4. Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita .

5. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .

6. Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam . Dewan Pemuda PAS mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi ? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir ?

7. Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan mebantah Judi GMJ . [ semua mereka adalah chinese dan bukan Islam ]

8. Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian , tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada negara .

9. Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan . Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara .

10. Dewan Pemuda PAS menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara . Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan . Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan . Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat .

11. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan . Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan . Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut , curi , rompak dan bunuh serta bunuh diri .

12. Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi . Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri . Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya berdikari .

13. Justeru itu sekali lagi Dewan pemuda PAS menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan membantah Judi [GMJ] menyertai Himpunan Aman 100K pada 3 hb Julai 2010 dan berarak ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong .

____________________________________________________________________

Lampiran fakta - fakta berkait Aktiviti Judi dan Industri Judi yang disuburkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri .
____________________________________________________________________

UMNO hidup kerana wang judi dan judi hidup kerana UMNO

a] Dari sudut ekonomi, judi adalah satu bocoran kepada aliran wang. Lebih 8 billion ringgit dibelanjakan di meja judi di Negara kita, samada judi kasino atau judi mesin slot, judi lumba kuda atau judi empat nombor ekor. Satu jumlah yang besar - lapan billion ringgit.

b] Apabila lesen perjudian diluluskan, alasan yang sama sekali lagi digunakan. Untuk mengelakkan perjudian haram. 'haram' kepada 'halal' sahajalah penyelesaian kerajaan. Berjudi kepada tidak berjudi tidak pernah menjadi satu pendekatan. Seakan-akan Kerajaan bimbang rakyat berhenti berjudi kerana ia merugikan syarikat dan kerajaan.

c] Raja-raja Melayu sebulat suara menentang rancangan penjajah lnggeris rnemulakan penghalalan judi di Negara ini 53 tahun yang lalu. Ini dapat dilihat dalam Minit Mesyuarat Persidangan Rajaraja Melayu ke 11 tlan 12 yang diadakan pada tahun 1950,53 tahun yang lalu. Ketika itu, Negara masih di bawah penjajahan Inggeris.

d] Kasino pertama di Negara kita didirikan di Genting Highland. la diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun-tahun 1969 - 1970. Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel. Kagum di atas kemampuan syarikat Genting Highlands Berhad membina jalan dan hotel tersebut, Kerajaan meluluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad.

e] Pertautan antara industri dosa ini dengan pemimpin UMNO telah dijalin pada hari pertama industri ini dikembangkan lagi. Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Pelajaran yang pertama yang bertanggungjawab melupuskan medium jawi dalam sistem pendidikan Negara kita pula sejak sekian lama terlibat dalam syarikat perjudian Magnum Berhad dan Magnum 4D sebagai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Beliau mula dilantik selaku Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 lagi. Sejak itu, beliau kekal sebagai ahli lembaga pengarah Magnum walaupun pemilik utamanya bertukar tangan.

f] Pada tahun 1994, wang yang dibelanjakan untuk membeli tiket toto hanya RM 886 juta, tetapi kini, ia sudah mencecah RM 2.3 billion. Jumlah ini hanya untuk perjudian Sports Toto. Sebagai balasannya, senyap tak senyap, untuk tahun 2002, kerajaan memperolehi pendapatan dari cukai judi Sports Toto sejumlah RM 133 juta. Syarikat pula terus mengaut keuntungan lumayan, dari RM 272 juta pada tahun 2001; meningkat kepada RM 293 juta pada tahun 2002. Siapa kata Dr. Mahathir tidak mengembangkan tabiat perjudian di bawah pemerentahan beliau?.)

g] Sikap mesra judi yang diamalkan oleh Kerajaan BN adalah amat jelas sekali. Dasar-dasarnya seiring dengan kepentingan syarikat perjudian. Ini dapat dilihat, terutama sekali dengan pelbagai insentif penurunan cukai yang diberikan oleh Kerajaan menerusi Menteri Kewangan, terutama sejak pertengahan 2001. Syarikat perjudian Tanjung, Magnum dan Sports Toto telah diberikan pengurangan cukai yang membolehkan syarikatsyarikat judi ini mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi.

h] Pegangan kerajaan ke atas syarikat judi berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, kerajaan memiliki saham dalam Genting International Limited, Resorts World Bhd. yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group Berhad dan Metroplex Berhad. Senarai ini boleh dilihat dalam buku Akaun Awam Persekutuan, di bawah Ba - Penyata Lengkap Pelaburan Am.

i] Bagi Syarikat Metroplex umpamanya, kerajaan menipunyai 327,200 saham. Kerajaan mempunyai saham emas dalam Sports Toto. Bagi milikan tidak langsung pula, kerajaan terlibat dalam banyak cara. Sebagai contoh, menerusi menteri Kewangan diPerbadankan, kerajaan mempunyai saham dalam Kamunting Corporation yang merupakan pelabur utama dalam syarikat judi Magnum Corporation, saham dalam Malaysian Plantation Berhad yang merupakan pelabur kedua terbesar dalam syarikat judi Leisure Management Berhad, saham dalam Multi Purpose Holding yang merupakan pelabur ketiga terbesar dalam syarikat judi Leisure Management dan Magnum Corporation, saham dalam Golden Hope Limited yang mempunyai saham pula dalam syarikat judi Genting Berhad

