Selasa, 2 Februari 2010

Dr Mahathir Telah Melaksana Program Ekonomi CIA Yang Terbukti Gagal di Amerika Latin

Saya ada terjumpa sebuah buku tulisan Naomi Klein bertajuk "The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism". Betapa banyak persamaan program ekonomi Dr Mahathir berbanding dengan pengalaman ramai negara2 yang gagal di bawah sistem kapitalism pasaran bebas seperti Chile, Russia dsbnya.

Saya rasa kalau ada anugerah untuk dictator paling pandai berlakon di “Academy Awards”, nescaya anugerah itu pergi pada Dr Mahathir Muhammad.

Ingat atau tidak projek penswastaan (dan perusahaan berat) Dr Mahathir Muhammad sewaktu mula-mula beliau menjadi PM. Penswastaan Dr Mahathir adalah program yang beliau tiru dari Magaret Tatcher dan Ronald Reagan. Pada waktu yang sama, Dr Mahathir dengan mulut murainya ke sana ke mari memaki serta mengutuk Barat. Ertinya, tindakan beliau mengutuk Barat tu tidak lebih dari satu sandiwara. Pada waktu yang sama beliau memaki Barat, beliau telah mengimplementasi segenap program Barat yang dipanggil “penswastaan”.

Penswastaan juga dilaksanakan oleh Suharto di Indonesia. Kita tidak hairan kalau Suharto melalukannya kerana Suharto adalah agen CIA. Beliau jadi Presiden pun dengan bantuan 100% dari CIA. Tapi Dr Mahathir sepatutnya tidak boleh melakukan demikian kerana beliau anti Barat dan anti Yahudi

PENSWASTAAN ERTINYA MENYERAH ASET NEGARA KEPADA KRONI DAN UMNOPUTRA

Kita sering bertanya kenapa kos hidup sekarang ini semakin mahal. Mengapa pada zaman 80’an, dengan gaji RM 1000 kita mampu sewa rumah, beli kereta dan menanggung persekolahan anak-anak. Tapi, sekarang ini, dengan pendapatan RM4000 pun kita masih terpaksa berhutang keliling pinggang.

Ini semua adalah berkait rapat dengan konsep PENSWASTAAN Dr Mahathir Muhammad yang kononnya dilakukan untuk MEMBANGUN MALAYSIA.

Hakikatnya, penswastaan adalah memberi kekayaan negara kepada kroni supaya kroni2 UMNO dapat mengaut keuntungan berlipat ganda.

Misal yang paling utama adalah PLUS. Sekiranya Lebuhraya Utara Selatan dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, nescaya kadar tol yang kita bayar adalah SETENGAH atau SUKU dari kadar yang kita bayar sekarang ini.

LLM masih boleh mengenakan bayaran tol kepada pembina jalanraya sebagai bayaran balik, namun LLM sendiri tidak perlu membayar dividen kepada “pemegang saham” LLM. LLM tiada pemegang saham. Ia adalah milik kerajaan Malaysia.

Bila kadar tol yang sepatutnya dibayar menjadi dua atau tiga kali ganda dari kadar sebenar, maka secara otomatik segala harga barang keperluan akan naik berlipat kali ganda.

Maka, di situ, harga barang keperluan terpaksa naik dan tidak turun.
Misal lagi satu adalah MAS. Sebelum MAS diswastakan kepada Tajudin Ramli, MAS ada hampir RM900 juta dalam bentuk tunai. Ertinya MAS beroperasi dengan mencatat keuntungan yang begitu positif. Tapi, selepas diswastakan, MAS rugi berbillion-billion ringgit. Dan apabila MAS rugi, siapa yang kena tanggung kerugian? Kroni? Tidak. UMNO? Tidak. Daim Zainuddin? Tidak. Jawapannya adalah RAKYAT MALAYSIA.
Kerugian MAS itu sahaja menyumbang kepada kejatuhan “kuasa membeli” rakyat Malaysia kerana Malaysia terpaksa mengadakan bajet yang defisit.

Dan, termasuklah juga, “bail-out” yang lain yang berjumlah berbillion-billion ringgit yang semuanya ditanggung oleh rakyat Malaysia dalam bentuk “Bajet Defisit”. Bajet yang defisit akhirnya MENGECILKAN nilai matawang Malaysia menyebabkan pendapat yang kita dapat selama ini semakin lama semakin mengecil.

Sebab itu, bagi orang yang pendapat tidak naik dalam masa 10 tahun kebelakangan ini, mereka akan dapat merasa betapa MENGECILNYA nilai wang yang ada dalam tangan mereka.

Rata2 rakyat Malaysia, di dalam 10 tahun kebelakangan ini, pendapat mereka adalah STATIK dan TIDAK BERUBAH dengan banyak.

