Jumaat, 5 Februari 2010

Kronologi Liwat Saiful Bukhari Azlan Oleh Anwar Ibrahim




"Seluruh warga Malaysia yang waras pastinya meluat bila tengok muka si Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa lubang pungkoknya telah dibalun oleh 'cotar tua' Anwar sepanjang tempoh 2 bulan sebelum kejadian terakhir di Unit 1511 Kondominium Mewah Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Bayangkan dari mana si Saiful yang dah kena terajang dari UNITEN ni dapat duit sehingga mampu tinggal di kondominium mewah yang sewanya saja antara RM7,500 - RM15,000 sebulan.

Kenapa si Saiful ni sanggup diperalatkan oleh sang penguasa zalim dan jahat ? Tidak takutkah dia dengan ancaman Allah ? Apakah dia lupa apa yang telah terjadi kepada Mokhtar Abdullah, Rahim Noor, Azizan Abu Bakar, Aziz Shamsuddin dan para konspirator tahun 1998 ? Mungkin agaknya dia memilih jalan shortcut untuk hidup mewah seperti Umi Hafilda. Dan sekarang dia dapatlah hasil fitnah kejinya terhadap Anwar.

Cuba kita lihat fakta kronologi berikut ;

1- Beberapa hari sebelum 26 Jun 2008 - Pertemuan sulit antara Saiful dengan Najib (ketika Najib TPM) dibuat. Mula-mula Najib menafikan pertemuan itu tetapi kemudiannya mengakui dan menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful gagal di universiti dan meminta bantuannya untuk dapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar. Khabarnya dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup takut.

2- Pada hari Rabu, 25 Jun 2008 - Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (pada waktu itu sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes liwat Anwar tahun 1998/99 dulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah.

3- Tengahari Khamis, 26 Jun 2008 - Saiful mendakwa dia telah diliwat secara paksa oleh Anwar buat kali yang terakhir di sebuah kondominium mewah di Desa Damansara. Saiful juga mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar sebanyak 8 - 9 kali sepanjang 2 bulan sebelumnya.

4- Pagi Jumaat, 27 Jun 2008 - Saiful pergi ke pejabat Anwar seperti biasa. Takde pulak dia mengadu yang lubang pungkoknya sengal atau sakit kepada sesiapapun di situ dan hadir dalam keadaan normal. Pada sebelah petangnya dia turut hadir dalam majlis anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar. Dia turut membantu menghidangkan kopi kepada hadirin tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda ketidakselesaan.

5- Pada tengahari Sabtu, 28 Jun 2008 - Lebih kurang jam 2 petang, Saiful telah pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit dalam lubang pungkoknya selama beberapa hari. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan dubur serta rektum hujung usus adalah normal (masih dara). Selesai pemeriksaan, dia beritahu Dr. Osman yang dia telah diliwat oleh VIP. Dr Osman telah menasihatinya supaya buat pemeriksaan di hospital kerajaan.

6- Pada hari yang sama, Saiful pergi ke HKL. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Tak tahulah siapa yang ditemui atau dihubunginya untuk berbincang dalam tempoh 150 minit itu. Di HKL, dia telah diperiksa oleh TIGA orang doktor pakar (Apa perlunya sampai 3 orang doktor). Dan ini satu perkara luar biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut : “Tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur …” Sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

klik untuk besarkan imej




7- Saiful buat laporan Polis bertarikh 28 Jun 2008 di HKL yang dia telah diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008.

Kesimpulan ;

Begitu jelas pembohongan Saiful berdasarkan fakta berikut ;

1- Mengapa dia pergi HKL buat pemeriksaan dan buat laporan polis lewat 2 hari selepas kejadian liwat terakhir pada 26 Jun 2008 ?

2- Tiada sebarang laporan polis dibuatnya sepanjang tempoh 2 bulan yang dia dakwa lubang pungkoknya dibalun oleh 'cotar tua' Anwar sebanyak 8 ke 9 kali ? Malah sepanjang tempoh itu, dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

3- Seperkara lagi yang menimbulkan pertanyaan ??? Bagaimana seorang tua berusia 62 tahun seperti Anwar yang tulang belakangnya pun dah tak kuat (hasil pukulan Rahim Noor) boleh memaksa secara kasar si Saiful yang muda lagi tegap untuk melakukan hubungan seks luar tabii. Bukan setakat tulang belakang dah retak, malah 'cotar' Anwar pun dah tak power. Lembik. Ingat senang-senang ke nak balun lubang pungkok orang ?

Hanya orang gila dan kurang siuman saja boleh percaya dengan cerita budak paloi ni. Memang paloi pun. Sebab tu UNITEN terajang dia keluar.
Jika Kes Liwat 2 ini dibicarakan di Mahkamah Luar, awal-awal lagi DSAI dibebaskan manakala Saiful masuk penjara kerana membuat fitnah dan tuduhan palsu.

Namun perbicaraan masih diteruskan sebab inilah 'skrip' yang dimahukan oleh Maharaja Jib dan Maharani Mah serta sekutu-sekutu iblis mereka yang dilaknati Allah. Marilah kita berdoa semuga Allah SWT menyelamatkan Anwar daripada fitnah yang keji dan jahat ini.
Jazakallah.

Khamis, 4 Februari 2010

DUN Perak bakal dibubar? PR-BN mula gerakkan jentera

Oleh Qin Lang

Politik mula bergolak di negeri Perak berikutan desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri sejak kebelakangan ini. Pada hakikatnya, khabar angin ini tersebar sejak rampasan kuasa pada 6 Februari 2009. Tetapi, pengalaman lalu yang berakhir dengan "satu lagi pembohongan", telah menghakis harapan orang ramai. Namun, kemungkinan khabar angin ini menjadi kenyataan amat tinggi untuk kali ini.

Mahkamah Persekutuan bakal mengumumkan penghakiman terhadap kes "Menteri Besar Perak yang sah" pada 9 Februari yang akan datang. Ini merupakan saluran terakhir Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) di Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin untuk merayu melalui sistem kehakiman sejak dilucutkan dari jawatannya.