j] Bagi tahun 2001, Genting Berhad membuat pembayaran sejumlah RM 44.36 juta kepada pengarah dan ahli lembaganya. Pengerusinya, Tan Sri Lim Goh Tong mengaut RM 33.5 juta bayaran untuk tahun tersebut. Bayaran kedua tertinggi yang dibuat oleh Genting ialah RM 8.3 juta dan ini mungkin diperolehi oleh Tun Haniff Omar selaku Timbalan Pengerusinya! Tun Hanif memperoleh RM 2.5 juta lagi bayaran dari Resorts World. Pada keseluruhannya, Resorts World membayar sejumlah RM 24.21 juta kepada Pengarah dan ahli lembaganya bagi tahun 2001. Pengerusinya, sekali lagi Lim Goh Tong, mendapat RM 16.7 juta, diikuti RM 5.5 juta sebagai bayaran kedua tertinggi darl bagi ahli lembaga bukan eksekutif, dibayar di antara RM 2.5 juta hingga RM 2.55 juta

k] Lebih memeranjatkan tentunya mengenai saham saham yang dimiliki oleh Tengku Adnan Tengku Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Kerja UMNO. Tentulah sesuatu yang mengaibkan bagi UMNO bila mengetahui lesen perjudian dikeluarkan kepada syarikat di mana tokoh UMNO mempunyai kepentingan. Apa lagi menjelang pllihanraya.

l] Mengikut dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, antara pemegang saham utama Bukit Tinggi Resort ialah Tengku Adnan Tengku Mahmud, selain Vincent Tan dan anak syarikat Kerajaan Pahang, Pasdec Corporation. Jumlah saham Tengku Adnan dan Pasdec ialah masing masing 63 juta dan 45 juta saham bernilai seringgit satu saham.

Zunar: Hasil Seninya Menakutkan Najib


KUALA LUMPUR, 25 Jun: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kasihan melihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan dan merampas buku kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.

Ketua Setiausaha Kementeri Dalam Negeri, Datuk Mahmud Adam berkata, buku yang diharamkan adalah Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun dan 1 Funny Malaysia.

Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Gedung kartun, tetapi pihak KDN menolak.

Pemimpin Umno-BN yang menguasai Kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka.

PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka, kata Idris dalam kenyataannya.

Katanya, rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka.

Zunar yang juga mantan Ketua Pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.

Kes Kapal Selam, Dasar-dasar Najib, Pergaduhan Pemimpin Umno-BN, Kezaliman mereka, rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam bentuk kartun oleh Zunar.

Beliau juga antara pengkartun yang berjaya menelanjangkan kebobrokan Mahathir dan Pak Lah serta Menteri-menteri mereka seperti Rafidah, Samy Vellu dan sebagainya sebelum ini dalam bentuk kartun.

Kartun adalah antara karya seni yang menarik, mudah diterima dan difahami oleh pelbagai lapisan rakyat, khususnya golongan muda. Di negara-negara luar, kartun-kartun satira sebegini bebas di diterbit dan disiarkan sama ada dipihak Kerajaan atau pembangkang.

PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan bahawa Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya, kata Idris.

Ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan serta kartun-kartun lain diakhbar milik Umno-BN pun tak mampu menyaingi apa yang dihasilkan oleh Zunar.

Dan jelas, KDN dipergunakan bagi menyekat pengaruh kartun-kartun satira demi untuk menyelamatkan Imej Najib dan Umno-BN yang kini dianggap sebagai pelawak sahaja, tambah Idris.

Idris berkata, PAS akan terus menyokong usaha Zunar dan rakan-rakan pengkartunnya. PAS berharap agar KDN bersikap terbuka dan realitik serta tidak tunduk pada tekanan pemimpin politik dalam BN dalam bertindak.

-Harakahdaily

Zamihan: Pemikiran Dr Asri ‘pengaruhi’ aktiviti pelampau

Oleh G. Manimaran

Zamihan mempertahankan kewujudan amalan wahabi dengan pengaruh aktiviti kumpulan pengganas termasuk Jemaah Islamiah (JI). — Gambar Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau tidak pernah mengaitkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), isu yang kembali diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini berkata, beliau hanya menekankan bahawa pemikiran-pemikiran Asri boleh menjurus ke arah akiviti kumpulan pelampau dan keganasan jika tidak dikawal.“Orang dalam tahanan sel (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) pernah memberitahu saya dia berminat sangat dengan pemikiran Dr Asri... bila dia ditangkap oleh polis, dia (suspek) ada CD, buku-buku Dr Asri, jadi barang kes.

“(Jika anda) tak percaya rujuk Bukit Aman... ada tangkapan, saya tak pasti yang mana satu, nak bukti boleh rujuk Bukit Aman.

“Jadi saya tak sentuh pun Dr Asri dengan keganasan itu, yang sentuh itu pihak keselamatan dari Bukti Aman... sebab masa ditangkap suspek JI itu, pemikiran-pemikiran Asri dalam bentuk bukunya, CDnya ada,” kata Zamihan yang kini menjadi tumpuan polemik isu fahaman wahabi dan JI.

Beliau ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya di Bandar Baru Bangi dekat sini semalam bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkembangan taklimat Isnin lalu.

“Jadi kalau tuan tanya apakah pemikiran Dr Asri boleh membawa (aktiviti) pengganas, ya ia boleh membawa kepada (aktiviti) pengganas kerana dia menyimpulkan pemikiran-pemikiran yang berjalur keras.

“Kalau pemikiran Asri ini neutral macam orang lain, dia tidak akan glamor,” kata beliau yang Isnin lalu memberikan ceramah tentang keselamatan dan ancaman JI di institut pengajian tinggi di ibu negara.

Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah menteri dan timbalan pengajian tinggi dan mencetuskan kontroversi.