Tapi, kos hidup naik melambung-lambung (walaupun data sebenar disorok oleh Bank Negara).

MAHATHIR MENGIMPLEMENTASI PROGRAM EKONOMI CIA YANG TELAH GAGAL DI AMERIKA LATIN

Dr. Mahathir sebenarnya melaksanakan program ekonomi yang dipaksa oleh CIA ke atas negara-negara Amerika Latin selepas CIA menjatuhkan pemimpin2 negara yang mereka anggap SOSIALIS. Pemimpin2 seperti Allende di Chile dan Arbenz di Guetemala.

Di Chile selepas CIA menjatuhkan Presiden Allende, mereka telah menaikan seorang dictator bernama Agusto Pinochet. Selepas Pinochet ditabalkan sebagai Presiden, polisi ekonomi yang dilaksanakan di Chile adalah:
a. Penswastaan harta rakyat
b. Deregulasi (i.e. seperti berlaku dalam sektor telekomunikasi)
c. Pengurangan perbelanjaan social
d. Pengurangan cukai korporat
e. Tekanan kepada mereka yang tidak sehaluan
f. Pengurangan kebebasan demokrasi dan kebebasan bersuara
g. Peningkatan kadar korupsi

Agusto Pinochet melaksanakan polisi ekonomi beliau berdasarkan kepada progam yang ditulis oleh ahli ekonomi University Chicago bernama Milton Friedman dari buku beliau bertajuk “Capitalism and Freedom”

Hasil dari perlaksanaan polisi ekonomi seorang Yahudi bernama Milton Friedman ini, Chile hampir jadi bangkrap, kemiskinan bertambah, korupsi naik menggila, rakyat kelaparan, demokrasi hancur, rakyat ditangkap tanpa bicara dan disiksa dalam tahanan, kadar kehilangan kerja naik menggila, dan yang paling menyedihkan adalah jurang pendapatan antara miskin dan kaya bertambah besar dan sampai sekarang tidak dapat diperbetulkan.

Program seperti di Chile dilaksanakan di hampir kesemua negara Amerika Latin seperti Argentina, Bolivia, Guetamala, Brazil, Mexico dsbnya.

Hasilnya, syarikat2 Amerika dapat masuk ke Amerika Latin dan merompak kesemua kekayaan rakyat dan meninggalkan majoriti rakyat kelaparan dan dalam kesusahan yang amat teruk.

Program yang terbukti gagal seperti di atas telah dilaksanakan oleh Dr Mahathir dengan begitu bersemangat sekali. Tak hairanlah rakyat Malaysia sekarang ini tidak dapat menikmati kehidupan sebagai rakyat di dalam negara yang membangun

SEMUA PROGRAM PENSWASTAAN DR MAHATHIR GAGAL

Semuanya gagal. Semuanya terpaksa di selamatkan oleh Rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim telah cuba menghalang wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan kroni2 UMNO dan UMNOPUTRA dan beliau membayar dengan mahal sekali usaha beliau.

Daim bebas menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan beliau serta budak2 beliau seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli. Dan bila Anwar menghalang, Daim menaja skim memfitnah Anwar sebagai peliwat. Ahli2 UMNO semuanya percaya bulat2 fitnah ini.

Semuanya kerana Dr Mahathir adalah seorang yang tidak TAHU BAGAIMANA MEMBANGUN NEGARA. Yang beliau tahu, guna wang rakyat dan beri pada kroni dan kontraktor2 luar negara. Bukankah KLCC dibina oleh syarikat Jepun dan Korea?

Nasib baik Malaysia ada wang minyak, tapi lambat laun wang minyak akan habis. Dr Mahathir telah berjaya mengkayakan anak-anak beliau.

Dan UMNOPUTRA semuanya hidup senang lenang pada waktu yang sama anak2 Melayu bergelumang dengan hutang keliling pingang setiap hari.

Banyak program2 sosial telah dikurangkan atas nama penswastaan menyebabkan syarikat2 monopoli seperti TNB sentiasa menaikkan kadar tariff, padahal TNB adalah monopoli. TUjuannya adalah untuk mengkayakan pemegang2 saham yang mana saham tersebut telah diberikan oleh Dr Mahathir dan UMNO untuk tujuan mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.

PENUTUP

Dr Mahathir adalah seorang yang lidah bercabang. Di waktu beliau memaki Barat dan yahudi, beliau dengan senang hati melaksanakan program ekonomi Yahudi/CIA yang terbukti telah gagal di Amerika Latin 10 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya, Dr Mahathir mesti ditangkap dan dibicarakan di mahkamah Hak Asasi Antarabangsa seperti yang berlaku kepada Agusto Pinochet. Bukan dibanggakan seperti sekarang ini.

Tulang Besi