Seandainya Mahkamah Persekutuan menyetujui penghakiman Mahkamah Rayuan, maka Menteri Besar Barisan Nasional, Zambry Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah. Maka, Nizar Jamaluddin gagal memulihkan jawatannya sebagai Menteri Besar melalui saluran kehakiman yang lain. Sebaliknya, seandainya Mahkamah Persekutuan menolak penghakiman Mahkamah Rayuan, Nizar Jamaluddin akan kembali menjadi Menteri Besar.

Menurut maklumat dari sumber PR, penghakiman oleh lima orang panel ini memihak kepada PR. Oleh itu, PR yakin bahawa mereka akan menang dalam perbicaraan ini, malah berjanji akan menghadap Sultan untuk memohon agar DUN dibubarkan.

Pengumuman langkah BN yang mesra rakyat

BN dikhabarkan tidak mempunyai keyakinan penuh untuk menang dalam kes ini. Lebih-lebih lagi BN dikatakan berniat untuk membubarkan DUN, tetapi menunggu saat-saat yang terbaik. Situasi ini menjurus kepada peningkatan kemungkinan pembubaran DUN.

Oleh kerana niatnya untuk memburu kesempatan terbaik agar mengembalikan sokongan rakyat, BN terpaksa mengakur kepada hasrat rakyat sejak rampasan kuasa. Selain pengumuman langkah-langkah yang "mesra rakyat", kerajaan BN sanggup memberi laluan dalam isu yang dibantah atau diperjuangkan oleh rakyatnya. Setidak-tidaknya, ini jarang berlaku semasa zaman pemerintahan kerajaan negeri BN dahulu.

Kebelakangan ini, pengumuman peruntukan dana, tanah menjadi lebih kerap daripada kerajaan negeri BN, malah memperlihatkan keberkesanan yang tinggi. Segala-gala ini merupakan cubaan untuk menawan hati rakyat.

Bukan itu sahaja, BN yang kini memegang kuasa untuk membubarkan DUN, mengambil sikap yang lain daripada dahulu, ketika berdepan dengan khabar pembubaran DUN kali ini. Ramai pemimpin memberi reaksi secara berasingan, bahawa "khabar angin ini diada-adakan oleh PR", "dakwaan yang menghina mahkamah". Bahkan, EXCO kerajaan negeri BN, Hamidah Osman mengadakan sidang media khas untuk memberi reaksi kepada khabar angin ini.

MCA bersungguh-sungguh mengembalikan kerusi

Satu lagi hujah mendakwa bahawa parti komponen BN mahu membubarkan DUN, tetapi tidak dipersetujui sesetengah pemimpin UMNO. Untuk MCA yang hanya tinggal dengan satu kerusi, Gerakan dan MIC yang tidak mendapat satu kerusi pun dalam PRU ke-12, menganggap hanya dengan pembubaran DUN, barulah mereka berpeluang untuk mendapatkan lebih kerusi.

Khabar angin di atas belum pasti kebenarannya. Yang pastinya, kedua-dua pihak BN dan PR telah mula menggerakkan jentera kempen untuk pilihan raya, sebagai persiapan seandainya PR diputuskan menang oleh Mahkamah Persekutuan, dan pembubaran DUN yang menyusul selepasnya.

Pemimpin BN peringkat pusat akan melawat ke Perak untuk menunjuk kekuatan, setiap kali khabar pembubaran DUN tersebar, terutamanya pemimpin MCA yang akan mengunjungi "kubu" mereka, menunjukkan kesungguhan untuk merampas kembali kerusi yang dimenangi PR dalam PRU ke-12.

Ahli Majlis PBT

Oleh kerana masih memegang kuasa kerajaan negeri, Mah Hang Soon (gambar kanan) yang memegang portfolio Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam & Hal Ehwal Bukan Islam telah mengarahkan agar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengangkat sumpah jawatan sebelum 5 Februari. Ini mencungkil syak wasangka bahawa langkah ini sebagai persiapan terhadap penghakiman yang bakal diumumkan pada 9 Februari.

Pada tahun lalu, Ahli Majlis Perbandaran Taiping PR telah mengangkat sumpah jawatan sebelum rampasan kuasa pada 6 Februari. Jadi, BN terpaksa memeras otak untuk memaksa Ahli Majlis PBT meletak jawatan selepas itu. Walaupun mungkin ada yang menerima realiti bahawa "tukarnya pemimpin, maka tukarlah anak buahnya", namun tindakan BN kali ini tidak disenangi. BN telah dilihat merampas kerajaan negeri Perak dengan kuasanya di peringkat persekutuan. Paksaan mereka terhadap ahli majlis PBT PR mencerminkan imej gelojohnya mereka terhadap kuasa.

Setelah mengambil pengajaran daripada pengalaman yang lalu, BN kini lebih celik dengan menghabiskan upacara angkat sumpah jawatan di 15 majlis PBT, empat hari sebelum penghakiman diumumkan. Niatnya walaupun tersirat, tetapi disedari umum.

Bilangan kerusi dijangka tak banyak berbeza

Ceramah untuk mendedahkan selok belok rampasan kuasa telah bermula, sejak kerajaan PR ditumbangkan pada tahun lalu. ADUN PR telah membongkarkan penyelewengan BN di kawasan pengundian masing-masing, berjaya menyebarkan mesej bagaimana BN berkomplot untuk merampas kuasa.

Seandaianya DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya diadakan, PR dijangka akan menghangatkan sentimen ketidakpuasan komuniti Cina, malah India terhadap BN dengan imej Nizar Jamaluddin yang baik di mata komuniti Cina. Namun demikian, dari kaca mata masyarakat Melayu, Nizar pula digambarkan sebagai pengkhianat Melayu dan boneka DAP. Ini mungkin kelemahan yang ada pada Nizar.