Zamihan yang terlibat dalam aktiviti pemulihan tahanan ISA sejak empat tahun lalu memberitahu “doktrin Dr Asri boleh menjurus ke situ.”

Secara kesimpulan menurut Zamihan, fahaman wahabi menekankan Malaysia bukan sebuah negara Islam, sebaliknya negara kafir.

“Kesimpulannya (mereka) mahu menghancurkan sistem yang sedia ada, bina sistem yang baru,” kata beliau dengan menekankan, JI memang berorientasikan kepada fahaman wahabi yang berasaskan kepada kepimpinanan beberapa pimimpin luar, antaranya Abu Bakar Bashir dari Indonesia.

“Kalau kita tengok kronologi pemikiran ini pun memang, telah dianalisis banyak kali oleh penulis, ahli akademik... itulah kecenderungan pemikiran mereka, bahawa orang lain tidak Islamik, banyak buat bi’dah, syirik, sesat, kurafat.

“Jusreru itu atas landasan itu mereka merasakan mereka ada tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan, dengan semua keadaan dibuat atas nama jihad,” katanya.


Zamihan juga memberitahu, apabila Asri mengetengahkan pemikiran-pemikirannya dalam bentuk buku dan menerusi seminar dan ceramah, maka ia mula dianalisis, dan diketengahkan.

“Dia (Asri) tidak dikaitkan dengan JI. Dia tidak dikaitkan dengan pengganas, tetapi dia mengeluarkan pandangan-pandangan yang keras, dan munculnya kegiatan radikal dan pengganas ini, hasil daripada kombinasi fahaman-fahaman yang keras,” kata beliau yang tugasnya di ILIM kini ialah “melihat kepada pemikiran.”

Sekali lagi Zamihan memberitahu, “malah dalam taklimat saya pun saya tak sebut dia (Asri) dikaitkan dengan JI, (saya) tak sebut dia pengganas, kenapa dia nak melenting?”

Pada taklimat Isnin lalu beliau hanya sentuh soal pemikiran manakala pegawai dari Bukit Aman menyentuh soal ancaman keselamatan dan pengambilan JI di IPT.

“Jadi saya membentangkan tentang pemahaman dan tentang pemikiran merupakan fakta tentang mengunjurkan tindakan radikal ataupun pengganas, dan pasal masalah keselamatan, hendak mengebom di sana, nak ugut orang, nak tangkap, berapa orang ditangkap, berapa orang dihantar pulang, dilanjutkan ISA, itu kerja pasukan keselamatan.

“Kalau pasukan keselamatan nak kaitkan Asri dengan suspek, atau subjek yang telah ditahan, atau dilepaskan, yang hendak ditangkap, itu kerja dia orang.

“Saya tak masuk campur... saya hanya membicarakan fakta-fakta dari sudut fahaman yang boleh unjurkan ekstremis atau pengganas,” kata Zamihan dengan menambah, beliau cuma membangkitkan nama Asri dengan berdasarkan buku “Bid’ah: Istilah Yang Disalah Fahami”.

Ditanya sama ada menyebut nama-nama lain selain Asri, Zamihan sekali lagi menafikan berbuat demikian.

“Tidak, langsung tak disebut nama, langsung tak wujud, langsung tak ditunjuk gambar. Saya hanya ‘scan’ buku, saya saya menilai fahaman begini adalah dari jalur pemikiran keras,” kata beliau mempertahankan tindakannya.

Bagaimanapun beliau mengakui nama-nama yang tersebut iaitu Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Peris ada disebutkan tetapi oleh penceramah lain dan tidak pasti sama ada gambar juga ada ditunjukkan sekali.

Zamihan menambah, pengurusan Islam di Malaysia mengambil jalan sederhana, bukan bersifat menghukum dan menyesatkan mana-mana pihak.

Sehubungan itu kata beliau, sekiranya Asri hendak mengatakan bahawa beliau mengulangi fakta-fakta tertentu, “apakah pengulangan fakta itu merupakan satu kewajaran untuk diketengahkan dalam masyarakat Malaysia?”

“Memetik pandangan orang, itu satu pandangan. tetapi hendak melaksanakan dalam masyarakat kita, kena tengok masa dan tempat... itu pandangan menteri Jordan, kalau hendak ketengahkan di sini, kena tengok beberapa kewajaran.

“Kalau mengatakan Maulidur Rasul macam (sambutan) orang Kristian sedangkan sambutan sudah menjadi acara kebesaran di peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan, dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama persekutuan turut menyambut acara itu, tak akan kita hendak kategorikan Yang di-Pertuan Agong sebagai juga dalam kalangan orang sesat.

“Tak kira pandangan dari mana-mana seluruh dunia pun, kita kutip kita ambil, kita sepatutnya membuat penilaian, saringan, tengok kewajarannya sama ada boleh diterima atau tidak, dan kita kena hormat juga agensi-agensi agama,” kata Zamihan.

Zamihan juga menambah, Asri tidak pernah mengakui sebagai pengikut aliran wahabi.
“Sampai bila pun tak akan mengaku wahabi sebab wahabi mempunyai sejarah hitam dalam sejarah Islam.

“Tetapi kita melihat kepada pemikirannya, hasil tulisannya, ceramahnya, perkataannya ada persamaan dengan pemikiran wahabi... maka penjustifikasian boleh dibuat bahawanya beliau cenderung ke arah itu walaupun beliau menggunakan jenama progresif ataupun apa jua jenama... kita melihat intipati pemikiran itu,” katanya lagi.