Tidak pelik seandainya Zambry meraih sokongan masyarakat Melayu dengan penguasaan sumber dan kerajinan beliau untuk turun ke kampung Melayu. Di masyarakat Cina pula, tidak kira berapa langkah yang memanfaatkan rakyat, beliau tetap dengan imejnya sebagai ketua rampasan kuasa BN. Beliau dijangka tidak disenangi pengundi Cina.

Namun, setelah tiga orang ADUN keluar dari PR, maka PR telah memiliki 28 kerusi seperti BN, dengan jumlahnya 59 (28vs28+3). Seandainya pemilihan semula mengekalkan perbezaan bilangan kerusi pada satu atau dua, dipercayai rampasan kuasa (peralihan kuasa) mungkin akan berlaku lagi. Ia mungkin tidak terhad kepada tarikh 8 Mac dan 6 Februari.

*Qin Lang ialah penulis khas MerdekaReview, edisi Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Rabu, 3 Februari 2010

KONSPIRASI POLITIK UMNO MENJATUHKAN ANWAR IBRAHIM

ANWAR IBRAHIM – KONSPIRASI NOMBOR DUA

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

KES HAIRAN YANG BENAR BENAR PELIK

Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa"yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel COncorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Umum juga telah didedahkan "si mangsa" ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.

Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.

Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan "plastik" yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.

Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, "tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur ..." sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

CONTOH CONTOH BUKTI YANG DIREKA REKA

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.

Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:

”Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?"

Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan - laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:

"Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."

Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.

KONSPIRASI HASAD NIAT JAHAT DALAM KES SEKARANG

Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.

Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.

Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.

Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.

Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.

Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil

Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.

Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.

Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.

Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.

KONSPIRASI POLITIK

Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.

Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.

SIVARASA RASIAH

Selasa, 2 Februari 2010

Dr Mahathir Telah Melaksana Program Ekonomi CIA Yang Terbukti Gagal di Amerika Latin

Saya ada terjumpa sebuah buku tulisan Naomi Klein bertajuk "The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism". Betapa banyak persamaan program ekonomi Dr Mahathir berbanding dengan pengalaman ramai negara2 yang gagal di bawah sistem kapitalism pasaran bebas seperti Chile, Russia dsbnya.

Saya rasa kalau ada anugerah untuk dictator paling pandai berlakon di “Academy Awards”, nescaya anugerah itu pergi pada Dr Mahathir Muhammad.

Ingat atau tidak projek penswastaan (dan perusahaan berat) Dr Mahathir Muhammad sewaktu mula-mula beliau menjadi PM. Penswastaan Dr Mahathir adalah program yang beliau tiru dari Magaret Tatcher dan Ronald Reagan. Pada waktu yang sama, Dr Mahathir dengan mulut murainya ke sana ke mari memaki serta mengutuk Barat. Ertinya, tindakan beliau mengutuk Barat tu tidak lebih dari satu sandiwara. Pada waktu yang sama beliau memaki Barat, beliau telah mengimplementasi segenap program Barat yang dipanggil “penswastaan”.

Penswastaan juga dilaksanakan oleh Suharto di Indonesia. Kita tidak hairan kalau Suharto melalukannya kerana Suharto adalah agen CIA. Beliau jadi Presiden pun dengan bantuan 100% dari CIA. Tapi Dr Mahathir sepatutnya tidak boleh melakukan demikian kerana beliau anti Barat dan anti Yahudi

PENSWASTAAN ERTINYA MENYERAH ASET NEGARA KEPADA KRONI DAN UMNOPUTRA

Kita sering bertanya kenapa kos hidup sekarang ini semakin mahal. Mengapa pada zaman 80’an, dengan gaji RM 1000 kita mampu sewa rumah, beli kereta dan menanggung persekolahan anak-anak. Tapi, sekarang ini, dengan pendapatan RM4000 pun kita masih terpaksa berhutang keliling pinggang.

Ini semua adalah berkait rapat dengan konsep PENSWASTAAN Dr Mahathir Muhammad yang kononnya dilakukan untuk MEMBANGUN MALAYSIA.

Hakikatnya, penswastaan adalah memberi kekayaan negara kepada kroni supaya kroni2 UMNO dapat mengaut keuntungan berlipat ganda.

Misal yang paling utama adalah PLUS. Sekiranya Lebuhraya Utara Selatan dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, nescaya kadar tol yang kita bayar adalah SETENGAH atau SUKU dari kadar yang kita bayar sekarang ini.

LLM masih boleh mengenakan bayaran tol kepada pembina jalanraya sebagai bayaran balik, namun LLM sendiri tidak perlu membayar dividen kepada “pemegang saham” LLM. LLM tiada pemegang saham. Ia adalah milik kerajaan Malaysia.

Bila kadar tol yang sepatutnya dibayar menjadi dua atau tiga kali ganda dari kadar sebenar, maka secara otomatik segala harga barang keperluan akan naik berlipat kali ganda.

Maka, di situ, harga barang keperluan terpaksa naik dan tidak turun.
Misal lagi satu adalah MAS. Sebelum MAS diswastakan kepada Tajudin Ramli, MAS ada hampir RM900 juta dalam bentuk tunai. Ertinya MAS beroperasi dengan mencatat keuntungan yang begitu positif. Tapi, selepas diswastakan, MAS rugi berbillion-billion ringgit. Dan apabila MAS rugi, siapa yang kena tanggung kerugian? Kroni? Tidak. UMNO? Tidak. Daim Zainuddin? Tidak. Jawapannya adalah RAKYAT MALAYSIA.
Kerugian MAS itu sahaja menyumbang kepada kejatuhan “kuasa membeli” rakyat Malaysia kerana Malaysia terpaksa mengadakan bajet yang defisit.

Dan, termasuklah juga, “bail-out” yang lain yang berjumlah berbillion-billion ringgit yang semuanya ditanggung oleh rakyat Malaysia dalam bentuk “Bajet Defisit”. Bajet yang defisit akhirnya MENGECILKAN nilai matawang Malaysia menyebabkan pendapat yang kita dapat selama ini semakin lama semakin mengecil.

Sebab itu, bagi orang yang pendapat tidak naik dalam masa 10 tahun kebelakangan ini, mereka akan dapat merasa betapa MENGECILNYA nilai wang yang ada dalam tangan mereka.

Rata2 rakyat Malaysia, di dalam 10 tahun kebelakangan ini, pendapat mereka adalah STATIK dan TIDAK BERUBAH dengan banyak.

Tapi, kos hidup naik melambung-lambung (walaupun data sebenar disorok oleh Bank Negara).

MAHATHIR MENGIMPLEMENTASI PROGRAM EKONOMI CIA YANG TELAH GAGAL DI AMERIKA LATIN

Dr. Mahathir sebenarnya melaksanakan program ekonomi yang dipaksa oleh CIA ke atas negara-negara Amerika Latin selepas CIA menjatuhkan pemimpin2 negara yang mereka anggap SOSIALIS. Pemimpin2 seperti Allende di Chile dan Arbenz di Guetemala.

Di Chile selepas CIA menjatuhkan Presiden Allende, mereka telah menaikan seorang dictator bernama Agusto Pinochet. Selepas Pinochet ditabalkan sebagai Presiden, polisi ekonomi yang dilaksanakan di Chile adalah:
a. Penswastaan harta rakyat
b. Deregulasi (i.e. seperti berlaku dalam sektor telekomunikasi)
c. Pengurangan perbelanjaan social
d. Pengurangan cukai korporat
e. Tekanan kepada mereka yang tidak sehaluan
f. Pengurangan kebebasan demokrasi dan kebebasan bersuara
g. Peningkatan kadar korupsi

Agusto Pinochet melaksanakan polisi ekonomi beliau berdasarkan kepada progam yang ditulis oleh ahli ekonomi University Chicago bernama Milton Friedman dari buku beliau bertajuk “Capitalism and Freedom”

Hasil dari perlaksanaan polisi ekonomi seorang Yahudi bernama Milton Friedman ini, Chile hampir jadi bangkrap, kemiskinan bertambah, korupsi naik menggila, rakyat kelaparan, demokrasi hancur, rakyat ditangkap tanpa bicara dan disiksa dalam tahanan, kadar kehilangan kerja naik menggila, dan yang paling menyedihkan adalah jurang pendapatan antara miskin dan kaya bertambah besar dan sampai sekarang tidak dapat diperbetulkan.

Program seperti di Chile dilaksanakan di hampir kesemua negara Amerika Latin seperti Argentina, Bolivia, Guetamala, Brazil, Mexico dsbnya.

Hasilnya, syarikat2 Amerika dapat masuk ke Amerika Latin dan merompak kesemua kekayaan rakyat dan meninggalkan majoriti rakyat kelaparan dan dalam kesusahan yang amat teruk.

Program yang terbukti gagal seperti di atas telah dilaksanakan oleh Dr Mahathir dengan begitu bersemangat sekali. Tak hairanlah rakyat Malaysia sekarang ini tidak dapat menikmati kehidupan sebagai rakyat di dalam negara yang membangun

SEMUA PROGRAM PENSWASTAAN DR MAHATHIR GAGAL

Semuanya gagal. Semuanya terpaksa di selamatkan oleh Rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim telah cuba menghalang wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan kroni2 UMNO dan UMNOPUTRA dan beliau membayar dengan mahal sekali usaha beliau.

Daim bebas menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan beliau serta budak2 beliau seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli. Dan bila Anwar menghalang, Daim menaja skim memfitnah Anwar sebagai peliwat. Ahli2 UMNO semuanya percaya bulat2 fitnah ini.

Semuanya kerana Dr Mahathir adalah seorang yang tidak TAHU BAGAIMANA MEMBANGUN NEGARA. Yang beliau tahu, guna wang rakyat dan beri pada kroni dan kontraktor2 luar negara. Bukankah KLCC dibina oleh syarikat Jepun dan Korea?

Nasib baik Malaysia ada wang minyak, tapi lambat laun wang minyak akan habis. Dr Mahathir telah berjaya mengkayakan anak-anak beliau.

Dan UMNOPUTRA semuanya hidup senang lenang pada waktu yang sama anak2 Melayu bergelumang dengan hutang keliling pingang setiap hari.

Banyak program2 sosial telah dikurangkan atas nama penswastaan menyebabkan syarikat2 monopoli seperti TNB sentiasa menaikkan kadar tariff, padahal TNB adalah monopoli. TUjuannya adalah untuk mengkayakan pemegang2 saham yang mana saham tersebut telah diberikan oleh Dr Mahathir dan UMNO untuk tujuan mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.

PENUTUP

Dr Mahathir adalah seorang yang lidah bercabang. Di waktu beliau memaki Barat dan yahudi, beliau dengan senang hati melaksanakan program ekonomi Yahudi/CIA yang terbukti telah gagal di Amerika Latin 10 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya, Dr Mahathir mesti ditangkap dan dibicarakan di mahkamah Hak Asasi Antarabangsa seperti yang berlaku kepada Agusto Pinochet. Bukan dibanggakan seperti sekarang ini.

Tulang Besi

Gadis Remaja Berpeleseran

KUALA TERENGGANU – Sungguh mengejutkan! Pada jam 3 pagi, masih ada anak-anak gadis remaja, mundar mandir di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu?
http://buletinonline.net/images/stories/berita21/jam3pagi.jpg

Mereka dapat ditemui di sekitar dataran Shahbandar dan pantai Batu Burok pada malam-malam tertentu, terutama dihujung minggu.

Aksi mereka pula, persis anak-anak jalanan di kota-kota besar, seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu, dan bukan seperti anak-anak sebuah negeri yang digelar Darul Iman.

Adakah ini menandakan bahawa Kuala Terengganu kini semakin ‘maju’ atau sebenarnya ia sedang mundur ke belakang, menjadi sebuah kota jahiliyyah moden?

Di dataran Shahbandar, kehadiran ‘kumpulan peleseran’ itu boleh diperhatikan, tiba secara berpasang-pasangan menaiki kereta atau membonceng motosikal.


Yang berkereta mungkin akan keluar berdua-duaan, menghirup angin malam sambil duduk-duduk dibangku-bangku batu yang disediakan.