Sambil mendakwa fahaman wahabi mengamalkan prinsip pecah dan perintah, Zamihan memberitahu, kalau ada pun berbeza pandangan termasuk dari Perlis perlu menghormati satu sama lain.

“Jangan mengambil pendekatan menyalahkan, tetapi mereka mengambil pendekatan menyalahkan kita, kita tidak Islamik, kita tidak sunah, kita tidak kembali kepada Nabi, kita tidak kembali kepada ketulenan Islam dan macam-macam.

“Jadi ini semua menghuru-harakan masyarakat,” katanya lagi.

Semalam, Asri menyifatkan Zamihan “terus berdusta” dengan merujuk kepada kenyataannya bahawa dalam pembentangannya kepada pihak penguat kuasa dan wakil-wakil universiti beliau hanya menyebut nama bekas mufti itu sepemikiran dengan Wahabi.

“(Zamihan) katanya tafsiran itu dibuat berdasarkan tulisan Dr Asri (saya) melalui sebuah buku Bid’ah: Istilah Yang Disalah Fahami yang diterbitkan beberapa tahun lalu,” kata beliau.

Asri menambah, Zamihan mendakwa beliau “salin dan tampal” pandangannya yang menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan amalan orang Kristian.

“Zamihan menambah, pandangan yang ‘keras’ sebegitu jika tidak dibendung boleh menjurus ke arah pendekatan “radikal” di negara ini”,” katanya.

Oleh itu tegas Asri, ia adalah satu pendustaan yang nyata kerana dalam buku berjudul Bid’ah: Istilah Yang Disalah Fahami sama sekali tiada disebutkan perkataan sedemkian.

“Sekadar yang ada sentuhan yang disebut oleh al-Imam al-Syatibi, pun begitu tiada perkataan beliau yang dipetik menyamakan dengan Kristian.

“Oleh itu, saya mencabar Zamihan membuktikan ayat dan muka surat mana yang menyebut hal seperti itu,” kata Asri lagi.

Isu ini menjadi polemik ekoran laporan media yang menyebut nama Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bekas mufti Perlis dan mufti semasa negeri itu dikaitkan dengan JI dan fahaman wahabi pada satu taklimat pihak berkuasa Isnin lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dipertikaikan oleh Asri dan mufti Perlis Dr Juanda Jaya sambil menegaskan, pendedahan wujudnya peranan JI sambil dikaitkan dengan tokoh-tokoh tokoh politik kemungkinan besar merupakan “mainan politik kotor kerajaan” untuk mengalih isu semasa.

“Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

“Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu,” kata Asri dan Juanda.

Asri dan Juanda menambah, buktinya laporan media yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI Isnin lalu telah didakwa bahawa nama kedua-dua mereka bersama Hadi dan Shahidan serta ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

“Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah,” kata Asri dan Juanda dalam kenyataan bersama.

Maya Karin: Tak Cerai, Mohon Pengesahan Nikah


Maya Karin di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hadir untuk mendaftarkan pernikahan mereka berlangsung dua tahun lalu di Itali. – Gambar Choo Choy May

KL. JUN 24 10: Pelakon dan pengacara terkenal Maya Karin, yang sebelum dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, hari ini ini muncul di Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk membuat pengesahan nikah selepas dua tahun berkahwin dengan Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah.

Pihak media difahamkan Maya dan Steven hadir ke mahkamah untuk mendaftar perkahwinan mereka. Malah ada yang berkata proses pendaftaran perlu jika berhadapan dengan kemungkinan cerai kelak.

“Maya dan suaminya hadir ke mahkamah untuk mengesahkan perkahwinannya.

“Selain itu, mereka juga tiada berbincang apa-apa mengenai penceraian. Jadi status mereka masih suami isteri,” kata pegawai mahkamah itu.

Maya Karin awal tahun ini menafikan mereka akan bercerai. Dia yang berbaju kurung dan bertudung kelihatan tenang ketika memasuki kamar Hakim Rendah bersama peguamnya, Norhusniah Husin kira-kira pukul 2 petang dan keluar dua jam kemudian. Steven pula hadir pada pukul 3 petang dengan memakai kot berwarna hitam dan meninggalkan mahkamah kira-kira 45 minit kemudian.

Pasangan tersebut meninggalkan kawasan mahkamah berasingan. Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali. Maya dan suaminya Steven bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai kehadiran mereka ke mahkamah.

“Tidak bercerai. Tanya Maya,” kata Steven sebelum meninggalkan mahkamah.

Maya pada mula enggan bercakap kepada wartawan tetapi selepas diminta dia berbuat demikian. Menurut Maya, adalah lebih baik baginya tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

Steven David Shorthose
“Saya tidak mahu cakap apa-apa mengenai perkara ini, adalah lebih baik saya diamkan diri.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan pertemuan tadi. Tiada keputusan yang dibuat.

“Minta maaf banyak-banyak,” kata Maya sebelum meninggalkan mahkamah dengan menaiki kereta BMW berwarna biru.

Sementara itu, peguamnya, Norhusniah juga enggan memberikan sebarang komen. “Saya mendapat arahan daripada klien supaya tidak berikan komen,” katanya.

Akhir Februari lalu Maya Karin berkata dia masih berusaha gigih untuk menyelamatkan rumah tangganya berusia 20 bulan (ketika itu), yang bergelora sambil mengakui ia berpunca daripada “kesilapan mereka sendiri”. Maya Karin berkata dia dan suaminya amat bersykur sekiranya perkahwinan yang dibina pada Ogos 2008 dapat diselamatkan.