Atau, mereka boleh sahaja terus tinggal didalam kereta, meneruskan apa jua ‘adegan’ tanpa takut sebarang teguran atau tindakan serbuan dari Penguatkuasa.

Gelagak bersosial serta ‘bersahaja’ anak-anak muda tersebut amat memalukan dan menjadi ‘semakin hangat’ apabila tiba waktu dinihari.

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/jam3pagi2.jpg
Ada anak-anak gadis belasan tahun, yang berpakaian umpama orang puteh yang ‘tinggal di Eropah’, dengan ber‘mini’ skirt dan memakai ‘singlet’ sahaja.

Bahkan di Batu Burok, apabila di perhatikan dengan teliti, gerak geri dan tingkah laku mereka membuktikan, mungkin ada aktiviti yang ‘lebih berat’ sedang berlaku.

Tinjauan Buletinonline ke lokasi dapat menyaksikan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah menjadi pemandangan biasa, tanpa batasan.

Ketika warga kota lain dibuai mimpi, sekitar jam melewati 2.30 pagi, beberapa gadis remaja dilihat berkeliaran, samada di taman permainan atau di pantai.

Mereka kelihatan, seolah-olah menunggu-nunggu kedatangan seseorang.

Gadis remaja itu kemudiannya akan didekati beberapa pemuda, mereka bertegur sapa dan berbicara lebih kurang.

Selang beberapa minit, gadis itu dilihat menuruti kumpulan pemuda tersebut, samada berkereta atau dengan menaiki motosikal

Persoalannya, apakah benar wujud golongan remaja yang ‘tidak berumah’ dan ‘mencari makan’ di Bandaraya KT sebagaimana yang hangat diperbualkan?

Jika tidak, apa ke jadahnya, mereka berpeleseran tanpa arah tujuan, pada dinihari jam 3 pagi !


-buletinonline-

Isnin, 1 Februari 2010

Umno Memperalatkan SPRM Demi Kepentingan Politik

Wawancara Bersama Huseein Ahmad S/U Kerja Exco Selangor

Setiausaha Kerja kepada Exco Selangor, Hussien Ahmad dukacita kerana SPRM dipergunakan oleh pihak tertentu untuk membuat pertuduhan fitnah terhadapnya.

Beliau berkata penahanannya oleh SPRM berpunca daripada fitnah anasir-anasir yang tidak berpuas hati kerana gagal mendapatkan kontrak pasir.

Pegawai kanan kepada EXCO Yaakob Sapari itu dibebaskan tanpa syarat setelah ditahan reman selama lima hari minggu lalu.

“Pasir adalah sumber alam yang di bawah YB Yaakob, tapi sebenarnya YB Yaakob sebagai Exco Sumber Alam, tapi pasir ini adalah bawah jagaan anak syarikat kerajaan Selangor yang bernama Kumpulan Semesta Sdn Bhd jadi ini yang berlaku apabila setiap permohonan terpaksa dihantar kepada pihak KSSB, tapi malangnya melihat mereka ini tidak faham prosedur yang sedia ada dan saya terlibat dengan konflik untuk menjatuhkan saya kerana tak dapat kontrak pasir”, katanya yang ditemui baru-baru ini.

Hussein ditemubual dalam program Apa Khabar Selangor terbitan TV Selangor di Shah Alam.

Hussien turut disoal siasat SPRM atas lawatannya ke Hangzhou, China pada Oktober lalu di bawah program lawatan kerja usahawan yang ditanggung kerajaan negeri.

“Kita pergi ke Hangzhou sebagai usahawan, tapi dalam ramai-ramai itu, rupanya terselit 2-3 orang yang kita tak dapat terima keinginan dia itu, yang dia mahu bukannya usahawan, tetapi pasir, tapi kita tak tahu, tuduhan yang kita terima dia kata semasa dalam perjalanan itu pergi Hangzhou, tuduhan dia telah memberi saya 10 ribu yuen untuk saya meluluskan permit pasir dan juga gambar China, apa yang saya tahu, saya tak pernah meluluskan permit pasir, kerana saya tak pernah meluluskan permit pasir dan saya tak boleh meluluskan permit pasir begitu juga YB Yaakob Sapari”, jelasnya lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan tuduhan terhadapnya didalangi oleh golongan terdesak dalam Umno-Barisan Nasional yang mahu menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN (TVS)

Ahad, 31 Januari 2010

Ramai lompat keluar PKR

Assalammualaikum,

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keadilan pada hari ini apabila mengetahui harapan yang telah disandarkan mereka kepada calon2 pilihan telah mengkianati amanah setelah dipilih pada PRU ke 12 yang lalu. Setelah sahaja dipilih maka terserlahlah keberibadian calon2 tersebut. Harapan baru Untuk Malaysia seperti yang menjadi menifesto PKR hancur punah. Yang ada hanyalah kebobrokkan individu calun itu sendiri.

Maka terserlahlah keperibadian calun2 tersebut. Ada yang nampak alim dan zuhud tapi haprak.....jarang2 balik kekawasan tapi membuat kenyataan seolah olah sentiasa berada dikawasannya. Menyatakan semua masalah rakyat seperti pemotongan rumput, pembersihan kawasan dan masalah setempat telah diselesaikannya. Piiirah...janji sana janji sini lepas tu muka pun tak nampak. Boleh dikira dengan jari program turun kekawasan. Nasib baik ada blackberry. Kalau nak dibandingkan dengan MP lain yang bertanggung jawab cukuplah dibezakan dengan adanya Pusat Khidmat Ahli Parlimen. Ini apa pun tarak, takcaya buka blog Junjungan Mulia.

Bagai melepas batuk ditangga....tup2 selesai masalah sana masalah sini. Baru2 ni buat statmen menyatakan semua keputusan samada meletak jawatan atau melompat parti terletak ditangannya...betul, rakyat tak nafikan. Tapi yang memilih hang adalah rakyat, rakyat pula memilih bukan pasal hang tu bagus atau pun hang tu zuhud. Tapi rakyat memilih hang pasal hang bertanding atas tiket Parti. Sebab Pakatan Rakyat mencalunkan hang wakil jadi rakyat memangkah lah agar PKR dan Pakatan Rakyat menang. Hang kena ingat pengorbanan pemimpin dan penyokong parti yang membantu hang dengan duit ringgit dan peloh sendiri walau pun hang tak mengeluarkan duit, Apa ke JADAH manusia jenis tak mengenang jasa orang, spesis ni mai kot mana?..

Lepas ni hang bertanding atas nama individu kalau hang berani dan nak tengok langit tinggi ke rendah, nak dapat undi berapa banyak dan hilang wang pertaruhan. Kalau nak syok lagi hang minta bertanding atas tiket Ameno nak tengok Aziz Kadiaq bagi ke tak!!!. Lagi hang dok tulis lagi orang Kulim meluat kat hang. Lani macam jadi cerita lawak bila berbicara pasal hang. Tajuk pasai nama hang aje orang dok ketawa berdekah dekah tak kira di kedai kopi, surau atau Mesjid. Yang pasti semuanya mengeluarkan kalam menyesal memangkah dan memilih hang menjadi wakil rakyat Kulim Bandar Baharu...

Cerita di Parlimen Merbuk pun khabarnya sama aje. Ada Ahli Parlimen duduk di kawasan tapi yang peliknya taktahu Kampung2 dalam parlimennya. Jangan ke jalan tak tahu tapi nama kampung pun tak tahu juga. Nampak sangat tak pernah turun ke kawasan. Ada juga kedengaran nak melompat parti.

Mana taknya, dok kawan dengan pengkianat parti. Pusat khidmat Parlimen dok berjiran dengan kedai orang yang menjual parti untuk menjadi kaya. 30hb, baru ni siap tolong rasmikan majlis perasmian syarikat Nabba iaitu pusat kecantikan di Taman Tuanku Hamimah. Empunya syarikat adalah si Zamil Ibrahim yang membuat kerja-kerja kianat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Beliau lah yang menjadi orang tengah berjumpa dan membuat tawaran kepada Adun2 PKR agar berpaling tadah. Ada juga khabarnya 3 kroni MP merbuk ni yang dilantik menjadi ahli Majlis Sg. Petani hadir sama. Seolah olah meredhoi kerja buat si Zamil.

Kita tak la nak marah kalau atas nama persahabatan tapi apa pula PERSEPSI penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Kawasan tersebut adalah kubu kuat PR. Kalau berakal adalah lebih baik dan afdal kalau berkecuali. Tak payah pi rasmi. Nampak bercelaru dan juga kekaburan yang ada selama ini makin ternampak jelas. Kerajaan PR hampir tumbang bila telah ada adun yang bersetuju untuk melompat dan projek ini terpaksa ditangguhkan dulu kerana masih ada Adun yang kuat semangatnya walau pun Adun tersebut orang susah tapi semangan perjuangannya kental. Umum juga tahu bahawa MP ini juga adalah calun pilihan Zamil and the gang tapi perlulah MP ini ingat bahawa berhidmat untuk rakyat adalah segala galanya dari termakan budi yang menyebabkan boleh rosakkan siasah dan perjuangan. Biarkanlah Zamil dengan kekayaan yang diperolehi dari menjual maruahnya tetapi MP tersebut kena teruskan berkhidmat untuk rakyat terbanyak.

Di Pulau Pinang juga ada cerita nak melompat parti. Kita sebagai penyokong Pakatan Rakyat dikhabarkan bahawa semua alasan untuk melompat adalah hilang kepercayaan kepada pimpinan PKR. Telah lari dari asas perjuangan...Nak tanya pembaca betul ke?????. Sebagai pemerhati bebas rakyat marhain yang tiada berkepentingan melihat dan menilai bahawa banyak bezanya antara pemerintahan PR dan UBN. Yang sebenar lari prinsip perjuangannya adalah UBN.

Hanya mengisi perut dan tembolok sendiri dan kroni. Cuma ada segelintir MP PR yang terikut ikut dengan rentak MP UBN. Dulu masa bejuang untuk rakyat naik teksi dan bas ekspress tapi kini dah beli Mercedes mata kacang siap dengan no plet yang ditender. Dulu dok rumah teres tapi kini dah beli banglow ratusan ribu ringgit. Kerana harta dunia ni lah yang menyebabkan kita lupa pada prinsip dan perjuangan. Dah lupa bumi yang dipijak dan lupa kepada rakyat yang perlu dibela. Tapi kesal juga bila Ketua Menteri PP ni pi biaq MPPP dok roboh gerai2 peniaga melayu ni buat apa!.

Dok bagi peluru kat musuh maka senang la musuh menembak balik kita. Sepatutnya Lim Guan Eng ni patut mengarahkan operasi peruntuhan tersebut ditangguhkan kerana beliau mempunyai kuasa. Panggil peniaga ni berbincang dengan mereka dan kalau perlu dibina gerai baru, bina untuk pendapatan harian mereka. Ini tidak dok biarkan MPPP bermaharaja lela seolah ada tangan2 ghaib yang mengarahkan kerja tersebut untuk memalukan kerajaan PR.

Kerana kita tahu bahawa ini semua adalah peninggalan kerajaan korup yang terdahulu. Tapi sekurang kurangnya berbincanglah terlebih dahulu dengan rakyat........!!!. Bagi negeri Pahang pula dah lama dulu ada juga kedengaran untuk melompat parti dari sumber2 geng Kelab Anti PKR ni. Rakyat rasa terkedu juga apabila tiada hujan dan ribut tiba2 MP Indera Mahkota ni membuat kenyataan akhbar meletakkan jawatan dalam PKR Negeri. Bagi saya yang dah dengar cerita dulu ni berasa apakah berjaya pula kerja buat Kelab Anti PKR ni....Semoga semua MP yang diatas menguatkan semangat perjuangan sekurang kurangnya sehingga PRU ke 13 akan datang.