“Jika sebaliknya berlaku, ia pastinya menyedihkan kami.

“Namun begitu, kehidupan tidak terhenti setakat itu.

“Saya sedar, masalah kami ketika ini boleh berakhir dengan perceraian tetapi kita hidup cuma sekali dan kita berhak mencari kebahagian,” kata beliau.

“Sebagai manusia, kita berhak untuk terus mencuba,” kata pelakon berusia 31 tahun ini sambil menambah “pada masa yang sama semua orang tidak dapat mengelak daripada berdepan dengan cabaran.”

Maya Karin enggan berkongsi masalah sebenar menjadi punca kepada situasi sekarang. Pelakon filem “Pisau Cukur” keluaran tahun lalu pernah digosipkan dengan Remy Ishak yang berlakon bersamanya dalam teater “Natrah” akhir tahun lalu. (AK)

Khamis, 24 Jun 2010

Parti Liar Anak VIP Melayu di Zeta Bar, Hilton

Sumber dari sabahdaily

Salam,semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.

Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin tiba dengan kereta BMW putih.

Yang menggemparkan bila Ashman Najib tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin yang tiba selepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K.

Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah.Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.

Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah!

Dan ini dilaporkan oleh harian metro (kenapa tak beri nama)

KUALA LUMPUR: Segelintir anak orang kaya, termasuk anak orang kenamaan (VIP) dikesan menjadi dalang menganjurkan parti liar atau lebih dikenali ‘One Nite Stand Party’ setiap bulan untuk menikmati seks bebas, minum arak serta mengambil dadah seperti ganja dan Ecstasy.

Remaja berusia 15 hingga 23 tahun terbabit terpengaruh dengan gaya hidup remaja Barat dengan menjadikan parti itu sebagai cara untuk berhibur selain melepaskan tekanan belajar di sekolah dan masalah di rumah seperti tidak mendapat perhatian keluarga.

Siasatan Harian Metro mendapati, modal besar diperlukan bagi menampung kos parti itu termasuk sewa tempat, bekalan arak dan dadah yang menjadi ‘bahan wajib’ pesta seperti itu. Bagi mereka, wang ringgit bukan halangan bagi menikmati keseronokan ‘syurga dunia’ dengan rakan sebaya.Kelab, bilik hotel dan apartmen menjadi pilihan yang ditempah menggunakan alasan untuk mengadakan parti hari jadi atau parti perpisahan.Selain itu, ‘tali barut’ juga diperlukan untuk menyebarkan risalah mengenai parti berkenaan secara sukarela dan mengutip bayaran masuk serendah RM25.

Difahamkan, parti seks liar itu dijalankan sekali seminggu terutama di bandar besar dan kebanyakan pengunjung yang masih mentah, mula mengenali seks, arak dan ganja dengan menghadiri pesta seperti itu.

Siasatan Harian Metro mendapati, bagi menarik remaja lelaki mengunjungi parti itu, penganjur menyediakan gadis cantik dan berpakaian seksi.

Pengakuan seorang pelajar tingkatan 3 yang mahu dikenali sebagai Eddy membongkar kisah kehidupan liar remaja terbabit. Eddy, 15, mendakwa dia menerima ajakan rakannya ketika fikirannya kusut dengan masalah keluarga dan dia menjadikan parti liar itu untuk melupakan masalah.

"Apabila berjumpa rakan yang ambil berat dan mendengar masalah saya di sana, saya mula sedar di sinilah tempat untuk melepaskan tekanan".

"Jika tidak sibuk, sekurang-kurangnya lima kali sebulan saya akan menghadiri parti seperti itu".

"Siapa yang akan menolak menghadiri parti itu kerana dengan bayaran hanya RM25 hingga RM100, pengunjung boleh melakukan hubungan seks selain minum arak dan menghisap ganja," katanya ketika ditemubual di sini, semalam.

Eddy mendakwa tiada unsur paksaan dalam parti itu kerana pengunjung bebas memilih pasangan mereka."Selepas berhibur dan mabuk, kebanyakan kami akan menghabiskan masa dengan pasangan masing-masing. Kami juga boleh bertukar-tukar pasangan pada setiap parti," katanya kepada Harian Metro.

Full

Wanita dipaksa bogel dan dirakam menggunakan kamera dari pelbagai posisi

KUALA LUMPUR: Bukan saja diculik selama lebih empat jam malah seorang pengurus syarikat turut menempuh saat memalukan apabila ditelanjangkan tiga penjenayah sebelum tubuh bogelnya itu dirakam menggunakan kamera dari pelbagai posisi.
Tindakan mengambil gambar bogel mangsa dilakukan suspek bertujuan menjadikan rakaman terbabit sebagai ‘aset’ untuk mengugut mangsa supaya tidak membuat laporan polis selain dijadikan modal memeras mangsa membayar wang dari semasa ke semasa.

Sumber polis berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun memberhentikan keretanya berhampiran Stesen Bas Pekeliling, di sini, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

“Mangsa yang ketika itu bersendirian dalam kenderaan bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali dipercayai warga Pakistan tiba-tiba meluru masuk ke dalam keretanya sebelum mengacukan parang.


“Suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya mengikut arahan dengan memandu ke arah Klang, Selangor. Mangsa tidak berani melawan berikutan suspek berulang kali mengacukan parang ke tubuhnya,” katanya.


Difahamkan, mangsa kemudian diarah masuk ke sebuah bangunan yang tidak dikenal pasti lokasinya sebelum ‘disambut’ tiga lagi lelaki.