Dalam Mingguan Malaysia hari ini muka depan dengan tajuk "Ramai lompat keluar bila PKR hanyut" dengan gambar Presiden Kelab Anti PKR. Akhbar propaganda ni pikir rakyat akan mempercayai tohmahan tersebut. Sepatutnya dia sebut Ramai yang lompat keluar bila UBN hanyut.....kerana yang teruknya adalah UBN sendiri. Mereka bertambah kronik dan barahnya dah sampai tahap empat iaitu boleh membawa maut dan tiada ubatnya. Hanya tunggu untuk dibaca surah Yassain sebelum dikafankan.

Dengan berlakunya berbagai peristiwa keji seperti kehilangan injen jet, kenaikan harga barangan dan tak lama lagi kenaikan harga minyak petrol dan disel. Rakyat terbeban dan tak mempercayai UBN lagi oleh kerana itu makin kuatlah propaganda menekan dan memburukkan PR. Lagi kuat ditekan dan dimainkan sentimen perpecahan PR bermakna sebenarnya semakin kronik UBN. Sehingga terpaksa membuat progran merekalah kononnya juara Rakyat......

Sebagai kesimpulannya untuk dimasa hadapan PKR perlulah memilih dan menilai calun2 yang akan diketengahkan sebagai calun dimasa dan waktu yang ada ini. PKR perlu menebas semua semak2 dan belukar yang ada agar rakyat yang menaruh harapan tinggi kepada PR tidak hampa dan menyesal untuk memilih sekali lagi. Memang Rakyat mengharapkan DSAI menjadi Perdana Menteri agar segala ketidak adilan dapat diatasi dan mengubah negara kearah yang lebih baik. Itulah harapan rakyat sebenarnya. DSAI perlu betegas dan tiada kompromi dalam soal ini.

Saya terkesan juga dengan tulisan Raja Petra dalam Malaysia Today dalam artikel terbaru beliau. Negara Malaysia ini kaya dengan hasil minyak dan hasil dari bumi. Rakyat mahukan sumber ini digunakan sepenuhnya untuk kebaikan rakyat. Malaysia tida kemarau teruk dan gempa bumi.Jadi tiada alasan unuk dikecapi nikmat dan rahmat ini bersama. Bagi MP diatas lupakan lah kerja2 busuk melompat parti. Teruskan kerja membela rakyat dengan sebenar benarnya. Jangan lah berlakun tulus mulus tapi tak turun kelapangan. Ingatlah kamu ada ikon yang menjadi perhatian rakyat. Kalau kamu berperangai begini elokbenarlah kamu digelarkan MP sepenggal. Kalau DSAI memilih juga kamu bermakna Zalim lah DSAI itu sendiri. Zalim kepada Rakyat........Berkata benarlah walaupun pahit..............

Sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersedia bersamanya untuk menyertai Barisan Nasional

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Bercakap Tentang Arahan Baru (Talkin’ bout The New Order)

Apa gunanya Anwar yang kini berada di luar kalau dia tidak melakukan apa-apa? Lebih baik dia pergi ke penjara. Setidaknya pembangkang boleh mendapat manfaat daripada itu. Anwar merupakan aset mati daripada hidup.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Ahli Parlimen untuk Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim, telah mengumumkan bahawa terdapat sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersedia bersamanya untuk menyertai Barisan Nasional.

Ok, dia mungkin mempunyai bilangan dua atau tiga; mungkin empat, tapi masih tidak sampai sepuluh, seperti yang dituntu olehnya.

Sebenarnya, rancangan untuk melompat parti oleh Zahrain telah wujud sejak lama lagi. Hanya kebelakangan ini dia telah bertindak. Tapi dia tidak boleh melompat tanpa mempunyai alasan. Dia memerlukan 'alasan yang kuat', atau seperti 'satu kemestian', untuk mengizinkan tindakannya.

Sebab itulah dia telah mengelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebagai seorang diktator, mindakan komunis, dan sebagainya.

Dia berharap bahawa Guan Eng akan membalasnya dan mencabar dia untuk meninggalkan PKR dan menyertai UMNO atau apa pun. Lalu Guan Eng akan dilihat sebagai "Chow Lang" (orang jahat) yang telah 'memaksa' Zahrain keluar parti. Guan Eng kemudian akan dilihat sebagai orang jahat dan Zahrain merupakan mangsa kepadanya.

Tapi Guan Eng lebih cerdas daripada mereka memberi kredit anda dan ia tidak memakan umpan. Dia tidak respons dengan cara yang mereka harapkan dan diharapkan. Jadi, rencana sekarang mati di dalam air. Dan jika Zahrain dibuat nya bergerak kemudian ia akan menderita yang sangat serius masalah kredibiliti.

Zahrain tidak mempunyai banyak masa lagi. Dia perlu selesaikan hal ini secepat mungkin, sebelum SPRM menangkapnya. Nampaknya dia mempunyai banyak kesalahan ketika bersama UMNO dulu. Kesalahan itu sudah membolehkan SPRM menghantarnya ke penjara selama 100 tahun. Dan hanya menyertai UMNO barulah dia terselamat. Jika dia masih menunggu SPRM datang menangkapnya dan didakwa atas pelbagai kes rasuah sebelum dia mengumumkan untuk meninggalkan PKR menyertai UMNO, mungkin itu sudah terlambat.

Dan dia perlu menawarkan sedikit tarikan untuk membuatnya lebih menarik bagi UMNO. Jadi dia telah menawarkan UMNO dengan 'pakej yang lazat' ini. Sebab itulah dia mengumumkan dia mampu membawa sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan bersama-sama dengan dia untuk menyertai Barisan Nasional. Dan dia bukan sahaja dapat menarik Ahli Parlimen Melayu bersamanya, malah termasuk beberapa orang Cina dan India juga.

Tetapi semua Ahli Parlimen yang dimaksudkan adalah apa yang disebut oleh orang Melayu sebagai 'orang-orang yang bermasalah'.

Salah seorang daripada Ahli Parlimen Cina itu adalah orang yang mempunyai banyak hutang judi. Untuk membayar hutang judi ini dia terpaksa meminjam wang daripada along dan kini mereka memaksanya untuk mengembalikan wang tersebut. Dia ditekan sekarang malah takut untuk kembali ke rumah sebab takut akan bertemu dengan along itu.

Dia memerlukan wang untuk menjelaskan hutang judi dan juga wang yang berhutang dengan along. Jadi mana lagi untuk mendapatkan wang kalau bukan Barisan Nasional? Jadi dia akan bersama Zahrain apa yang disebut 'Eksodus' untuk membayar balik hutangnya.

Masalahnya, dia bukan sahaja memerlukan banyak wang untuk membayar hutang-hutangnya dan untuk membayar along. Malah dia juga memerlukan wang untuk membiayai gaya hidupnya yang penuh dengan arak, wanita, lagu dan kasino.

Jadi, ini bukan hanya untuk membayar hutang-hutangnya. Ini juga tentang mengizinkannya untuk meneruskan kehidupan dengan wanita dan perjudian kerana dia tidak belum bersedia untuk 'bersara'. Dia ingin meneruskan gaya hidupnya - tetapi hanyalah dia mempunyai wang untuk membiayai gaya hidup.

Ahli Parlimen Cina lain yang akan melompat parti ialah orang yang memiliki dua orang perempuan simpanan. Ya, itu benar. Dua perempuan simpanan! Dan salah satu perempuan simpanan ini - yang tinggal di Taman Tun Dr Ismail - baru saja melahirkan seorang anak. Jadi Ahli Parlimen Cina ini yang baru saja menjadi ayah dan mempunyai anak haram telah membawa masalah kepada dirinya.

UMNO telah mengancam untuk mendedahkannya dan gaya hidupnya yang tidak bermoral. Jadi adakah dia masih mempunyai masa depan selepas dedahan ini? Jadi, untuk menyimpan rahsia dan memastikan bahawa UMNO tidak akan mendedahkan kisahnya iaitu perempuan simpanan dan anak haram dan yang lain, dia harus mempertimbangkan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional, mungkin MCA, Gerakan atau PPP.

Jadi, seperti yang saya katakan, mereka dalam geng sepuluh orang yang akan bersama dengan Zahrain yang akan meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai Barisan Nasional adalah orang-orang yang bermasalah.

Ok, jadi sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan melompat ke Barisan Nasional, kata Zahrain (meskipun saya percaya adalah lebih kurang daripada bilangan itu). Dan jika itu berlaku maka Barisan Nasional akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di parlimen. Namun, secara jujur, saya tidak peduli. Biarkan mereka pergi dan Barisan Nasional kembali dengan majoriti dua-pertiga di parlimen.

Kita harus mula berbicarakan tentang Order Baru. Dan untuk mencapai Order Baru ini kita memerlukan Ahli Parlimen dan Ahli DUN yang mempunyai kualiti moral yang lebih tinggi. Pakatan Rakyat harus menetapkan piawaian tertentu dan membentuk satu sistem untuk menilai. Dan sesiapa yang tidak mampun mencapai tetapan itu, dia harus pergi.

Mari kita mula berbicarakan tentang Politik Baru (New Politik). Politik gaya lama tentang manfaat dan kesempatan perlu dihapuskan. Dan sesiapa yang masih bermain dengan gaya lama harus disingkirkan. Hanya menyingkirkan mereka dan mencampakkan tubuh mereka ke dalam kandang khinzir untuk menjadi makanan malam khizir.

Orang-orang telah muak dengan apa yang telah terjadi dalam masa dua tahun ini. Mereka memilih untuk perubahan. Mereka memilih kerajaan baru untuk melihat perubahan ini. Tapi semua yang mereka dapat adalah cara kotoran lama yang sama tetapi dalam botol baru sahaja.

Itulah yang mereka pilih pada 8 Mac 2008? Kenapa mereka memilih untuk berubah? Jika kita ingin gaya politik Barisan Nasisonal jadi cuma pilih Barisan Nasional. Mengapa memilih Pakatan Rakyat jika semua yang anda dapatkan adalah cara politik lama yang sama?

Tapi itu memerlukan dua tangan (dua pihak) untuk bertepuk tangan. Tikus-tikus tidak akan bermain kalau bukan kerana kucing telah pergi. Dan itulah sebabnya ia telah menjadi binatang pemburu tikus yang paling buruk - kerana kucing telahpun tidur.

Dan 'kucing' saya maksudkan ialah Anwar Ibrahim. Terdapat kebetulan dimana orang-orang yang bermasalah ialah orang-orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar?

Orang-orang yang bermasalah telah menjadi masalah besar kerana Anwar tidak melakukan apa-apa terhadap mereka. Tidak diragukan lagi, semua orang ini sudah bermasalah sejak awal lagi dan sejak 'kehidupan sebelumnya' dalam UMNO atau Barisan Nasional. Tetapi mereka hanya mampu menjadi masalah sekiranya Anwar yang membenarkan mereka menjadi masalah.

Anwar mula menjadi beban kepada pembangkang. Anwar boleh memberikan pembangkang lebih selesa sekiranya beliau masuk ke dalam penjara. Setidak-tidaknya kita boleh menggunakan Anwar dalam penjara sebagai ikon ketidakadilan. Kini pembangkang tidak mendapat apa-apa walaupun Anwar kini bebas diluar.

Apa gunanya Anwar yang kini berada di luar kalau dia tidak melakukan apa-apa? Lebih baik dia pergi ke penjara. Setidaknya pembangkang boleh mendapat manfaat daripada itu. Anwar merupakan aset mati daripada hidup.

Bolehkah Zahrain meyakinkan Anwar untuk menyertai geng sepuluh orang yang akan akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional? Itu merupakan satu batu dapat membunuh dua ekor burung. Masalahnya selesai dan orang yang membiarkan masalah juga dapat diselesaikan pada waktu yang sama.

Adakah saya mengharapkan terlalu banyak?

Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com