“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga dimiliki ketika itu antaranya kamera video, lesen memandu, kad pengeluaran wang automatik (ATM), wang tunai RM200, telefon bimbit dan komputer riba.

“Mereka kemudian memaksa mangsa memberikan nombor PIN kad ATM terbabit sebelum salah seorang daripada mereka pergi ke bank untuk mengeluarkan wang mangsa sebanyak RM800,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jumlah wang diperoleh sebelum mengarahkan mangsa menghubungi kenalannya dan memasukkan wang RM1,000 ke akaun bank diberikan.

“Mangsa yang bimbang dicederakan terpaksa akur dengan arahan itu sebelum rakannya bersetuju membantu dengan memasukkan sejumlah wang diminta tidak lama kemudian.

“Suspek kemudian sekali lagi mengeluarkan wang itu. Sebaik mendapat wang itu, mangsa diarah berbogel sebelum gambarnya dirakam,” katanya.

Pinjaman penuh PTPTN jika gaji kurang RM4,000

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pendapatan bersih keluarga mereka RM4,000 ke bawah layak mendapat pinjaman penuh iaitu meliputi yuran dan sara hidup dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Julai ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kadar pendapatan bersih keluarga pelajar yang layak mendapat pinjaman penuh sebelum ini ialah RM3,000 ke bawah.

"Sebelum ini juga keluarga pelajar berpendapatan bersih RM3,000 hingga RM5,000 mendapat pinjaman yang meliputi yuran dan sebahagian sara hidup, manakala yang berpendapatan RM5,000 ke atas hanya dapat pinjaman untuk yuran.

"Langkah PTPTN untuk meningkatkan kadar pendapatan bersih keluarga ini akan memperluaskan lagi peluang pelajar IPT yang layak untuk diberi pinjaman penuh berasaskan kepada kriteria yang memang telah ditetapkan seperti kursus yang diambil ada akreditasi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halatuju Pembangunan Keusahawanan IPT di Kuala Lumpur hari ini.

Seminar sehari anjuran kementerian itu bertujuan memberi kefahaman kepada pihak pengurusan atasan IPT mengenai cabaran dan halatuju pembangunan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi dan kepentingannya kepada pembangunan sahsiah pelajar.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled menyerahkan peruntukan RM5.55 juta bagi penubuhan Pusat Keusahawanan dan pelaksanaan program pembudayaan keusahawaan kepada setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara.

Selain 20 IPTA dalam negara, kolej komuniti, politeknik dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) turut terlibat dalam pemberian peruntukan berkenaan, katanya.

"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan RM150,000 bagi tujuan penubuhan Pusat Keusahawanan dan RM100,000 bagi pelaksanaan program pembudayaan keusahawanan untuk setiap IPTA negara.

"Penubuhan pusat keusahawanan ini amat signifikan sebagai entiti yang akan merancang, menyelaras, memantau dan menilai segala program pembangunan keusahawanan dan bertindak sebagai ''contact point'' dalam hal ehwal pembangunan keusahawanan IPT," katanya.

Mohamed Khaled berkata semua IPT termasuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu menubuhkan pusat keusahawanan masing-masing kerana ketika ini hanya tiga IPTA yang mempunyai pusat keusahawanan iaitu Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

"Negara memerlukan ramai usahawan untuk menjayakan agenda Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh, dan peranan IPT bukanlah kecil. Jika IPT dapat memberi latihan dan pendedahan kepada pelajar yang mempunyai potensi keusahawanan yang tinggi, mereka inilah yang akan mempunyai prospek paling cerah untuk menjadi usahawan setelah bergelar graduan," katanya.

- Bernama

Tiga GLC milik Khazanah rugi pada 2005-2009

Tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd mencatatkan kerugian antara tahun 2005 hingga 2009, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tanpa menamakan syarikat terlibat, Najib yang juga menteri kewangan berkata kerugian yang dicatatkan syarikat GLC berkenaan disebabkan oleh persekitaran perniagaan mencabar yang konsisten dengan trend global seperti peningkatan harga minyak dunia, pengurangan permintaan terhadap produk di samping faktor luaran lain seperti penyusutan nilai pelaburan.

"Faktor-faktor lain adalah di luar kawalan dan tidak wajar sekiranya lembaga pengarah GLC berkenaan diambil tindakan atas kerugian yang telah dicatatkan oleh syarikat masing-masing.

"Tambahan pula, rata-rata GLC-GLC tersebut kembali mencatatkan prestasi kewangan yang lebih baik pada tahun-tahun berikutnya," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) di Dewan Rakyat hari ini.

Er ingin tahu bilangan GLC yang menghadapi kerugian sejak tahun 2005 dan tindakan kerajaan ke atas Lembaga Pengarah GLC yang mengalami kerugian serta senarai bantuan kewangan kerajaan yang dihulurkan kepada GLC yang mengalami kerugian.

Najib berkata semua syarikat GLC tersebut tidak menerima sebarang tindakan menyelamat atau "financial bailout" daripada kerajaan.

"Sebaliknya sebarang bantuan kewangan adalah melalui insentif yang sedia ada berdasarkan garis panduan dan polisi yang ditetapkan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri yang berkenaan," katanya.

Secara pinsipnya, berdasarkan amalan tadbir urus korporat terbaik selaras dengan Buku Hijau (Meningkatkan Kecekapan Lembaga Pengarah) di bawah Program Transformasi GLC, sebarang tindakan terhadap syarikat tidak sewajarnya diambil oleh kerajaan, katanya.

"Sebaliknya perlu diambil oleh pemegang-pemegang saham syarikat itu sendiri," katanya.

- Bernama


Tol Singapura turun 30%, Pulau Pinang naik 34%

Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%.

Saya bukan nak kata orang yang gunakan jambatan kedua Johor-Singapura sebagai Kera, tapi itu hanyalah pepatah orang-orang Melayu sebagai mengambarkan ketidakadilan yang berlaku.

Saya setuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) yang mengalu-alukan pengurangan tol dijambatan kedua Johor-Singapura itu kerana sebagai rakyat kita mahu semua tol dikurangkan dan dihapuskan terus. Kalau kerajaan nak hapuskan terus Tol berkenaan pun bagus.

Saya yakin, ramai rakyat yang tidak puas hati dengan layanan Najib kepada Singapura yang mungkin sebagai melengkapkan perjanjian Durian Malaysia-Singapura. Tiap kali ada mesyuarat khas antara Malaysia dan Singapura pasti ada Durian, sebab itu saya panggil perjanjian Durian.

Kenapa Kerajaan hanya beri tawaran kepada Singapura. Kenapa tak nak turunkan Tol Jambatan Pulau Pinang dan semua tol yang ada di negara ini khususnya di Lembah Klang.

Pendapatan rakyat yang bekerja dalam negara bukan macam pelancong Singapura yang berulang laik dari tambak Johor setiap minggu. Rakyat Malaysia begitu banyak berbelanja untuk Tol setiap hari. Mana-mana pergi kat lembah klang ini pasti ada tol.

Hapuskan tol, jagalah kebajikan rakyat bukan sibuk makan durian sahaja.

Dokumentari kontroversi Bakun disiar di YouTube

Dokumentari kontroversial mengenai Empangan Bakun - di mana dua siri pertamanya disiarkan oleh RTM2 Mei lalu, tetapi siaran tiga baki sirinya dibatalkan kerana didakwa mengandungi 'elemen sensitif' - kini boleh ditonton di YouTube.

Tiga siri yang dibatalkan siarannya - selama kira-kira 30 minit - kini disiarkan di Internet bersama dua siri pertamanya.

Menurut penerbit dokumentari tersebut, Chou Z Lam (kiri), siaran tiga baki siri tersebut dibatalkan atas arahan langsung daripada ketua pengarah penyiaran Datuk Ibrahim Yahya.

Siri berkenaan memaparkan masalah asas yang dialami kira-kira 10,000 anggota masyarakat orang asal di Hulu Sungai Balui sejak lebih satu dekad.

Menurut masyarakat Penan, tanah di sekitar sungai Asap Koyan yang diberikan kepada mereka, tidak cukup besar dan tidak subur untuk pertanian.

"Kami hanya diberikan tiga ekar untuk satu keluarga. Bagaimana kami hendak bertani di kawasan sekecil itu? Kami tidak boleh menanam secukupnya untuk makanan kami sendiri," kata Botai Udau, seorang penduduk warga emas Penan.

"Di kawasan tanah lama, kami boleh pergi memburu dan memancing di hutan sekitarnya, tapi di sini, sukar bagi kami untuk menampung keperluan keluarga kami kerana tidak ada hutan," tambahnya.

Kenyataan Botai dalam bahasa kaum Penan itu, telah diterjemahkan oleh remaja Penan, Uming Anyit.

Satu lagi masalah, kata Botai, ialah tanah pertanian yang disediakan untuk masyarakat asal di situ, terletak hampir dua jam perjalanan dari lokasi rumah panjang baru mereka dan ramai yang tidak mampu membeli kenderaan.Katanya lagi, kerajaan negeri Sarawak hanya menyediakan tiga pegawai pertanian di sebuah pejabat sementara yang mana ianya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan 10,000 penduduk yang hanya bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan mereka.

Dokumentari tersebut turut memaparkan kekurangan kemudahan asas untuk anak-anak mereka yang kebanyakannya tidak bersekolah.

Masyarakat tersebut juga berdepan dengan masalah kekurangan bekalan perubatan dan kemudahan pengangkutan.

Sewaktu penempatan semula mereka pada 1998, kontraktor ampangan Bakun dan kerajaan negeri berjanji kepada penduduk terbabit untuk menyediakan rumah panjang yang baru, bekalan percuma air dan elektrik, tetapi penduduk kesal kerana janji itu tidak dikotai.

"(Sebaliknya) kami kini dipaksa membayar kos pembinaan rumah panjang, bekalan air dan elektrik," kata salah seorang penuduk masyarakat Kayan, Miku Loyang.

Sementara itu, menurut Chou, dua episod asal dokumentari tersebut telah ditapis oleh bahagian hal ehwal program Galeri Mandarin Nasional, sebelum episod seterusnya dibatalkan.

Chou berkata, beliau merancang untuk membuat penggambaran semula dokumentari tersebut kerana merasakan siri di internet itu belum lengkap dan mungkin juga melibatkan isu hak cipta dengan RTM.

Dr Asri Tak Jadi Masuk UMNO.



KUALA LUMPUR, 24 Jun 10:Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang disebut-sebut akan menyertai Umno esok, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider hari ini bahawa Asri telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) itu buat masa sekarang.

“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini,” kata rakan Asri ketika dihubungi.

Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.

“Ruang perbincangan belum ditutup,” kata sumber itu. (AK)


Kelantan perjelas pemulauan Kelantan Fiesta 2010

Harakahdaily

KOTA BHARU, 24 Jun:
Ekoran pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Red Carpet Worldwide Sdn Bhd selaku pengurus acara Kelantan Fiesta 2010, persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan semalam didedahkan perkara sebenar di sebalik tindakan pemulauan majlis perasmian majlis itu 16 Jun lalu.

Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga salah seorang pengerusi bersama jawatankuasa induk Kelantan Fiesta 2010 sewaktu menggulung perbahasan semalam memberitahu, keputusan tidak hadir ke majlis perasmian tersebut dibuat ekoran Red Carpet melanggar perjanjian (Event Management Agreement).

Antaranya termasuklah tidak membenarkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku tuan rumah untuk memberikan ucapan pada majlis tersebut yang diberitahu pada mesyuarat jawatankuasa induk 13 Jun lalu.

Mereka dimaklumkan bahawa yang dibenarkan berucap hanya dua orang iaitu wakil Red Carpet dan Perdana Menteri.

Menurutnya, seorang pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan memberitahu bahawa arahan agar slot ucapan Menteri Besar Kelantan ditiadakan dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

"Mula-mula saya tak percaya. Saya telefon, saya bercakap sendiri dengan Datuk Pa, didengar oleh pegawai JPP, TSUK Pengurusan. Datuk Pa kata menteri besar tak payah berucap," jelasnya.

Menurutnya, dalam perjanjian asal telah dipersetujui bahawa Tuan Guru salah seorang yang akan memberi kan ucapan dan telahpun dimasukkan dalam buku taklimat atucara majlis yang dibuat sendiri Red Carpet.

Tuan Guru, katanya dijangka berucap jam 9 malam sebelum ucapan perasmian oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

"Menteri Besar sebagai hos, tuan rumah, memang wajar berucap dalam majlis perasmian itu. Tak kan Perdana Menteri datang sorang-sorang tak tahu kepala ekor datang berucap begitu.

"Umpama kita pergi rumah orang, tuan rumah tak buka mulut lagi, kita dah bercakap," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri.

Pelanggaran kedua, katanya apabila pihak Red Carpet dalam satu sidang media 13 Jun yang dilaporkan akhbar Utusan, mendakwa Perdana Menteri yang akan merasmikan program tersebut sedangkan perjanjian mengikut perjanjian asal, perasmi adalah Pemangku Raja Kelantan.

Lebih teruk dari itu, Red Carpet juga mencetak bunting program perasmian dengan meletakkan gambar Najib yang dinyatakan sebagai perasmi program.

Menurutnya, Pemangku Raja telah pun bersetuju untuk berangkat merasmikan program tersebut melalui satu surat dari pejabat Sultan Kelantan bertarikh 14 Jun.

Namun pada 16 Jun, satu lagi surat dari pejabat Sultan Kelantan memaklumkan Pemangku Raja tidak dapat berangkat merasmikan program tersebut atas sebab-sebab tertentu.

"Oleh kerana senario berlaku, masalah pelanggaran syarat perjanjian, dan juga kita anggap sebagai satu program yang tidak mematuhi syarat, dan satu penghinaan kepada Yang Maha Mulia Pemangku Raja.


"Jadi mesyuarat exco buat keputusan, menteri besar, exco dan pegawai kerajaan tidak akan hadir," katanya.

Dalam penjelasannya juga, Takiyuddin turut menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan Red Carpet kepada kerajaan negeri termasuk menuduh kerajaan negeri mensabotaj program berkenaan.

"Jadi apabila hujan datang, ribut datang, seolah-olah kerajaan negeri boikot dengan bawa hujan ribut sekali," katanya disambut ketawa ahli dewan.

Pada malam 16 Jun lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menggantikan Perdana Menteri merasmikan Kelantan Fiesta 2010 hanya dengan kehadiran kira-kira 300 orang sahaja.

Majlis berlangsung dalam suasana hujan lebat mencurah-curah dengan bekalan elektrik turut terputus sehingga terpaksa menggunakan loud hailer.

Pemuda Umno pula bantah lesen judi sukan

Selepas Badan Perhubungan Umno Johor dan Perak, Pergerakan Pemuda Umno hari ini secara rasmi membantah cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi pertaruhan sukan di negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.

"Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di Tawau hari ini.

Khairy berkata judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri.

"Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka.

"Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi pengesahan dengan memberi lesen. Jadi daripada sudat pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam," katanya.

Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa lesen judi berkenaan hanya untuk masyarakat bukan Islam, namun kata Khairy pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira dalam isu itu.

Selain itu, Khairy berkata alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia.

"Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda (Umno)," katanya.

~ Bernama

Khairy Jamaluddin, You Jangan Jual Bangsa Sendiri - Ibrahim Ali

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengingatkan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA.

Semalam Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membela Wee selepas 'diserang' oleh presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa tersebut.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS pagi tadi.
Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata beliau mempunyai bukti berhubung kenyataan Wee itu dalam akhbar The Star yang bertarikh 16 Jun lalu.

Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan.
Ibrahim menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.

Dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Ibrahim mengecam Wee berhubung kenyataannya itu.

Berikutan itu, Khairy dan Wee kemudiannya dilapor mengadakan sidang akhbar masing-masing bagi menjawab isu tersebut

Ketika mempertahan Wee, Khairy berkata ketua Pemuda MCA itu tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan.

Sebali
knya, kata Khairy, Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Manakala Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa MARA.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau tetap "tidak berganjak atas kenyataan terhadap ketua pemuda MCA" itu.

"Siapa yang putar belit kenyataan kalau tidak Wee sendiri. Rujuk (akhbar The) Star pada I6 Jun (pada) muka 2.

"PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral.

"(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya.